BAB TUJUH BELAS

Drama Completed 36633

"aku last esok,minggu depan aku dah nak kena lapor diri"ujar daud. izzati yang sedang mengelap gelas terhenti.dia memandang daud seolah tidak percaya.
"Alhamdulillah..aku tumpang gembira."dia menunduk. airmatanya berlinangan.daud perasan akan raut wajah sahabatnya itu memeluk sahabatnya dari belakang.
"kau jangan sedih macam ni,kita still boleh contact lagi kan.. "dia cuba memujuk. airmata izzati mula mengalir. dia memeluk daud erat.
"kau jangan lupa aku tau."ujarnya. bahu daud basah dek kerana airmata izzati.
"ye, aku takkan lupa kau,kau yang paling utama dan pertama dalam hidup aku"ujar daud. dihapus airmata sahabatnya.
"jangan la nangis..."usik daud. tangisan izzati makin panjang
"ok ok... aku sayang kau..kau tahu kan.. "izzati mengangguk. saat yang paling dirisaunya sudah tiba. dia harus menerima hakikat bahawa insan yang sentiasa disaat susah dan senangnya kini akan berjauhan dengannya.daud hanya memerhati sahabatnya.izzati tidak ceria.
"hai"suara yang dikenalinya berbisik di telinga. iskandar. izzati hanya mengangguk dan tersenyum kelat. tangan izzati dicapainya
"hei kenapa ni.. nangis.. "soal iskandar.diseka baki airmata yang masih dipipi gadis itu.
"takde apa lah"dalih izzati
"kenapa ni, siapa yang cari pasal dengan kau, beritahu aku"soalnya lembut. izzati menatap wajah iskandar. dahi iskandar sedikit berkerut.
"lain dia hari ni"bisik hati izzati. izzati kembali ke kaunter dan meneruskan kerjanya. iskandar hanya memerhati. tidak mahu diganggu gadis itu.

"Sayang"panggil khairi apabila melihat kelibat izzati di parkir. izzati yang terkejut berlari lalu memeluk khairi.
"kata balik esok"soal izzati gembira.
"shoot dah habis awal, so khai balik la"jelas pemuda itu
"baru sampai ke"soal izzati lagi
"ha ah"jawab khairi ringkas. mereka beriringan ke kereta.iskandar hanya memerhati mereka dari jauh dan beredar.
"rindunya"jari izzati digenggam erat dan dikucup berkali kali.izzati gembira dengan kepulangan khairi tapi duka dihatinya yang akan berpisah dengan daud masih berbuku.mereka pulang ke banglo.banyak perkara mahu di kongsi. izzati mengambil telefonnya yang jatuh dibawah kerusi.dia terjumpa lipstik.diamati lipstik itu.
"siapa punya"bisik hatinya. lipstick itu sudah digunakan dan bukan miliknya. dia tidak menggunakan lipstik sebaliknya dia mengguna lip balm dan gloss sahaja. hatinya mula tertanya.
"daud last esok"diadukan dukanya pada tunangnya.
"dia dah dapat result ke"soal khairi yang juga terkejut. izzati mengangguk.airmatanya mengalir lagi
"ala.. jangan nangis.. daud takde khai ada"dipeluk tunangnya erat.movie yang ditonton mereka dibiarkan sahaja. mereka berbual berkongsi cerita sepanjang mereka berjauhan.

"nak beli apa lagi. nanti dah sampai sana baru terkial kial"soal izzati yang menemani daud membuat persiapan.
"dah cukup dah rasanya, cuma aku cari kalau boleh nak cari beg sebiji lagi"ujar daud
"beg apa lagi. kau nak isi apa"soal izzati
"aku nak isi kau, nak bawa kau sekali"usik daud
"kurang asam..kau ingat aku anak patung nak lipat lipat"tawa mereka berderai.cutinya dihabiskan seharian bersama daud kerana lagi tiga hari daud akan pergi meninggalkannya.mereka menghabiskan masa bersama dengan melakukan aktiviti yang biasa mereka lakukan ketika sekolah.seluruh pekan di jelajahnya.
"wayang jom"ajak daud
"canteekkk"mereka ke panggung wayang. sedang mereka menanti waktu untuk masuk ke dalam panggung,izzati menangkap satu susuk tubuh yang amat di kenalinya. iskandar. disebelahnya seorang gadis yang cantik dan sedikit seksi baginya. izzati tidak mengendahkan mereka bahkan dia cuba menyorok agar tidak dilihat oleh iskandar.
"kau dah kenapa macam kera dapat belacan ni"daud pelik melihat perilaku izzati.
"tu couple tu"jarinya di tunjukkan pada iskandar
"owh.. iskandar, awek dia ke tu.. cun dho"ujar daud
"dia tu annoying tau tak.. tak suka aku"jawab izzati
"dia kacau kau lagi ke"soal daud
"nanti la aku cerita"izzati menyorokkan mukanya apabila pasangan itu laly dihadapannya. tiba tiba bahunya ditepuk dari belakang.
"akak"izzati terkejut
"kau ni dah kenapa macam tikus mondok"nisya menyoal. dia pelik dengan tingkah adiknya
"takde pape takde pape"dibaiki bajunya.
"khairi mana"soal nisya
"kerja, kenapa kak"soalnya ingin kepastian
"aku nak tanya ada tak dia jumpa lipstik aku dalam kereta dia, sebab lipstick aku hilang"ujar nisya
"yang ini"soal izzati.dipegangnya lipstick yang dijumpanya didalam kereta khairi tempoh hari.
"ha ah yang ini,aku tumpang dia balik hari tu,terjatuh time make up"terang nisya tanpa ada rasa bersalah.izzati hanya diam.
"kau tak kisah kan"tanya nisya
"takpe.. khairi dah bagitahu yang dia nak tumpangkan akak"tipu izzati walhal dia tidak tahu bahawa khairi pulang bersama nisya.
"akak sorang je ke"soal izzati
"tu"dimuncungkan mulutnya kepada pasangan tadi.
"alamak macam mana dia boleh datang dengan iskandar pula ni"bisik hati izzati.
"jom la movie dah nak mula"daud menarik tangan izzati. izzati hanya mengikut.
"kau ok"soal daud. izzati hanya menggelengkan kepala. daud memeluk bahu izzati agar sahabatnya itu tenang.
"dia tak bagitahu aku pun yang dia balik dengan nisya"sebaknya diutarakan.
"dia lupa kot"daud cuba berprasangka baik.
"mungkin"izzati hanya mengiyakan.movie yang ditonton mereka tidak menarik perhatian izzati sebaliknya wallpaper nisya tadi bermain difikirannya.gambar khairi dan nisya berpelukan.gusar dihatinya.
"kau kenapa"daud melihat izzati seolah mengelamun sejak dari dalam panggung wayang lagi.izzati hanya diam
"Aku susah hati tengok kau macam ni, macam mana aku nak pergi ni"daud mula risau akan sahabatnya
"aku ok lah.. cuma aku tertanya tanya kenapa khairi tak bercerita langsung apa yang jadi dekat melaka. dia kunci semuanya"raut wajah izzati sedikit kecewa
"mungkin takde apa yang penting dia nak bagitahu kot"daud cuba berpositif. izzati diam.dia hampir tersadung kebelakang apabila rambutnya yang di ikat pony tail itu ditarik dari belakang.
"apa ni"marahnya.dia berpaling. iskandar yang berlalu pergi bersama gadis tadi dan nisya melambaikan tangan sambil tersenyum sinis. izzati menunjukkan penumbuk.
"binawe betul"bentaknya
"pasai"daud menyoal
"tu,mangkuk hanyun tu tarik rambut aku"daud mencari manusia yang dimaksudkan izzati.
"oh iskandar,jom makan... sup benggali"rancangnya
"yeay sup benggali.. jom"izzati ceria. senyumnya terukir.

khairi menyertai mereka di malam harinya.abil,aman,shahril dan ruhil juga ada.meja mereka riuh dengan gelak tawa.deruan ombak tidak kedengaran kerana suara mereka.
"nah"sekeping surat dihulur khairi
"apa ni"soal izzati. kertas itu dibuka.borang permohonan cutinya selama 4 hari diluluskan.
"zati takde apply pun"soal izzati hairan
"khai apply untuk zati, zati hantar daud ya"ujar khairi
"terima kasih"lengan khairi di peluk erat.
"tapi khai tak ikut sebab minggu ni ada event, tak boleh cuti,zati pergi dengan daud ya,nak balik nanti khai usahakan macam mana"jelasnya
"ok.. tenkiu tenkiu"kepala gadis itu dikucup mesra.dalam perjalanan pulang izzati cuba untuk bertanyakan tentang nisya tapi berat mulutnya. dipendamkan sahaja persoalan itu.
"esok lepas kerja khai datang pick up zati ya"ujar khairi.izzati hanya mengangguk.dia masuk ke dalam.puan zila dan tikah asyik menonton televisyen.
"baru balik,dah puas berjoli mentekedarah dekat luar baru nak nampak muka dalam rumah ni"marah puan zila.izzati diam. dia menyalin pakaiannya. di sarung boxer dan singlet lalu ke dapur untuk mengemas.pinggan di sinki meninggi bak menara klcc. meja bersepah sepah. walaupun geram tapi dia tahu jika tidak dia yang kemaskan tiada siapa yang akan lakukan.
"zati aku lapar.. masak kat aku"tempik tikah.
"kau lapar kau masak la sendiri.. mana aku tahu kau nak makan apa"balas izzati
"masak kat aku megi"suruh tikah
"ah masak la sendiri takat megi tu.. kalau malas sangat.. kau rendam je"balasnya.puan zila ke dapur. dicapainya periuk kecil lalu di ketuk di kepala izzati
"masak je la, aku pun lapar.. kau dah makan kenyang senang la cakap.. kau nak bagi kami ni mati kebulur ke apa"marah puan zila.
"settle pinggan ni zati masak"balasnya.puan zila kembali ke ruang tamu semula.geram dihatinya dilepaskan pada pinggan dan periuk.digosok periuk semahunya sehingga dia tidak sedar jari nya berdarah akibat terlalu kuat menyental menggunakan berus besi.setelah siap kerjanya. dia menyiapkan bahan untuk memasak mee segera yang di pinta.bawang yang dipotongnya bemandi darah kerana dia terpotong jarinya. fikirannya mengelamun.gambar wallpaper nisya, lipstick bermain di fikirannya.
"woi takkan tak siap lagi megi, aku lapar ni"tempik tikah. izzati segera memasak kalau tidak teruk dia dikerjakan puan zila.
"dah siap"mee segera yang di masaknya di hidangkan dalam 3 mangkuk
"wei kau amik semua udang.mak tengok zati ni bahagi tak adil"rengek tikah
"apa pula tu bukan udang"ditunjuk udang didalam mangkuk mee tikah.
"meh sini aku buat"ujar puan zila. segala ramuan didalam mee nya dikutip puan zila dan dipindahkan ke dal mangkuk tikah. yang tinggal hanya mee kosong
"itu habuan kau.. tamak sangat... lagipun kau dah makan kat luarkan"ujar puan zila yang melangkaj ke ruang tamu semula bersama mangkuk mee. kerusi ditarik izzati. dia menikmati mee itu berseorangan.tidak ubah seperti orang gaji dirasanya. airmatanya menitis.kedengaran hon kereta diluar rumahnya.
"siapa la yang memekak memalam buta ni, tikah pegi tengok"suruh puan zila.izzati tidak mengendahkan mereka bangun dari tempat duduknya dan menuju ke sinki.
"zati ada orang cari kau"tempik tikah
"siapa"soalnya
"entah,lelaki naik bmw"ujar tikah. izzati pelik, siapa.
"mak jantan lain mak, bukan tunang dia, tapi hensem mak, bmw mak"cerita tikah dengan penuh beria. izzati keluar. iskandar berdiri diluar kereta dengan sebatang rokok dibibirnya. izzati menyarung selipar dan keluar mendapatkan iskandar.
"kau buat apa dekat sini malam malam ni"bisik izzati
"aku cari kau la, takkan cari mak kau pula"balas iskandar. rokok dibibirnya dibuang apabila melihat izzati menggosok hidungnya berkali kali kerana asap rokoknya.
"kau nak apa"bisiknya lagi
"kau kenapa bisik bisik ni,apa yang rahsia sangat sampai kena bisik bisik"iskandar membongkokkan sedikit badannya. pipi mereka bertemu
"ehemmm"izzati berdehem. digaru dahinya yang tidak gatal.dia terkejut dengan reaksi iskandar. iskandar berdiri semula
"kau nak apa cari aku ni"soal izzati
"saja rindu kau"usik iskandar.izzati mengalihkan pandangannya ke lain.dia tidak selesa di usik begitu.
"cepat la kau nak apa memalam datang rumah aku ni"disoalnya lagi
"kan aku dah cakap aku rindu kau"balas iskandar.
"malas la aku layan kau..."dia melangkah masuk ke rumahnya
"ala gurau gurau.. itu pun nak marah"balas iskandar.izzati berpaling semula
"jom keluar, aku bosan"rengek iskandar. jari izzati dipicit picit.
"aduh"tangannya direntap. di tiup luka yang ditekan iskandar
"jari kau kenapa"iskandar cuak. di belek jari gadis itu.ads beberapa kesan luka dijari gadis itu jugs kesan terpotong tadi masih berdarah.
"kenapa jari kau ni"nadanya sedikit tinggi. izzati cuak. tidak pernah melihat iskandar begitu
"luka time basuh pinggan dengan masak tadi"jawab izzati terketar ketar. matanya tidak berani menatap mata iskandar seperti singa lapar.
"macam mana kau buat kerja hah.. kalau macam ni kau buat kerja lama lama tinggal tulang je lah kau, abis isi dengan kulit kau luruh"marahnya.pintu keretanya dibuka.
"duduk"suruh iskandar
"nak buat apa"soal izzati
"duduk aku kata, ke kau nak suruh aku dudukkan kau"marah iskandar. izzati menurut.dia duduk di tempat duduk pemandu.iskandar menyorot badannya untuk membuka laci di tempat duduk sebelah.mini first aid dikeluarkan.izzati kaget. dada lelaki itu tepat dimukanya.
"wangi"bisik hati izzati nakal.
"bak tangan kau"pinta iskandar. lukanya disapu iodin dan diletakkan plaster.
"kau hati hati sikit buat kerja"bebel lelaki itu. iskandar yang bertinggung dihadapannya di tatap.rambut lelaki itu ditatap. kemas dan rapi dandanannya.sesekali terasa jarinya ditiup oleh lelaki itu.dia mula berasa janggal. tikah yang memerhati dari dalam rumah geram
"mak apa yang istimewanya si zati tu sampai ramai sangat jantan nak dekat dia"bentak izzati
"macam mana mak dia macam tu la anak,jalang semua"perli puan zila.kata kata itu di dengari izzati dan iskandar.iskandar yang memeriksa tangan izzati mendongak apabila mendengar kata kata puan zila. raut wajah izzati cuba di tekanya.izzati hanya terdiam.jari gadis itu diusap lembut.
"zati,kutip mangkuk ni..aku dah abis makan"tempik tikah.
"kejap aku masuk kemas pinggan"ujar izzati
"kenapa kau yang nak kena buat pula,dorang tak boleh kemas sendiri ke"soal iskandar
"dah memang kerja aku"izzati bangun.iskandar berdiri,lengan izzati di pegang lembut.
"aku tunggu kau dekat sini"ujarnya perlahan
"kau balik la, dah lewat ni"pinta izzati
"aku haus"tekaknya dilurut
"rumah aku air hebat takde.. kalau air masak ada lah"ujarnya
"air masak pun takpe.. manis manis ni tak bagus untuk kesihatan kan"usik iskandar.izzati menjeling. izzati masuk. dikutip mangkuk dan cawan dilantai. dia yang terbongkok bongkok mengutip mangkuk mee itu terjatuh apabila kakinya di tendang tikah. kuah mee yang berbaki tertumpah mengenai badan izzati.
"kau buat kerja macam mana ni"tempik puan zila.izzati diam. malas dipanjangkan cerita.dia tidak mahu memalukan puan zila dihadapan iskandar.jika boleh dia mahu merahsiakan akan kisah duka didalam rumah itu. iskandar yang mendengar riuh didalam rumah bangun dari keretanya dan menghampiri pintu rumah izzati untuk melihat apa yang terjadi.
"depan jantan kau tunjuk baik ya,hakikatnya perangai kau nauzubillah"herdik puan zila. izzati diam. kepalanya ditunjal tunjal
"makcik.."tempik izzati
"wah dah berani tinggikan suara dekat aku"puan zila provok
"kau nak tunjuk berani depan jantan"perli tikah.
"kau boleh diam tak, jangan campur urusan aku"izzati menuju ke dapur dengan mangkuk cawan yang dibawanya.sebaik mangkuk diletak kesinki, puan zila menuang kuah mee yang berbaki ke kepala izzati.
"kau jangan berlagak macam kau mem besar dalam rumah ni"ujar puan zila.
"apa yang makcik tak puas hati sebenarnya.. apa yang makcik nak"soal izzati geram
"aku tak nak kau ada dalam rumah ni, aku tak nak ada apa apa kaitan dengan kau"ujar puan zila
"makcik ingat zati hadap sangat nak tinggal dengan makcik, tapi sebab ayah zati bertahan kalau tak dah lama zati keluar"balas izzati. iskandar terdiam. dia sedikit faham situasi itu. izzati yang berjalan meninggalkan puan zila dikeronyok puan zila sehingga izzati tersembam ke lantai. iskandar yang melihat kejadian itu berlari mendapatkan izzati yang terperosok kedinding. puan zila ditolak iskandar.diselak rambut izzati yang kusut.
"jangan sesekali kau naikkan tangan kau pada izzati lagi.. kalau tak nahas kau aku kerjakan"amaran iskandar. mukanya menyinga. izzati ditariknya.izzati hanya mengikut.
"masuk"pintu kereta dibuka iskandar.izzati masuk.jarinya digenggam kemas. geram.
"mana bilik izzati"soalnya.tikah yang berada di depan pintu menunjukkan bilik izzati.puan zila tidak berani bersuara. wajah iskandar seolah singa kelaparan.diambil beberapa helai pakaian izzati lalu di masukkan ke dalam beg dan terus keluar. bmw itu meluncur laju. izzati diam. dia tidak berani menatap wajah iskandar ketika ini. mereka berhenti disebuah hotel.izzati cuak
"buat apa kau bawa aku kat sini"soal izzati
"jom ikut aku"tangan izzati ditarik.
"cakap dulu kita nak buat apa dekat sini"marah izzati
"kau jangan banyak soal boleh tak, ikut je aku"marah iskandar
"tak nak aku, aku bukan pelacur, aku bukan bohsia,aku bukan call girl aku bukan pick me girl.. "belum habis izzati membebel, iskandar memikul izzati ke bahunya. izzati meronta minta iskandar menurunkannya tapi tidak diendahkan iskandar. pintu bilik di buka. dicampak izzati ke katil beserta begnya.
"kau salin baju, kejap lagi aku datang balik"ujarnya.pintu bilik itu dibuka.
"kau jangan cuba nak lari ya...bilik aku dekat sebelah.. kau lari siap kau"amaran iskandar. izzati diam. dia membersihkan dirinya yang bermandikan mee.
"apa baju yang dia amik ni"beberapa helai singlet dan short serta boxer dia keluarkannya dari beg yang di baws iskandar.
"semua baju aku buat tidur.. taik betul"getusnya.disarungnya singlet putih dan seluar pendek paras paha. rambutnya di biar lepas.basah.loceng biliknya berdetik. iskandar didepan pintu.
"jom"ajak iskandar
"ke mana"soal izzati
"aku tadi nak ajak kau makan tapi dah jadi macam tu terbantut selera aku, tapi sekarang aku lapar balik"ujar iskandar
"aku pakai macam ni"izzati menunjukkan pakaiannya
"ok pe.. cepat la aku lapar ni"rungutnya.izzati menurut. kereta itu bergerak mencari tempat makan.
"kau nak makan apa"soal iskandar
"kenyang"balas izzati
"makan... "paksa iskandar.
"kau boleh tak jangan paksa aku.. aku dah kenyang makan megi dekat rumah tadi"izzati berpeluk tubuh. iskandar menukar tempat duduknya. dia duduk disebelah izzati.
"ok tak nak makan, minum saja boleh, teman aku makan"pinta iskandar.
"teh ais kurang manis"pinta izzati. pesanan sudah di buat.mereka membelek telefon masing masing. tiada apa yang mahu dibincangkan. telefon izzati berdering
"ada dekat luar dengan kawan, ohhh.. ok tak pelah kalau macam tu, rehat ya.. jumpa esok.. sayang khai juga"talian dimatikan. khairi tidak dapat berbual panjang dengannya kerana keletihan.semenjak pulang dari melaka khairi kelihatan berubah.kurang masa dengannya dan jarang menelefonnya.juga jarang ke pub untuk bertemunya.
"busy kot"dia cuba menyedapkan hatinya.
"kawan aku nak join kita makan.. kau ok tak"soal iskandar.
"aku ok je"balasnya.iskandar menikmati makanan yang sudah terhidang. izzati hanya diam.teh ais dihadapannya dihirup perlahan lahan.meja mereka makin penuh kerana kawan kawan iskandar sudah tiba. iskandar merapatkan kerusi mereka.tangannya dijelakan ke kerusi izzati. izzati mendongak memerhati iskandar. iskandar membiarkan sahaja renungan itu.
"aku tahu aku hensem"ujar iskandar. izzati terkejut dengan kata iskandar itu tersedak. di minum teh ais dihadapannya. belakang izzati dilurut perlahan. izzati bersandar semula.tangan iskandar membelai rambut izzati. izzati membiarkan saja.izzati hanya diam. tidak tahu apa yang mahu dibicarakannya.apa yang izzati perasan, sepanjang mereka bersama,iskandar tidak menyalakan walaupun sebatang rokok walaupun bersama kawan kawannya tadi.
"kau tidur sini dulu malam ni."ujar iskandar. izzati diam
"kau bisu dah ke apa"marah iskandar
"dah kau surih aku tidur sini, aku diam je la,kalau aku menjawab kang kau marah"balas izzati. iskandar masuk ke biliknya.malamnya tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience