"Alhamdulillah"airmata gembira mengalir.kertas yang menunjukkan keputusan peperiksaan.8A dan 1B, sangat membanggakannya.usahanya selama ini membuahkan hasil.
"kau berapa"soal daud. izzati menunjukkan kertas keputusannya.
"wow.. alhamdulillah..usaha kau tak sia sia"bangga sahabatnya
"kau, staright A.. hebat hebat"ujarnya.seusai tamat acara penganugerahan pelajar cemerlang mereka pulang.rata rata pelajar dengan ibu dan bapa tapi tidak dia yang masih punya mak dan ayah. duka mula membenih dihatinya. khairi berjalan masuk ke kawasan sekolah dengan jambangan bunga. izzati yang sedang bergambar dengan rakan rakan terkejut dengan hadiah itu.suasana riuh kerana rakan rakannya bersorak. izzati malu. duka dihatinya hilang begitu saja.beruntungnya dia ada sahabat baik dan tunang yang amat menyayanginya.
"jom, mummy nak belanja makan dekat restoran dia"ujar khairi
"ok, daud jom makan,mummy khai nak payung"ajak izzati.
"eh takpe lah, aku nak balik rumah,nak tunjuk result dekat atuk"tolak daud.
"ala... "kecewanya
"malam kejap lagi kita celebrate ok"cadang daud.
"ok.. jumpa malam ni ya"ujarnya.mereka berpisah. izzati pulang ke rumah ayahnya.sudah tiga hari dia tidak bertemu ayahnya,dia mahu berkongsi berita gembira dengan harapan kegembiraan ini dapat di kongsi bersama.
"ayah... "kertas itu hulurkan ayahnya.
"letak la dekat situ nanti ayah tengok"izzati meletakkan keputusannya diatas meja. khairi melabuhkan punggung ke atas sofa menunggu izzati menukar pakaian sekolahnya.encik halim seolah tidak berminat untuk melihat keputusan izzati.
"izzati dapat 8A ayah"khairi bersuara
"ermmm.. bagus la"dinyalakan rokok yang digulungnya.kertas yang berada dihadapannya tidak diusiknya.
"8A sekali pun, kalau kelakuan tak elok tak guna juga, belajar pandai pun tetap duduk ceruk dapur"sindir puan zila.izzati yang mendengar perbualan mereka terduduk.hibanya kembali.terasa kerdil dia didalam keluarga sendiri.airmatanya dihapus. dia keluar dari biliknya.keputusan peperiksaannya diambil semula
"kau nak sambung belajar ke"soal encik halim.langkah izzati terhenti. terukir senyuman dibibirnya
"boleh ke ayah"soalnya ingin kepastian
"kau nak sambung belajar ikut kau tapi ayah cakap siap siap ayah takde duit nak bayar, kau minta la dekat mak kau"ujar encik halim. izzati diam
"belajar tinggi tinggi buat apa, perabis duit... "ujar puan zila lagi.
"takpa zati minta dekat mak nanti"ujar izzati dan terus keluar dari rumah.khairi meminta diri untuk pergi. izzati masuk ke dalam kereta menahan pedih dihati.
"sabar ya sayang"hanya itu yang mampu dikatakan oleh khairi.mereka menuju ke rumah puan maimun, dia juga masih berharap dapat berkongsi gembira bersama bondanya
"mak izzati dapat 8A.. "kertas keputusan itu ditunjukkan kepada wanita itu yang sedang berada di dapur
"bagus la"puan zila yang sedang memasaktidak mengendahkan izzati yang sedang menanti dia untuk melihat keputusan peperiksaannya.
"mak.. tengok ni... "pinta izzati
"aku sibuk masak ni, tak nampak ke, tengahari dah ni, kejap lagi kakak kau balik nak makan"ujar puan zila. izzati melipat kertas itu dan meletakkannya didalam beg
"mak kalau zati nak sambung belajar boleh"dia mencuba nasib
"ikut kau la, tapi aku bagitahu awal awal, aku takde duit nak support, kakak kau tu,ayah kau bukan bagi sesen pun, semua atas kepala aku.. kau pula nak tambah.. "kata kata puan maimun benar benar menusuk hatinys.
"tak pa, zati tanya je, zati kan kerja, kalau ada rezeki insyaAllah, mak doakan ya"dia cuba menyembunyikan duka.
"ialah..kalau dapat masuk u, jangan minta sesen pun dengan aku, aku memang takde duit"ujar puan maimun
"ya mak, zati tahu"dia hanya menunduk.
"kau datang dengan siapa"soal puan maimun
"datang dengan khai"ujarnya.mendengar nama khairi puan maimun membersihkan dirinya dan berjalan ke ruang tamu.
"eh khairi, kenapa tak masuk, zati buat air untuk khairi."tempik puan maimun. izzati bangun dari duduknya mengambil teko dan membancuh teh o. puan maimun masuk ke dapur.
"kenapa kau tak panggil dia masuk di biar kawan tu berdiri dekat luar, dah tu air pun tak buat, macam ni nak jadi bini orang"marah puan maimun
"maaf mak, kami ingat nak singgah sekejap je, sebab kami nak singgah kubur wan"ujar izzati
"dah tu kenapa tak pegi, kau tunggu lagi buat apa"bentak puan maimun
"tengok mak masak, tetiba lapar pula, dah lama tak makan masakan mak"izzati cuba berseloroh
"banyak cantik kau, ni lauk semua kakak kau beli, dia nak makan sebab tu dia beli, kau tahu nak makan je"marah puan zila
"oh takpa lah kalau macam tu,nanti zati singgah lain ya,zati beli lauk mak tolong masakkan boleh"puan maimun diam.izzati keluar dengan secawan teh o untuk khairi
"nak teh o"teh itu di sambut oleh khairi.
"mak kami pergi kubur wan dulu ya"ujar izzati apabila wanita itu ke ruang tamu
"mak tengah masak khai, tunggu sekejap ya, kuta makan nasi, nisya pun dah nak sampau, kita makan sekali, ikut kan si zati ni kerja nak makan luar je, mak dah masak pun tunggu jelah kejap, kalut ke mana"bicara puan maimun itu tidak seperti apa yang diucapkan sebelumnya
"tak pa lah mak,kami nak ke kubur dulu lepas tu nak pergi tempat lain lagi"khairi cuba menolak
"tunggu la sekejap, dah nak siap dah, mak tepon nisya kata khai datang,dia ajak makan sekali, nanti kang kecik pula hati dia, lagi pun mak masak banyak dah,sapa nak makan, tunggu sekejap ya"pujuk puan maimun.
"kita pegi lepas makan ya"pujuk izzati. khairi berat untuk setuju tapi demi izzati dia hanya mengikut. dia sudah mendengar kata kata dari puan maimun pada izzati,simpatinya pada tunangnya mencengkam dada. kedengaran suara nisya memberi salam. nisya sudah pulang
"eh khai,dah lama sampai"nisya menegur.izzati yang berada disitu tidak diendahkannya.
"baru lagi, zati datang nak bagitahu result dia"ujar khairi
"mak...minggu depan kakak kena pergi outstation untuk fotoshoot.."nisya berlalu ke dapur. tidak langsung berminat untuk mengetahui keputusan adiknya.makanan sudah terhidang di meja.nisya yang mengenakan singlet pink dan boxer paras peha berwarna biru turun dari biliknya.izzati membantu puan maimun menghidang. nisya duduk disebelah khairi. izzati hanya diam dia tedak perlu dan berhak untuk bersuara kerana rumah iti terlalu asing baginya.
"ni semua lauk kegemaran nisya."ujar puan maimun. khairi hanya mengangguk.satu persatu lauk di cedok dan diletakkan ke dalam pinggan khairi.pinggan izzati masih putih.
