Persiapan perkahwinan mereka hampir siap sepenuhnya. lagi dua minggu izzati akan bergelar seorang isteri. cuti di mohonnya telah lulus.kad jemputan diedarkan. dipihaknya, kad jemputan dihantarnya sendiri tanpa wakil dari keluarga tapi dia bersyukur kerana semuanya lancar.
"ni kad jemputan untuk korang."izzati menghulurkan kad berwarna ungu yang tertera namanya dan khairi.
"weh minggu depan kau dah tak single"usik abil.
"tahniah zati, kak syaz ingat kak syaz kawin dulu,ermmm nak tunggu orang tu lambat la.. menua la kak syaz"gurau gadis itu
"nanti aku masuk minang kau kau jangan tolak pula"usik syahril.
"kau..boleh la dari takde"balas syaz.tawa mereka berderai.
"kak syaz, yang ni tolong bagi dekat f.O...zati taknak bertembung dengan milia."pintanya.
"ok"kad itu disambut syaz
"kau start cuti bila"soal syahril
"minggu depan"balas izzati
"khai cuti awalkan"soal syahril lagi
"ha ah.. awal 3hari dari zati,restoran baru mummy dia nak launching...dekat johor"ujar izzati.dia mencari kelibat iskandar. dia mahu memberi kad jemputan.matanya mencari lelaki itu didalam samar samar cahaya sportlight.
"dia tak datang kot malam ni"bisik hatinya.dia meneruskan tugasnya seperti biasa.pub penuh tidak seperti selalu.terlalu ramai pengunjung hingga menyukarkan pergerakannya.
"aku memang nak daud ada sekarang"rungutnya
"kenapa pula"soal aman
"banyak sangat tangan gatal"rungutnya lagi. dengan keadaan pub yang padat, ramai yang mengambil kesempatan untuk menyentuh atau merabanya.ruhil juga merungut perkara yang sama. andainya perkara begini terjadi, daud yang akan melindunginya tapi sekarang dia harus berdikari.
"sorry sorry"ujarnya setiap kali terlanggar manusia manusia yang berada didalam pub itu.
"sorry"ujarnya apa bila terlanggar bahu seseorang
"hei"tangannya dipegang. izzati terkejut. dia mahu meronta
"hei it's me"iskandar.izzati melepaskan keluhan panjang.
"nasib baik aku tak hempuk kau dengan tray ni, apasal jauh sangat duduk, belakangnya.. yang lain mana"panjang soalannya.
"tu.. kat depan tu.. saja duduk belakang, lagipun datang lewat meja dah penuh.. ada yang ini je"ujar iskandar
"ooo.. lepas aku abis kerja, jumpa aku dekat parking.. ada hal aku nak sembang"pinta izzati. iskandar hanya mengangguk.gadis genit itu hilang didalam keramaian manusia.
Iskandar menanti izzati seperti yang dipinta.izzati menghampiri iskandar ditemani khairi.
"nah,kau datang tau kenduri aku"ujar izzati.
"insyaAllah..papepun tahniah"ucap iskandar. dihatinya dia kecewa dan sedih. gadis yang idamannya sudah dimiliki.
"kau bukan mamat yang aku tumbuk hari tu"soal khairi
"ye.."jawab izzati. raut wajah khairi sedikit berubah. mereka berjabat tangan. iskandar berlalu dengan perasaan kecewa.
"macam mana boleh rapat dengan mamat tu"khairi merenung wajah tunangnya.izzati yang sedang memakai seat belt menoleh
"owh.. haritu waktu khai dekat melaka, zati kan keluar dengan abil celebrate birthday dia,zati balik malam tu kena kacau dengan geng budak mabuk.dia nampak then dia tolong"ceritanya
"lepastu"soal khairi lagi
"lepastu.. lepastu apa"izzati hairan
"korang.. "khairi cuba menarik tali
"kami jadi kawan.. yeah friend"ujar izzati
"really?"soal khairi lagi
"ye la.. just friend..kenapa jeles ekkk"usik izzati. khairi yang tertangkap malu.dipandu kereta itu keluar dari kawasan parkir
"wah ada bau bau cemburu"tawa izzati. khairi tersenyum malu.
izzati berfikir bagaimana dia mahu berterus terang tentang iskandar. baginya khairi harus tahu.dia tidak mahu pernikahanya diselit rasa serba salah dan rahsia.
