Susuk tubuh itu amat dikenalinya.Dia mempercepatkan langkahnya.
"hah"disergah lelaki itu dari belakang.lelaki itu menoleh
"kau pergi mana hah dua minggu tak masuk ofis"ujar izzati. lelaki itu kelihatan bingung.
"ah sudah.. lost mind ke apa ni"tawa izzati
"ada je.. sibuk sikit"ujar lelaki itu.
"oh.. okk... "lelaki itu tampak canggung
"aku balik ofis dulu.. apa apa call aku ya"ujar izzati. lelaki itu mengangguk. izzati beredar. dia menoleh berkali kali kerana pelik akan tingkah lelaki itu.
"iskandar dah kenapa, hilang ingatan ke.. tapi kenapa.. dia accident ke or anything bad happened to him"otak izzati ligat berfikir.dia meneruskan kerjanya.kelibat lelaki itu melintas dihadapan pejabatnya.tidak seperti sebelumnya,selalu andai lelaki itu melintas dihadapannya biliknya harus dijengah dahulu tapi kali ini tiada respon.adakah iskandar sudah tidak mahu menunggunya lagi.pelbagai persoalan bermain difikirannya.
"izzati ada orang nak jumpa dekat lobi"ujar seorang pekerja disitu
"siapa, lelaki ke perempuan"soalnya ingin kepastian
"tak tahu"balas gadis itu. izzati bangun dari kerusinya dan turun ke lobi
"khai.. ada apa cari aku sampai datang ke sini"soal izzati
"i need you right now"wajah lelaki itu berduka
"but why"soal izzati
"please"rayunya.
"hah ok ok.. tapi kau tunggu kejap ya.. aku nak inform bos aku amik half day hari ni"ujar izzati. khairi mengangguk.dia naik semula ke pejabatnya. mengemas barangnya dan mendapatkan iskandar.
"is, aku nak minta izin untuk half day hari ni boleh"ujar izzati
"kenapa"soal iskandar
"ada urusan sikit, personal, urgent"jelas izzati. iskandar seolah tertanya tanya. izzati menghampiri iskandar yang duduk disofa
"khairi ada dekat bawah, dia macam ada masalah..dia minta pertolongan aku"jelas izzati. iskandar mengangguk tapi raut wajahnya seolah masih tertanya tanya.
"apa apa hal aku inform kau ok"ujar izzati.. dia melangkah keluar tapi dia masuk semula ke bilik iskandar. lelaki itu kaget.lantas dicium pipi lelaki itu.iskandar terkejut.izzati keluar dan turun ke lobi mendapatkan khairi.
"kita nak ke mana ni"soal izzati.
"entah lah aku pun tak tahu"ujar khairi seolah tiada hala tuju
"kita ke pantai, lama tak makan rojak pantai"ujar izzati.khairi hanya menurut.
"masih sama"ujar izzati.
"last kita datang sebelum majils kita"ujar khairi cuba mengingat kisah mereka.izzati mengangguk.
"ada apa kau cari aku"soal izzati. satu sampul surat di hulur kepadanya. izzati membuka sampul surat itu.
"Allahurabbi, betul ke ni"izzati terperanjat
"ya,lepas milia tipu khai,khai mula jadi curiga tentang kandungan nisya.. seingat khai hanya sentuh dia sekali itu pun beberapa minggu khai dapat tahu dia pregnant"cerita khairi
"bila dikira balik,khai bersama dengan dia 3 minggu sebelum khai tahu dia pregnant.. tapi berita dia pregnant dah 6 minggu.. means 3 minggu awal dari itu.. "khairi mengeluh. keputusan DNA itu diteliti izzati satu persatu.tiada persamaan antara khairi dan anaknya.pelbagai persoalan yang bermain dimindanya
"khai syak dia bersama lelaki lain waktu dia dekat genting hari tu"cerits khairi
"kau dah tanya dia"izzati cuba menyiasat
"khai baru dapat result hari ni, zati orang pertama tahu yang baby alif bukan anak khai"airmata lelaki itu menitis. izzati memeluk lelaki itu bagi menenangkannya.
"nisya apa yang kau dah buat ni"bisik hati nisya
"haiden, aku nak minta tolong, amik uwais dekat rumah ayah aku, aku ada hal"ujar izzati
"dah amik pun,aku culik awal hari ni, rindu dia"ujar haiden dihujung talian
"ok thanks.. kunci rumah aku kau ada kan"soa izzati
"ada"balas lelaki itu.lalu talian dimatikan.khairi yang sedang memandu diperhati izzati.khairi kelihatan sugul.tidak seceria dia mendapat tahu nisya mengandung.
"kita bincang elok elok.. nisya masih dalam pantang"izzati mengingatkan
"assalamualaikum"izzati memberi salam lalu masuk ke dalam rumah yang sudah lama tidak dikunjunginya
"khai mana, kenapa kau balik dengan dia"soal nisya. puan maimun yang berada di dapur masuk ke ruang tamu dengan terkocoh kocoh
"apahal kau datang ni"soal puan maimun. khairi duduk di sofa.izzati bersila melihat bayi yang berusia seminggu itu sedang asyik dibuai mimpi
"datang nak tengok anak saudara la"pipi gebu itu dioles lembut
"assalamualaikum,awak siapa nama"soal izzati. nisya hanya diam.
"nama apa baby ni"soal izzati
"alif rayyan"jawab khairi.nisya merenung khairi tajam.izzati mahu mendukung bayi itu tapi dihalang nisya
"jangan kau sentuh anak aku"marah nisya. izzati terkejut.tangan dialihkan. izzati bangun.
"puas hati kau kan, badi anak haram kau tu melekat dekat anak aku"tempik nisya.tangisnya memecah sunyi
"apa yang jadi sebenarnya"soal izzati.dia menoleh kearah khairi
"kau memang dengki kan, kau memang tak boleh tengok aku bahagia kan.. sebab tu kau sumpah kandungan aku kan"marah nisya
"mengucap kak, akak dalam pantang lagi ni"pujuk izzati
"kau kalau datang nak bawa huru hara baik kau berambus"marah puan maimun.izzati tertanya tanya apa yang terjadi sebenarnya.
"berambus kau izzati, aku tak nak tengok muka kau"tempik nisya seperti orang gila. izzati terkejut.
"khai pujuk nisya"suruh puan maimun tapi tidak diendahkan khairi
"sayamg bawa halau dia keluar, i taknak tengok muka dia"tengking nisya
"cukup nisya.. cukup, kau tak payah nak play victim dekat sini"tengking khairi.
"sayang, apa maksud you, sebab dia seranah kandungan i la anak kita jadi macam ni"ujar nisya
"anak kita,...anak kita ke anak kau dengan jantan lain nisya"luah khairi
"apa yang you merepek ni sayang"nisya cuba menafikan.sampul keputusan DNa itu dibaling khairi kearah nisya. nisya membuka sampul itu dan terdiam
"ada apa apa yang kau nak jelaskan"soal khairi. puan maimun merampas kertas itu dan cuba memahami isi kandungan.
"ini.. "puan maimun tertanya tanya
"itu keputusan dNa mak, antara khai dengan baby alif.. dan keputusan tu menunjukkan baby alif bukan anak khai" terang izzati. puan maimun terduduk kerana terkejut dengan berita itu.
"babi kau izzati"nisya cuba menerkam izzati tapi dihalang khairi.
"kau yang hasut dia supaya dia buat ujian ni kan"marah nisya
"aku yang memang nak buat ujian ni sebab aku curiga dengan kau"jelas khairi
"apa maksud kau curiga, lepas anak ni dilahirkan cacat"tengking nisya. izzati terkejut.dibuka bedung bayi itu.baby alif dilahirkan dengan keadaan kudung satu kaki.mata izzati mengalir manik manik jernih.
"puas hati kau perempuan,puas.."izzati diterkan nisya lalu dikeronyok gadis itu tanpa pertimbangan.puan maimun tiada berganjak.dia masih terkejut dengan kejadian itu. khairi membantu izzati.
"stop blame orang lain atas perbuatan kau nisya.. "marah khairi.dipeluk izzati erat.
"aku cuba buka peluang untuk kau dengan harapan kau benar benar dan ikhlas cintakan aku tapi aku silap.. kau tak ubah perempuan murahan"luah khairi
"i memang sayang you, i cintakan u sayang"rayu nisya
"sudah la, aku mati mati percaya baby alif anak aku, akhirnya.. ini yang aku dapat"tangis khairi. izzati melepaskan pelukan khairi.
"kau buat ujian dna sebab kau menyesal ada anak cacat"nisya cuba menyalahkan khairi
"kau jangan buat seolah olah kau mangsa sedangkan kau punca semuanya"marah khairi
"kau mengaju je lah kau malu dengan anak ni sebab kau masih gila kan sundal ni"marah nisya.
"ya, memang aku masih sayangkan izzati so what"provok khairi
"khai"tempik izzati
"sial kau zati.. celaka kau.. "marah nisya
"pergi mampu korang pergi berambus"tempik nisya lagi. puan maimun yang dari tadi terperuk didinding bangun dan menampar izzati
"kau memang dari dulu tak pernah puas hati dengan kakak kau kan, kau memang cemburu dengan dia kan"ujar puan maimun
"mak, zati takde kena mengena dalam hal ni"mats izzati berkaca
"kau anak aku paling tak berguna, kau anak aku paling biadap yang pernah aku ada, kau jangan berani jejak kaki kesini lagi, aku haramkan kau datang kesini... berambus kau.. aku takde anak macam kau.."badan izzati didorong keluar.
"mak"rayu izzati
"aku bukan mak kau dan kau bukan anak aku..aku takde anak macam kau"puan maimun. hati izzati berkecai dengan kata kata itu.
"mak orang yang sepatutnya marah nisya bukan izzati, dia yang curang dengan khai.. dia yang jadi punca semua ni"ujar khairi
"aku taknak betina garik ni dalam rumah aku"tempik puan maimun.
"mak kenapa setiap kesalahan akak mak nak tutup mata atau tuduh zati.. kenapa mak.. zati pun anak mak"ujar izzati. tangisnya laju.
"kau bukan anak aku.. aku bukan mak kau, aku tak pernah nak kau lahir.. sepatutnya dari dalam perut lagi aku dah buang kau"ujar puan maimun. izzati teresak esak
"mak izzati tak bersalah dalam hal ni,sepatutnya mak hukum nisya bukan zati.. nisya jadi macam tu sebab mak terlalu manjakan dia"ujar khairi
"kau orang jangan nak ajar aku macam mana nak didik anak"marah puan maimun
"baik mak, kalau iti yang mak nak, saya pun dah tak sanggup nak jaga anak mak, anisya binti halim, aku ceraikan kau dengan talak satu"semua terpana. nisya meraung sekuatnya.tangan izzati digenggam khairi erat. dibawa izzati keluar dari rumah puaka itu. airmata izzati masih mengalir.
"hantar aku balik"ujar izzati. khairi diam.rasa bersalah menyelubingi diri nya. kerana dia izzati dibuang ibu sendiri.
"hantar aku dekat pesona, aku nak jumpa iskandar."ujarnya.
"ok"walaupun ralat tapi khairi terpaksa akur bahawa disaat ini dia tidak lagi diperlukan izzati.tempatnya sudah berpengganti. tiba diparkir kereta izzati berlari mendapatkan iskandar yang sedang berjalan menuju ke keretanya.
"is"panggil izzati.langkah lelaki itu terhenti.dia menoleh. izzati berlari dan memeluknya erat. iskandar terkejut akan perilaku izzati.
"kenapa ni"soalnya.
"mak...mak dah buang aku dalam hidup dia"tangis izzati.khairi beredar. tidak sanggup dia melihat duka gadis itu dikongsi bersama orang lain
"tapi kenapa"soal iskandar
"nisya mengandungkan anak orang lain, bukan anak khairi dan anak tu cacat, aku dipersalahkan dalam hal ni"tangisnya lagi.esakkannya berdentak. airmata gadis itu dihapuskan dengan jarinya. dipeluk gadis itu erat. diusap rambut izzati lembut.
"sabar ya, insyaAllah semuanya akan berakhir..sekarang ni semua orang terkejut."pujuknya
"ya.. khai dah jatuh kan talak kat nisya"masih ada esakan dihujungnya.
"Allah"sebut iskandar.ditepuk perlahan belakang gadis itu.
haiden mendukung uwais dilaman rumahnya.izzati turun dari kereta iskandar lalu diambil uwais yang berada dalam dakapan haiden.
"tak nak singgah dulu"soal izzati
"oh tak.. aku ada hal sikit"balas iskandar
"ok... jumpa dekat pejabat esok ya"ujar izzati
"ok"kereta itu beredar. izzati masuk ke dalam rumah. haiden yang mengikat tali kasutnya di perhatinya
"kau nangis, kenapa"soal haiden
"nothing, just family matters"ujar izzati
"tak nak share? "soal haiden.izzati menggeleng.
"aku gerak dulu lah.. by the way aku dah masakkan untuk kau.. enjoy your meal ya"ujar haiden dan memandu kereta keluar dari perkarangan rumahnya. izzati ke dapur dibuka tudung saji
"wah.. salmon steak"senyuman terukir dibibir izzati.
Izzati cuba melupakan peristiwa semalam tapi tidak bisa. nisya asyik mesej nya bertanyakan tentang khairi.bukan itu saja berbakul bakul makian di lemparkan nya. telefon dimatikan. fikirannya melayang. pandangannya dilemparkan ke dinding kaca.
"ehem"izzati menoleh.iskandar.
"kau ok"soalnya.izzati mengangguk.iskandar menghampirinya. kerusi gadis itu di pusingkan mengadap dirinya. iskandar melutut dihadapan izzati.
"aku tahu kau kuat.. kau boleh hadap semuanya dengan tenang."ujar lelaki itu. izzati mengangguk.
"dah macam burung belatuk dah aku tengok kau ni.. "usiknya. izzati tersenyum dengan jenaka itu.
"macam tu la..senyum kan manis"puji lelaki itu.mata mereka bertentang.bibir gadis itu disambar iskandar. mereka berkucupan. pintu bilik izzati diketuk dari luar. mereka kalut. didorong iskandar ke bawah mejanya.
"ada apa sue"soal izzati.tenangnya seolah tiada apa yang berlaku
"ni event untuk lusa, kita ada miss item banquet and meeting room double use.. back to back.. "ujar gadis itu. izzati memeriksa fail itu satu persatu.iskandar yang berada dibawah mejanya mula menjalankan kerja.hujung baju gadis itu ditarik. tapi ditepis izzati.ditekup mukanya ke paha gadis itu tapi ditolak gadis itu. izzati masih memeriksa kerjanya.
"eh sue duduk lah jangan berdiri"ujarnya.dia tidak mahu gadis itu melihat perilaku iskandar kerusi dihadapannya ditarik dan dilabuhkan buntutnya.
"janganlah"bisik izzati.matanya dijenggil sedikit. iskandar tertawa melihat izzati yang tidak senang duduk.iskandar menarik hujung lembaran kertas yang terjuntai.kertas itu jatuh dan cepat cepat di kutip izzati.leher izzati dirangkul iskandar. mereka bercumbu
"cik izzati.. cik izzati ok ke"izzati menunjukkan isyarat ok lalu bangun bersama kertas yang di kutipnya.iskandar masih nakal.jarinya mengusap lembut paha izzati. tangannya dimasukkan kedalam skirt izzati.izzati meremang lalu bangun mengejut.sue yang duduk dihadapannya juga terkejut
"kenapa cik izzati"soal gadis itu
"hah.. kaki saya kebas.. hah kebas.. "dilurutkan kaki nya yang tidak apa apa.iskandar tertawa.
"macam ni lah, awak turun dulu kejap lagi saya hantar EO ni dekat awak ya"pinta izzati.
"baik cik izzati"gadis itu berlalu pergi.izzati bingkas mengunci pinti biliknya lalu berlari ke bawah mejanya
"kau ni kan.. kalau kantoi macam mana"geramnya
"biarlah staff tahu yang kau aku punya"usik iskandar
"taik kau, dah bangun"suruh izzati.iskandar menghulurkan tangannya minta dibantu untuk bangun.izzati menarik lelaki itu dan akhirnya dia jatuh kedalam dakapan lelaki itu. dipeluk erat gadis itu.izzati berasa tenang.
Share this novel