BAB TUJUH

Drama Completed 36633

izzati mengelamun jauh.pandangannya dilepaskan di bendul tingkap. tenang. hujan lebat semalam menghasilkan bau segar dipagi hari. hajah halimah yang berada dilaman ditatapnya.
"wan,semoga wan sihat selalu,zati hanya ada wan je"airmata dia mula bergenang.
"assalamualaikum"suara sesorang menjengah sunyi pagi. hajah halimah meletakkan penyakarnya dan menuju ke suara itu. izzati tidak mengendahkan tetamu itu.
"zati, khairi datang,la tak siap lagi. keje kan hari ni,dah pukul 8 dah"tegur neneknya. izzati mengeliat malas.tuala dicapainya beserta kain batik.dililit di leher. langkah malas diambil. khairi yang berada di ruang tamu tersenyum melihat keletah izzati.ditekup mukanya dengan kain batik. malu di tayang muka baru bangun tidurnya.
"adoi"dia terlanggar dinding.
"ish la.. jalan la elok elok"tegur hajah halimah.cekodok yang dibawa oleh hajah halimah untuk khairi diambilnya satu lalu dimasukkan kedalam mulut
"ish budak ni la, maaf ya khairi, dia memang kalau pagi liat sikit, nah makan la, wan buat cekodok je pagi ni"izzati masuk kebilik air.
"sejukkkkkkkk"izzati berteriak apabila air kolah itu menjengah badannya.khairi dan hajah halimah tertawa.

dalam perjalanan mereka hanya diam.suara dicorong radio mengasyikkan hawa telinga.sesekali khairi memandang izzati yang asyik dengan pepohon ditepi jalan. tidak tahu mahu dibicarakan apa.kereta masuk ke perkarangan hotel.
"abil"tempik zati.
"wey... nak"abil sua akan kuih yang dibelinya tadi. mereka bergandingan ke bilik persalinan.
"khai"seseorang menghampiri khairi. milia, bekas kekasih khairi. abil dan izzati berpaling melihat mereka dan menoleh semula dan meneruskan langkah.
"lama kita tak kerja sekali kan"soal milia
"ntah"balas khairi acuh tak acuh
"khai"tangan khairi dipegang tapi direntap kembali oleh khairi. dia kurang senang dengan gadis itu.khairi berlari anak menuju ke bilik persalinan.suasana bilik persalinan riuh.,abil menyalakan sebatang rokok sebelum mereka masuk ke stesen mereka.
"zati kena restaurant kan pagi ni"soal abil.zati mengangguk.
"kita kerja sekali"ara merapati mereka
"ara,eh kita kerja sekali ke"zati mahu kan kepastian
"ye lah.. "ara merapikan make up nya.
"ada geng"getus hatinya. mereka mulakan kerja di stesen masing masing. pintu restoran di kuak mereka. ramainya tetamu menginap semalam.restoran hampir penuh.
"masak kita pagi ni"gurau ara. mereka tersenyum. zati memulakan tugasnya.pinggan yang dah digunakan diangkatnya satu persatu.sesekali dia berbual dengan tetamu.semakin hari semakin kuat keyakinan dirinya untuk berhadapan dengan manusia.fikirannya semakin positif dan tampak matang.dia semakin mengenali perangai manusia.
"zati"panggil seorang tukang masak ketika zati meletakkan pinggan disinki untuk dibasuh
"ada apa abang det"zati mendapatkan lelaki itu.
"nak rasa"roti yang diletakkan beef slice dan keju yang dibakar di hulurnya. baunya mengumpan nafsu makan izzati
"nak, sedapnya"roti itu di jamahnya. dia berteriak kecil seperti anak kecil dapat gula.dia teruja merasa setiap makanan yang di berikan lelaki itu.
"sedapnya, ada lagi tak"pintanya
"dah habis, abang simpan dekat zati sikit je"ujar lelaki itu.

"takpe lah, by the way thanks ya"ujarnya.
