"zati,kami nak pergi lepak abis keje jap lagi, kau nk ikut"soal shahril, teman sekerjanya.
"sapa lagi pegi"soalnya.sekali sekala melepaskan lelah dan kusut kepala apa salahnya lagipun sekarang cuti sekolah. getus hatinya
"abil, aman, iqbal..syu dengan ara pun pegi"ujar shahril.
"abang khairi pun pegi, kak syaz pun join"sampuk abil.macam seronok. bisik hatinya
"zati nak ajak daud boleh.. "pintanya
"boleh boleh sesangat"ujar ara teruja. ara beberapa kali cuba masuk daun.. tapi tidak dilayan daud.
"jap lagi zati bagitahu lain ya."balasnya. dia keluar dari store mereka dan menuju ke dewan sambil membawa sarung kerusi. tanganya yang kecil itu tidak dapat membawa kain itu dengan kemas. akhirnya... gedebukkk..
"adoiii"rengeknya
"zati.. zati ok"khairi membantunya bangun. dikutip sarung kusyen itu satu persatu.
"zati ok, tersadung kain ni tadi"
"kenapa tak guna troli"soal khairi
"troli lupa ambil kat dewan tadi. yang lain dorang isi goblet dengan plate"ujarnya
"jom, meh sini abang bawa kan"pinta khairi
"eh tak pe zati boleh bawa sendiri"malunya
"bak meh sini"dicapai separuh kain itu lalu berjalan ke dewan. zati mengikuti lelaki itu dari belakang. disarungkan kerusi satu persatu dirapikan.suasana riuh dewan dengan keletah menggila mereka. izzati terhibur. khairi memandang wajah genit itu.terukir senyuman dibibirnya.
"comel"bisik hatinya.matanya tidak beralih dari memandang izzati yang berada di hadapan dewan.keletah izzati yang ceria itu ditatap suka.
"hoi"khairi terperanjat dengan sergahan itu.
"asyiknya renungan tu... sapa"usik shahril
"ish mana ada.."khairi gelabah
"alah toksah bohong la.. izzati kan"teka shahril. pergerakan khairi terhenti. dia menoleh
"kau jangan memandai ya"tekan khairi
"kau suka dia.."pancing shahril
"mana ada.. aku tengok dorang buat kerja la"tampak tak keruan tindakan khairi
"lek la, kau gabra kenapa... "usik shahril
"dah la kau"khairi menguak pintu dewan ingin lari dari situasi
"zati... "tempik shahril. langkah khairi mati. dia bepaling.izzati yang membongkok sebentar tadi berdiri.jantung khairi berdegup laju.. risau akan shahril mungkin akan membuat perkara bodoh.
"ada apa abang"tempik izzati.
"malam ni macam mana on ke tak.. "soalnya
"tak tahu lagi"balas izzati
"bagitahu cepat tau.. takut ada orang kecewa nanti"usiknya
"sapa tu"soal abil. belum sempat shahril menjawab khairi menarik tangan shahril dan mendorong badan sasa itu keluar.
"kau ishhhh... ishhh"muka khairi merah
"kau dah kenapa"shahril tertawa
"bro.. kalau suka bagitahu je.. aku takut nanti kena rembat menyesal"bahu khairi ditepuk.khairi menoleh.
"skolah lagi kot"ujar khairi
"apa masalahnya dengan skolah.. lagipun lagi 4 bulan dia nak spm. bulan 1 tahun depan genap dia 18 bukan bawah umur dah "terang shahril
"ish... gila la kau.. gap 6 tahun kot."ujar khairi
"apa salahnya.. lain la kau ada niat tak baik kat dia"shahril berseloroh
"mana ada.. aku ikhlas suka dia"jujur khairi
"aku dah agak dah.. oo.. kau nak tipu aku.. kan dah kantoi"shahril tertawa besar. khairi malu.kantoi.di garu kepalanya yang tidak gatal.
"kantoi... tu la.. nak tipu lagi"tawa shahril memanjang.khairi tak keruan.
"oi diam la nanti dorang dengar"pinta khairi namun tidak diendahkan shahril.
"adoi.. adoii.. sakit perut aku.kalau kau betul ikhlas jujur je la dengan diri kau.. terus terang dengan dia. tak salah pun. "cadang shahril dalam nada tawa masih berbasi
"malu aku"ujar khairi
"malu melepas la kau"usik shahril
"maksud kau"sedikit gusar dihatinya
"zati tu ramai yang nak tackle tau, dak dak maintenance dok sebut sebut nama dia.dak dak steward,kitchen semua dok usha dia.tu man bellman tu dok masuk jarum.rapat je aku tengok dorang"terang shahril
"zati tu, comel kot, walaupun kasar macam tu tapi comel.. aku pun suka "dia tidak dapat menghabiskan ayat.terasa panahan renungan tajam mata khairi. khairi mula cuak.
"malam ni dorang ajak lepak..jom"bicara izzati. daud yang duduk disebelahnya mengaminkan doa makan. di nikmatinya makan tengahari hari itu. izzati menanti jawapan daud dengan tenang. dia memerhati daud yang sedang makan.
"macam mana.. nak join tak"soalnya lagi. kafetaria mereka mula dipenuhi pekerja yang rehat. suasana mula hingar.
"wei nak join tak"suaranya agak tinggi. daud hanya menggeleng.
"ala.. jom la"bahunya dilagakan perlahan ke bahu daud. daud tetap mengeleng.
"boleh la.. jom la.. kali ni je.. lagipun sekarangkan cuti skolah"pujuknya lagi. daud menatap wajah sahabatnya itu. dia serba salah. dia tidak mahu sahabatnya itu tersasar. habis kerja pukul 11,keluar melepak paling awal pun pukul 12 baru sampai rumah.dia risau akan keadaan izzati.
"boleh la.. "rengek izzati.. lengan baju daud digoncangnya. dagu daud diusap lembut. daud menarik nafas panjang dan dilepaskannya.. dia kalah dengan aksi manja izzati.
"ye lah.. aku ikut"jawab daud.disambung semula makannya.
"yess.. tenkiu tenkiu sahabat"leher daud dirangkul. dilagakan kepala mereka. rambut daud diusap gembira. banyak mata memerhati gelagat mereka. selesai makan mereka keluar.khairi yang berada disitu hanya memerhati keletah mereka. izzati tampak ceria. tertawa sentiasa ketika bersama daud.dilihat daud merangkul tangan izzati dan mengusap rambut gadis genit itu. alangkah bahagianya andai lelaki itu ada lah dia. bisik hatinya.
"semacam je tengok dorang tu"teruna teruna disitu mula berbicara tentang mereka. khairi cuba memasang telinga. dia hanya diam.
"daud"sapa ara namum tidak diendahkam daud.mereka yang berada diparkir menanti yang lain.temujanji malam ini akan bermula. daud menyangkut dagunya ke bahu izzati. tangan daud dihayun hayun izzati.ara mula cemburu. kadang kadang kedengaran mereka tertawa. bertepuk tampar. kadang tertawa sehingga izzati berada dalam pelukan daud. sungguh mesra. ara makin cemburu.
"jadi ke tak ni"soal daud.
"dorang jadi ke tak nak keluar ara, kalau tak jadi kitaorang nak balik je"soal izzati.
"dorang tengah bersiap"balas ara. tapi balasnya di paparkan aksi kejar mengejar manja mereka. hati ara mula membengkak.
"hello korang pehal lambat sangat ni"dia menelefon seseorang. lalu ditamatkan panggilan dengan kasar kerana hatinya tidak tahan melihat aksi dua sahabat itu.daud dan izzati di dalam dunia mereka sendiri.tidak di endahkan ara.
"sorry lambat"ujar shahril. daud dan izzati berhenti bercanda.mereka semua sudah siap berkumpul dan mula atur pergerakan.
"kami naik motor ya sebab senang nak balik nanti"tanpa sempat yang lain berkata apa apa mereka terus menuju ke moto. terlihat mereka masih bergurau.
"hai la dua ketul ni.. mau orang kata couple dorang sangkal tapi kelaku macam orang bercinta."tempelak abil
"kan, kak syaz setuju.. ceria memanjang.. ketawa memanjang.. indah dunia dorang"syaz tersenyum tapi tidak khairi dan ara.shahril menepuk lembut bahu khairi. mereka beredar.
"ok itu saja, nanti kalau ada apa apa kami tambah lagi ya"ujar khairi. pelayan itu beredar. izzati yang duduk diantara khairi dan daud diam. daud juga. hormat suasana barangkali. mereka dia. kedengaran bunyi kenderaan yang sedang bergerak diatas jalan raya.
"bengang gila dengan penganjur tu tadi,dia ingat majlis tu dia buat kedai mamak. geram betul"kak syaz mulakan bicara
"betul,dia tak tengok event order ke. bukan e/o tu dia yang nak"marah abil
"ntah.. kesian zati kak syaz tengok kehulu ke hilir.. zati lain kali jangan ikutkan sangat guest. bukan boleh di layankan sangat. nanti melampau. macam tadi"getus syaz.
"eh tak pe.hal kecil je pun"balas izzati
"lain kali kalau jadi lagi macam tu bagi tahu saya ya"ujar khairi.tidak semena meja mereka riuh dengan usikan.
"apa, tak betul aku cakap.. "khairi cuba membela
"uuuuuuu"mereka bersorak. mengusik khairi. lalu tertawa. daud juga. meja mereka mula memecah suasana. ada juga keletah mereka mencuri perhatian pelanggan di meja lain.izzati dan daud seperti biasa walaupun bergaul dengan yang lain tapi mereka dia comfort zone mereka sendiri. makanan yang dipesan mereka sudah tiba.
"zati makan la"ujar shahril dalam pada masa yang sama daud memanggil pelayan. izzati membalas dengan senyuman
"saya nak satu sup daging,terima kasih"ujar daud
"eh kenapa pesan lagi, ni lauk ni"soal abil
"semek ni tak makan sotong, tak boleh makan sup campur, kalau daging daging je, kalau tomyam ayam ayam je, no campur campur"jelas daud. izzati tunduk. malu dan takut dikatakan cerewat atau mengada ngada
"owh... alergi ek"soal abil lagi
"ha ah nanti termun... "jelas daud. mereka menikmati hidangan kecuali izzati, daud dan khairi.
"eh abg tak makan ke"soal izzati
"tak pe abang tunggu zati"balas khairi.shahril yang tengah makan tersedak mendengar bicara khairi.khairi hanya memandang. yang lain tertawa
"kan aku dah kata dia suka kau"bisik daud.tidak semena daud menjerit kecil. pahanya disengat ketam batu. sup yang dipesan tiba. mereka mula menjamu selera. khairi mencedok sayur campur kedalam pinggan izzati. izzati terkejut. daud mengutip semua sayur kecuali lobak merah. mereka semua memerhati. terkejut dengan tindakan daud.
"oh.. semek ni tak makan sayur lain selain carrot,bayam dan kangkung..itupun daun je.. yang lain maaf kena kelas"terang daud.
"oooo.. "mereka mengangguk
"so abang khairi kena banyak belajar lagi ya, kena banyak mendalami lagi kalau nak couple dengan semek ni"khairi dan izzati tersedak. meja mereka meriah dengan tawa.daud gembira dapat mengusik izzati dan khairi.dalam hatinya berharap andainya khairi benar ikhlas ingin menjalinkan hubungan dengan sahabatnya, biarlah hubungan itu kekal.kerana dia mahu melihat sahabatnya bahagia dan gembira. tapi tidak pada ara. matanya sakit melihat aksi mereka berdua.
lepas satu lagu ke satu lagu. malam mereka di penuhi hilai tawa.mereka menghilangkan stress dengan cara begini. izzati hanya berhibur. daud sudah semakin menggila.daud juga bernyanyi. sesekali izzati menarik tangan daud meminta agar daud diam. tapi daud tidak dapat dikawal. malam meraka meriah.usai berkaraoke mereka ke dataran pantai untuk menghirup udara. jajan dan air tin jadi bekalan. izzati.. seperti biasa duduk di sebelah daud. daud seakan hilang canggungnya.semakin baik bergaul.
"nak air"pelawa ara.daud menggeleng. ara semakin geram. setiap apa yang dipelawanya atau ditanya tidak dijawab atau ditolak daud. izzati mencapai coca cola dan sebungkus keropok. lalu di buka dan disuapkan kedalam mulut. tangannya tak berhenti menyuapkan daud.dia yang bersandar pada bahu daud menyuapkan satu persatu keropok berselang kemulutnya dan daud. daud asyik bersembang. izzati hanya diam. dia menikmati deruan ombak. dicampak pandangannya dia laut dalam yang gelap. jiwanya tenang. khairi yang duduk bertentangan dengan daud memerhati izzati. rambutnya yang diikat pony tail itu melambai lambai ditiup angin pantai. tampak ayu wajah gadis itu di balik pancaran lampu neon. cantik.izzati mula hanyut. matanya tidak lagi dapat di tahan. perlahan lahan tertutup.daud membaiki duduknya agar izzati selesa tidurnya. izzati lena dal dakapan daud.
"ara balik dulu la, dah lewat ni"alasannya.hatinya membengkak melihat izzati.
"ha ah.. abil balik dulu lah.. sebab ara naik kereta dengan abil"mereka beredar. tidak lama pada itu mereka juga memutuskan untuk pulang. daud cuba mengejut izzati tapi di halang khairi.
"tak payah kejut dia, korang tidur rumah abang..nak bawa moto dah lewat ni.. pukul 3 dah, lagipun zati dah tido"cadang khairi
"ha ah.. betul tu daud.. kau nak bawa moto bahaya.. kesian zati. korang tido rumah khairi je"shahril mencelah
"tapi moto"ujar daud
"moto aman ada...aman bawa moto kau.. kau naik kereta dengan khairi. aku naik moto dengan aman"cadangnya
"ermmm... ok la kalau macam tu"daud bersetuju.dia cuba bangun dan khairi tidak semena mena menawarkan belakangnya untuk menggendong izzati ke kereta.mereka hanya mampu tergamam dan memandang antara satu sama lain. khairi berjalan menuju ke keretanya sambil mengendong izzati dibelakang.
"aman kau naik kereta dengan syaz.. aku naik moto dengan daud. bagi chan kata kawan tu"arah shahril
"hah"daud terkejut
"balik je.. tapi kita tido dekat rumah khairi. mana boleh tinggal dorang berdua.. bahaya"terang shahril. aman dan daud mengangguk tanda faham
"eh aku pun terlibat"gumam syaz. mereka mula gerak. izzati di letakkan di tempat duduk hadapan. kerusi nya diturunkan sedikit agar izzati selesa. diambil selimut didalam bonet keretanya dan diselimut tubuh genit itu. kereta dipandu perlahan agar tidak mengganggu tidur gadis itu. sesekali khairi menoleh. hatinya sedikit berbunga.
Share this novel