"khai,zati nak jumpa esok boleh"ujarnya didalam talian
"nak jumpa pukul berapa,esok khai nak gerak pegi johor dah"ujar khairi didalam talian
"esok khai nak pergi pukul berapa"izzati ingin kepastian
"dalam pukul 11pagi macam tu"jelas khairi
"kalau macam tu,khai datang amik zati malam ni, zati ada benda nak bagitahu.. "ujarnya.
"ok, tunggu kejap lagi khai sampai"talian dimatikan. dia bersiap.jaket berhud disarungnya bagi menutupi sigletnya yang putih.
"kau nak kemana malam malam buta ni"soal puan maimun
"nak jumpa khai kejap, ada hal"jawabnya
"banyak cantik kau nak merayap lagi time time macam ni, ni banyak lagi bemda nak kena buat.. kau kira nak merayap"marah puan maimun
"kejap je mak..balik keja lagi zati buat"selipar jepunnya disarungnya. dia menanti diluar pagar. kereta yang dipandu khairi tiba. izzati masuk lalu disuruh khairi pandu ke destinasi yang dimahunya
"kenapa tak sembang dekat rumah ja, kenapa sampai dekat pantai benar peginya"soal khairi
"bawa je la, nant sampai sana zati cerita"jelasnya.khairi hairan dengan tingkah izzati. kereta memasuki parkir menghadap pantai.tingkap kereta dibuka izzati. dihirup udara pantai sedalamnya. dia perlukan kekuatan untuk mulakan bicara.khairi hanya menunggu izzati berbicara.
"khai, minggu depan kita nak nikah dah kan"mukadimahnya
"ha ah, kenapa"soal khairi risau
"zati ada benda yang zati rahsiakan dari khai"dia sedikit menggigil
"apa dia"soal khairi tenang
"zati taknak lepas nikah baru bagitahu sebab zati rasa tak adil buat khai"dia berbasi basi. jarinya digenggam kemas
"jangan buat khai risau"khairi mula cuak
"ayah jual zati dekat iskandar"jelasnya.terlepas beban didadanya.
"what"khairi terkejut. izzati bercerita dari mula hingga akhir bagaimana dia diperlakukan seperti barang dagangan.khairi meraup wajahnya. hatinya bercampur baur.pandangannya dilepaskan ke laut dalam.izzati mula risau. tapi dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan.
"zati minta maaf, zati takde niat nak rahsiakan dari khai."ujar izzati.khairi masih diam. izzati melangkah keluar dari kereta.dia ke pinggir pantai.dia hanya menunggu keputusan khairi. pasir pantai dikuis kuis.angin pantai yang dinginnya hingga menembusi tulangnya dihadapnya. sesekali di tarik jaketnya yang terbuka kerana ditiup angin.diikat rambutnya yang ditiup angin.dia tidak suka akan situasi itu tapi dia terpaksa akur, dia tidak mahu menyesal di kemudian hari.pinggangnya dirangkul dari belakang. lehernya dikucup hangat.
"sayang, maafkan khai.. sepatutnya khai lindungi sayang.. sepatutnya khai ada dengan sayang waktu tu.. maafkan khai"pinta lelaki itu.izzati menoleh.pipi lelaki itu dipegang. disapu airmata jantan yang menitis dipipi itu
"tak pe, zati faham,khai sibuk.. zati ok sekarang.. see kita dah nak nikah dah pun"ujarnya
"tapi sepatutnya khai yang selamatkan zati"sesal lelaki itu
"it's ok honey.. zati tak salah kan khai,zatu bersyukur sebab Allah hantar seseorang untuk tolong zati, walaupun bukan khai,zati benar benar bersyukur"bicaranya
"cuma zati risau,takut takut khai nak batalkan pernikahan kita"nadanya bergetar
"no.. no.. sayang, khai takkan tinggalkan sayang, khai janji lepas ni khai akan jaga dan lindung sayang ok"izzati mengangguk.tubuh lelaki itu dipeluk erat.terasa hangat.beban dihatinya terlerai.dia lega.khairi menghantar izzati pulang. lampu rumah puan maimun masih terpasang.
"mak tak tidur lagi ke"soal khairi
"belum lagi la tu, lampu dok menyala"balas izzati. tangan izzati di genggam erat.ditatap wajah gadis itu sepuas puasnya.
"zati masuk dulu ya"pintanya.
"sayang.. "izzati menoleh.bibir gadis itu dikucupnya lembut.mereka bercumbu.
Izzati termangu. khairi tiada. dia ke johor untuk perasmian restoran baru puan rohani.di telefonnya nombor khairi berkali kali tapi tidak berjawab, sibuk barangkali.daud dua hari sebelum pernikahannya baru dia pulang.baju pengantin yang ditempahnya telah siap. esok akan diambilnya.hantarannya disiapkan satu persatu.dia berseorangan kerana puan maimun dan nisya tiada dirumah.kedengaran bunyi hon dihadapan rumahnya.diintainya melalui tingkap.
"apa la yang dia nak tengahari buta ni"bisik hatinya.dia keluar.tingkap kereta diturunkan.
"jom"ajak iskandar
"nak ke mana.. aku banyak kerja nak buat"ujarnya
"aku kata jom jom la, panas ni tau tak"tempik iskandar.
"tahu pun panas... kau datang buat apa"marah izzati.iskandar keluar dari kereta.
"kau nak masuk ke tak"iskandar menyoal
"ok..ok... kejap aku kunci pintu dulu"ujar izzati. lalu dia terkocoh masuk ke dalam kereta itu.
"kau nak apa"marah izzati.bungkusan mc donalds diambil dari tempat duduk belakang lalu diletakkan diatas riba izzati
"teman aku makan"ujarnya
"la...kau ni buang tebiat ke apa... takat nak makan ni je pun"rungut izzati
"apa"soal iskandar
"nak makan burger je pun, ini pun nak ajak aku."ujar izzati
"banyak cakap la kau ni, bagi la burger dekat aku, aku lapar ni"tempik iskandar
"ish mengada lah kau ni.. nak yang mana"di tunjuk kedua dua burger itu
"kau nak yang mana"soal iskandar
"pula dah, kau kan macam macam la, aku nak quarter"ujarnya.burger satu lagi dihulurkan kepada iskandar.iskandar memandu kereta sambil memegang burger ditangannya. izzati hanya memerhati.dilihat kesukaran iskandar untuk memandu dipegang burger itu lalu di suapkan ke mulut lelaki itu
"kau kan kalau tak mengada tak boleh"rungut izzati.
"berkira la kau ni.. nanti kau dah kawin mana boleh dah aku nak keluar dengan kau"ujar iskandar. izzati terdiam. iskandar menjeling.
"woi.. kau ni dah kenapa.. air..air.. tercekik aku"pintanya.air yang di sua izzati disedut perlahan lahan.iskandar memandu lagi dan berhenti di dataran rekreasi.burgernya yang di pegang izzati di ambilnya.hidung izzati ditarik apabila melihat izzati mengelamun
"sakit la ngok"marah izzati. iskandar tidak menghiraukan izzati yang marah.
"comel"bisik hatinya
"makan.. habiskan burger tu"suruh iskandar. burger itu diperhati izzati.iskandar mengambil burger itu lalu dibuka kotanya. di buang segala sayuran yang ada lalu ditutup semula burger itu
"makan"burger itu disambut izzati.disuap burger itu ke dalam mulutnya.mereka menikmati burger itu dengan tenang.jarinya menyapu sos yang melekat dibibir izzati lalu dijilat jarinya.izzati terkejut dengan reaksi itu tersedak.
"kau kan makan macam budak budak"disua air. izzati menyedut air itu perlahan lahan.ditutup baki burgernya. seleranya terputus
"kenapa tak habis"soal iskandar
"kenyang"sehaya itu burger itu bertukar tangan. iskandar menghabiskan burger itu.
"apa"soalnya dengan mulut yang penuh. izzati tertawa melihat wajah iskandar yang kembung kerana mulutnya dipenuhi burger.hatinya berbunga melihat izzati yang tertawa.
"dah habis makan kan, hantar aku balik"pinta izzati.
"kau ada apa apa nak cakap dekat aku"soal iskandar
"nak cakap apa.. "izzati hairan.
"ermm.. ok.."enjin kereta dihidupkan. tangan iskandar dipegang
"khairi dah tahu ayah aku jual aku dekat kau"ujarnya.enjin kereta dimatikan
"dia cakap apa"iskandar ingin tahu
"dia tak cakap apa pun cuma dia menyesal sebab dia tak ada time aku perlukan dia"ujar izzati
"ooo.. "iskandar hanya mengangguk.
"ok aku hantar kau balik"keretanya dipandu pulang ke rumah puan maimun.
"jemput masuk,maaf la rumah bersepah"ujar puan maimun
"mummy, bila sampai.. bukan esok baru nak bertolak balik ke"disalamnya puan rohani. baju pengantin yang diambilnya di sangkut didalam almari.dia ke dapur untuk membancuh air.
"baru sampai je, dah settle urusan kat sana mummy balik la,kat sini kerja banyak lagi nak buat."ujar puan rohani.izzati ke ruang tamu dengan membawa dulang berisi air kopi.dia duduk disebelah puan rohani yang datang dengan suaminya.
"ada apa puan datang malam malam ni"soal puan maimun.
"ha ah.ada apa mummy datang malam malam ni, khair mana"soal izzati
"khai esok baru balik, dia ada kerja sikit kat sana"ujar puan rohani. izzati hanya mengangguk. suami isteri itu berpandangan.kelihatan serba salah.
"mummy kenapa ni, macam ada masalah je"soal izzati. tangannya dipegang wanita itu. izzati hanya membiarkan.
"nak cakap macam mana pun tak tahu"resah wanita itu
"ada puan rohani, risau pula saya"soal puan maimun. izzati sudah tidak sedap hati.
"zati mummy minta maaf, mummy hanya ikut kehendak khai"ujar puan rohani
"ada apa ni mummy"izzati mula risau.
"khai nak batalkan perkahwinan ni"izzati terkejut mendengar kata kata puan rohani
"puan tak main main kan"soal puan maimun. izzati masih terkejut. tangan izzati di pegang eraf wanita itu.
"tapi kenapa mummy"izzati ingin tahu kenapa
"mummy tak tahu, tapi ini memang kehendak khai, dia yang suruh mummy datang untuk batalkan."ujar puan rohani. izzati seakan melayang.
"tapi persiapan dah dibuat..takkan nak batal macam tu je.. minggu depan dah nak majlis"ujar puan maimun
"majlis tetap berjalan cuma pengantin saja bertukar"izzati makin keliru. kerja gila apakah ini
"apa maksud puan rohani"soal puan maimun
"khairi mahu memperisterikan nisya, kakaknya izzati"ujar lelaki separuh abad itu.izzati seakan mahu pitam mendengarnya namun di gagahinya.airmatanya seakan kering.nisya yang mendengar berita itu tersenyum lebar.puas hatinya
"maafkan mummy zati, mummy tak tahu kenapa dia boleh buat keputusan macam ni"ujar puan rohani. izzati diam.
nombor khairi didailnya berkali kali tapi tidak berjawab.
"stop call bakal suami aku"sindir nisya.izzati tidak mengendahkan kata kata nisya.nombor khairi terus didailnya.
"tak sangka pula tiba tiba nak kawin"seronok nisya.
"apa yang kau buat sampai dia batalkan"soal puan maimun
"tak tahu"ujar izzati. tangannya masih mendail nombor khairi. mahu saja dihempuk telefonnya ke lantai bagi melepaskan geram
"tu dia la, kalau buat perkara yang tak diredhai seorang ibu, ini lah padahnya"perli puan maimun.izzati mengambil begnya lalu dia keluar. diaahu mencari khairi.ditahan teksi lalu masuk ke dalam perut teksi tersebut.ke mana tujuannya tidak diketahuinya.
"cik nak kemana, merata dah saya pusing ni, meter dah nak sampai seratus ringgit ni"ujar pemandu itu. izzati masih diam. pemandu itu terus memandu.
"soul bar pakcik"ujarnya.pub yang selalu dikunjunginya. pemandu itu bergerak ke tempat yang diberitahu.dia masuk kedalam berseorangan tanpa teman.pub itu semakin dupenuhi manusia.oren jus yang di ordernya disedutnya laju.dia seperti mahu menangis tapi airmatanya seolah sudah kering.dia seperti layang layang terputus tali.
"zati.. "tegur azman yang datang bersama temannya yang lain.
"man.. iskandar mana"soalnya
"dia tak datang.. ada hal katanya"jelas azman. izzati hanya menggangguk.meja mereka mula dipenuhi alkohol.
"dik blue hawaiian satu"pintanya.syaitan mula mengusainya
"biar betul zati"soal azman
"malam ni aku nak enjoy betul betul.. aku nak feel free and ease"ujarnya.air yang dipintanya di minum perlahan.panas tekaknya terasa apabila air itu masuk ke tekaknya.dia mula asyik dengan dunianya.dia menari seakan sedang berada diawangan.
"hello, is..zati ada dekat club"ujar azman.
"dia dengan sape"soal iskandar
"aku rasa sorang kot, sebab aku sampai dia sorang je"ujar azman
"kau tolong tengok tengokkan dia"pinta iskandar
"tapi dia mabuk weh, lain betul dia, dia rembat rokok aku"iskandar terdiam.
"kau tengok tengokkan dia, tunggu sampai aku datang"pintanya.suara iskandar agak cemas. azman menjaganya ketika sedang berhibur sementara menunggu iskandar datang.rokok dinyalakan izzati.
"zati jangan lah, nanti iskandar marah aku"pujuk azman
"dia tak datang mana dia tahu aku amik rokok, kau jangan bagitahu dia"ujar izzati.dia terbatuk batuk kerana itu baru kali pertama dia merokok.dia ke dance floor semula. music r&b itu dilayan sepenuhnya. dunianya terasa bebas.dia benar benar mahu melepaskan semuanya.tangannya ditarik.dia hanya mengekori.iskandar meletakkan tubuh genit itu dikerusi.
"iskandar"panggilnya.tubuh lelaki itu dipeluknya.
"tuan iskandar dah sampai"lengan lelaki itu dirangkulnya.izzati sudah mabuk sepenuhnya.
"dia minum apa"soal iskandar
"blue hawaian"ujar azman
"banyak mana"soal iskandar lagi
"5 gelas"iskandar menggelengkan kepala. dipeluk izzati yang mamai akibat mabuk.izzati mahu memesan lagi minuman itu tapi dihalang iskandar.
"kau kenapa tiba tiba minum ni"soal iskandar.
"apa.. tak dengar"tempik izzati. iskandar diam.di letakkan 3 keping wang bernot 100 diatas meja. dicapai beg izzati dan gadis itu dipikulnya.banyak mata memerhati tapi tidak diendahkan iskandar. pintu kereta dibukanya diletakkan izzati kedalam kereta. iskandar menahan geram. marahnya kerana izzati tiba tiba berkelakuan sebegitu.izzati memuntahkan segala isi perutnya di longkang berhampiran. dia hampir terbaring disitu.
"nah minum ni"air mineral disuanya diminum izzati. bakinya iskandar siram kepala izzati agar dia bangun dari mimpinya.izzati menjerit kesejukkan.diletakkan izzati kedalam kereta semula.kereta itu dipandu laju. izzati hanya diam. dia merenung keluar jendela.
"turun"suruh iskandar. izzati hanya mengikut. langkahnya tidak betul. iskandar memimpin izzati hingga ke biliknya.dijirus izzati mandi. izzati menjerit kesejukkan. iskandar tidak mengendahkan jeritan izzati. lalu dibiarkan izzati didalam bilik air. izzati menangis semahunya. dia meraung sepuas puasnya.di keluar dari bilik air setelah dia merasa lega. bathrobe disarungnya. iskandar duduk disofa memerhatinya dengan renungan tajam.izzati gugup.
"kau kenapa"soal iskandar
"tak de pape"izzati cuba memberanikan diri
"tak de pape apa kalau dah mabuk bagai"marah iskandar
"dah nama enjoy kan"balasnya
"tapi kau tak macam ni"tengking iskandar.
"kalau tak macam ni, macam mana"dia merapati iskandar yang duduk disofa.iskandar hanya memerhati gelagat izzati
"macam mana aku dimata kau"izzati duduk diribaan iskandar. leher lelaki itu dikucupnya. tangannya ligat melingkari tubuh sasa jejaka itu
"kau bagitahu aku, aku macam mana dari pandangan mata kau"iskandar mengalih pandangannya apabila mata mereka bertentang
"kau dah kenapa"tubuh izzati didorongnya tapi izzati lebih cepat mencapai lehernya lalu dirangkul leher jejaka itu kemas
"kenapa kau takut.. bukan ke aku perempuan murah bagi kau.. kau kan tuan aku.. kau kan dah beli aku.."izzati memprovok. bibir iskandar diolesnya ghairah.mereka bercumbu asyik. dibaringkan izzati ke atas katil.dia benar benar diatas tubuj izzati. jantung izzati berdegup lagu.dia mula ketakutan. leher izzati dioles lembut.
"iskandar"suara izzati bergetar ketakutan. iskandar tidak mengendahkan bibir izzati dikucupnya. izzati mengetap bibirnya.iskandar tersenyum.
"tadi kau merelakan sekarang kenapa takut"soal iskandar. izzati diam. iskandar bangun.
"kalau aku betul betul ada niat tak baik dengan kau..dah lama aku settlekan kau seperti perempuan lain yang aku tiduri sebelum ni"jelasnya.izzati bangun dan duduk dibucu katil.dia mula menangis.
"kau kenapa"iskandar yang berdiri meletakkan kepala izzati pada tubuhnya. kepala gadis itu diusap lembut.dibiarkan gadis itu menangis semahunya. mungkin dengan cara tangisan dia melepaskan apa yang terbuku.
Share this novel