Izzati memeluk daud erat.dipujuk sahabatnya yang menangisi pemergian atuknya.
"baik cara kematian atuk.. hari jumaat lepas dhuha.. "ujar izzati. diseka airmata sahabatnya.khairi hanya berdiam. fatiya menahan geram.tetamu mula beransur pulang. izzati membantu mengemas.
"kau tidur sini malam ni"pinta daud. izzati memandang khairi.
"ikut la.. khai onz je"balas khairi.
"ok.. "balas izzati ringkas
"thanks beb"dihargai jasa sahabatnya. fatiya makin geram.izzati membawa dulang yang berisi seteko kopi panas dan sepinggan biskut kering ke beranda. mereka bertiga berbual bual
"iskandar mana"tanya daud.izzati terdiam.
"ha ah dari tadi khai tak nampak dia"soal khairi
"kami dah bercerai"cawan kopi yang dipegang daud terjatuh. dia benar benar terkejut.
"kau tak main main kan"daud berbasi basi
"aku tak tipu.. dah tiga minggu aku menjanda.. next week dia akan berkawin dengan sepupu dia."cerita izzati
"apa.. baru menduda dah ada pengganti"marah khairi.
"dia ada masalah split personaliti.lagipun syarina tu pilihan nenda dia.. aku ni apa lah sangat.. syarina dah banyak berkorban untuk pulihkan dia tiba aku nak masuk daun.. tak cun la"seloroh izzati. dia tidak mahu membuka cerita sebenar.
"so bila dia dah ingat ni.. aku..dia dah tak ingat langsung la.. so perkahwinan kami auto batal"dalih izzati lagi.
"dia hanya ingat perkara yang lepas aku ni baru bagi dia so dia tak dan nak recall"balas izzati.khairi dan daud hanya memerhati perilaku izzati yang cuba menyembunyi duka.
"kau cerita perkara sebenar dekat aku"tegas daud.
"aku dah ceritakan tadi"ujar izzati.dia tertawa tanpa sebab
"aku tahu kau tipu kami"ujar daud.airmata izzati berderai satu persatu. digagahi juga dia bercerita. daud dan khairi geram dan marah yang teramat. perilaku puan tengku diluar batas normal manusia biasa.
"aku tahu kau kuat zati.. kau dah tempuh macam macam..aku tahu kali ni kau takkan dengan mudah mengalah"ujar daud
"makcik memang takde perasaan ke apa"marah khairi. pertanyaan khairi membuatkan izzati tertawa.
"dah la dah malam ni, kau masuk bilik aku tidur situ aku dengan khai tidur bilik atuk"ujar daud. izzati melabuhkan badannya keatas katil daud.
"wey daud teddy bear ni kau simpan lagi"usik zati
"harus la.. kenangan ooo"tawa mereka berderai
"kenapa"soal khairi
"hadiah birthday aku, zati ngongek ni bagi tapi masalahnya waktu dia bagi teddy bear tu bau taik lembu.. dah lah teddy bear tu kaler hitam. puas aku cari last last arwah atuk suruh basuh sebab melekat merata taik lembu"tawa mereka memecah sunyi
"aku bawa naik basikal..dah tu jalan basah baru lepas hujan, lagipun kau tengok la besar dia sama saiz aku dho... kau nak sangat hadiah mahal kan.. hah amik, siap pakej minyak wangi"mereka tertawa lagi.
"woi tido"mereka terdiam
"baik toksu"balas daud. izzati memeluk teddy bear itu.tenang rasanya. izzati lena hanyut.
"kau tak kerja ke"soal daud
"petang"balas izzati.
"khai hantar ya"tawar khairi
"ok"jawab izzati ringkas.
"korang ingat kan dato brian"soal izzati
"mr cindian"teka daud.mereka tertawa
"dia offer aku kerja dekat mercy tapi dekat kL"ujar izzati
"jawatan"soal khairi
"store manager"balas izzati
"wooooooo"serentak dua jejaka itu. izzati malu
"pergi la.. explore dunia baru.. "nasihat khairi.
"setuju.. aku sependapat dengan khai"ujar daud.
"akan aku pertimbangkan"ujar izzati
"khai pun nak sambung study dekat UK"ujar khairi
"woooo"kali ini giliran izzati dan daud pula
"degree sains makanan"ujarnya.
"boleh awek mat saleh tak ingat jalan balik dah"usik izzati
"kalau zati sanggup tunggu khai,khai akan pulang"ujinya.izzati terdiam
"hey hey hey.. lek lek der... "ujar daud
"canda canda"seloroh khairi.izzati tersenyum.
