Suasana rumah puan maimun tegang.Izzati yang duduk di tangga di tenung nisya geram.
"sekarang ni macam mana"soal izzati
"kau jangan sibuk hal kami"marah nisya
"masalahnya dia tu rakan sekerja aku,kau kakak aku.. dua dua mengandungkan anak bekas tunang aku"nada izzati tinggi.
"aku taknak orang mengata kau dibelakang aku.. sesetan mana pun perangai kau.. kau tetap kakak aku"marah izzati.nisya diam.khairi hanya membatu
"hah yang kau ni dah buat masalah..boleh rileks lagi ye.."geram izzati
"khai akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku pada milia"ujar khairi
"maksud kau"izzati ingin kepastian
"khai akan kawin dengan dia"balas khairi
"no..i tak setuju..sayang you jangan nak buat kerja gila ya.. i taknak dimadukan"tangis nisya
"you have no choice.. semua ni punca dari kau.. kalau kau tak jadi punca pernikahan kami batal..aku dengan zati dah bahagia"balas khairi.laju tangan izzati menampar pipi khairi
"kau jangan nak tunding jari dekat orang lain ya.. kau yang tak kawal nafsu kau"marah izzati. izzati ditolak ke tangga hingga tersadung.nisya melepaskan amarahnya pada izzati. izzati tidak mahu melawan kerana nisya tidak mahu mencederakan kandungannya.
"apa yang kau buat ni"khairi menarik nisya dengan kuat.
"you tengok apa dia buat dekat you.. i wife you pun tak pernah naik kan tangan dekat you"rengek nisya.izzati memeriksa tangannya yang luka kerana terkena bucu tangga
"aku datang sebab nak tolong selesaikan masalah korang tapi korang yang rumitkan keadaan...lantak korang la.. aku malas masuk campur.."izzati bangun.dicapai beg galasnya lalu keluar.telefonnya berdering
"ya puan.. apa.. dekat hospital mana, baik saya pergi sekarang.. ya puan"izzati kelam kabut.dia harus cepat.tikah mahu melahirkan awal dari jangkaan.
"khai, aku nak minta tolong kau.. hantar aku ke kuaters then hantar aku ke terminal,aku ada hal urgent"izzati cuak. khairi menurut.
"i ikut"ujar nisya
"no,kau stay"halang khairi
"no i nak ikut"ujar nisya
"hah jom cepat"ajak izzati
"kejap aku nak bersiap"pintanya
"ah lambat.. "izzati berlari keluar. malas dia melayan kerenah kakaknya. dia meluru le pondok bas
"zati.. khai hantar"tempik khairi
"its ok..aku pergi sendiri.. kau settle hal korang, thanks"tempiknya dari kejauhan. nombor iskandar di dailnya.tapi tidak berjawab. marah kali dia.dia mencuba berkali kali namun tiada jawapan.
"zaiful, awak kerja ke"dia cuba mendapatkan bantuan zaiful
"ha ah, ada apa awak, kenapa kalut sangat bunyi ni"soal zaiful
"saya nak ke selangor.. ada hal urgent"bicaranya
"saya tengah kerja.. call haiden tengok.. dia boleh tolong hantarkan awak rasanya"bantu zaiful
"saya takde nombor dia"ujar izzati
"dia ada nombor awakkan.. nanti saya suruh dia call awak"ujar zaiful. izzati sedikit lega.tidak sampai setengah jam,izzati menerima panggilang masuk
"hello kau ada dekat mana, aku pick up"haiden ditalian.izzati memberitahu lokasinya.
"hah ok kejap..aku ada dekat laluan yang sama.. kau tunggu situ aku kejap lagi sampai"ujar haiden.kereta dipandunya perlahan agar tidak terlepas izzati.
"jom"pelawa haiden apabila kelibat izzati kelihatan
"terima kasih bro.. "izzati lega.dia memgambil kelengkapan untuk tikah dan anak saudaranya lalu beredar.
"kau hantar aku dekat terminal sudah.. aku naik bas"pintanya
"tak pe aku hantar kau sampai sana"pelawa haiden. izzati tersenyum lega
Bayi lelaki seberat 3.25kg itu ditatap izzati.dicium pipi bayi itu
"assalamualaikum,selamat datang sayang"dikucup dahi bayi itu.iskandar yang dapat berita dari izzati tiba dihospital.langkahnya diperlahankan apabila melihat haiden dan izzati.
"sorry aku ada kerja tadi.. comelnya"puji iskandar. mereka tidak henti henti mendukung bayi itu.
"puan kalau saya nak amik bayi ini untuk saya jaga boleh.. "soal izzati
"boleh, tapi kita jalankan beberapa prosedur untuk memastikan cik layak untuk menjaga"ujar penyelia itu.izzati akur dengan syarat yang diberi. tikah tidak mempedulikan bayi yang berada disebelahnya.
"anak kau nangis ni, bagi la susu"suruh izzati.tikah tidak mengendahkan arahan izzati.
"aku cepuk kau kang"marah izzati
"hospital ni.. biar lah dia.. aku pergi beli susu formula kejap"bisik iskandar.
"aku ikut"izzati mencapai beg sandangnya lalu mengikut iskandar dan haiden. di periksa satu persatu kandungan susu dan ciri ciri botol yang sesuai untuk bayi.
"ok.. dah.."izzati meletakkan barang dikaunter.
"aku bayarkan"haiden mengeluarkan wang dan memberikan kepada cashier.
"thanks"
"eh.. dah siap ke.. berapa"iskandar yang datang kepada mereka ketinggalan berita.
"haiden dah bayarkan"izzati mencapai beg plastik tersebut lalu beredar.dibancuh susu formula lalu diberikan kepada bayi itu.
"kau nak letak nama apa"soal izzati
"mana aku tahu.. kau la letak sebab kau nak sangat anak ni"tempelak tikah
"apa mak lah kau ni"marah izzati.banyak mata yang tertumpu pada mereka kerana nak izzati naik seoktaf.bayi yang berada didalam dukungannya ditatap penuh kasih.
"awak nak nama apa"bisiknya pada bayi itu.
"uwais mikail.. maksud dia pemberian Allah"sampuk iskandar
"uwais mikail.. best juga nama tu.. "
"i didn't know what's the name mean but i like it"ujar haiden.
"baby nama awak uwais mikail ya.. uwais mikail assalamualaikum"tanpa disedari airmatanya menitis. perasaan hiba menjengah.
"ini dokumen lengkap hak penjagaan dan ini surat beranak bayi"diperhatikan satu persatu lembaran kertas itu. izzati lega kerana dia mendapat hak penjagaan sepenuhnya uwais.
"kau stay sini dulu.. aku balik dengan uwais.. aku kena cari rumah untuk bawa kau balik, dah dapat rumah aku datang semula amik kau"ujar izzati. tikah diam.wajahnya dipalingkan dari menatap izzati yang memangku anaknya. benci benar dia ada bayi itu.izzati menaiki kereta iskandar dan haiden mengekori dari belakang.perjalanan lancar kerana uwais tidak banyak ragam.mata izzati tidak lari dari menatap kecomelan si kecil itu.
"kau sungguh nak jaga uwais"soal iskandar
"betul la apa yang tipunya"matanya tetap tidak berganjak dari melihat uwais yang lena dibuai mimpi.
"habis kerja kau"soal iskandar lagi
"nak kerja aku hantar pengasuh la.mak kak syaz nak jaga uwais.."semuanya sudah di atur hanya menunggu masa untuk berpindah kerana dia khuatir andai uwais tinggal bersamanya di kuaters akan mengganggu pekerja yang lain.
"kau tido dekat bilik lah hari ni"ujar iskandar
"hantar aku balik la.. "bantah izzati
"kalau uwais menangis malam nanti macam mana"soal iskandar
"aku dah bagitahu ruhil dengan yang lain, seminggu je aku tumpang kan uwais...lepas tu aku pindah."jelas izzati
"kau dapat rumah dah ke"iskandar ingin kepastian
"ha ah dapat dah.. minggu depan aku boleh masuk..satu taman dengan kak syaz"ceritanya.iskandar hanya diam.
Hampir sebulan izzati berpindah,uwais juga semakin membesar dengan sihat.tikah tidak lama lagi akan tamat tempoh pantangnya.puan zila setiap hari datang menjaga akan anak kesayangannya tapi malangnya cucunya tidak diendahkan.tidak disentuh langsung cucunya itu.
"boleh dorang pulaukan si comel ni... apa jenis manusia la dorang ni"daud yang baru pulang kerana cuti semester geram akan tingkah laku dua beranak itu.
"biarlah dorang.. aku malas nak bising"ujar izzati. uwais yang ditangguknya ketiduran.
"kau jangan buat hal macam si tikah tu..kalau aku tahu siap kau aku kerjakan"amaran daud
"baik tuanku"balas izzati. tawa mereka berderai. tikah dan puan zila yang hanya memerhati dua sahabat itu dari jauh.
"aku ada benda nak story dekat kau"ujar daud
"apa"
"aku kenal sorang budak ni,dia satu kampus dengan aku.. "cerita daud
"kau suka dia yeee"usik izzati
"ha ah aku suka dia tapi aku nak kau tengok dia dulu.. ok tak orangnya"daud mahu berkongsi segalanya dengan sahabatnya itu. dia tidak mahu sahabatnya rasa ditinggalkan berseorangan.
"la dah kau berkenan aku ok je la"izzati tidak mahu persahabatan mereka disalah erti. dia tidak mahu di label sebagai seorang yang suka mengongkong.
"aku nak kau kenal dia dulu.. tengok orang dia macam mana.. kalau kau on aku ok"jelas daud
"siapa je yang kau pilih aku akan setuju.. sebab yang nak couple dengan dia kau.. bukan aku,lagipun sampai bila kau nak bergantung dengan aku.. sampai masa kita tetap akan terpisah juga"ujar izzati.dihatinya terdetik sayu.dia harus menerima hakikat bahawa sahabatnya juga manusia yang punya perasaan.
suatu hari sahabatnya juga akan menjadi milik orang lain dan andai tiba saat itu dia harus terima hubungan mereka sudah tidak seakrab dulu.
"ya aku tahu,tapi kau kan perempuan faham perempuan.. aku baru nak belajar"daud tertawa
"banyak la kau"balas izzati sambil tersenyum
"aku nak kau restu hubungan aku dengan dia"jujur daud.
"ye la.. kau bawa la dia jumpa aku"sehaya itu daud kelihatan ceria.
uwais menangis tiada henti.badannya panas. izzati panik.dia menelefon daud.tapi tidak berjawab. iskandar juga.
"haiden"bisik hatinya.
"hello"suara lelaki itu seolah mamai
"hello..haiden..sorry ganggu kau pagi pagi buta ni.. aku nak minta tolong kau bawak uwais ke hospital..uwais demam"ujarnya panik
"hah ok ok aku gerak sekarang"sehaya itu dia bingkas bangun disarung bajunya dan di capai kunci kereta lalu bergak ke rumah izzati.
"apa yang memekak ni.. aku nak tido la"tempik tikah
"uwais demam"ujar izzati
"demam pun bagi la dia diam.. ishhh bising la"marah tikah. izzati diam.
"aku ni ingat kau dalam pantang je tau kalau tak... abis dah"bisik hatinya. uwais yang menangis di dukungnya.resah hatinya.tikah menghempas pintu biliknya kuat.izzati geram.
"sorry kacau kau"izzati serba salah. jam 2 pagi mengganggu tidur orang hanya kerana uwais.
"tak pe.. uwais sakit nak buat macam mana"ujar haiden.mungkin kerana suhu dalam kereta sejuk,uwais berhenti menangis.dia tertidur. izzati sedikit lega.
"suhu dia tinggi lagi ni puan, kami terpaksa masukkan dia ke wad untuk pemantauan lah"ujar doktor
"puan boleh minta suami puan buat pendaftaran dahulu dikaunter"izzati malu.
"maaf dia.. "belum sempat dijelaskan hubungan mereka haiden mengambil kertas yang diberikan doktor untuk membuat pendaftaran.izzati terdiam.
"kau nak aku ambilkan pakaian kau ke"soal haiden.
"eh takpe.. esok aku minta tolong abil amik kan"ujar izzati. uwais asyik dalam lenanya.izzati terlelap di tepi katil.jaket yang dipakainya disarungkan ke badan izzati.matanya sudah tidak dapat dipejamkan lagi. dia memantau keadaan uwais.
"sayang ayah kenapa"rambut bayi itu dibelai daud.
"dia demam. aku call kau semalam tak angkat"ujar izzati
"aku pegi mancing dengan atok, aku silent kan fon, maaf"kesal daud
"tak pe, uwais dah sampai hospital dah pun"izzati cuba memujuk sahabatnya
"kau datang naik apa"soal daud
"aku datang dengan haiden"balas izzati
"sapa haiden"soal daud lagi. nama itu agak baru baginya
"macam mana uwais"iskandar yang baru sampai dari mendapatkan uwais yang ketiduran.
"demam dia dah kebah, tunggu keputusan darah macam mana"balas izzati.
"aku baru balik dari terengganu,aku baru sampai pukul 1 tadi..aku tertidur tak dengar call kau"jelas iskandar
"takpe haiden tolong bawakkan"ujar izzati.daud menarik izzati ke sudut bilik
"sapa haiden, kau dengan is macam mana"soal daud
"haiden kawan aku, kau ingat tak budak maintanence dekat redang hari tu.."daid mengangguk
"dia kerja dekat renaissance"terang izzati
"okey.. tapi apa kena mengena dia dengan soalan aku"daud masih tidak dapat menduga
"haiden tu kawan dia"jelas izzati
"owh.. "persoalannya terjawab.sedang mereka bersembang haiden datang bersama faizul
"nah barang kau"beg kertas berisi pakaiannya diambilnya
"kau pergi rumah ke"soal izzati
"ye lah takkan pakaian aku kot"izzati malu kerana pakaian dalamnya juga ada didalam beg itu.wajah izzati berona merah. malu
"jangan ingat aku pecah masuk rumah kau.. adik kau yang buka kan pintu.. dia ada dengan aku waktu aku ambil baju kau"cerita haidar lagi.
"wei.. sapa tu"bisik daud.
"tu la haiden"terang izzati
"mak aih.. badan dia.."daud mengukur badannya dengan haiden.seram.badannya yang ibarat papan plywood sekali di lipat haiden berderai.
"good looking tapi sayang gay weh"terang izzati. daud terkesima.
"tapi kau bukan taste dia la"tawa izzati.
"maaf mengganggu..boleh saya tahu siapa ayah kepada baby ni"soal seorang jururawat yang masuk ke bilik uwais
"saya"serentak daud, iskandar dan haiden.dahi jururawat sedikit berkerut.hairan
"ish korang ni"sampuk izzati
"ada apa ya nurse"soal izzati
"owh doktor nak buat ujian darah"ujar jururawat tersebut
"kenapa ya"soal izzati lagi
"nanti doktor akan terangkan"ujar jururawat lagi.
"dan ini senarai ubat untuk uwais.ayah uwais boleh tolong ambilkan difarmasi ya"ujar jururawat itu lagi. kertas ditangan jururawat itu pantas disambar iskandar lalu dia keluar menuju ke farmasi
"boleh saya tahu yang mana satu ayah uwais"soal doktor yang datang ke bilik uwais
"maaf doktor, uwais bukan anak kami, saya adopt dia dari rumah kebajikan, kenapa ya doktor"
"cik or puan"soal doktor
"izzati, cik izzati"balasnya
"macam ni lah cik izzati, uwais mengidap talasemia.. jadi saya perlu ambil sampel darah bapa dan ibunya untuk pemeriksaan bagi memastikan pembawa dan uwais juga pengidap HiV positif"ujar doktor.kaki izzati tidak terasa jejak.dia terkejut akan berita itu.dia hampir rebah.
"cik izzati tahu dimana ayah dan ibu uwais"soal doktor lagi
"ibu kandung dia adik saya, ayahnya saya tidak tahu siapa"ujar izzati gugup
"haiden ni siapa"soal doktor lagi
"saya"haiden mara setapak
"dia kawan saya,dia yang bantu saya bawa uwais ke sini dan dia tiada kena mengena dengan uwais"terang izzati
"saya mohon jasa baik dan kerjasama dari pihak cik izzati agar dapat membawa ibu dan ayah uwais ke hospital untuk pemeriksaan"pinta doktor.izzati mengangguk.ditatap sayu sikecil yang terbaring dikatil. airmata izzati bercucuran.daud memeluk erat sahabatnya. suasana bertukar suram.
Share this novel