Bab Enam

Drama Completed 36633

Buku teks diselak.Izzati mendengar penerangan dari cikgunya dengan khusyuk.tiba tiba kerusinya ditendang.dia menoleh
"kau nak apa"badannya disandar kedinding. mukanya menoleh ke papan hitam.daud juga. dihulur sampul surat bewarna putih kepada izzati.izzati mengambil sampul itu,dahinya sedikit berkerut.
"apa ni"bisik izzati. daud hanya mengerakkan kepala menyuruhnya membuka sampul itu. zzati menurut. alangkah terkejutnya dia apa bila mendapati beberapa keping wang bernot 50 dan 100 didalamnya.dia hampir menjerit tapi daud cepat menekup mulut izzati
"yang dua orang tu kenapa"soal lelaki yang berusia awal 30an itu.
"tebuan cikgu"tipu daud. lelaki itu kembali mengajar
"thanks beb"izzati tersenyum.
"alhamdulillah "bisik hatinya. gaji pertama diterimanya. dia gembira.tidak sabar menunggu waktu pulang.dia mahu membeli makanan di warung berhampiran. lapar menjengah perutnya.

"kau nak makan apa aku belanja"soal izzati. daud mengambil sepinggan bihun dan secawan air cincau lalu menuju ke meja dibawah pokok sena. izzati juga.
"bila kau dapat duit ni"soalnya
"tadi, abang khairi hantar, kau kan takde akaun bank so dapat cash la"jelas daud.
"eh dia datang? tak nampak pun.
"dia mesej aku tadi nak jumpa kat parking"terang daud lagi.izzati mengangguk.. sedikit kecewa
"jumaat ni boleh la kau jumpa dia"usik daud
"apahal lak aku nak jumpa dia"izzati sedikit malu
"kau keje jumaat ni. petang. pukul 3"ujar daud
"alaaaa"rungut izzati
"ala taik kau.. kau suka kan"usik daud lagi.
"mana ada"izzati malu
"kau ingat aku tak perasan ke"daud cuba serkap jarang.
"aku tak fikir lebih.. takat suka je.. crush"dia tertawa
"kan..betul tekaan aku. .kalau betul pun apa salahnya"ujar daud lagi
"aku tak padan dengan dia.. lagipun spm dah nak sampai."nada izzati bergetar
"spm tu yelah... tapi tak salahkan kalau kau suka dia.. dia pun suka kau"daud berbicara tenang
"bukan aku.. aku tak layak untuk dia.lagipun dia anggap aku staff bawahan dia je"bihun itu dikuis kuis
"mana kau tahu"soal daud. izzati diam
"aku tengok cara dia layan kau tak sama dengan yang lain, dia ikkhlas nak kenal kau"ujar daud
"tak de lah.. sama je"nafi izzati
"sama apanya.. malam kita lepak skali tu.. dia yang bawa kau balik.aku naik motor dengan shahril.siap selimutkan kau bagai"ceritanya.izzati terkejut.dia menatap wajah sahabatnya itu
"baju tu.. dia pergi amik dekat rumah mak dia semata mata nak bagi kau pakai"cerita daud lagi
"baju adik dia"seloroh izzati
"yelah, baju arwah adik dia, tapi nampak effort dia nak bagi kau selesa. pagi tu beria dia kelaskan sayur untuk kau dah dia tahu kau tak makan sayur"cerita daud lagi
"eh bukan kau ke yang kelaskan, dia kata kau"izzati sedikit terkejut
"apa pula aku. aku mandi kot, malam tu dia tak tidur.. nak jaga kau taku kau terbangun. dia tanya aku pasal kau, pasal family kau. aku nampak dia amik berat pasal kau"daud menyedut air cincau sebelum sambung bicara
"bagi aku dia bukan main main dengan hati dan perasaan kau. dia ikhlas dengan kau"
"ah kau.. abis tu milia f.o tu nak taruk mana"nafi izzati
"dulu dorang pernah couple tapi tak lama, dia tak tahan dengan milia yang queen control tapi gedik"daud menyuap bihun kedalam mulutnya
"mana kau tahu"soal izzati ingin tahu
"aku dengar budak hk cerita, shahril pun cerita benda yang sama"bihun itu disuap ke mulutnya lagi. izzati diam.berfikiran
"dia dah move on dengan milia, tapi si milia tu.. tapi dengan kau.. dia mula langkah dulu"ujar daud lagi
"ah malas aku dengat benda ngarut ni.. spm weh spm.. aku nak concerntrate kat spm"izzati menyedut sirap yang dipegangnya laju.
"terpulang, spm tu menang kena beri perhatian, tapi ini..aku takut kau melepas"seloroh daud
"kau kenapa ek.. sibuk nak kenen aku dengan dia"izzati sedikit tegang
"aku bukan apa, selain aku.. ada orang lain yang boleh jaga kau.. tak lah kau merap aku je"tawa dihujung bicara daud
"kira selama ni kau terpaksa je lah kawan dengan aku.. aku menyusahkan kau jelah. "izzati mula dingin
"bukan macam tu..maksud aku.. "belum sempat ayatnya dihabiskan izzati bangun meninggalkan meja dan kembali semula ke perkarangan sekolah untuk waktu kelas tambahan. daud serba salah. mungkin dia agak menekan.

sudah tiga hari izzati tidak mengendahkannya. daud mula susah hati.adakah sahabatnya baik baik saja.kerana izzati kelihatan galau.bermuram dan tidak banyak bercakap. apakah dia punya masalah.
"honey"panggil daud. namun tidak di endahkan izzati. selalunya jika izzati merajuk,dipanggil honey izzati akan tersenyum dan menyahut, tapi kali ini tiada respon.daud mula susah hati. susu strawberi yang diletakkan diatas meja dibuang izzati. marah benar dia kali ini.
"hari ni aku tak join extra class aku ada kerja"ujar izzati kepada ketua kelas. begnya dikemas. dia bersiap untuk pulang
"kau kerja kat kedai ke"soal daud.tapi tidak dijawab.izzati bangun dan melangkah pulang. daud hanya memandang.izzati merebahkan badannya ke katil. kipas syiling direnungnya.kedengaran suara puan zila yang sedang membebel. apa salahnya kali ini dia sendiri pun tidak tahu.serabut.begnya dia buka.helaian buku dibuka satu persatu. laju tangannya menulis nota. telinganya disumbat dengan kapas. bebelan puan zila masih panjang. nafas dihela panjang.kepalanya terhantuk meja.
"sakit la"dia menoleh kebelakang. puan zila dengan muka tegang menunjal kepala ke meja. dia menoleh kembali ke meneruskan notanya belum siap
"kau pekak ke, sial punya budak"kata kesat itu terpacul dari seorang wanita yang luarannya kelihatan warak
"makcik nak apa"soal izzati tanpa menoleh
"aku lapar"ujar wanita itu
"dah tu"soal izzati acuh tak acuh
"kau pegi belikan makan"suruhnya.pen di letak ke meja.dia bangun dengan malas
"duit"pintanya
"guna duit kau la.. aku takde duit, ayah kau tak bagi duit tadi"katanya
"zati mana ada duit"alasannya
"bohong kuat... ni apa dia"tikah yang datang dari dapur menyampuk.sampul surat putih yang diberikan daud itu berada dalam tangannya. izzati kaget.
"mana kau dapat... bak balik"pinta izzati.
"sekarang mana kau dapat duit banyak ni, kau menjalang macam mak kau"herdik puam zila
"bak sini duit tu"nada izzati sedikit tinggi dia dan tikah bergelut mahukan wang itu.akhirnya tilah tersadung dan terjatuh. kepalanya luka kerana terantuk tombol pintu.
"kurang ajar kau kan"marah puan zila. mereka meninggalkan bilik. izzati duduk dan meneruskan notanya. tapi tidak dapat diteruskan kerana geram hatinya masih berbekas.dia bersiap untul ke kedai. Kerjanya menanti.garam,gula,tepung dan beras menanti
"weh.. kau marah aku lagi ke"soal daud.izzati hanya diam.daud serba salah. diragut pencedok dari tangan izzati.
"kau pehal" tempik izzati
"kau marah aku? "soal daud
"abis kau nak aku suka, gelak gelak dengan apa yang cakap tu"nadanya keras
"ok aku minta maaf, aku salah.. "daud akui silapnya
"senangnya kau.. aku anggap kau bff aku tapi kau rasa aku beban"nadanya sedikit mendatar
"kau sahabat aku dunia akhirat, aku sayang kau,aku cuma nak kau berdunia, kalau kata satu hari nanti kita terpaksa berpisah, atleast ada orang boleh jaga kau"ujar daud tenang
"tak perlu, aku boleh atur hidup aku sendiri.aku pun tengah kusut.. nak tambah kusut lagi, kalau kata kau memang dah layan kusut aku kau blah je dari life aku. semak"tegasnya.pencedok dirampas semula dari daud
"bukan macam tu.."badan daud didorong agar dia pergi. daud akhirnya mengalah. izzati melepaskan geram pada beras yang mahu ditimbangnya. usai kerja.,dia mengayuh basikal tanpa tujuan.hari menjelang petang.kakinya berat untuk melangkah pulang.dia kepantai. sendirian. deruan ombal memecah sunyi. dilempar sesalnya dilaut luas.
"sedap"dengar suara tikah berbunyi. izzati melangkah masuk tanpa mempedulikan dua beranak itu.dikemas mejanya. sampul duitnya berkeronyok. kosong. dia menyelongkar mencari berkemungkinan dia tersalah letak.tapi tiada. kedengaran kereta ayahnya pulang. dia bengang tapi ditahan agar butir bicaranya tidak menyakiti hati ayahnya.
"amboi, kfc"sapa ayahnya
"nak tanya mana duit dalam ni"soalnya.amarahnya ditahan
"duit apa"soal encik halim.
"duit gaji partime hotel"balasnya
"mak beli ni"tunjuk puan zila.kfc dan beberapa barang dapur serta beberapa barang lagi. baru dia perasan akan beg plastik yang berada berhampiran meja makan itu.
"takkan hanis semua 800 tu"soalnya
"ni, mak beli ni"jam tangan yang dipakai tikah ditunjuknya. remuk hati izzati. marahnya memuncak apabila ayahnya memuji akan jam itu
"cantik tak ayah"soal tikah
"cantik, tikah pakai apa pun cantik".jam di pergelangan tangan tikah itu diragutnya. mereka bergelut.tikah menjerit sakit. encik halim dan puan zila cuba meleraikan pergaduhan itu.apakah yang merasuk izzati, dicapai pisau di dapur
"kau cabut sekarang tidak aku potong tangan kau"tempiknya.
"zati"tempik cik halim
"kau cabut jam tu sekaranggg"tempiknya.dia benar benar membara.tikah mencabut jam itu dan dicampak ke lantai.izzati mengambil tukut lalu mengetuk jam itu sampai hancur. puas hatinya.tikah dan puan zila hanya mampu melihat jam itu berkecai. izzati masuk kebilik.daun pintu dihempas kuat. kedengaran bebelan puan zila. izzati diam. dia menangis teresak. hasil titik peluhnya disalah Gunakan. dia menyimpan wang itu untuk membayar yuran sekolah yang tertunggak,sudah hampir tamat sekolah tapi yuran masih belum dilunaskan.hatinya membengkak.pintu biliknya dibuka. dia diam. tiba tiba badannya terasa perit. getah paip hinggap dibelakangnya
"makin besar makin biadap ya"marah encik halim.izzati diam. badannya seakan sebati dengan semua hukuman. entah berapa hayunan diberikan. badan izzati mula mengeluarkan kesan.terkesan warna merah dibajunya.berdarah.encik halim menghentikan hayunannya.
"kalau ini yang kau dapat dari belajar disekolah, baik kau berhenti. aku hantar suruh belajar bukan suruh kau jadi samseng"bentak encik halim.
"dah.. habis dah..puas dah pukul.. kalau tak puas pukul la lagi.. pukul sampai ayah puas"jawabnya.nadanya bergetar
"penat penat zati kerja, dengan harapan dapat tolong ayah langsaikan yuran sekolah, tapi dorang berjoli dengan duit tu.kalau sikit tak apa, ini semuanya."balasnya
"mak beli barang dapur, bukan untuk siapa pun, untuk kita juga"encik halim membela
"apa untuk kita.. ke untuk perut dorang. beli barang makan lepas tu kunci almari, zati bukan kata nak makan nak sentuh pun tak boleh, sedangkan guna duit zati, dah tu beli pula jam, buat apa, adil ke untuk zati"balasnya lagi, tidak mahi mengalah
"mak kunci sebab kau tu pelahap, kalau boleh semua benda nak habiskan dalam masa satu hari, "sampuk puan zila
"ye ke, setahu zati, zati xpernah sentuh pun barang dalam kabinet tu, nak makan... sisa ada lah."lawannya
"kau jangan buat mak nampak jahat ya,jangan nal fitnah mak"puan zila cuba play victim
"ayah...cukup lah ayah tengok kfc tadi, ada bahagian zati, tak ada pun, sedangkan itu guna duit zati"terangnya.encik halim diam
"abang tengok tu"rengek puan zila
"berapa duit kau, ayah bayarkan balik"nada encik halim kesal
"abang, apa pula nak bayar balik"puan zila tidak puas hati
"tak pa ayah, zati tak nak, cuma zati nak ayah tolong buka mata, buka hati, tengok apa yang sebenarnya terjadi, jangan dengar sebelah pihak, zati pun berhak dapat ketenangan dalam rumah ni"nadanya sayu. terasa perit dibelakang badannya.encik halim keluar dari biliknya. kereta dihidupkan.kereta itu berderu laju.
"puas hati kau"sinis pun zila
"mak jam tikah"rengek tikah.izzati diam.

"kenapa dengan tangan kau"soal daud. izzati diam. dia menekup mukanya ke meja. matanya dipejam. dia mengerang sakit apabila daud menyentuh belakangnya
"kau kenapa"marah daud. masuh tiada jawapan
"ayah kau pukul lagi"daud kini duduk disebelahnya. badan izzati diangkatnya. tangisnya tidak dibendung
"weh, kenapa, cakap la dengan aku"soal daud risau.airmata sahabatnya itu disapu. t shirt sukan dipakainya diselak dibahagian pinggang,menampakkan kesan getah paip yang kemerah merahan kerana kulitnya terkoyak.
"Allahurabbi"daud meraup mukanya.jari izzati digenggam kemas
"kenapa"nada sayu. daud simpati akan nasib sahabatnya
"aku rosakkan jam tikah,, duit gaji haritu makcik aku guna semua, dorang beli barang dapur dengan barang dorang.aku ingat duit tu nak bayar yuran sekolah, stick hoki aku pun dah rosak, minggu depan aku ada tournament,itu je satu satunya harapan aku untuk keluar dari rumah tu."tangisnya berbasi.
"bangang la dorang tu."hati daud turut sakit
"aku bawak kau pegi spital, amik ubat untuk luka kau"ajak daud.izzati menolak. dia kembali menekup mukanya ke meja. matanya dipejam. daud bangun. entah kemana.dia tidur. guru bersilih ganti, tapi tidak ada satu pun dia berikan tumpuan.

izzati bersiap untuk ke tempat kerja.dia harus bekerja. yuran perlu dilunaskan.
"kau cuti lah, nanti aku bagitahu abang khairi"ujar daud. dia kasihan akan sahabatnya.nampak sangat tidak bermaya.
"aku nak kena bayar yuran"balasnya
"ok lah,kalau ada pape bagitahu ya"pesan daud sebelum izzatiasuk keperut van pekerja. langkahnya lemah. kerjanya juga lelah. hangat mata dan berpinar.
"zati ok ke?"soal syaz yang ketika itu ada berhampiran. izzati hanya mengangguk.di gagah menolak troli yang berisi goblet itu ke dewan. pintu ditolak sehabis daya, akhirnya pandangannya gelap. dia pengsan.
"zati, zati"suara itu semakin sayup kedengaran.suara bingar memecah suasana itu mengganggu hawa telinganya.
"abis tu kau pukul dia sampai macam tu kau tak ada rasa bersalah ke lim."marah wanita separuh abad itu.marah hajah limah tidak dapat dibendung lagi apa bila melihat kesan getah paip dibelakang cucunya. hampir hancur badan cucunya.
"itu bukan didik anak namanya. itu nak membunuh, yang kau ni mak apa anak sakit duduk di wad tu tiga hari haram tak di tengoknya, kalau aku tak tepon aku rasa kat sini pun kau tak datang tengok, hairan aku mak ayah apa korang ni, abaikan anak"bentak hajah halimah. izzati menangis sendirian didalam biliknya. telefon yang berada diluar pintu biliknya dicapai. laju nombor daud di dailnya.
"zati tu dah makin melampau mak,dengan zila bukan main di lawannya"encik halim membela isterinya.
"kalau bini kau tahu jaga dia takkan dia nak bentak bentak.. kalau aku pun aku marah.. duit aku orang kebas"nada hajah halimah meninggi. encik halim diam
"kau mun"mata hajah halimah menatap geram tepat ke wajah puan maimun
"mun keje mak, mana sempat jenguk dia"jawab puan maimun acuh tak acuh.
"maksud kau, keje lebih penting dari anak,apalah nasib cucu aku tu daapt mak bapak tak berguna macam korang"izzati bangun dan keluar dari biliknya. langkahnya digagahi. sakit belakangnya masih terasa. beg galasnya di sandang.
"wan,zati pergi keje dulu ya"ujarnya.
"eh,kau kan mc lagi"nada hajah halimah lembut. dipandang cucunya sayu
"takpe.. zati dah ok,ayah zati tak balik malam ni, zati tidur sini, wan zati balik dalam pukul 12 baru sampai wan letak kunci kat bawah pasu ya"ujar izzati.daud sampai dengan motornya.salam diberi. hajah halimah menjemput daud naik tapi di tolak daud kerana sudah lambat
"kami pergi dulu ya wan, dah lambat ni"ujar daud.
"hah ye lah, bawa moto elok elok.daud tolong tengok tengokkan zati,apa apa tepon wan"pesannya.daud mengangguk. izzati berlalu tanpa menoleh.
"mak tengok la tu, macam tu perangai mana orang tak marah.. "marah encik halim
"apa salah perangai dia yang kai nak marah, dia nak pergi keje apa salahnya"soal hajah halimah.kali ini nadanya meninggi
"naik moto dengan jantan ikut suka hati, tak malu muka"ujar encik halim
"dah abang yang ajar memang la jadi macam tu"perli puan maimun
"bukan ikut perangai awak ke.. dia tu tengok la jadi jalang macam awak nanti"mereka mula tidak seteru.
"sudaahh"tempik hajah halimah.izzati yang masih ditangga berhenti mengikat tali kasutnya. mukanya menatap wajah daud mohon kekuatan. airmatanya menderu laju
"itu anak korang, macam mana korang didik macma tu la jadinya, tapi bagi aku elok je aku tengok dorang berkawan, dari kecik sampai besar elok je bawa diri, dia nak pergi keje, van pun tak lalu dekat sini, biarlah dorang pergi sekali, ke kau nak hantar dia pegi keje"balas hajah halimah. izzati tidak semena naik semula. tangannya digenggam rapat.
"mak,ayah zati minta maaf kalau zati ni jadi anak yang tak pernah gembirakan dan banggakan mak dan ayah.tapi satu je zati minta jangan tuduh zati yang bukan bukan, mak ayah tak nak amik tahu pasal zati pun takpe, sebab selama ni apa yang zati nak zati usaha sendiri, maaf kalau kewujudan zati satu kesilapan,zati pun tak minta dilahirkan didunia ni tapi zati bersyukur kerana Allah bagi peluang hidup dalam kalangan kalian.dapat kenal insan yang jadi jaminan syurga buat zati.cuma zati kesalkan, kenapa waktu zati lahir hari tu mak ayah tak campak je zati dalam laut atau tak bg je zati dekat siapa siapa.. sebab takkan ada sesiapa sakit hati. "lancang mulutnya. tangan yang digenggam kemas itu terlerai. daud menarik tangannya dan membawa pergi. enjin moto dihidupkan.
"anak derhaka kau zati"dengar tempikan puan maimun.airmata izzati laju bagaikan air terjun.swater daud digenggam kemas. bahu daud basah kerana airmatanya. daud juga menitiskan airmata.
"Ya Allah apakah hikmah disebalik dugaanMu.beratnya ujian kau sahabat".motor itu berlalu pergi.
"puas hati korang.cucu aku tu makan hati sesangat dah.aku minta satu je, bawa semua baju dia, biar dia tinggal dengan aku. apa yang jadi pada dia aku akan bertanggungjawab".celah hajah halimah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience