Izzati bangun awal.segan rasanya menumpang dirumah orang tapi bangun lambat.jam menunjukkan pukul 6.30 dia mandi dan bersolat lalu turun kebawah.ada seorang wanita yang sudah berumur berada di dapur.
"Assalamualaikum"izzati memberi salam
"waalaikumussalam,cik izzati ya"ujar wanita itu
"ya, mana makcik tahu nama saya"izzati terkejut wanita itu mengenaliny
"puan rohani bagitahu yang cik izzati akan datang tidur sini masa dia takde,makcik mak jah, panggil mak jah je"ujar wanita itu
"mak jah panggil saya zati je tak payah ber cik cik"ujar zati.
"tapi... "
"panggil zati je saya lebih selesa"pintanya.
"baik, zati buat apa awal awal ni"soal wanita itu lagi
"nak masak sarapan"ujarnya
"selalunya kalau puan dengan tuan takde, mak jah sediakan roti dan bijirin je sebab cik khairi tak berapa makan sarapan. dia nak baru mak jah masak"ujarnya
"ooo.. itu perut dia, perut saya lain"izzati tertawa.dilihat dipeti sejuk apa yang ada untuk di masak. dia menggoreng nasi dan telur lalu di hidang. dibancuh kopi.
"dah pukul 7.15"bisik izzati. dia naik keatas untuk mengejutkan khairi bangun takut akan terlambat ke tempat kerja.pintu bilik khairi di ketuk beberapa kali. diam. dia membuka pintu. khairi masih tidur.
"khai bangun dah pukul tujuh lebih, keje pagi kan hari ni"ujar izzati. khairi menarik selimut.ditarik semula selimut oleh izzati
"cepat bangun, nak sarapan pula, zati goreng nasi"ujarnya.khairi bangun dan duduk bersandar. langsir dibuka izzati. cahaya matahari memacar mengenai wajah khairi.ditekup mukanya dengan bantal.izzati ketawa. khairi menurunkan bantalnya,wajah izzati hampir. ditatap wajah gadis itu.
"morning sayang"ujar izzati lalu dicium bibir khairi. mereka bercumbuan. khairi turun dengan kalut. sudah pukul 8,dia hampir terlewat. izzati yang menunggunya dimeja makan hanya melihat tunangnya yang kelam kabut. nasi yang disenduk izzati dimakannya habis.
"sayang,khai pergi dulu ya, kejap lagi sayang pergi dengan pak din ya"suruh khairi. kereta dipandu keluar. izzati bersarapan seorang diri. bilik khairi di kemasnya. dia merebahkan badannya ke katil khairi.dia terlelap.
"saya boleh pergi sendiri pakdin"ujar izzati.
"pak din kena hantar juga zati kalau tak nanti puan, tuan dengan cik khairi marah"rayu lelaki itu.
"baiklah pakdin, jom"izzati membuka pintu dan duduk ditempat penumpang hadapan.
"zati duduk la belakang, segan pak din"
"kenapa nak segan, bukan saya yang bayar gaji pak din,tuan dan puan yang bayarkan, saya hanya tumpang saja, jadi biarlah saya duduk depan, saya tak layak duduk belakang"ujar izzati. pak din menurut.tanpa disedari kereta yang dipandu pakdin di ikut encik halim dari belakang.
"zati nak balik rumah hari ni ya"ujarnya.hampir seminggu dia tidak pulang ke rumah. lusa dia harus tidur di banglo itu bagi menggantikan khairi yang akan ke melaka
"aku ingat kau tak kenal jalan rumah dah"perli puan zila.izzati hanya mendiamkan diri.sebungkus mi segara di capainya dan di masak
"ai takkan dok kat luar sana berhari hari takde jantan nak spedo kau yang balik mentekedarah dekat rumah pula"perli puan zila lagi
"apa masalah makcik ni, dah nak menopause dah ke, ke Alzheimer yang pukul 2 pagi melalak lalak ni"balasnya.mi segera itu di suap ke mulut.
"kau makin besar, makin kurang ajar kan, kalau aku tahu aku tak payah kutip kau bela,sial betul la"izzati tidak mengendahkan leteran puan zila.sedang dia makan, encik halim pulang.
"lewat balik bang," puan zila ber mulut manis.
"banyak trip hari ni"ujar encik halim sambil mengeluarkan wang yang bercampur rm10 dan rn50.izzati tidak megendahkan mereka.
"ayah nak nescafe panas, zati nak bancuh lebih kalau ayah nak"tanyanya lembut.
"boleh juga"izzati membancuh nescafe dan dituang kedalam dua mug dan satu dihulurkan kepada ayahnya.ia mahu masuk ke biliknya tapi langkahnya terhenti
"kau tidur mana zati banyak hari tak balik"soal encik halim
"rumah kawan,mak dia takde pergi langkawi seminggu"balasnya
"tuanya kawan kau"soal encik halim lagi
"tua,lelaki ke perempuan, ayah nampak dekat mana"dia inginkan kepastian
"aku nampak kau naik kereta dengan lelaki tadi, tua"jelas encik halim
"owh, itu pak din,driver mak kawan zati, dia minta pak din hantarkan sebab kami kerja tak sama shif"jelasnya lagi.
"amboi kaya kau berkawan dengan orang ada driver bagai"sampuk puan zila
"dah orang yang nak tumpangkan"ujar izzati
"keje apa mak bapak dia sampai hebat macam tu, entah entah rumah jantan tu yang kau tido."tempelak puan zila
"rumah khairi... mummy dia pergi langkawi tengok restoran dia dekat sana, yang tua tu nama dia pak din driver mummy dia, puas hati.. "balas izzati geram
"dah pandai tidur dekat rumah jantan bagai..silap hari bulan ada pula waris tak saf taraf.."ujar puan zila lagi
"dah abis dah cakap.. auuummmm.. tibe ngantuk pula dengar ceramah memalam ni.. ishhh setan setan.. masuk tidur dulu ye"ujar izzati lalu masuk ke biliknya.dia tertawa kecil
"abang tengok tu,kurang ajar betul"rengek puan zila
"dah la,malam dah ni"kedengaran encik halim membelanya. air yang ditangannya di hirup perlahan lahan.difikirannya bagaimana kehidupannya nanti apabila daud sudah tiada bersamanya.
pintu biliknya dibuka.encik halim masuk ke bilik izzati. dia yang sedang mengemas barang keperluan lalu di masukkan dalam beg sandangnya.dia bersiap untuk ke tempat kerja.
"zati, ayah nak duit sikit"pinta ayahnya
"ayah nak buat apa dengan duit tu, nak habiskan dekat perempuan tu"tanyanya mahu kepastian
"apa ayah nak buat itu bukan urusan kau,bagi ayah 200."pinta encik halim
"mana nak ada banyak tu sekarang, ni ha wallet pon ada 50 je"dia membuka dompetnya.
"transfer"suruh encik halim. izzati akur. dia malas bergaduh kerana tidak mahu di cop sebagai ank derhaka
"dah, zati pergi kerja dulu"dia keluar dengan hati yang tegang.encik halim tersenyum.
"untung ada lombong emas"encik halim tersenyum lagi.
"kau dah kenapa muka macam taik ni"soal daud yang mengambilnya untuk bergandingan ke tempat kerja.
"ayah aku, minta duit lagi.. aku bukan nak berkira tapi kalau kata dia guna pada tempat yang betul takpe,aku takut dia habiskan pada betina garik tu"dia melepaskan geram.daud hanya melepaskan keluhan kecil.dia bersimpati dengan sahabatnya tapi tiada apa yang dilakukan kerana ini urusan keluarga mereka. dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.khairi tiada di hotel kerana dia punya acara diluar hotel.rindu dia pada jejaka itu membenih.
"hai madu"tegur milia yang bersiap untuk pulang dari kerja namun tidak diendahkannya
"kau tahu tak,khairi memang tiptop diranjang, body dia.. aku memang tak boleh lupa"provok milia. izzati hanya diam. dia bersiap siap untuk ke stesen.
"kau tak marah kan aku rasmi dulu"provoknya lagi
"ishh isshh, apa yang bising ni.. ruhil jom cepat ada langau terbang tepi telinga ni.. ishhh najis"ujarnya
"langau.. langau bukan spesis lalat yang makan tahi tu ke"sambung ruhil
"ha ah yang tu la.. jom cepat cepat.. kotor.. najis"dikepit hidungnya lalu bergandingan dengan ruhil ke stesen
"kurang ajar, langau kau bahasakan aku.. izzatiiiiii"tempik milia. tawa izzati dan ruhil berderai.
"amboi, seronok pehal"tegur daud
"milia di provok aku, dia ingat aku ni bodo macam dia"mereka tertawa. izzati duduk di kaunter menanti pelanggan.kacang yang berada didalam balang disuapkan ke mulutnya satu persatu..
"zati... aku cakap sikit kau jangan marah ya"ujar daud
"apa"izzati sedikit hairan
"orang kampung dah mula bercerita pasal ayah kau. ada orang kampung nampak ayah kau keluar dari rumah tumpangan dekat bandar dengan perempuan"ceritanya
"aku tak sedap hati dan tak seronok dengar"cerita daud lagi
"aku tahu,dah lama aku tahu, tapi apa yang aku boleh buat kau cakap dekat aku"jelasnya dengan kecewa
"kau tak bagitahu makcik kau, mana tahu kot kot dia boleh cakap dengan ayah kau"cadang daud
"makcik aku tu... eemmm...lagi panjang ada la.. "ujarnya. daud hanya diam.sedih,kecewa mula bersarang dihatinya.penat dia memikirkan solusi untuk ayahnya tapi ke temui jalan buntu.balik balik dia yang bersalah.
"drive elok elok.. sampai melaka call zati ya"pesannya.khairi memeluk tunangnya erat. berat hatinya untuk berjauhan.
"sayang pun jaga diri tau.. habis kerja terus balik jangan merayap.ada apa apa call or mesej khai ya"pesannya lalu bergerak ke tempat yang dituju.
izzati bersiap untuk bekerja.dia dihantar oleh pak din.
"zati malam ni abil celebrate birthday dia,kau join tak"soal ruhil
"birthday dia ke hari ni.. lupa la wehhh"dia serba salah
"ye... jom la.. "ajak ruhil. telefon pub berdering
"wei, kau jangan tak datang malam ni ya... aku pick up kau balik jap lagi"ujar ara. izzati meminta izin khairi untuk ke parti abil malam ini dan khairi mengiyakannya.mereka ke club untuk berhibur.
"hai"seorang lelaki menyapanya dari belakang.izzati menoleh
"ish dia ni lagi"bisik hatinya
"kau sorang je ke"soal lelaki itu
"dengan kawan"mulutnya di juih kan sedikit menunjuk abil dan yang lain sedang asyik di dance floor
"boleh aku duduk"pinta lelaki itu. izzatiengalihlan sedikit badannya. dia kurang selesa
"kau selalu datang sini"soal lelaki itu lagi
"kadang kadang je"balasnya.mereka diam.izzati menyedut sedikit demi sedikit oren dihadapannya.telefonnya berdering
"ada dekat club dengan abil,kejap lagi zati call lain ya.. ya ya.. nanti zati suruh abil hantar. jaga diri ya.. rindu khai juga"talian di matikan
"tunang kau"soal lelaki itu. izzati menggangguk.
"dia tak join"soalnya
"out station kat melaka"balasnya.lelaki itu mengangguk.di hatinya berharap agar abil dan yang lain datang kepadanya.dia benar benar kurang selesa.hari hampir 3 pagi.mereka masih asyik berhibur. izzati memberitahu abil dan yang lain bahawa dia mahu pulang.dia mengambil barangnya dan berlalu pergi. lelaki tadi mengekorinya.
"iskandar... lama tak nampak"suara seorang gadis menyapa lelaki tadi. izzati membiarkan sahaja dan kelar dari tempat itu. dia berjalan menuju ke pondok bas untuk menunggu teksi. bas sudah tiada.
"mari aku hantar kau balik"pelawa lelaki tadi
"takpe aku naik teksi je"dalihnya.
"dah lewat ni, bahaya kau sorang sorang.."ajak lelaki tadi.izzati diam
"ok aku tunggu sampai kau dapat teksi."keretanya di parkir sedikit ke depan. dia hanya menanti di dalam kereta.sesekali dia memandang cermin sisi.di perhati izzati.sekumpulan lelaki menghampiri pondok bas tersebut. izzati cuak. mereka mabuk.jalannya tidak tentu arah.percakapan mereka juga melalut.sesekali kedengaran bunyi tikus mondok yang dibuat mereka. izzati makin cuak.
"sorang je ke"usik mereka. mereka menghampiri izzati. mereka mula mengusik izzati. iskandar yang berada didalam kereta hanya memerhati.dia mahu melihat reaksi izzati.adakah izzati seperti gadis lain yang dia kenali.
"jangan kacau boleh tak"izzati mula berjalan menjauhi mereka. dia meninggalkan pondok bas itu. iskandar hanya tersenyum. dia berharap izzati akan meminta bantuannya. dia cuba berlaku tenang tapi andaiannya meleset apabila izzati berjalan melepasi keretanya.kumpulan anak muda tadi masih mengekori izzati.iskandar mula risau. izzati diganggu lagi.
"woi"iskandar menghampiri mereka
"bro jangan sibuk boleh"ujar salah seorang dari mereka.
"ke kau nak join kami rasa sikit"ujar seorang lagi.mata izzati mula bergenang.
"oh takpe aku taknak"dalih iskandar. dia berjalan semula ke kereta. dia cuba menguji izzati. dia mahu izzati meminta bantuan darinya.pemuda tadi makin rancak mengusik.tangan ditarik.izzati berdiri dibelakang iskandar. tangannya di pegang kemas
"dia awek aku bro.. kau jangan macam macam"ujar iskandar
"tiba awek kau pula.. tadi tak heran"perli mereka
"kau nak makan sorang ke"perli mereka lagi. iskandar mula bertindak kasar.penumbuknya tepat ke pipi lelaki tersebut. mereka bergaduh. izzati kaget.tidak lama kemudian datang sebuah kereta lalu berhenti berhampiran mereka dan membantu iskandar.akhirnya kumpulan pemuda tadi pergi meninggalkan mereka.bibir dan hidung iskandar berdarah
"kau ok"soal lelaki yang membantu
"aku dah nak kojol baru korang sampai"ujar iskandar
"sorry beb..kau lambat info"ujar pemuda itu
"kau ok"soal iskandar. muka dan badan izzati di periksanya.izzati mengangguk
"terima kasih"ujarnya.dia mahu meneruskan langkahnya tapi terhenti kerana tangannya di tarik
"kau nak pegi mana"soal iskandar
"balik la"ujarnya
"kau nak kena kacau lagi,tak serik lagi"soal iskandar. izzati diam.
"aku hantar kau balik"tangan izzati ditarik. izzati hanya mengikut pemuda itu.
"beb kau drive.. aku memang out dah ni"kunci keretanya di berikan pada rakannya.izzati duduk di seat belakang dan iskandar duduk di tempat duduk hadapan.dicapai tisu lalu di lapkan ke bibir dan pipinya
"hai izzati, saya Azman, panggil man je.. ingat lagi tak"soal lelaki tadi. izzati hanya mengangguk.dia diam.
"kitaorang nak pegi makan tadi dah kau call kami u turn la balik.. kau nak pegi makan tak.. aku lapar ni"ujar azman
"zati, kita makan dulu boleh lepas tu aku hantar kau balik"soal iskndar
"eh tak pa hantar zati dekat stesen teksi pon tak pa"pinta izzati
"kau ni berlagak berani sangat kenapa, dah takde ikut kami pegi makan dulu pastu aku hantar kau balik"suruh iskandar
"tapi.. "izzati mencari akal
"takde tapi tapi, ni sapa nak bertanggungjawab"luka di mukanya ditunjuk kepada izzati
"aku tak suruh pun kau tolong aku tadi"bentak izzati
"kiranya memang kau suka la dorang kacau kau"marah iskandar
"kau ingat aku ni bohsia ke"marah izzati
"dah tu.. kalau aku tak tolong kau,kau rasa kau boleh lari ke dari dorang tadi"iskandar tidak puas hati
"ada lagi orang boleh tolong aku.. aku boleh call polis apa"dia tidak mahu mengalah
"call polis... abis tu kenapa tak call.. kenapa kau nangis.. dari nangis baik call polis"uji iskandar
"mana ada aku nangis"dalih izzati
"tadi tu apa.. shaking bagai.. tahu takut tapi nak berlagak"iskandar tertawa sinis
"mana ada"nafi izzati.pandangannya dilempar keluar jendela.di hatinya dia benar benar bersyukur kerana iskandar membantunya.
"zati taknak makan?"soal azman. izzati menggelengkan kepala.iskandar yang sudah ghaib sesampai sahaja mereka ke destinasi yang dituju.
"takkan nak duduk dalam kereta je"soal azman lagi
"zati duduk dalam kereta je, nak tidur"alasannya.azman akur. pintu keretanya ditutup.tingkap dibuka sedikit agar izzati tidak kepanasan.izzati melelapkan mata.dia mahu melupakan semuanya.
"kau nak mati ke duduk dalam ni"soal iskandar yang tiba tiba membuka pintu disebelah izzati. izzati yang bersandar pintu hampir terjatuh namun iskandar menahan bahunya dari terjatuh lalu di dorong bahu gadis itu ke dalam kereta dengan kasar.
"aduhhh"teriak izzati perlahan
"kau dah kenapa"marah izzati
"kau tu yang kenapa, duduk dalam kereta"soal iskandar
"aku mengantuk, apa masalah kau kalau aku nak tido"izzati melawan
"kau tahu tak peratusan orang mati dalam kereta sebab lemas akibat tidur dalam kereta tu tinggi"ceramahnya
"so"izzati tidak mahu mengalah
"aku taknak kereta aku pula nanti masuk balai sebab jadi punca kau mati, nak mati mati dalam kereta orang lain"ujarnya
"gila"marah izzati.dia cuba untuk menutup pintu tapi gagal kerena ditahan lelaki itu
"keluar, kau tak nak makan pun takpe janji ada kat luar bukan dalam kereta"nadanya sedikit kasar kerana kedegilan izzati
"tak nak aku..duduk semata mata nak hidu asap rokok kau"ujar izzati.dia membisu di dalam kereta matanya ditutup.
"wei kau buat apa ni"izzati menjerit apabila merasakan tangan lelaki itu melingkar di lutut dan bahunya
"kau nak keluar sendiri atau aku dukung kau keluar."ugut iskandar. izzati akur. dia keluar dan menuju ke meja kumpulan pemuda itu. kerusi disebelah iskandar ditariknya.
"bagi fresh orange satu, milo ais kurang manis satu"pinta iskandar.izzati hanya diam.minuman yang dipinta iskandar sampai.
"nak kencing atas jalan kot mamat ni, dua skali dibahannya"bisik hatinya.jus oren itu disua kepadanya. iskandar menarik air milo itu dan mula menyedutnya. izzati kaget, dia tidak memesan air untuk dirinya.
"minum, kalau tak aku jirus kau dengan oren ni"bisik iskandar. izzati memandang iskandar dengan geram. iskandar tidak mengendahkan renungan itu. izzati hanya diam. tiada apa yang mahu dibualkan. lepas satu cerita satu cerita mereka bicarakan.mata izzati sudah tidak dapat ditahan lagi. iskandar yang perasan akan izzati yang tersengguk beberapa kali,meletakkan tangannya pada belakang kerusi izzati.akhirnya izzati tertidur dibahunya.
Cahaya matahari terpancar ke wajahnya.perit.izzati bingkas bangun apabila melihat di terbaring didalam kereta iskandar di tempat duduk hadapan.dia mencari iskandar.pintu kereta dibuka,iskandar masuk kedalam kereta. disua tuala dan set berus gigi kepada izzati.
"pergi cuci muka dulu, kejap lagi kita breakfast"suruh iskandar.izzati aku. dia tertanya tanya bagaimana mereka boleh berada di dataran itu. seingatnya tempat terakhir mereka di kedai mamak semalam.usai itu izzati kembali ke kereta.
"macam mana kita boleh sampai dekat sini"soal izzati
"aku bawa kau la, takkan naik flight pula, ke kau berangan kau cinderella naik kereta kuda sampai sini"tawa iskandar berdekah
"semalam bukan kita pegi mamak ke"soal izzati
"ye la, takkan aku nak biar kau tido situ.. nak hantar aku balik aku tak tahu, so aku port la dekat sini"ceritanya
"kau tak buat apa apa kat aku kan"izzati mula takut
"buat apa"iskandar mula merapatkan badannya ke badan izzati. izzati sedikit mengesot
"kau tak buat benda bukan bukan kan dekat aku"soal izzati lagi.gugup
"maksud kau apa.. buat apa"suara iskandar perlahan.mata mereka bertentang. izzati menelan airliur.
"kau jangan macam macam, aku jerit kang"ugut izzati
"jerit la, dalam kereta aku takde sapa boleh dengar"usik iskandar. muka izzati pucat. darah diwajahnya hilang entah ke mana. tangan iskandar mencapai pintu lalu ditutup. iskandar mula memandu dalam keadaan tawa. izzati lega.menu yang dipesan mereka tiba. sedang mereka menikmati hidangan telefon izzati berdering
"morning.. ada dekat kedai, breakfast,oh yaka..tak pe takpe.. balik cepat.. rindu.. love you too"talian dimatikan.dia tersenyum. iskandar hanya memerhati.
"kau nak aku hantar kau dekat mana ni"soal iskandar.
"hantar aku balik la"balas izzati. iskandar mengangguk.setiba dirumahnya, kelihatan puan zila di laman sedang menyiram pokok bunga.
"kau kerja hari ni"soal iskandar
"keje, kenapa"soalan itu hanya dijawab dengan gelengan.puan zila hanya memerhati. izzati masuk kedalam tanpa berkata apa apa. dia hanya perlu menahan telinga mendengar leteran puan zila.
"jantan mana pula tu"tempik puan zila apabila kereta iskandar mula meninggalkan perkarangan rumahnya.
"kawan je"balas izzati malas. dia mandi dan terus tidur. dia malas mendengar leteran wanita itu.
Share this novel