"mak kicap ada"soal izzati
"ada dekat dapur"izzati bangun dan mengambil kicap lalu ke meja makan semula.di tuang kicap dan dicubit sedikit telur dadar diletakkan kepinggannya.tidak berani dia mengambil lauk lain yang memikat seleranya kerana setiap kali dia mahu mengambil lauk, kakinya ditendang puan maimun. seleranya terbantut.
"sayang tak amik lauk"soal khairi apabila melihat tunangnya hanya makan kicap dan telur.
"dia payah, memilih makan"ujar puan maimun.
"ha ah, membazir pula kelas kelas makanan kejap lagi"balas zati.walaupun begitu dia tetap bersyukur sekurang kurangnya dia dapat merasa masakan ibunya walaupun nasi dan telur dadar.selera khairi terbantut melihat izzati diperlakukan sebegitu. telefon khairi berdering
"kami nak ke kubur wan zati dulu, lepas tu baru kami jumpa mummy ya"ujar khairi dan talian dimatikan
"siapa"soal nisya
"mummy khai,sayang cepat makan mummy tunggu kat restoran"ujar khairi
"mummy khai kerja ke"soal nisya
"mummy ada restoran sendiri"balas khairi pendek
"ooo... kat mana, nama apa"soal nisya lagi
"the Anggerik,yang dekat sini base,ada lagi dua cawangan dekat johor dengan KL, ni nak buka baru dekat langkawi. "jelasnya
"ouh.. mummy khai business women la kiranya ni"khairi tersenyum. izzati selesai makan begitu juga khairi. mereka bangun menuju ke dapur.
"jom singgah kubur kejap, lepas tu kita jumpa mummy"ujar khairi. izzati mengangguk.
"mak kami pergi dulu ya"izzati mengambil begnya dan bersalam dengan bondanya yang sedang makan tapi salamnya tidak di sambut.
"khai kirim salam dekat mummy ya"
"insyaAllah"balas khairi. mereka meninggalkan rumah itu dengan perasaan lega.izzati hanya diam
"assalamualaikum wan, zati datang ni, maaf zati dah lama tak jenguk wan,wan zati dapat 8A 1B, wan bangga tak dengan zati...wan zati rindu wan"tangisnya berderai. khairi hanya membiarkan dia meluahkan segalanya. segala yang terpend diluahkannya. dukanya terasa hilang.
"wan,zati balik dulu ya, nanti zati datang jumpa wan lagi"mereka bangun dan meninggalkan tanah perkuburan itu. mereka ke The Anggerik untuk berjumpa dengan bakal ibu mertuanya
"zati... lama tak jumpa, mummy rindu zati"ujar puan rohani.dia dipeluk wanita itu.hangat,seperti pelukan seorang ibu.
"mummy sihat, maaf zati sibuk sikit"ujarnya
"mummy sihat, dengar kata dapat result hari ni"soal wanita itu
"ye mummy"balasnya
"mana result mummy nak tengok"puan rohani teruja. dikeluarkan kertas keputusan peperiksaannya. puan rohani terjerit kecil gembira
"menantu saya dapat 8A cemerlang... "di hebahkan kepada semua kakitangan. tampak gembira. khairi menghulurkan segelas vanila shake kepada izzati.
"mummy seronok sangat la tu menantu dia dapat 8A"bicara khairi. puan rohani menghampiri mereka
"nak makan apa mummy buatkan"pelawa puan rohani
"zati dag kenyang makan dekat rumah mak tadi"dalihnya,padahal dia segan
"ish jangan macam tu, mummy nak masak ni"ujarnya lagi.izzati terkelat kelat...
"mummy buat tanderloin steak ok"ujar wanita itu. izzati hanya mengangguk.puan rohani meninggalkan mereka berdua lalu ke dapur untuk memasak hidangan buat menantunya.izzati melihat sekitar.ada beberapa meja belum dikemaskan.dia dengan sukarela mengemas meja meja itu.khairi hilang entah ke mana.satu persatu meja di bersihnya.ditolongnya juga mengmbil pesanan.dia tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan atau menumpang kesenangan.
