Suasana bingit seakan sebati dengan dirinya.izzati hanyut dengan alunan muzik yang rancak. kali ini izzati tidak berseorangan. dia sudah punya teman untuk berdansa.
"hello..kau baru sampai ke... aku... aku dekat club.. hah ok.. jap lagi aku hantar location"taliannya di matikan. lokasinya dihantar kepada daud.insan yang dirinduinya sudah sampai.dia membersihkan dirinya agar perilakunya tidak di hidu daud.dia menanti daud di luar club.kakinya tidak kuat untuk berdiri. terumbang ambing.
"zati..."panggil daud.bahu izzati dipegangnya. daud terbatuk batuk kerana bau arak dan rokok yang kuat pada badan sahabatnya itu.dipapahnya ke tepi.
"nah minum ni"daud menghulurkan sebotol mineral.
"kau baru sampai ke"soal izzati.
"ye lah.. kau tak nampak beg aku sikit punya berat"backpack yang disandangnya diletakkan di tepi. dia duduk disebelah izzati.airmatanya menitis melihat keadaan sahabatnya itu.baru beberapa bulan dia pergi,pulangnya melihat perubahan perilaku sahabatnya.
"kau datang dengan siapa"soal daud
"aku sorang"balas izzati.mabuknya masih terkawal.
"khairi mana"izzati menggeleng. iskandar berlari anak mendapatkan izzati
"bila kau sampai"tanya iskandar
"baru je,macam mana boleh dia boleh jadi macam ni"soal daud
"jom aku bawa kau,nanti kau tanya dia"ujar iskandar.dia memapah izzati ke kereta.sayu hati daud melihat kekusatan sahabatnya.apakah dugaan yang menimpa sahabatnya kali ini sehingga dia tewas.tangan izzati di pegang daud.
iskandar yang memerhati dari jauh dua sahabat itu berbicara.banyak yang mahu di luahkan gadis itu.
"kenapa kau jadi macam ni"angin pantai yang meniup rambut gadis itu di rapikannya semula.
"aku rindu kau"ujar izzati. mata mereka bertentang. tebing matanya mula bergenang.
"aku pun rindu kau"dipeluk sahabatnya erat. izzati mula teresak esak.
"cerita dekat aku kenapa kau jadi macam ni"soal daud lembut.izzati cuba mengatur bicara agar tidak memburukkan sesiapa.dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"aku nak travel minggu ni, kau nak ikut"soal izzati
"travel, kau dah buang tebiat.. majlis kau"soal daud. izzati menggeleng
"apa maksud kau"daud hairan
"kau anggap je aku dengan khai takde jodoh"izzati cuba positif sehabis mungkin
"aku tak faham"daud makin hairan
"wedding hujung minggu ni wedding khai dengan kakak aku"ujar izzati.botol air yang dipegangnya kemek aku akibat genggaman kemas tangannya.
"macam mana boleh jadi macam ni"soal daud lagi
"macam aku kata la, kami tak berjodoh,takde jodoh dan bukan jodoh kami"ujar izzati. dia tersenyum walaupun kelat
"kejap aku nak call khai"telefonnya di keluarkan namun di halang izzati
"aku ok,aku dah tak perlukan dia, cukup kau ada dengan aku.. aku nak kau je"lengan daud dipeluknya.hati daud tidak tenang. geramnya bertukar amarah.
"start bila kau pandai minum bukan bukan ni, sejak bila kau pandai smoking ni"soal daud
"ni je cara aku nak buang semua yang semak dalam kepala aku"ujar izzati.
"tapi ini bukan caranya kau nak release tension kau"tegur daud.izzati diam.
"aku letih daud, letih sesangat..kenapa dunia tak adil dengan aku, apa salah aku"rintihnya
"kenapa susah sangat aku nak bahagia, kenapa payah sangat aku nak gembira"rintihnya lagi. tangisannya lanjut.bahu daud basah dek airmata izzati.
"aku minta maaf sebab takde time time kau perlukan teman"sesal mula bersarang dalam hatinya. iskandar memerhati.seandainya dia yang berada disisi izzati sekarang ini dialah insan paling bahagia.fikirannya berhitung.
segala persiapan telah siap sepenuhnya. rumah puan maimun di pasang khemah untuk tetamu sudah siap dipasang. izzati tidak ikut campur. baju yang ditempahnya untuk majlis akad nikahnya di simpan didalam kotak. terabdi segala duka bersama.
"majlis esok kau tak payah ada.."suruh puan maimun
"ok"balasnya
"aku tak nak kau buat kecoh nanti"ujar puan maimun.izzati mengambil beberapa helai bajunya lalu diletakkan didalam beg.dia melongo di pondok bas. tidak tahu ke mana mahu pergi.seakan sekam yang bertaburan pabila ditiup angin.dia ke pusara nenda. sudah lama rasanya dia tidak ke situ. lalang yang tumbuh meninggi dicabutnya satu persatu.nesan yang sedikit kotor dibersihnya.
"wan,zati tak kuat.. zati sudah putus harap"rintihnya.sumber kekuatannya sudah bersemadi tenang disitu.
"wan, zati nak ikut wan boleh, zati nak duduk dengan wan"tangisnya melaju.rindunya dia pada wanita tua itu tidak terhingga hinggakan tidak menyedari hari sudah senja.
"wan nanti zati datang lagi ya"dia berlalu pergi dengan langkah berat.dia masih tidak tahu ke mana hendak dituju.dia ke terminal bas, dibelinya tiket ke terengganu. dia tawakkal. telefonnya dimatikan.dia tidak mahu dihubungi oleh sesiapa.
"welcome to pulau redang... "dilapangkan tangannya.nafasnya disedut dalam dalam.terasa lapang. usai pendaftaran masuk dia berehat semahunya.dihapus semua duka.
Iskandar cuak. izzati tiada dibiliknya.dia juga tidak mempunyai nombor telefon izzati
"ah dungu"ditepuk dahinya sendiri.telefonnya berdering
"zati ada dengan kau"soal daud ditalian
"takde, dengan kau takde ke"soal iskandar kembali
"sebab takde la aku call kau, fon dia pun tutup"risau daud.
"khairi"tempik mereka berdua. malam ini malam pernikahan khairi dan nisya.mereka tidak menghiraukan hari penting itu yang pasti mereka ingin tahu keberadaan izzati.
"kau tahu izzati ada dekat mana"soal daud. iskandar memerhati risau
"mana aku tahu,kenapa dengan dia"khairi mula cuak
"dia hilang"ujar daud.khairi menelefon izzati tapi tidak dapat disambungkan.
"jadi apa apa dekat izzati aku takkan lepaskan kau"marah iskandar.khairi diam.risaunya tidak terbendung. dicapai kunci kereta lalu dia berlalu pergi terburu buru.semua yang disitu kaget melihat khairi.iskandar dan daud mengikuti khairi dari belakang.
"eh khai buat apa dekat sini"soal nisya
"izzati mana"soal khairi
"mana tahu"jawab nisya
"kenapa ni sayang"dipegang pipi khairi namun ditolak kasar oleh lelaki itu. daud dan iskandar tiba
"izzati"tempik iskandar
"korang kenapa"tempik nisya. tetamu yang ada disitu terkejut
"sayang kenapa ni"nisya mula cuak
"aku tanya mana izzati"soal khairi kasar
"tak tahu"nisya terpinga
"izzati mana, apa kau buat sampai dia hilang tanpa jejak"soal iskandar
"what, izzati hilang.. mana i tahu dia pergi mana"tengking nisya
"apa kecoh kecoh ni"puan maimun yang datang dari dapur menyampuk
"mak izzati mana"soal khairi
"mak tak tahu"balas puan maimun
"mak cik ada jumpa dia tak"soal daud lembut. iskandar naik ke tingkat atas mencari izzati.dipanggil gadis itu berkali kali tapi tiada jawapan
"dekat atas takde"ujar iskandar
"last makcik jumpa dia kelmarin"jawab puan maimun
"dia tak bagitahu mana dia pergi"soal daud lagi
"takde, dia cuma kemas baju dia lepas tu dia keluar"cerita wanita itu lagi
"kenapa yang kalut dengan dia, kita nak nikah malam ni,sayang u balik bersiap dulu ya"suruh nisya
"ha ah, kenapa tiba tiba cari izzati pula,majlis lagi berapa jam je lagi"puan maimun mencelah
"izzati hilang, korang takkan tak tahu dia dekat Mana"cerita iskandar
"mak ada bergaduh dengan dia ke kelmarin"soal khairi
"tak ada, cuma mak ada kata majlis malam ni mak tak nak dia ikut campur itu saja, lepas tu dia kemas baju dia lepas tu dia keluar"balas wanita itu tanpa rasa bersalah
"esok esok dia balik la tu, u jangan risau ok"nisya cuba pujuk
"korang macam tak kisah je izzati hilang"soal daud geram
"majlis malam ni lagi penting dari dia"balas nisya
"ha ah, dia selalu macam tu..kuat sentap, kena tegur sikit merajuk lari, dah sejuk dia balik la"sinis puan maimun
"kalau jadi apa apa pada izzati korang aku cari dulu"ugut iskandar marah
"aku nak izzati ada..kalau dia tak ada sebelum majlis, aku akan batalkan pernikahan ni"ugut khairi pula. mereka bertiga keluar mencari izzati
"sayang... "tempik nisya
"makk"nisya mula menangis
"sial la si izzati ni, tak habis habis buat hal"marah puan maimun.merata tempat di carinya tapi tidak berjumpa.khairi tidak keruan. iskandar risaunya tidak terkata. daud cuba mengingati tempat yang mungkin izzati pergi untuk mencari ketenangan. mereka bertiga seolah katak ditimpa kemarau.
"sayang,sayang dekat mana"airmata khairi mula mengalir.
izzati menikmati baki cutinya dengan tenang.dia seolah manusia yang baru dilahirkan.sebatang rokok dinyalakan.biliknya yang menghadap pantai itu di nikmati keindahan ciptaan Yang Esa semahunya.
"cik yang minta baiki lampu tadi kan"soal seorang pekerja lelaki yang berdiri dihadapannya
"ha ah,lampu bilik air tak menyala"ujarnya.lelaki itu masuk dan membaiki lampu yang dirosak. izzati hanya memantau dari luar.
"dah siap"ujar pekerja tersebut.
"ok thanks"balas izzati.lelaki itu berlalu pergi
"zaiful"tanda nama lelaki itu tertangkap dimatanya dipanggil. lelaki itu menoleh
"ya ada apa yang boleh saya bantu"soal lelaki itu.
"dekat sini nak hang out, chill chill dekat mana ya"soal izzati.
"owh.. kalau dekat sini malam selalu tepi pantai meriah. malam ni kita ada fire show, cik..... "lelaki itu tidak menghabiskan ayatnya
"izzati"jawabnya
"hah cik izzati.. malam ni kita ada fire show.. tapi kalau nak yang havoc havoc ke pekan sikit la.. "ujar pemuda itu
"ooo, show start pukul berapa ya"soal izzati
"lapan macam tu"lelaki itu berlalu pergi setelah selesai memberi penerangan.izzati bersiap untuk ke fire show.seluar jeans pendek dan tshirt ungu disarungnya.dia berjalan tanpa selipar kerana pasir pantai menyukarkan pergerakannya jika dia berselipar.suasana seperti keramaian.meriahnya dengan pengunjung yang berbagai bangsa dari pelbagai negara.
"oren jus ya"pintanya.dinyalakan sebatang rokok.
"pinjam lighter boleh"sapa seorang lelaki.
"eh awak budak maintenance tadikan"izzati cuba mengingati nama pemuda itu
"ye saya, zaiful"balas lelaki itu
"hah zaiful, sorry lupa"lighter itu bertukar tangan
"sorang je kat sini"zaiful memulakan perbualan
"ha ah, cuti"jelasnya pendek.mereka rancak berbual. dinikmati malam itu dengan tenang.mereka saling bertukar nombor telefon. telefon izzati berdering beberapa kali kerana notifikasi mesej dan panggilan.izzati tidak mengendahkan notifikasi itu.apa yang dia tahu dia mahu menenangkan diri.telefonnya berdering.tapi tidak diendahkan.berdering lagi.
"kenapa tak jawab call tu"soal zaiful
"sebab bukan urusan penting"ujar izzati.zaiful hanya mengangguk.sebatang lagi rokok dihidupkan
"tak elok perempuan hisap rokok"ujar zaiful. rokok dibibir izzati diambilnya lalu diletakkan dibibirnya dan dinyalakan.dinyalakan lagi sebatang.panggilan dari daud diterimanya
"hello bro"izzati menjawab panggilan itu
"kau dekat mana,senyap tak ada berita, kau tahu tak kami macam orang gila cari kau"marah daud. izzati tertawa.
"aku dekat heaven, tak yah risau aku ok,masih bernyawa lagi"tawanya berpanjangan
"kau kan.. ada dekat mana bagitahu aku, aku pergi dekat kau"ujar daud.
"ada je dekat dekat sini, takpe lusa aku nak balik dah"ujarnya
"sayang kenapa tak angkat call khai"khairi dihujung talian
"takde apa yang kita bualkan, by the way congrats dah jadi suami orang, so kena panggil abang la ni"perli izzati.
"its cancelled"balas khairi.
"apa.. tapi kenapa"izzati terkejut
"kau dekat mana, kau bagitahu sekarang aku amik kau"iskandar.marahnya dia ditalian dapat digambarkan wajahnya yang menyinga
"aku ada dekat terengganu"ujar izzati.dia tidak berani menipu akan lelaki ini.
"terengganu dekat mana, terengganu tu luas.. "tengking lelaki itu
"hah.. errr.. ermmm... takpe lusa aku balik"balas izzati
"kau cakao kau dekat mana, jangan sampai aku bom satu terengganu "marah iskandar.izzati tertawa
"kau buat lawak apa ni, kau nak bom terengganu bagai"usik izzati
"kau cakap kau dekat mana"tengking iskandar.
"kau nak marah marah kenapa, call aku takat nak marah baik tak payah"talian di matikan. dihempas telefonnya ke pantai.
"ada masalah ke"soal zaiful. izzati hanya mengangguk. telefonnya berdering lagi. puan maimun
"hello"dia menjawab
"puas hati kau, susah kan semua orang, malu kan aku"marah puan maimun
"maksud mak"izzati cuba memastikan kata kata khairi benar
"kakak kau tak jadi nikah sebab kau, puas hati kau, memang biadap kau, anak kurang ajar"kedengaran nisya menangis teresak esak. izzati serba salah. telefonnya terjatuh ke tanah. zaiful tertanya tanya apa yang terjadi sebenarnya.izzati bangun dan menuju ke bar.
"margarita satu"pesannya.zaiful duduk disebelahnya.telefon izzati berdering lagi.
"hello"kali ini zaiful menjawab kerana izzati sudah berada dialam khayalan
"kau siapa, mana tuan telefon ni"ujar pemanggil
"dia mabuk"ujar zaiful
"sekarang dia dekat mana"soal pemanggil
"pulau redang"ujar zaiful. talian di matikan
"apa yang terjadi sebenarnya"bisik hati zaiful. izzati seakan berada di awangan.dia sudah mabuk.
Pintu biliknya diketuk. izzati yang masih tertidur terjaga. kepalanya berat digagahinya bangun.pintu di buka.
"hai, sorry kacau"zaiful didepan pintu biliknya
"oh takpe takpe"dia duduk di bucu katil. zaiful menghulurkan air kelapa yang di petiknya tadi kepada izzati
"nah untuk hilang mabuk"ujarnya
"thanks"air kelapa itu diminum izzati.zaiful menanti di luar pintu.izzati berlari ke bilik air. dia loya. zaiful membantunya yang lemah kerana sudah isi perutnya sudah keluar.
"nah air"air masak disuanya. diminum izzati perlahan lahan
"saya mabuk teruk ke semalam"soal izzati.zaiful mengangguk. izzati malu.bagaimana kelakuannya dia tidak tahu.
"awak tak ada buat papepun,asyik menangis je"cerita zaiful.
"breakfast dah nak habis, awak nak makan dekat cafe atau nak saya belikan sarapan"soal zaiful
"kerja tak"soal izzati
"petang, kenapa"soal zaiful
"breakfast kat luar, nak rasa makanan orang sini"ujar izzati
"ok, saya bawa awak pergi kat satu kedai ni,femes"pelawa zaiful.izzati bersiap dan mengikuti zaiful.motor yang dibonceng zaiful berhenti di sebuah gerai yang menjual pelbagai hidangan. zaiful agak terkenal disitu kerana rata rata pelanggan yang bertemu dengannya mengenalinya.zaiful membawa izzati mengelilingi kampung.izzati tenang.suasana tenang dan udara yang bebas pencemaran menenangkan jiwanya.pulangnya dia ke biliknya, kelihatan tiga orang lelaki sedang menanti di hadapan pintu biliknya.
"daud.. "tempik izzati yang berlari mendapatkan sahabatnya.tindakan spontan izzati yang melompat dan memeluk daud erat menajadi perhatian pengunjung yang lalu lalang disitu. zaiful juga agak terkejut. daud mendukung izzati kemas.
"rindunya kau"pipi daud dicium berkali kali. khairi dan iskandar tidak selesa dengan reaksi itu.
"kau buat apa dekat sini,aku call tak dapat"soal daud.izzati yang didukungnya dibawa ke tepi pantai. iskandar dan khairi tidak menyertai mereka.tika ini hanya daud yang bisa berbicara dengan izzati.
"aku zaiful, staff sini"zaiful memperkenalkan diri
"aku khairi, tunang izzati"ujar khairi
"tunang haok kau, kau ex dia je,"ujar iskandar
"aku iskandar,yang bercakap dengan kau semalam"mereka berjabat tangan
"itu"ditunjuk daud yang sedang bergurau dengan izzati di tepi pantai
"tu kawan baik dia, daud"ujar iskandar. mereka hanya memerhati gelagat dua sahabat itu.
izzati menjerit apabila daud cuba menolaknya ke dalam air.
"kenapa kau datang sini tak bagitahu aku"soal daud
"dah tu fon kau off kan, risau aku tau tak"ujarnya
"aku tak plan sebenarnya.. apa yang aku tahu aku tak nak ada dalam majlis tu"ujar izzati
"kau tak nak ke atau kau tidak dibenarkan"daud cuba memerangkap
"sama je, buat apa aku dekat situ kalau hati aku sakit, baik aku datang sini, tenang je"ujar izzati.
"tapi jangan la off kan fon, kau tahu tak singa tu mengamuk gila bila tahu kau hilang.. "cerita daud.
"yang dia nak kalut pasal apa, dah nak kawin pon"ujar izzati
"sapa kau ni"soal daud
"khai la"slumber izzati
"hotak kau khai,aku cerita pasal si iskandar"izzati tergamam
"kau tahu dia mengamuk dekat rumah mak kau, lagi dia angin bila dia tahu mak kau halau kau"cerita daud lagi. dia hanya memerhati iskandar dan khai dari jauh.di tarik daud ke dalam air. mereka mandi.basah lencun.
Share this novel