"lama pula tak keluar ramai ramai.. "cadang daud
"ha ahkan,lama dah tak lepak dengan zaiful and the gang"balas izzati
"gang gay tu"soal daud
"woi mulut tu.. choy... gay dorang pun setiakawan tau"puji izzati.
"ye lah ye la kami ni semua menderhaka."khairi dan daud bangun meninggalkan izzati sendiri.
"woi siot la korang, sape nak kemas ni"tempik izzati. kelibat dua jejaka itu hilang.
"boleh aku cakap sikit dengan kau"fatiya menghampirinya
"apa dia"izzati kembali duduk
"boleh tak kau jarakkan sedikit hubungan kau dengan daud.kau isteri orang dia tunang orang"ujar fatiya
"kenapa"soal izzati menguji.
"perempuan mana yang tak cemburu bila tengok pasangan dia rapat dengan perempuan lain dan diabaikan kerana perempuan lain, isteri orang pula tu"ujar fatiya
"ok faham.. by the way, aku dah bercerai.. yang kedua.. kau jangan risau even aku janda sekali pun hubungan aku dengan daud tak pernah dan tak akan lebih dari seorang sahabat. kalau betul kami nak ada fefeeling fefallin in leb ni dah lama.. tapi kami lebih suka dengan relationship kami sekarang. ok... got it"jelas izzati
"tapi kau stilll perempuan.. punya nafsu.. daud aku percaya tapi tidak kau.. berapa ramai dah jantan kau sebat.. dan mungkin kau ada jantan baru sebab tu is ceraikan kau.. aku heran guna guna apa yang kau pakai sampai ramai jantan tunduk dekat kau"luah fatiya.izzati hanya diam
"kat mana kau ada..mesti ada jantan.bukan sorang tapi ramai.tengok lah uwais saja pun berapa ramai yang nak mengaku jadi ayah budak hIV tu."jari izzati digenggam kemas menahan marah tatkala uwais dikaitkan dalam hal mereka
"tiya"tempik daud. izzati menghalang daud dari menghampiri fatiya.wajah daud merah.marahnya dia sehingga izzati tidak mampu melihatnya.
"nak cakap cakap leklok jangan nak main hentam je"marah daud. khairi menarik daud yang membara.
"please lepas ni nak bercakap tengok kiri kanan"nasihat izzati.fatiya makin geram.
izzati masuk kerja sepeti biasa.rumor yang tersebar di pesona ibarat angin lalu.pernikahan iskandar dan syafina menjadi liputan eksklusif. ibarat penyatuan dua benua yang menjadi penantian dunia.wartawan memenuhi lapangan majlis.walaupun sedih tapi izzati tetap mengukir senyuman.iskandar sesekali melirikkan matanya ke arah izzati yang sedang bekerja.
"light tu kurangkan cahaya..fokus pada meja kadi"ujar izzati.izzati berhenti matanya fokus pada susuk tubuh dihadapan itu.izzati sebak. tangannya digenggam.linda.
"thanks beb"ucap izzati.sesungguhnya dia memerlukan kekuatan untuk menghadapi semuanya.selesai upacara izzati keluar dari dewan.terus dia menuju ke bahagian penyediaan makanan. diperiksa makanan yang hendak dihidangkan.
"zati jom fogging"ajak linda. izzati membuntuti.roof tempat rahsia mereka berdua.
"lega semuanya dah settle."luah izzati.dia gembira dapat menjadi sebahagian dari team persiapan majlis iskandar.
"saya bangga jadi kawan awak"ujar linda
"kenapa"soal linda
"sebab awak terlalu kuat dan tabah. kalau saya memang dah tak sanggup"ujar linda. izzati tersenyum.asap rokok dihembus ke udara.
"sebab saya sayang dia.. saya nak tengok orang yang saya sayang gembira."balas izzati
"tapi aku tak gembira"iskandar mencelah.dua gadis itu menoleh.dicapai kotak rokok izzati dan dinyalakan sebatang.mereka diam tanpa bicara menikmati senja yang berlabuh.
"kau turun la nanti meroyan pula si syarina"suruh linda. iskandar melangkah dengan berat. tangannya menggenggam jari izzati sekilas.rindunya dia pada gadis itu tidak terhitung.telefon izzati berdetak.
"yes"girang izzati.linda menoleh
"malam ni kami nak buat campfire dekat pantai.. seronoknya.. nak join.. esok sunday kannn"pujuknya
"esok saya kerja.. resepsi iskandar kan"ingat linda.
"oh ya.. ala tak boleh join la.. "linda mencebik bibirnya
Deruan ombak memecah sunyi.izzati merasakan satu ketenangan.daud menemani izzati yang duduk dipinggir pantai.
"kau tinggal fatiya sorang sorang"tegur izzati
"biar lah dia.. malas aku layan"balas daud
"tak baik la kau ni.. kesian dia"ujar izzati
"makin lama makin aku serabut dengan perangai dia.. dia dengan orang lain ok.. tapi bila dengan kau dia punua cemburu.. Allahurabbi"izzati tertawa.
"cemburu tanda sayang"usik izzati.
"sayang...penat aku...kadang aku terlintas nak break up"bahu daud ditampar kuat izzati.daud melurut bahunya perit
"kau jangan macam macam ya"ugut izzati.
"tak la.. dia tu.. tak boleh nak fikir ke kalau aku ada hati dekat kau.. dah lama dah kita couple tapi tak pun.. kita bukan nya kawan sehari dua.. dah bertahun"luah daud
"kan... sampai saiz tut kau pun aku tahu"tawa izzati
"kau memang gile kan..sibuk je nak cek cinonot aku"daud malu mengingatkan kisah mereka ketika kecil
"dah kau yang gaduh sakit la gatal la.. aku nak tolong macam mana kalau tak tengok"tawa mereka berderai
"tapi atuk marah tu comel"tambah izzati. tawa mereka memecah sepi. khairi menyertai mereka. pelbagai perkara karut yang bermain dibibir mereka. hilai tawa mereka menceriakan malam.
izzati tidak dapat melelapkan mata. dia keluar dari khemah dan duduk dihadapan unggun api.pandangannya dilemparkan ke laut lepas yang gelap.
"awak tak tidur lagi"soal zaiful
"tak boleh tidur"dikuis kuis unggin api
"nak hot chocolate, saya buat kan"pelawa zaiful
"boleh juga"izzati hanya memerhati sosok tubih lelaki itu. dari perwatakkannya tiada siapa yang tahu dia pencinta insan sejenis. coklat panas dihirupnya perlahan. terasa hangat lehernya dek air yang melalui tekaknya.
"awak ada contact haiden"soal izzati
"kerap kami contact.. dua hari lepas baru je video call dia"jelas zaiful
"ok tak dia.. ke dah tak boleh cakap melayu"izzati tertawa.
"kejap ye"zaiful menekan nekan telefonnya
"hei bro how are doing"suara itu amat dikenali izzati
"kau tak nak tahu aku kat mana dengan siapa"soal zaiful. telefon itu dipalingkan ke arah izzati. izzati kaget. cepat cepat ditutup mukanya.malu
"kau kenapa"soal haiden. kedengaran tawa dihujungnya.
"aku nampak serabut"ujar izzati.mulutnya ditutup dengan jari.
"kau memang serabut tak pernah tak serabut"tawa haiden lagi
"kau... "marah izzati. diaju penumbuk dihadapan kamera.
"kau buat apa tak tidur lagi"soal haiden
"cuci mata.. "balas izzati.telefon itu bertukar tangan.
"cuci mata?why"soal haiden
"anak ikan macho ramai malam ni oiii"jerit izzati kecil.
"amboi"geram haiden
"eh kau bila habis military"izzati ingin tahu
"soon.. very very soon.. "balas haiden.
"soon soon.. soon tu bila, yang aku tahu lam soon company minyak masak buruh tu je.. soon kau aku tak tahu"dikuis kuis bara api agar terus menyala.
"a few month lagi.. sebab aku enlist awal dari sepatutnya."balas haiden
"ooo"izzati mengangguk
"kau rindu aku eeekk"usik haiden
"adalah sikit"haiden hilang kata.diminum air ditangannya kalut.
"weh elok anak ikan kat belakang kau"izzati memuji anggota yang berada dibelakang haiden. haiden menoleh. dia berbicara dalam bahasa denmark. izzati hanya memerhati
"hai izzati"tegur jejaka itu.
"eh hai"izzati menggetis.dibaiki rambutnya yang masai.
"what are you doing honey"ujar jejaka itu
"ish honey, alahai... me and my friends at seaside,we're at campfire hah campfire.."di tunjuk unggun api
"apa yang kau merepek ni syaitonn"zaiful hanya tertawa melihat telatah izzati
"ok... my name nadine..sorry i got to go.. see you again, maybe next time"ujar pemuda itu.
"oh great... yeah.. i will"izzati menangkap lambaian pemuda itu dan disematkan kedadanya
"nadine.. oh nadine"getis izzati.haiden hanya memerhati.
"hoi hoi hoiiii,kau gedik ekkk"ujar haiden.izzati menarik muka meluat.
"zati saya masuk tidur dulu ya..phone awak bagi nanti"ujar zaiful
"eh tak pe takpe saya end call, jap.. nanti kita vc lain la zaiful nak tidur.. ok bye"talian dimatikan.telefon itu dipulangkan semula kepada pemiliknya.izzati sendiri.deruan ombak jelas.izzati berjalan ke pesisir pantai. telefonnya berdering.video call dari haiden
"ye.. ada apa"kamera telefon dihala ke pantai.
"asal bagi aku tengok laut pula.. "tegur haiden
"aku nak bagi kau tengok pantai la.. kau kan duduk dalam kem..aku nak remind kan kau pantai macam mana"tawanya
"kau ingat denmark takde pantai.. kau ingat kem aku dalam hutan"ujar haiden
"oh ye ke..eh mermaid"tempik izzati
"membohong je kau kan"balas haiden tiada minat
"ye.. tu.. mermaid... eh comel nya.. cantik.. "izzati teruja
"malaysia mana ada mermaid"haiden melayan
"adalah.. tu.. kau nampak tak"izzati makin teruja
"mana, tak nampak pun."haiden melayan karut izzati
"tu.. "ujar izzati
"mana"soal haiden
"ni... "kamera di halakan ke wajahnya. izzati membuat riak wajah comel.haiden tertawa
"ah rugi la tengok mermaid ni.. tak teruja pun aku"balas haiden. izzati menarik muka ketat
"ok la... aku memang la tak cun nak dibandingkan dengan minah kampung kau"rajuknya
"wei bukan macam tu.. ah kau ni scammer betul la.. "ujar haiden
"bila aku scam kau.. bila aku main bitcoin"rajuknya masih ada
"bukan scam bitcoin.. tapi kau scam mood aku.. aku baru nak lepas rindu dekat kau.. kau dah tarik muka taik"ujar haiden. kali ini izzati mati kata.
"woi kau ok tak"sergah haiden
"perut aku sakit.. arghh"izzati memegang perutnya
"kau biar betul"haiden mula risau.dari raut wajah izzati jelas kesakitannya
"kau tunggu aku call zaiful..pul.. zati sakit kat pantai.. kau tolong kejap.. hah ok.. zati kejap lagi zaiful sampai.. kau tunggu jap.. zati.. "haiden cemas
"ye.. sakit sangat ni. arghhh"izzati mengerang. zaiful dan daud mendapatkan izzati yang tengah mengerang kesakitan
"wei aku bawa dia pegi klinik dulu la"ujar zaiful
"hah ok.. papehal inform aku"risau haiden dan talian dimatikan.
"zati kau uzur ke"soal daud
"tak.. aku tak tahu kenapa sakit sangat ni"adu izzati. daud mengendong izzati dibelakangnya dan bergegas ke parkir. zaiful mengejutkan yang lain dan mengekori daud dari belakang.
"kenapa dengan kawan saya doktor"soal daud risau.
"puan izzati tiada apa yang serius, mungkin terlalu stress dan pemakanan dia tak teratur yang menyebabkan dia mengalami kekejangan perut.. tapi elakkan pekara ini berulang sebab boleh menjejaskan kandungan"ujar doktor. izzati, daud dan zaiful tergamam
"saya pregnant doktor"soal izzati
"ya.. puan mengandung.. puan tak tahu ke puan mengandung?"soa doktor
"saya tak tahu sebab bulan lepas saya datang period"ujar izzati.
"banyak tak darah period"soal doktor
"tak banyak dan tak normal macam selalu.. dalam 3 hari macam tu pad pun tak banyak dan tak basah"cerita izzati
"oh itu kita panggil pintasan period.. terjadi mungkin sebab stress or usia kandungan yang masih baru atau pun keadaan rahim puan.. saya boleh buat pemeriksaan kalau puan mahu"ujar doktor
"berapa usia kandungan dia doktor"soal daud
"sekejap ya."imbasan ultrasound dilakukan.
"kalau ikut dari scan dah tujuh atau lapan minggu"ujar doktor. tidak semena airmata izzati mengalir. risaunya membenih
"tahniah puan.. saya akan senaraikan ubat dan vitamin sekali untuk bayi ya.. sebab kalau ikut scan bayi ni tak cukup berat"ujar doktor. izzati mengangguk. daud dan zaiful saling berpandangan.
Share this novel