"la zati buat apa, meh sini, dah siap, makan la, khai mana"soal puan rohani
"jawab call"teka izzati. sosok tubuh lelaki itu kelihatan.
"pegi mana"soal puan rohani
"next week ada fotoshoot dekat melaka"ujar khairi.
"fotoshoot, melaka, nisya"hatinya cuba meneka
"dah tu khai cuti ke"soal puan rohani
"ye lah,empat hari je, kenapa mummy"soal khairi sambil menjamah steak yang dibuat puan rohani.
"mummy nak ke langkawi, nak tengok restoran baru tu la.. lepas tu nak ke johor dalam dua minggu mummy takde,mummy ingat nak minta khai tengok tengokkan restoran dengan rumah, nak harapkan daddy, ermmmm"ujar puan rohani
"bila mummy nak pergi"soal khairi
"malam ni bertolak, nak singgah kampung sekejap"ujar wanita itu.
"zati tolong boleh, hari khai outstation zati datang tengok kedai pagi, petang zati pergi keje..boleh"dia cuba membantu
"tak susahkan zati ke"soal puan rohani
"tak susah pun,zila bantu ke pun, itu pun sekejap je kan"jelasnya
"ok la kalau macam tu, mummy pegi dengan daddy, pak din mummy tinggalkan, senang nak urus zati ke sana ke sini."ujarnya.
"eh takpa, zati boleh naik teksi"ujarnya.
"no, mummy takde zati stay dekat rumah mummy, biar pakdin bawa zati nak ke mana mana, ni je menantu mummy, comel pula tu"pipi izzati dicubit.
"tengok la siapa pilih"seloroh khairi. muka izzati panas.
Daud menyertai mereka. mereka berjalan ke mall bagi membeli keperluan mereka. izzati membeli beberapa helai baju menggantikan bajunya yang sudah lusuh. mereka menonton wayang dan berkaraoke.satu bandar mereka jelajah akhirnya mereka menapak di amusement park. tempat yang paling ingin izzati pergi ketika zaman kanak kanak nya.
"masuk rumah hantu nak"ajak izzati. satu persatu permainan dicuba mereka.daud gembira melihat sahabatnya bahagia.daud yang memilih untuk menyambung pelajarannya terasa berat hati untuk meninggalkan sahabatnya.
"kau dah decide nak amik course apa"soal izzati.
"aku amik psikologi,kau.."soal daud. aiskrim ditangannya disuap sikit sikit sambil memerhati izzati.izzati diam.aiskrim ditangannya mencair.
"aku tak sambung kot"ujar izzati kelat
"kenapa, keputusan kau kan bagus"ujar daud
"aku taknak susahkan mak dan ayah aku, dorang tak mampu nak tanggung pengajian aku. belanja bukan sikit"ujarnya.
"la kau ni, kan ada biasiswa"daud cuba memujuk
"biarlah,ada rezeki ada lah tapi buat masa sekarang aku nak kerja, nak kumpul sendiri, aku tak nak bebankan dorang dengan keinginan aku"ujar izzati.nadanya tersekat sekat. khairi memeluk bahu izzati dan digosok perlahan.
"kau isi dulu nanti kita usahakan supaya kau bayar yuran"pujuknya lagi
"takpe, aku rasa sekarang dah sampai masanya aku berhenti bergantung harap dengan kau. kau pergi ya,insyaAllah kalau rezeki aku ada aku pergi. papepun kau tetap sahabat aku dunia akhirat, sahabat paling aku sayang"bahunya dilagakan ke bahu daud.
"kau janji dengan aku, kau kena happy selalu, ada pape mesej aku, call aku wajib jawab, mesej aku wajib reply. kau jaga diri kau baik baik"pinta daud. kepala izzati diletakkan ke bahunya. airmatanya menitis.risaunya mula membenih.tangan izzati digenggam erat.khairi hanya menyaksikan mereka melepaskan kesedihan dengan sebak.
Keretanya masuk ke garaj rumah banglo dua tingkat itu.ini kali pertama izzati menjejakkan kaki ke rumah khairi.
"jom masuk"ajak khairi.izzati kaku. dia kaget melihat rumah itu.
"jom, mummy dengan daddy takde kan mumny kata dia nak ke langkawi.yang ada mak leha dengan pak din je. dorang dah tidur rasanya."ujar khairi.
"zati balik rumah ayah atau mak je lah"dia risau akan kehadirannya dirumah itu menjadi buruk. risau akan sesuatu terjadi.rumah orang kaya mesti banyak barang berharga, kalau hilang mati dia akan dituduh
"dah pukul 12 ni, nak balik ke, nanti ayah dengan mak kata apa pula,jom masuk"tangan izzati ditarik. izzati hanya mengikut. pintu rumah itu dibuka. lagi sekali izzati tergamam.
"masuk lah, "suruh khairi. pintu rumah itu ditutup sebaik dia masuk kerumah itu.
"ni ruang tamu satu, ni ruang tamu dua, ni bilik makan, ini dapur kering, dapur basah, ini toilet bawah, ini bilik basuh baju,ni store barang kering, ni bilik mak jah dengan pak din"di bawa izzati tour dirumahnya.
"ni surau, ni bilik tetamu, ni bilik amber, kucing mummy"kucing yang berwarna putih itu didukung khairi.
"gebunya"puji izzati. diusap usap kucing itu.
"jom naik atas"mereka menaiki anak tangga menuju ketingkat atas.
"ini bilik mummy, ini bilik bacaan, ini ruang santai, ini cinema family"izzati tergamam apabila bilik itu dibuka. sebuah skrin besar terpampang disitu dan beberapa biji bean bag disusun didalamnya
"ok ini gym, dan ini bilik qis, arwah adik khai"pintu bilik itu dibuka.susun atur bilik itu kemas.
"sebelah ni bilik khai"pintu bilik itu dibuka.bilik dengan perincian hipster tampak cantik.
"masuk la"khairi duduk diatas katilnya yang empuk.disatu sudut kelihatan dua buah komputer, untuk game mungkin.buku buku disusun rapi di rak. baju digantung teratur.
"cerewet ni"bisik hatinya.izzati kembali ke katil di mana khairi memerhatinya yang kelihatan agak jakun.izzati berdiri di bucu katil.matanya tertarik pada bingkai beberapa bingkai gambar. gambar dia berseorang dan gambar mereka berdua.
"ni bila amik ni"soal izzati. setahunya dia tidak pernah menyuruh khairi mengambil gambarnya.
"awal sayang masuk kerja hari tu, khai amik curi curi"tawa khairi.izzati meletakkan semula bingkai gambar itu.
"zati tidur kat mana"soal izzati
"sini"katilnya di tepuk. izzati terkejut
"gurau ja..zati tidur dekat bilik qis."izzati mengangguk. izzati keluar dan masuk ke bilik sebelah. di perhati bilik itu. susun atur bilik itu kemas dan nampak girly. diatas meja belajar ada bingkai gambar seorang budak perempuan.
"ini kot qis"bisik hatinya. pintu diketuk. izzati membuka.khairi memberi beg barang yang di belinya tadi.
"itu siapa"soal izzati
"itu qis, arwah adik khai"ujar lelaki itu. bingkai itu diambil dan diusap
"dia meninggal ketika dia berumur 8 tahun sebab kanser otak"nada khairi sayu. tangan khairi dipegang izzati. khairi menoleh dan melemparkan senyuman.
"rehat ya"ujar khairi lalu keluar dari bilik itu.
Share this novel