"gemuk la zati kalau selalu duduk kat restoran"dia tertawa lalu masuk semula kedalam restoran.khairi ada diruang buffet.memeriksa buffet berkemungkinan mahu ditambah.izzati tidak mengendahkan kehadiran lelaki itu.dia meneruskan kerjanya. tetapi tidak bagi khairi. semakin hari semakin ingin didekati gadis itu. rasa ingin melindungi gadis itu. mahu dihapus segala duka dan airmata gadis itu.sayangnya sudah bercambah.

kafetaria riuh sentiasa. abil, ara, izzati,aman dah shahril duduk semeja. mereka bersembang sambil tertawa. ceria izzati.gembira.khairi menghampiri meja meraka. ditarik kerusi dan duduk di antara izzati dan ara. ara diam. nasinya dihabiskan cepat. tangannya sedikit menggigil.
"kenapa tak makan"soal khairi. lauk didalam pinggan izzati masih banyak. izzati diam.hanya menggeleng.
"dia spesis kelas makanan"daud.izzati menoleh. senyuman ceria terukir.di alih sedikit duduknya. mereka berkongsi kerusi.jari izzati digenggam kemas.dapat dirasakan getar pada jari itu.izzati mudah diserang panik.hanya daud saja yang dapat tahu akan perubahan reaksi izzati bila paniknya menyerang.ara memerhati geram. cemburu. jari izzati diusap perlahan bagi menghilangkan resah.izzati kembali tenang. lauk dalam pinggan izzati dihabiskan.
"rindu"hidung izzati dikuis
"aku pun"balas izzati. lengan daud dirangkul kemas. kepalanya di sandarkan ke bahu daud. dahi khairi berkerut. dia agak tidak selesa tapi tiada apa yang dapat dilakukannya.telefin daud di beleknya. dia hanya dia. sesekali menyampuk dan ketawa dengan perbualan mereka.
"weh tengok ni"berita yang dibaca mencuri perhatiannya di tunjukkan pada daud.mereka berbisik dan tertawa berdua. ara meletakkan sudu dengan kuat. kerusi di tolak kuart mengejutkan bukan sahaja mereka tetapi pekerja yang lain.
"ara, kau kenapa"soal aman.tapi tidak diendahkan.ara berlalu pergi
"sishhh.. tu"bibiri abil menjuih kearah izzati dan daud.
"owh"aman mengangguk.
"ara jeles la tu.. dia kan admire dekat si daud
tu"bisik abil. shahril dan aman hanya mengangguk.
"tu sekor lagi"shahril tuju kepada khairi
"yang tu entah la, penat dah tolong tapi batu"aman berseloroh.
"aku salin baju dulu, nanti lambat pula masuk keje."pinta daud. izzati mengangguk.
"abis keje singgah rumah wan aku ada benda nak sembang"tempik izzati. daud membuat isyarat ok. mereka bangun dan mengemas meja lalu masuk ke stesen masing masing.

"ara kenapa ni"izzati mengerang sakit, separuh badannya bermandi kopi panas yang baru dibancuh untuk hi tea sebentar lagi. ara diam dan berlalu pergi.
"zati, awat ni, pasai mandi kopi plok"det yang lalu disitu terkejut melihat izzati basah bermandi kopi.tangan izzati merah melecur. dibawa izzati ke sinki lalu di pancurkan air sejuk ke tangan
izzati. khairi yang mendapat panggilan dari dapur bergegas mendapatkan izzati.
"zati, macam mana boleh jadi macam ni"risaunya.
"kopi tertumpah"alasannya sedangkan didalam benaknya masih mencari tahu kenapa ara berkelakuan sebegitu. izzati duduk di bilik rehat ditemani khairi.tangannya yang melecur disapu krim antiseptik oleh khairi. izzati diam. perilaku lelaki itu diperhati.takut akan terjadi sesuatu yang tidak diingini.
"macam mana boleh tumpah"soal khairi lembut
"tergelencoh"tipunya.izzati yang duduk dihadapannya ditatap.
"boleh tak lepas ni lebih berhati hati"ujarnya.izzati hanya mengangguk
"tolong jangan bagi saya risau,boleh luruh jantung saya"ujar khairi lagi. risaunya ternampak disitu
"kenapa pula,tak payah risaukan saya, saya boleh jaga diri saya sendiri"tangannya ditarik
"boleh jaga diri macam ni,bahaya tau. kalau ada benda tajam tadi kat situ macam mana"nadanya sedikit tinggi
"macam mana apa. mati la"balas izzati tidak mahu kalah
"apa ni cakap mati mati,boleh tak jangan nak mengarut.dengar cakap saya. saya risau tau tak"tempik khairi
"pasal pula saya nak kena ikut cakap awak, oh luoa awak supervisor saya kan, ok baik encik supervisor,tapi tak perlu risaukan saya sampai nak luruh jantung bagai sebab saya tahu jaga diri saya."izzati bangun dari duduknya. melepaskan geram.khairi berdiri
"saya risau awak sebab saya sayang awak, saya tak nak awak cedera, sakit atau menangis lagi, sebab kalau benda macam tu jadi lagi saya jadi tak keruan, saya tak sanggup tengok airmata awak, awak faham"marah khairi
"saya tak suruh awak risau saya, tak payah sayang saya, tak perlu pedulikan saya, sebab saya tak perlukan simpati untuk teruskan hidup"balas izzati. airmatanya mula bergenang
"cuba awak pandang saya sebagai seorang lelaki, bukan sebagai supervisor or someone else with level.."ujarnya. kali ini nadanya tinggi dan keras
"saya tengok awak sebagai lelaki la selama ni, kenapa awak nampak saya layan awak macam perempuan ke, ke pondan"balas izzati nadanya juga tinggi. lengan izzati digenggam kemas.
"boleh tak awak pandang saya seperti lelaki lain yang awak kenal, seperti daud. cuba tengok ikhlas saya sayangkan awak. sayang saya pada awak bukan sebab awak orang bawahan saya tapi sebab awak istimewa dihati saya"khairi mula lembut.
"ish sakit la"izzati cuba melepaskan genggaman tangannya. airmatanya laju. sakit tangannya akibat lecur belum hilang kali ini di genggam pula oleh khairi.
"maaf"khairi melepaskan tangannya.
"saya betul betul sayang kan awak, saya betul betul ikhlas nak awak jadi peneman saya"bahu izzati dipegang lembut.dia serba salah melihat reaksi izzati.
"macam ni kau kata saya, kau sakitkan aku sama macam ayah,kau nak aku percaya"marah izzati
"zati, saya minta maaf"khairi melutut memohon kemaafan.
"kau buka hati kau untuk orang lain, hati lau bukan untuk aku, dan aku takde masa untuk itu"izzati berlalu pergi.dia bertembung dengan daud.tidak semena dia menangis semahunya. khairi yang keluar dari bilik rawatan direnung
tajam.pergelangan tangan izzati berdarah.
"kau"daud meluru laju. satu tumbukan tepat ke pipi khairi
"weh.. jangan.. bukan salah dia"izzati menghalang.
"aku dah kata jangan kau berani sakitkan dia sebab kau akan berdepan dengan aku"marah daud.izzati menarik lengan daud dan berlalu pergi. khairi menyesal akan kekerasan yang dilakukan.

aiskrim yang dibelinya digigit sedikit sedikit.
"oi anak dara tak elok makan atas tangga"tempik hajah halimah.
"memang tak elok pon"dia membalas. dia suka mengusik neneknya. sehari tidak di maki neneknya tidak sah. makian neneknya ibarat hiburan untuknya.walaupun kasar tapi dia tahu nenenya menyayanginya. telefon berdering. hajah halimah menjawab panggilan itu.
"ada, datang la"ganggang di letak kembali.
"sape"soal izzati
"sibuk la kau"balas hajah halimah.izzati naik kerumah dan duduk di depan pintu.
"boyfriend ke, bangla kapet tu, kakak manis kapet mau,manis la sangat"tawanya berderai
"adoi"bantal kecil melayang ke kepalanya. balingan neneknya tepat. mereka tertawa.selepas mandi izzati menonton tv. drama cina kegemarannya sedang ditayangkan.hajah halimah dilaman memeriksa pokok pokok bunganya.
"assalamualaikum"suara seseorang memberi salam.
"waalaikumussalam, dah sampai, jom naik, wan buat bubur chacha.. meh makan"jemput hajah halimah.
"zati, khairi datang"ujar hajah halimah
"dia nak apa datang sini"rengusnya.dia ke ruang tamu.
"ada apa datang sini"nadanya sedikit kasar
"ni ubat untuk luka"plastik yang berisi ubat itu diletakkan ke atas meja.
"terima kasih. dah pegi balik"suruhnya
"amboi cantik bahasa"marah hajah halimah. izzati terdiam.
"makan la."hajah halimah duduk di kerusi sebelah khairi. matanya menjeling kearah cucunya yang berdiri dari tadi. izzati memahami maksud jelingan itu duduk di kerusi mengadap izzati.
"sedap bubur ni wan, bubur apa tadi"soal khairi cuba memulakan bicara
"bubur chacha, takkan tak pernakh makan"getus izzati
"tak pernah ni first time makan"balas khairi
"kuno sangat"herdik izzati
"adoi"ketam batu menggigit pahanya. dia diam
"baru habis kerja ke"soal hajah halimah
"ha ah wan"balas khairi sopan
"tapi kenapa zati balik awal"soalnya lagi
"oh, bos bagi dia balik awal, dia cedera tadi"izzati menjengkil kan matanya ke arah khairi supaya diam. dia merahsiakan lukanya dari neneknya tidak mahu neneknya risau
"hah cedera, kat mana"di belek cucunya.tangannya terkena luka air panas. izzati mengerang. diselak lengan baju cucunya. mengucap panjang wanita itu
"terkena air panas"jawan izzati
"macam mana boleh kena"siasatnya
"tergelencoh tadi"tipu izzati.
"tapi ikut cctv"belum sempat khairi menghabiska. bicara kaki khairi ditendang.khairi diam.
"cctv apa"soal hajah halimah
"owh.. tengok cctv tadi silap staff steward, dorang nak mop lantai tuang sabun tapi tak letak sign lantai basah.zati lalu licin jatuh"tipu khairi.
"ish lain kali kerja elok elok. jangan cuai"pesan puan halimah.
"tu sebab saya datang sini, saya nak hantar ubat bagi zati"ujar khairi.
"dia memang, kalut selalu"tangan cucunya dibelek.
"tapi saya datang ni pun ada sebab lain"khairi memberanikan diri. hajah halimah memalingkan mukanya memandang khairi.nafas ditarik sedalamnya. dilepaskan perlahan lahan
"saya nak minta izin wan, nak bawa keluarga saya datang jumpa wan untuk merisik izzati"izzati tergamam.hajah halimah juga.
"saya benar benar serius dan ikhlas nak izzati jadi teman hidup saya"ujar khairi lagi
"wan takde masalah,wan setuju je.. "hajah halimah berbicara lembut
"sekejap, wan kejap ye.. meh sini.. jom ikut aku..." izzati bangun dari kerusi.khairi juga bangun.
"wan kami keluar kejap ya"tempik izzati. disarung seliparnya. khairi mencapai ubat diatas meja dan membontoti izzati
"bincang dengan dia elok elok ya, wan ikut je apa keputusan dia, sebab ni tentang hidup dia"pesan puan halimah.
"baik wan. kami pergi dulu ya, kejap lagi saya pulangkan dia balik"izzati menekan hon kereta. dia sudah berada didalamnya. kereta itu menderu keluar

"awak merepek apa ni"izzati seakan mati akal.dia tidak sangka khairi akan bertindak sejauh itu.khairi juga keluar dari kereta.dia bejalan ke arah pantai. dia duduk di bangku.ubat di pegangnya dibuka. dia menoleh kearah izzati. ditepuk bangku itu isyarat supaya izzati datang kepadanya. izzati menuruti. dia berdiri dihadapan khairi.
"explain sekarang"marah izzati
"duduk dulu, tenang"pinta khairi. izzati masih keras.ditarik lengan baju izzati.gadis itu bergerak dan duduk di tepinya. lengan baju gadis itu diselak. disapu ubat pada lukanya.
"cepat cakap, dok merapu apa"izzati mahu kan penjelasan
"kita sapu ubat dulu ya"tangan nya ditarik sedikit tanda protes tapi dipegang oleh khairi.
"sayang duduk diam diam.. nak sapu ubat ni"izzati tergamam. sayang.. gila ke apa dia ni.dia hanya memerhati tingkah laku lelaki itu. angin pantai sepoi sepoi meniup rambutnya yang tak sempat di ikat. dia bergelut dengan rambutnya dengan sebelah tangan kerana tanganya yang sebelah lagi dirawat khairi.
"dah siap"lengan baju gadis itu ditarik semula.
"terima kasih"dia berpaling mengadap laut. khairi bangun dan duduk benar benar dihadapannya. jarinya menyisir rambut izzati.seutas getah rambut dikeluarkan dari poket seluarnya lalu diikat.
"takpe biar say buat"dia cuba menolak
"sayang duduk diam diam, nanti tak kemas"wajah mereka hampir. izzati menelan air liur. getar dihatinya. wajah lelaki itu bergerak kesisi wajahnya. diikat rambut izzati kemas. kedengaran nafas lelaki itu ditelinganya.jantungnya berdegup kencang.
"dah siap,comel sayang khai"lelaki itu melemparkan senyuman. tangan izzati meraba rambutnya. diikat kemas. khairi kembali duduk di sebelah izzati
"khai tahu zati terkejut dengan kata kata khai tadi, tapi khai memang benar benat maksudkannya, khai benar benar nak zati jadi teman hidup khai"khairi sekali lagi memberanikan diri
"khai tengok zati mula mula dalam kafe khai dapat rasakan ada sesuatu yang istimewa pada zati.istimewa itu yang buat khai nak kenal zati lebih dalam, bila dah dapat tahu tentang keluarga zati, life zati yang sturggle tu membuatkan khai rasa,khai harus menlindungi zati.khai nak jadi sebahagian dari hidup zati. nak jadi pelindung zati, nak jadi teman ketawa dan nangis bersama."ujarnya. izzati diam.
"perangai zati buat kan khai jadi gila bayang. gelagat zati yang manja dan comel tu buat khai tak senang. bila airmata mengalir di pipi zati, kahi rasa sakit sangat, zati warded hari tu tak keruan khai, tahu pula zati di pukul sebegitu khai turut rasa sakit. kenapa zati terima beban yang berat
macam tu sorang sorang."wajahnya menunduk ke lantai.
"hadir zati mengubah segalanya.khai tak pernah rasa macam ni sebelum ni, tapi zati dah berjaya buat khai tak keruan"ujarnya lagi. pasir pantai dikuis zati. dia mendengar bait bait kata khairi dengan khusyuk.
"tapi kenapa zati"soal zati
"sebab zati gadis yang muncul dalam mimpi khai, khai buat solat istikharah mohon Allah beri petunjuk. kenapa perasaan khai macam ni, dan zati muncul dalam mimpi khai"ujarnya.kaki yang menguis pasir pantai tadi terhenti. benarkah kata kata itu. jujur kah dia. ikhlaskah dia.zati berfikiran
"ramai lagi perempuan yang baik baik dan sempurna kenapa zati"zati mencuba
"khai tak cari kesempurnaan khai cari pelengkap hidup khai. khai tak cari yang baik,khai cari yang istimewa, khai cari yang boleh ada dengan khai susah senang dan cari yang boleh khai lengkapkan hidup dia.dan orang itu zati, mungkin di mata orang lain zati ni bukan siapa siapa,tapi zati istimewa dimata khai."mata mereka bertentang. direnung mata bundar itu. benar ikhlas kah dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience