BAB DUA PULUH TUJUH

Drama Completed 36633

"welcome back zati"tempik ruhil.izzati tersenyum.
"orang tu pergi redang tak ajak"aman berseloroh.
"mana kau tahu"soal izzati
"aku tengok fb daud"balas aman.
"saja rileks rileks.. "ujar izzati
"you need it.. kalau aku sumpah aku mengamuk dekat wedding dorang"ujar ruhil. wan dan aman membuat isyarat agar ruhil diam.ruhil memahami bahawa dia terlepas kata.
"aku ok la, jangan risau.. dah accept semua.. aku pun ada life aku sendiri"ujar izzati.dia tersenyum. rutin kerjanya dilakukan dengan sebaik baiknya.pengunjung yang hadir ke pub juga ramai memandangkan kapal persiaran sudah berlabuh dipengkalan.
"risau aku tengok zati tu, totaly change"bisik ruhil.
"ha ah.. khairi lah puncanya, sebab tu orang kata kerana cinta boleh jadikan mausia buta dan gila"ujar wan. izzati yang datang membawa pesanan diperhati ruhil
"zati kau ok ke.. "tanya ruhil
"aku ok"balasnya
"kau kalau tak boleh jangan la amik drinks tip.. penat ooo"pesan ruhil.
"aku ok.. boleh buat"pintu exit bar di tolak. khairi masuk.semua mendiam. izzati hilang membawa pesanan.
"dia ok"soal khairi.
"kau pasal tanya dia buat apa lagi... ingat la bini woii"bidas ruhil. khairi terdiam.
"sayang"panggil khairi
"dont call me that name"marah izzati.
"sihat"soal khairi
"aku sihat"jawab izzati dan berlalu pergi.izzati bersiap untuk pulang.langkahnya ditahan.
"khai hantar zati balik ya"ujar i
khairi.
"tak perlu.iskandar datang pick up aku"balasnya.langkahnya di lajukan. leganya apabila kelihatan kereta iskandar masuk dikawasan parkir.
"kenapa muka macam ayam berak kapur"usik iskandar
"tu.. apa yang dia nak entah"dimuncungkan mulutnya ke arah khairi. iskandar menjengah. khairi yang berdiri didalam kesamaran malam kelihatan jelas sosok tubuhnya.kereta itu meluru laju.

"ada barang lagi kau nak beli"soal iskandar.
"cukup dah kot"balas izzati.
"kau duduk kuaters nanti kita jarang jumpa lah"nadanya sedikit kecewa
"eh kau ni... aku bukan nak pergi berperang... adoi laaa"ujar izzati.
"tapi aku rasa jauh sangat"sedihnya.dahinya berkerut. bibirnya di ketap.
"alah comelnya"pipi iskandar dicubitnya
"kalau aku rindu macam mana"soal iskandar
"euwww...geli aku"izzati berjalan meninggalkan iskandar yang berperangai ke budak budakkan. iskandar hanya mengekori dari belakang.
"zati"izzati menoleh
"ayah.. "disantuni lelaki itu. iskandar menghampiri mereka.
"ayah tak bawa teksi ke"tanya izzati
"bawa, ni pun berenti minum kejap"ujar encik halim.izzati hanya mengangguk
"ayah ada benda nak minta tolong zati"ujar encik halim
"apa dia ayah"otaknya ligat memusing.ditarik izzati jauh sedikit. iskandar membiarkan saja
"tikah mengandung"bisik encik halim.izzati terkejut akan perkara itu
"dah berapa bulan, habis tu dia dekat mana sekarang"soal izzati
"dua bulan, ada dekat rumah"encik halim gusar
"kita sembang dekat rumah la"pinta izzati.
"hantar aku balik rumah ayah"pinta izzati. iskandar akur.

"jantan tu kerja kat mana, nama apa"marah izzati. semua yang ada di dalam rumah itu terdiam. izzati menyinga.
"dah sedap sama sama kenapa jadi macam ni kau sorang je yang tanggung."marah izzati.
"ayah dengan makcik kau nak hantar dia ke pusat"rencananya diajukan kepada izzati.
"kenapa nak hantar dia ke sana, makcik jaga la dia.. kenapa nak suruh orang lain pula jaga"perli izzati
"dekat sana dia lebih selamat dan selesa, lagipun dekat sana dia ajar macam macam"ujar encik halim
"aih emak ustazah kot takkan tak boleh ajar anak agama.. tu la kau tak ingat karma.. dah jadi macam ni"izzati geram.
"kita nak settle bukan nak keruhkan keadaan"bisik iskandar. izzati cuba bertenang.
"ikut lah macam mana pun, cuma aku harap kau dapat amik iktibar la pada apa yang jadi"ujarnya
"ayah nak minta tolong zati uruskan hal kemasukan ke pusat pemulihan,ayah ni tak reti sangat"pinta encik halim
"insyaAllah.. tapi minggu ni memang zati tak sempat lagipun zati baru habis cuti"ujarnya.
"takpe.. ayah faham.. terima kasih zati"dalam perjalanan izzati sibuk dengan telefon mencari nama nama tempat pemulihan.
"nanti aku tolong kau carikan,kau jangan risau ok"pujuk iskandar. izzati tersenyum kelat.

izzati merenung bulan yang menerangi malam.runsingnya memikirkan akan kisah keluarganya. ayahnya yang dijumpanya petang tadi tampak sedikit surut badannya. terlalu berat beban yang dipikul lelaki itu. izzati turut bersimpati.telefonnya berdering.
"masuk bilik aku kejap"suruh iskandar. izzati akur. iskandar yang sedang merenung komputer riba dihampirinya.
"dah jumpa tempat untuk tikah"komputer itu dipusingnya kearah izzati
"hah ok,tak jauh sangat then kos bulanan pun tak tinggi.. aku boleh la nak tanggung"ujar izzati.
"so kau nak aku tolong proceedkan? "soal iskandar
"eh tak pe nanti aku bincang dengan ayah aku dulu"ujar izzati.dia lega.
"jom pegi makan"ajak iskandar
"tak nak lah.. aku kenyang..aku nak kemas barang sikit lagi lepas tu nak tido"balasnya
"aku keluar sorang la.. kau kalau nak apa apa call aku"izzati mengangguk lalu masuk kebiliknya.malamnya berlalu tenang.

sudah dua minggu dia tinggal di kuaters dan dalam masa yang sama hampir dua minggu juga dia tidak bertemu iskandar.ada urusan diluar kota katanya.harinya dihabiskan di bilik.pintu biliknya diketuk.
"zati,ada orang cari"ujar teman serumahnya.dia berlari anak berharap agar itu iskandar.
"zaiful.. "
"jom lepak.. lama dah tak lepak sekali"ajak zaiful
"kejap zati nak salin baju dulu"ujarnya.kereta yang dipandu jay berhenti dideretan gerai makan.
"zati nak nasi lemak lah.. lama tak makan"pintanya.rambutnya dibun messy.
"mana tahu dorm saya dekat situ"soal zati
"owh saya tanya guard kuaters awak pastu risik risik staff yang lepak dekat situ"ujar zaiful
"hai louise"dilambai tangannya kepada lelaki itu.
"hai"louise membalas lambainnya dan tertawa. izzati tidak berhenti memerhati telefonnya. dia berharap panggilan dari iskandar.
"zati.. "milia yang datang dari hadapannya menegurnya. izzati hanya mengangguk kelat
"ramai pahlawan kau malam ni, kecewa khairi tak jadi suami kau ke macam mana ni"perlinya lagi
"takde lah sampai kecewa,bersyukur lagi adalah sebab lelaki macam tu tak jadi suami aku, bekas orang kan.. eeuuwww"balasnya.zaiful dan yang lain hanya tertawa kecil.
"even dia tak jadi laki aku, aku tak rugi pape.. atleast dia bertanggungjawab dengan apa yang dia buat pada kakak aku, kau.. kau.. ermmm sedekah je lah.. "perli izzati lagi.
"sial kau zati"tempik milia marah
"sorry miss..terlalu bising la, boleh beredar"ujar haiden.milia beredar dengan amarah.izzati masih menantikan mesej dan panggilan dari iskandar tapi tiada satu pun diterimanya.

"kau faham tak, aku tak nak kau ganggu aku lagi.. kau abang ipar aku sekarang"marah izzati
"kami akan bercerai.. then we can get back"ujar khairi.izzati tersentak. dicekak kolar baju lelaki itu.
"aku bagi kau amaran,jangan sekali kali libatkan aku dalam hal rumah tangga korang ya.."matanya dijengkilkan.marahnya seperti bom mortar yang akan meletup bila bila masa.
"weh, korang.. malu la orang tengok"tegur ruhil. izzati menyambung tugasnya.meluat hatinya.khairi masih menunggu izzati di kaunter.
"beb"izzati menoleh.
"wei kau ke mana, lama tak nampak"izzati ceria melihat iskandar yang berada di pubnya.
"aku ada kerja sikit... kau sihat"soal iskandar
"sihat la, kalau tak takkan aku keje, apolah kau ni"balas izzati. khairi yang memerhati kemesraan
itu sedikit duka lalu beredar.
"minggu depan aku cuti tiga hari nak uruskan atikah, kau free"soal izzati.mee goreng yang dipesannya.
"ok.. aku hantarkan"izzati sedikit lega kerana dia tidak perlu lagi memikirkan tentang pengangkutan.
"esok aku call ayah confirm kan dengan dia.iskandar hanya mengangguk.

"kau duduk sana jangan nak cari masalah dengan penghuni situ.amik peluang untuk berubah."nasihat zati.leterannya didengari sepanjang jalan. izzati turut bersimpati terhadap tikah kerana perginya dia ke rumah Nur tanpa ditemani ayah dan emaknya.
"sayang juga kau dekat dia"ujar iskandar
"sayang tu takde la, simpati je,dalam keadaan macam ni dia perlukan support dari parent dia tapi ni tidak"izzati mengeluh
"cuma aku respect dia.. dia tahu dia dah buat dosa but dia still lagi nak lahirkan baby tu dengan selamat dan sempurna"izzati menoleh ke arah tikah yang duduk didalam kereta kerana pening dan penat kerana perjalanan yang panjang. cendol yang dipesannya dihabiskan.
"nah"disuanya pisang goreng dan air kelapa muda yang dibelinya untuk tikah. tikah mengambil pemberian izzati dengan wajah yang kelat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience