BAB LAPAN

Drama Completed 36633

Rumah hajah halimah sedikit kecoh. Rombongan keluarga khairi akan sampai dari KL tidak lama lagi.Hajah halimah berharap urusan merisik dan pertunangan berjalan lancar. Encik halim, puan zila dan puan maimun turut hadir.nisya dan tikah juga ada.seharus dan semestinya daud dan abil ada dimajlis itu.izzati yang mengenakan baju kurung moden berona biru laut tampak cantik dengan solekan simple yang di tatarias abil.mereka bertiga didalam bilik itu sibuk bergambar.
"sesuai sangat betina garik macam kau nikah awal"herdik nisya. walaupun sakit tapi dibiarkan kata kata itu.nisya yang sakit hati keluar dari bilik itu.
"kau sabar ya, dia tengok sapa tunang kau mesti dia terkejut.. bukan kaleng kaleng, model merangkap supervisor hot dekat resort tu"daud dan abil ketawa.
"ni yang kau nak sangat duduk sini, boleh menggatal"kata kata puan zila membuatkan izzati geram,tapi cepat di genggam tangannya oleh daud.
"makcik kalau takde apa apa yang baik nak cakap baik makcik keluar, takut kejap lagi majlis ni bertukar jadi kenduri arwah pula"lancang mulut abil. puan zila berwajah kelat keluar.
"kau, mulut"tegur daud
"tak sungguh,geram aku, aku tak tahu la macam mana kau boleh hidup dengan manusia manusia jelamaan hantu macam tu"bengang abil masih belum habis
"sabar je lah"balas zati sayu.
"hah dia mula dah.. jangan la nangis.. abis make up nanti, nak kena touch up balik pula.MuA kau ni free je tau"seloroh abil.senyuman terukir di pipi izzati.
"rombongan dah sampai"bisik daud. kedengaran suara hajah halimah dan encik halim berbincang. keputusan banyak diputuskan oleh hajah halimah. izzati lega. dia takut andai kata keputusan dibuat oleh ayahnya akan mengeruhkan keadaan.selesai perbincangan, seorang wanita masuk kebiliknya dengan membawa bekas berisi cincin. cincin itu disarungkan kejari manis izzati.usai itu doa dibaca memohon keberkatan yang esa.tetamu beransur pulang begitu juga rombongan tadi.hajah halimah masuk kebilik izzati.dia duduk dikatil dan mengadap wajah cucunya.
"zati, sekarang zati dah jadi tunang orang, wan harap zati dapat jaga kelakuan, walaupun dia tunang zati, maruah dia tetap kena jaga,wan doakan kebahagiaan zati"airmata wanita itu mengalir ke pipi. zati memeluk erat neneknya.terasa sentuhan kasih dari wanita itu.abil turut mengalirkan airmata.
"korang bertunang setahun lepas tu nikah kita set tarikh lain"ujar hajah halimah. izzati mengangguk.
"dah salin baju, jom makan"ajak hajah halimah.mereka bertiga keluar dari bilik itu menuju kedapur.
"zati khai datang, ajak dia makan sekali, khai pegi naik zati ada kat dapur"suruhnya.khai menghampiri mereka.
"tempat aku dah ada orang ganti dah"rajuk daud
"mana ada"izzati menafikan
"lepas ni tak boleh la aku manja manja dengan kau"ada getar di hati daud. walaupun berat dia melepaskan sahabatnya tapi dia turut tumpang gembira kerana sahabatnya telah menemui mr rightnya.
"ala kau jangan la cakap macam ni, kau sahabat aku dunia akhirat."lengan daud dirangkul kemas.airmatanya mengalir lagi.
"kau jangan nangis nanti aku nangis"ukar daud. airmata jantannya menitis juga.
"alamak drama pula, jom makan aku lapar, wei tunang kau dah datang ni"mereka mengesat airmata. khai duduk disebelah izzati dan daud duduk dihadapannya. terasa janggal apabila tempatnya kini di isi orang.khai masih malu malu.
"alah malu apa, makan khai, nanti nak jadi ahli keluarga juga. tak lama pun setahun je pun.kentut pi kentut mai cukuo setahun"gurau hajah halimah
"amboi kentut pun boleh setahun ya wan"abil melayan auta hajah halimah
"yelah, nak nak pulak si zati kalau kentut terus sampai hari nikah"tawa mereka berderai. nisya menuju ke dapur melihat kelibat khairi,terus dia menghampiri meja makan.diduduk disebelah khairi. khairi menginjak sedikit kerana duduk mereka agak rapat.dia kurang senang dengan keadaan itu.
"bila sampai, majlis dah abis dah baru sampai, lauk dah tinggal bekas saja"ujar nisya
"baru je"jawab khairi acuh tak acuh.
"khai nak lauk apa, meh nisya tolong"pelawanya.abil dan daud berpandangan.meluat.izzati hanya diam.
"kau tak payah sibuk, zati tahu lah uruskan tunang dia, nak makan apa nanti zati amikkan lah, kau tak payah nak susah susah"tegur hajah halimah.
"tunang"nisya kaget
"ha ah, ni lah tunang zati, khairi"nisya bangun dan meninggalkan mereka
"mak jom balik"bentak nisya. puan maimun mengikut.tidak sekali pun berjumpa dengan zati mengucap tahniah. izzati diam. hatinya mula membengkak.tangannya dipegang seseorang. tangan khairi.digenggam tangan itu.tenang.izzati sambung makan. daud yang melihat situasi itu gembira dan bersyukur kerana izzati sudah ada pelindung dan tempat dia mengadu hal.
"kitaorang balik dulu,zati esok sekolah jangan skip pula"gurau daud
"ye aku pegi, jumpa dekat sekolah tau"izzati hanya memerhati dua buah motor itu berlalu pergi.dia dan khairi berada di laman. diam.tidak tahu apa yang ingin dibualkan. hajah halimah yang melihat situasi itu mengusik
"dah jadi tunang dah pun, diam pula dah, sebelum ni bukan main banyak sembangnya"usik wanita itu.
"meh masuk, kita minum kopi"pelawa wanita itu.
"jom, wan memang suka jamu makan"izzati berbasi basi. mereka beriringan. kopi dan keropok di hidang.
"Kerja kat mana"encik halim menyoal
"hotel sama dengan izzati"jawab khairi
"owh, dah lama kerja situ"soal encik halim lagi
"lama dah, saya supervisor zati"ujarnya.puan zila tersenyum sinis. seolah hina sangat jawatan supervisor itu.
"insyaAllah kalau takde apa apa masalah, khai akan naik pangkat jadi assistant manager, khai pun model profesional, bukan calang calang model, kak nisya kenal la dia"khai tersipu sipu malu bila di puji zati.wajah puan zila sedikit berkerut. zati puas.
"sempat ke buat dua kerja.model lagi, hotel lagi"encik halim cuba memerangkap
"takde masalah, model tu hanya sambilan, hotel ni kerja tetap. kalau ada show di luar negara saya minta cuti la, kalau takat dalam malaysia ni saya selalu tukar off atau simpan off"jelasnya.
"kiranya selalu keluar negara lah"encik halim mula menyiasat.puan zila seakan teruja.
"saya limitkan kalau show luar negara saya amik 2 kali je dalam setahun itu pun show besar saja"ujarnya tenang.
"yang kau soal dia macam polis dah kenapa.nak kira kira gaji dia, nak taram kat korang"marah hajah halimah
"bukan macam tu"bukan macam tu macam mana, aku kenal sangat korang. lebih lebih lagi bini kau"perli hajah halimah.puan zila tak senang duduk.
"korang kalau takde apa hal dah pegi balik, aku nak mengemas."arah hajah halimah. encik halim bangum dari duduknya.malu.dia menuju ke pintu. mahu pulang. puan zila mengambil begnya dimeja telefon dan berjalan melintasi izzati dan khairi. sebuah beg kertas di hulur kepada izzati.
"apa ni"soal izzati. dia membuka kotak yang berada dalam beg kertas itu.iphone.
"mahal ni"ujar izzati
"khai beli untuk zati, senang nak contact, tahu guna tak"soal khairi. izzati menggeleng. khairi mengajar izzati menggunankan telefon itu. puan zila yang memerhati mereka dari tadi geram.
"sial betul, aku ingat jauh dari bapak dia hidup dia kacau, tapi dapat dulang emas. tak boleh jadi ni,iphone tu, aku nak dah lama pun tak dapat dapat"bentak hati puan zila. langkahnya laju. geram. izzati cuba memahami cara pengguaan telefon itu.
"faham tak"soal khairi
"tak tapi cukup la boleh mesej, boleh call itupun dah ok, yang lain lama lama pandai la"balas izzati.
"sayang"tangan izzati dipegang lembut
"apa dia"izzati menatap wajah lelaki itu. terasa ada ketenangan disitu.
"thank you sebab terima khai"ujarnya.
"zati bagi peluang sebab zati tak nak kecewakan sapa sapa, zati tahu wan juga mahu khai jadi ahli keluarga ni"balas izzati.
"khai janji khai akan jaga zati dan sayang zati seumur khai"khai berjanji. izzati hanya mampu tersenyum. percaturan akan datang belum tentu lagi. adakah ia indah atau mendung di siang hari.

izzati kesekolah dihantari khairi. cincin dipertunangan mereka di cabut dan disimpan dalm poket.
"sayang,nah"not 50 di sua khairi.
"untuk apa"soal izzati
"belanja sekolah la"ujar khairi. izzati berat untuk mengambil wang itu, sepanjang 11tahun tempojh persekolahannya ini baru kali pertama dia menerima wang saku.
"nah, cepat nanti lambat"wang itu di letakkan ketapak tangan izzati
"terima kasih"wajah lelaki itu ditatapnya.khairi membalas dengan senyuman. kepala izzati diusap lembut.
"hoi cepat"daud menyergah. izzati terkocoh kocoh keluar.
"adoi"kepala izzati terhantuk dinding pintu kereta.khairi mengusap kepala buah hatinya.izzati keluar dari kereta dan pintu kereta ditutup. khairi hanya memerhati buah hatinya pergi melalui cermin sisi. kelihatan izzati berlari ke kereta. khairi keluar dari kereta.izzati memeluknya erat. khairi kaget. tangannya disalam dan dikucup izzati.khairi membalas dengan mencium ubun ubun izzati.tenang.terasa hangat.izzati mendongak.
"i love you"kata kata itu terpacul dari mulut izzati. izzati melangkah semula ke kawasan sekolah dimana dihujungnya daud sedang menanti.khairi tersenyum. kata keramat yang keluar dari mulut izzati terngiang ngiang ditelinganya. hilang kelibat izzati dia terus ketempat kerja.hatinya berbunga bunga.
"amboi kau bukan main ye"usik daud.
"apa"izzati malu malu. mereka berbisik bisik sambil membuat eksperimen sains.
"yang dua orang tu, jangan sampai saya asingkan tempat duduk kamu"amaran dari guru mereka.
"maaf cikgu"mereka memohon maaf.kelas hari ni berlalu pantas.izzati bersemangat tidak seperti selalu, asyik tertidur.habis kelas mereka ke gerai keropok di seberang jalan sana sementara menunggu kelas tambahan.
"aku tumpang gembira. seronok aku tengok kau"ujar daud
"terima kasih, tera kasih sebab jadi sahabat aku"ujar izzati
"dah tak payah nak berdrama, cepat makan,nanti lewat"ujar daud.
kelas tambahan berjalan lancar.izzati memberi tumpuan sepenuhnya pada sesi pembelajaran. dia berkemas untuk pulang.
"kau balik dengan apa"soal izzati
"bas,kenapa"
"jom balik dengan aku, khai datang amik aku"ajak izzati
"ooooo... khai, khai oooo.. kalau tak abang khairi"usik daud.bahunya diketuk dengan beg berkali kali
"jom la balik dengan aku"ajak izzati
"tak palah aku taknak kacau daun"tolak daud
"kau jangan memacam ye, jom, balik dengan aku"paksa izzati. mereka beriringan.dipertengahan jalan, seorang lelaki memakai t shirt putih berseluar slack berona coklat dan bertopi bersandar pada proton x70 warna silver.tangannya disilang.
"handsomenya"suara gadis gadis yang pulang dari sekolah memuji ketampanan khairi.tapi tidak di endahkan khairi. dia menanti buah hatinya penuh sabar. sesekali dia berpaling kearah pagar sekolah.terdengar pujian dari bibir gadis gadis itu membuatkan izzati berasa bangga dengan tunangnya.
"tu.. abis la kau..ada persaingan"usik daud
"lantak la, aku punya bukan dorang"akui izzati
"wah yakinnya kamu"daud berseloroh.
"kalau dia betul betul ikhlas dengan aku dia takkan layan"ada benarnya kata kata izzati.khairi nampak akan kelibat buah hatinya diambil air boba yang di belinya dari dalam kereta.izzati menyalami tangan tunangnya. begnya diberikan kepada khairi. air yang diberikan khairi disedut laju. dahaga.
"nak"dipelawa daud. cawan itu bertukar tangan.
daud menyedut minuman itu
"daud tumpang kita balik boleh"pintanya
"jom"ajak khairi. mereka memasuki kereta itu. beberapa mata memerhati dibiarkan sahaja.
"nak balik terus ke nak pegi makan dulu."soal khairi.
"zati lapar, kau.. jom lepak makan cendol dulu lepas tu kami hantar kau"badannya dipusing mengadap ke arah daud yang berada dibelakang. khairi memegan lengan izzati takut dia terjatuh kerana struktur jalan yang tidak sekata.
"ok. aku on je"daud akur.
"yeayyy... cendol cendol cendol"izzati memalingkan badannya dan bersorak riang. kereta itu bergerak mengikut arahan yang diberi daud dan izzati.
"sini sini"izzati teruja. sudah lama dia tidak makan disini.dia turun dan laju jalannya.daud mengikuti dari belakang. khairi mengunci pintu kereta ketinggalan di belakang.cendol dan pisang goreng yang diorder mereka tiba.mereka membuka kisah kenangan mereka. tertawa besar mereka.
"zati"tikah,adik sebapa berlainan ibu memanggilnya.dia menoleh
"ada apa"izzati tidak bangun dari tempat duduknya sebaliknya tikah yang menghampirinya
"aku nak duit sikit, nak buat belanja."pintanya tanpa segan
"asal kau minta dekat aku pula, minta la dekat mak kau"balas izzati
"ah kau, kedekut, kau bila nak balik rumah, kerja kau aku kena buat tau, penat aku"rungutnya.
"rumah aku ke, ada tempat ke aku dalam rumah tu"izzati enggan mengalah.
"memang babi la kau, bak duit aku nak belanja takde"pintanya lagi
"kau dah maki aku, ada hati nak minta duit dengan aku, takde hari aku nak bagi"marahnya
"ish babi betul la, barua punya pompuan"izzati diam
"eh kau bahasa cantik sikit, kalau nak maki hamun orang baik kau blah sebelum penampar aku melekat dekat muka kau"marah daud
"nah... sapa nama tadi"khairi mengeluarkan wang bernot 50 empat keping lalu disuanya kepada tikah
"tikah"balasnya.wang tu diambilnya dan berlalu pergi
"biadapnya terima kasih pun tak, jangan di ajar bagi, kalau tak dia lagi melampau."marah izzati
"dari dia maki hamun dekat sini kan baik bagi"balas khairi. daud hanya diam.

selesai menghantar daud pulang mereka meneruskan perjalanan.
"nak keluar tak kejap lagi"soal khairi
"boleh teman zati beli barang sekolah"pintanya.
"ok"jari buah hatinya dicium berkali kali. izzati membiarkan saja.dia bersiap siap untuk keluar. khairi berbual dengan hajah halimah di laman. dia mengenakan t shirt kelabu dan seluar denim pendek berona blue season dan selipar tampak lebih santai. rambutnya di kelip.
"maaf lah khai, dia ni kalau nak kemana mana bukan reti nak bersiap elok, tengok seluar.. masyaAllah."tegur hajah halimah
"nak melawo buat apa. macam ni lek je.. santai je"balasnya.penyapu lidi yang dipegang neneknya mengena kakinya.mereka tertawa
"jom la wan kita pegi jenjalan"ajak izzati
"aku nak ke surau kejap lagi, korang pegi lah, tapi jangan balik lambat pula."pesan hajah halimah. mereka meninggalkan perkarangan laman rumah itu.hajah halimah gembira melihat cucunya sudah ada banyak perubahan, dari seorang yang pendiam dan suka termenung kini kembali ceria. doanya tiada henti untuk cucunya itu.dibelek satu persatu pen dan dicubanya. khairi membelek buku sementara izzati mendapatkan alat tulisnya.
"sayang"pangg khairi. izzati menoleh. ditunjuk sebuah majalah yang muka depan ada gambarnya dan dua orang lagi model lelaki
"wow, elok... "usiknya.buku itu disimpan semula.
"la kenapa simpan"soal izzati
"kenapa"khairi ingin kepastian
"beli la, zati nak, nak tengok yang ni.. eloknya"lelaki yang berdiri ditengah itu ditunjuknya. khairi menjuihkan mulut cemburu.
"yang ini dah ada depan mata, boleh tengok selalu"pujuknya.rambut izzati dikucup khairi. setelah selesai mereka ke kaunter pembayaran. gadis gadis iti menatap wajah khairi.
"ni abangkan"soal juruwang itu
"ye dia lah"jawab izzati.
"nak bergambar boleh"pinta gadis gadis itu."khairi tidak mampu menolak, kerana ini sebahagian dari profesionnya. izzati ke tepi memberi ruang
untuk mereka bergambar.
"maaf ya dik, akak peminat abang awak"adik,abang...izzati tersenyum.selezai pembayaran.
"maaf pembetulan, dia tunang saya, kami akan bernikah tahun depan"ujar khairi. gadis gadis itu tergamam.
"terima kasih sebab minat saya"khairi berbahasa. mereka keluar, tangan izzati digenggam kemas.
"ice cream"tempik izzati.khairi hanya menurut. izzati berjalan dihadapannya menikmati aiskrim. keletah buah hatinya di rakam dalam diam.
"salah la, macam ni"khairi membantu izzati menyiapkan kerja sekolah.
"ah malas la buat macam ni"rajuk izzati.
"cepat.. "marah khairi. hajah halimah baru pulang dari surau menghampiri mereka yang duduk dilaman.
"ajar dia kena garang kalau tak melampau dia ni"usik hajah halimah.sesekali kedengaran suara izzati mengadu sakit diketuk khairi. hajah halimah hanya tersenyum didalam rumah.buku dikemasnya. kerja sekolah siap. khairi meminta diri untuk pulang. izzati memeluk khairi erat. khairi beberapa kali mencium ubun ubun izzati. tangan khairi di salam dan dicium.malamnya berakhir indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience