BAB LAPAN BELAS

Drama Completed 36686

Batang hidung iskandar tidak kelihatan. diketuk pintu biliknnya berkali kali tapi tiada jawapan. dia turun ke kaunter bertanyakan akan keberadaan iskandar.
"encik iskandar keluar"ujar receptionist itu
"di dah check out ke"soalnya lagi
"eh tak, dia long stay guest kami"ujar receptionist itu lagi
"kalau macam tu,saya nak check out"kad biliknya diletakkan dikaunter
"maaf cik, kami menerima arahan dari encik iskandar,cik tak boleh check out tanpa keizinan dia"ujar receptionist itu lagi.
"dia nak kurung aku ke apa ni"bisik hatinya. dia naik semula ke biliknya.nombor khairi di dailnya tapi tidak berjawab.
"sibuk kot"bisik hatinya.siaran tv di tukar satu persatu.bosan.dia mengatur acaranya sendiri.
dia menapak dari satu tempat ke satu tempat sendirian.dia ke cyber cafe.satu persatu movie ditontonnya tanpa di sedari hari sudah malam.dia meninggalkan cyber cafe dengan tanpa tujuan. kemana dia mahu pergi. pulang ke rumahnya.. dia tahu dia akan dimarahi ayahnya kerana puan zila tidak akan melepaskannya begitu sahaja. khairi yang berjanji mahu berjumpanya membatalkan pertemuan mereka kerana ada urusan secara tiba tiba.daud juga tidak dapat menemaninya memandangkan esok dia akan bertolak ke selatan tanah air bagi menyambung pengajiannya.dia benar benar sunyi dan keseorangan.dia ke rumah arwah nendanya. rumah yang sudah berubah wajah itu ditatap dengan hiba.dia rindu sosok wanita itu. dia rindu belaian wanita itu.. dia rindu suasana disitu.
"zati rindu wan"dia menangis. kali ini tangisannya tiada siapa yang menyeka.dia meneruskan langkahnya.kepalanya berfikiran ke mana tujuannya.kakinya terus melangkah. tanpa disedari dia sudah sampai ke pusat bandar.dia melungu di pondok bas.
"kau dah kenapa hilang tak bagitahu aku apapun"marah iskandar yang meluru mendapatkannya.diperiksa badan izzati. izzati hanya diam. pintu kereta dibukanya
"masuk"suruh iskandar. izzati tidak berani membantah kerana raut wajahnya menggerunkan. pintu kereta dihempas.izzati terkejut. badannya mula menggigil. dia benar benar ketakutan. kereta itu dipandu laju.izzati diam.kereta berhenti diparkir hotel.
"kau tahu tak aku separuh mati risau dekat kau. merata aku cari.. kau cari apa kat luar sana, kau nak kemana sebenarnya sampai tak boleh nak tunggu aku"marah iskandar. izzati tergamam.iskandar menyinga tidak tahu punca.
"aku cari kau, tapi kau takde... aku call semua orang nak ajak keluar tapi semua sibuk.. so aku keluar la sorang sorang"jawab izzati gugup
"kau tak boleh tunggu aku dalam bilik"tengking iskandar. izzati tersentak
"aku bosan..aku keluar la"nada izzati bergetar
"lain kali bagitahu aku dulu"marahnya lagi. airmata izzati menitis.marah iskandar mula reda bila mendengar esakan izzati.
"pergi mandi,aku bawa kau pergi makan"iskandar keluar dari kereta dan izzati hanya menurut.iskandar masuk ke biliknya tanpa sepatah kata. izzati tertanya kenapa iskandar bertindak begitu.marahnya meninggi. risaunya terlalu nyata.tapi kenapa. semuanya bermain di benaknya.loceng biliknya berdetik.izzati terkejut kali ini ayahnya berada di depan pintu biliknya.
"ayah"encik halim masuk kebiliknya. diperiksa setiap sudut.
"jantan mana kau ikut ni"soal encik halim
"jantan mana, zati sorang je"jelasnya
"kau sorang.. banyak duit kau"perli encik halim
"ye, zati sorang"izzati duduk dikatilnya memerhati encik halim yang memeriksa seluruh bilik.
"bagi aku duit"pinta encik halim
"zati belum gaji lagi ayah"balasnya
"abis duit yang kau dapat dari jantan takkan takde"fitnah encik halin
"ayah, sampai hati ayah tuduh zati macam tu"izzati mula menyinga
"aku.. tuduh kau.. ni.. hotel ni. apa kau buat kalau tak jual diri kau. ke kau bagi free"tuduhnya lagi.
"zati tak sejahil tu ayah"nadanya sedikit tinggi.
"kau berani tengking aku"badan izzati di dorong ke katil. encik halim mula bertindak diluar ke warasan.
"alang alang kau bagi orang rasa tubuh kau apakata aku rasa sikit"seluar izzati cuba ditarik encik halim.
"ayah, zati ni.. anak ayah.. tolong ayah jangan buat zati macam ni"tangisnya memecah.
"peduli apa aku..aku jaga kau dari kecil sampai besar last last kau bagi orang percuma"encik halim mula agresif.
"ayah"tempiknya.izzati cuba melawan namun apa kekuatan yang dia ada untuk melawan kudrat seorang lelaki.
"kurang ajar"iskandar menendang encik halim sehingga lelaki itu terjelepok ke lantai. ditumbuh lelaki itu bertubi tubi.izzati meleraikan pergaduhan itu
"kau ke tepi"iskandar menengkingnya
"dia ayah aku"tengking izzati. iskandar tergamam.terkejut akan kata kata yang terpacul dari mulut izzati
"dia ayah aku"izzati menangis teresak esak dibucu katilnya
"oh jadi kau la jantan yang langgan anak aku"tuduh encik halim lagi
"kurang ajar kau"iskandar mahu melepaskan tumbukan tapi di halang izzati.
"berapa kau bayar dia untuk satu malam"ujar encik halim lagi
"ayah..sampai hati ayah tuduh izzati macam ni.. dia kawan zati bukan pelanggan macam ayah maksudkan"tangisnya berderai
"kawan pun tetap kena bayar.. "ujar encik halim
"berapa kau nak"iskandar menyoal.giliran izzati pula ternganga.
"berapa kau nak bayar"soal encik halim. urus niaga dirinya sedang berlaku
"apa korang ni, ayah.. ayah nak jual zati?"soalnya
"berapa kau nak untuk kau lepaskan dia sepenuhnya untuk aku.. "soal iskandar. badan encik halim digoncang izzati
"ayah.. tolong ayah.. jangan jual zati ayah.. zati janji zati dengar cakap ayah"rayunya namun tidak diendahkan
"ni kad bank zati, ayah amik.. amik semua, zati tak marah"kad bank nak diberikan kepada ayahnya
"10k"ujar encik halim.
"ayah.. "tempik izzati
"baik"iskandar menelefon seseorang.
"apa kau buat ni iskandar.. ayah..ayah jangan buat zati macam ni ayah.. iskandar tolong jangan bagi ayah aku duit.. tolong aku merayu dekat kau"izzati seperti orang hilang akal.tidak lama kemudian datang seorang perempuan membawa sebuah fail lalu diberikan kepada iskandar.
"bak ic kau"pinta iskandar
"kau nak buat apa"soal izzati. beg duitnya dipegang erat. dia bergelut dengan wanita itu akhirnya ic nya diberikan kepada iskandar.
"ic pakcik"pinta iskandar. ic encik halim bertukar tangan.iskandar meminta encik halim menurunkan tandatangan pada kertas tersebut.
"ni cek 10ribu dan ini perjanjian yang pakcik tak boleh ganggu izzati lagi sebab izzati sudah jadi milik saya sepenuhnya"ujar iskandar. izzati terduduk. tiada lagi tangisan. airmatanya sudah kering.
"terima kasih"kepala izzati ditolak keras oleh encik halim dan lelaki itu berlalu pergi. iskandar duduk di kerusi memandang izzati sayu.
"maafkan aku"bisik hatinya. izzati tidak keluar dari biliknya.dia merenung jauh diluar jendela.
"wan... ayah jual zati"rintihnya.iskandar mundar mandir diluar pintu bilik izzati. risau. pintu diketuk berkali kali tapi tiada jawapan.dia membuka pintu menggunakan kunci pendua
"jom pegi makan aku lapar"ujar iskandar tapi izzati masih menjadi patung cendana.
"kau dengar tak"tempik iskandar. izzati menoleh.direnung iskandar tajam.amarahnya membuak. pipi lelaki itu ditamparnya
"puas hati kau, puas.. "tempik izzati. iskandar diam
"kenapa diam, suka hati kau meletakkan harga untuk diri aku.apa kau nak tubuh aku.. amik amik"badannya dirapatkan ke tubuh lelaki itu. iskandar bergerak selangkah ke belakang. tidak sanggup dia melihat keadaan izzati.
"kau dah jadi tuan aku.. kau boleh buat apa yang kau nak.. buat la"tangan iskandar diletakkan didada dan diratakan keseluruh tubuhnya. iskandar menarik tangannya lalu memeluk izzati erat
"maafkan aku"airmata lelaki itu mengalir. izzati meronta mahu dilepaskan. akhirnya tangisan mereka bersatu.
"aku minta maaf.. aku tak pernah anggap kau perempuan murah cuma lelaki itu yang tidak layak untuk kau panggil ayah."jelasnya setelah amarah izzati reda. izzati termangu di bucu katil. dia masih tidak percaya bahawa ayahnya sanggup menjualnya.iskandar menghampiri izzati. dia bertinggung dihadapan izzati.tangan gadis itu di genggam erat.
"aku minta maaf, aku tak tahu nak buat macam mana bila ayah kau tuduh kau macam tu"ujar iskandar
"kau tak perlu masuk campur urusan aku"ujar izzati.
"takkan aku nak biarkan dia rogol kau"iskandar berlembut
"ini bukan kali pertama dia cuba perkosa aku.. tapi kali ini dia benar benar maksudknnya"cerita izzati. iskandar terkejut. dia meraup wajahnya melepaskan geram.
"aku masih tinggal dirumah tu sebab aku takde tempat untuk aku tuju,lagipun dia ayah aku"bantal yang diribanya diramas geram.
"tapi sekarang dia dah tak boleh buat apa apa dah dekat kau sebab dah ada perjanjian antara aku dengan dia"ujar iskandar.
"tapi aku tunang orang"dia cuba mengingatkan
"aku tahu dan aku takkan halang hubungan korang. aku bantu kau sebab bagi aku itu je cara untuk aku selamatkan kau dari manusia macam tu"ujar iskandar lagi
"aku minta satu je dari kau"pinta izzati
"apa dia"soal iskandar
"tolong rahsiakan dari khairi,aku sayang dia, aku tak nak hilang dia"ujarnya
"ya aku janji, tapi kau pun kena ikut permintaan aku"izzati mula cuak
"apa dia"nadanya sedikit ketar
"dengar cakap aku, apa kau nak buat bagitahu aku, jangan bagi aku risau macam tadi"ujar iskandar
"itu je"izzati ingin kepastian.
"kenapa"soal iskandar
"takde apa apa"izzati menarik nafas lega
"so sekarang aku tuan kau, kau kena dengar cakap aku.. jom pegi makan.. rehatkan otak"ajak iskandar. izzati hanya mengikut.

Didalam kereta dia cuba menelefon khairi tapi tidak berjawab. dia hanya meminggalkan mesej bahawa esok dia akan menghantar daud ke universiti.dimemerhati telefonnya. mesej masih belum dibaca.
"kau kenapa"soal iskandar apabila izzati kelihatan seperti cacing kepanasan
"aku call khairi tak dapat, mesej tak reply"ujarnya
"busy kot"iskandar berbasi basi
"mungkin,aku just nak ingatkan dia esok aku nak hantar daud ke u"cerita izzati
"kau pergi dengan siapa"soal iskandar
"aku dengan daud je, kami naik bas petang esok"cerita izzati lagi
"tunang kau tak pergi"soal iskandar
"tak.. dia tak dapat cuti"nadanya kecewa.izzati diam.iskandar jenis lelaki yang tidak akan keluar berseorangan.tiap kali keluar makan atau kemana mana mesti berkumpulan.
"aku nak duduk dalam kereta je boleh"pinta izzati
"no, jom.. tak nak makan minum pun jadi lah"ujarnya.izzati terpaksa akur memandangkan sekarang iskandar adalah tuannya
"kejap"suruh iskandar. izzati berhenti dan berdiri tepat kearah iskandar.cardigan kait yang disarungnya di tanggalkannya lalu disarung ke tubuh izzati.labuhnya berbeza memandang ketinggian mereka berbeza. cardigan itu menutupi tubuhnya hingga paras lutut.izzati yang mengenakan siglet putih dan seluar pendek paras paha berona hijau lumut tampak cantik dengan cardigan iskandar yang berona krim kuning.rambut izzati diikat rapi.
"ok done.. jom"iskandar berjalan dihadapan dan diikuti izzati
"wangi"cardigan itu diciumnya berkali kali. bau aroma kopi latte dari pod yang disedut iskandar menjengah ke hidung izzati. iskandar menanti reaksi izzati.
"best bau dia"bisik izzati. iskandar tersenyum.rambut izzati yang diikatnya dibelai lembut. telefon izzati berdering.iskandar menjeling nama pemanggil
MR FIANCEE
"aku jawab call dulu"izzati bangun dan beredar.tangan izzati dipegang
"jangan jauh sangat"pesan iskandar. izzati mengangguk
"hello"izzati menjawab
"sayang,ada dekat mana"soal khairi
"kedai makan dengan kawan"balas izzati
"owh.. sorry esok khai tak dapat hantar zati ke terminal, esok khai split shif"sesal dinadanya
"tak pe, zati tak faham... "izzati diam
"sayang"panggil khairi apabila lama panggilan tidak berbicara
"ya"jawab izzati pendek
"rindu.. rindu nak peluk sayang, rindu gelak sayang.. rindu semua tentang sayang"ujar khairi
"zati pun.. tak sabar nak masuk kerja nak jumpa khai"ujarnya
"khai pun.. owh khai nak ingatkan minggu depan kita pegi tengok baju nikah ya"majlis mereka tinggal lagi 4 bulan. persiapan belum di buat.
"ok.. "balas izzati pendek. dia serba salah. khairi tidak lama lagi akan menjadi suaminya tapi dia masih punya rahsia dibelakangnya
"tak sabar nak goncang tangan tok kadi"usik khairi. izzati malu.
"sayang maaf kebelakangan ni khai tak dapat teman sayang. banquet dengan restoran leak staff.ni pub pon kelam kabut tak cukup staff"rungutnya
"tak pe zati faham.. khai balik kerja hati hati tau"pesannya.talian dimatikan. lagi 4 bulan dia akan bergelar isteri orang.. di tersenyum sendiri.iskandar lega melihat senyuman itu.

Izzati berkemas untuk ke terminal. pintu bilik iskandar diketuk tapi tiada jawapan. dia turun kalut.takut akan ketinggalan bas.kad kunci diletakkan di kaunter. dan dia meninggalkan pesanan buat iskandar bahawa dia menghantar daud ke universiti.izzati berjalan ke pondok teksi. kedengaran hon kereta.iskandar
"jom aku hantar"tempik iskandar.izzati hanya menurut. dia tahu jika dibantahnya iskandar akan memaksanya.
"kau memang tak tahu bawa kereta perlahan ke"tegur izzati
"kalau kau lambat kena tinggal bas jangan salahkan aku"ujar iskandar. izzati hanya diam. setibanya diterminal izzati turun dan berlari mendapatkan daud.
"sorry lambat"ujar izzati.
"oh ni iskandar.. ni daud sahabat aku dunia akhirat"ukar izzati. mereka berjabat.
"jom aku hantar kau"pelawa iskandar
"kau buat lawak pe bro, bas lagi sejam nak jalan"sampuk izzati
"biar la bas tu, aku nak hantar korang.. so balik nanti kau takde la balik sorang sorang kan"jelas iskandar
"eh tak pe..kami dah beli tiket dah pun.. tak payah susah susah"tolak daud
"tak pe.. tiket tu nanti aku bayar balik.. jom aku hantar.."beg daud diambilnya lalu di masukkan ke bonet
"dia memang stail memaksa.. tak pernah rilek"bisik izzati.
"kau mengumpat aku"soal iskandar. izzati ketawa. dia duduk tempat duduk belakang manakala daud duduk dihadapan. leher daud dirangkul dari belakang. rambut daud diusap lembut.
"mula mula aku tengok korang aku ingat korang couple dho"ujar iskandar
"eh mana ada, kami kawan je.. "jelas izzati.tangannya tak henti henti mengganggu daud.
"kami kawan dah lama,boleh dikatakan kami pasangan berkongsi suka duka"jelas daud
"betul... taste dia tinggi mencanak, aku ni lidi apa lah sangat"perli izzati
"taik kau"balas daud. tawa mereka berderai.mereka berhenti rehat. izzati ke tandas. daud dan iskandar menanti di kedai makan. iskandar hanya memerhati daud yang mengelas makanan untuk izzati
"dia makan memang cerewet ke"soal iskandar.
"sayur yang dia makan kangkung dan bayam saja,yang lain ni kena hapuskan kalau tak memang dia takkan sentuh."ujar daud sambil tangannya lincah mengasingkan sayur dari pinggan izzati ke pinggannya.
"lagi satu dia tak suka telur yang tak masak penuh.. baik telur rebus atau telur goreng. kalau telur rebus kuning memang dia tak makan.. kalu goreng kuning tu kena pecahkan dan goreng garing sampai ada bau hangit..baru dia makan"jelas daud lagi. iskandar mendengarnya dengan khusyuk. sedikit sebanyak dia mengetahui akan perihal gadis bernama izzati itu.
"korang mengata aku ke"dilabuhkan punggungnya disebelah daud. izzati menikmati mee goreng yang berada didepannya.iskandar hanya memerhati keletah mereka berdua.persahabatan mereka terlalu unik.mereka meneruskan perjalanan.izzati tertidur. daud menyelimut izzati dengan jaketnya.
"macam mana kau boleh rapat dengan si zati ni, setahu aku dia jenis payah didekati"soal daud.fikiran iskandar ligat mencari alasan
"tak de la rapat sangat.. aku cuma nak tolong sebab dia ada bagitahu aku yang dia nak hantar kau, tunang dia tak dapat ikut sebab kerja"alasannya
"aku tahu, tapi yang aku tahu dia bukan jenis senang nak bercerita apa apa dengan orang.. apatah lagi kisah hidup dia.. dengan tunang dia pun dia tak cerita semua... hanya aku tempat dia mengadu"soal daud lagi.
"minum cendol dulu nak"iskandar cuba mengubah topik. kereta itu berhenti disebuah gerai yang menjual cendol dan pisang goreng. izzati dibiarkan tidur.
"apa.. kurang ajar pak halim ni"marah daud apabila iskandar menceritakan apa yang terjadi dihotel tempoh hari
"niat aku cuma nak tolong.. bukan sebab alu anggap dia perempuan murahan atau apa"jelas iskandar
"alhamdulillah kalau niat kau buat macam tu sebab nak tolong dia, tapi kalau kau ada niat tak elok dekat dia aku harap kau simpan saja niat kau sebab kau akan berdepan dengan aku.. aku sanggup bunuh kau dari maruah sahabat aku tergadai.. ingat tu"amaran daud.
"betul aku ikhlas nak tolong dia."iskandar sedikit cuak dengan ugutan itu
"kau suka dia"cendol yang didalam mulut iskandar tersembur keluar apabila daud mengajukan soalan cepu emas.
"kenapa kau tanya macam tu"soal iskandar
"ye la kau sanggup habis beribu semata mata nak selamatkan dia"pancing daud
"aku simpati dengan dia, bila aku tengok layannan mak tiri dia dekat dia, adik dia..ayah kandung dia pula sanggup mencabul dia.. aku rasa aku patut tolong dia"ujar iskandar
"hidup dia terlalu perit.. bukan takat mak tiri dengan ayah dia, tapi mak dia sendiri layan dia macam dia apa.. kakak dia lagi la"cerita daud
"dia ada kakak"soal iskandar
"nisya.. kau kenalkan"soal daud
"nisya macam pernah dengar nama tu"iskandar cuba mengingati siapa pemilik nama itu
"hari tu kami jumpa nisya dekat panggung.. dia kata dia datang dengan kau.. awek kau pun ada.. kau ada awek lagi nak try kawan aku"nada daud meninggi sedikit
"ooo.. nisya tu... si gedik tu.. beza dia dengan izzati"ujar iskandar.
"maksud kau cantik.. memang tak dinafikan nisya tu memang cantik tapi perangai.. Nauzubillah..tak sekarang ni kau dah ada awek tapi kenapa nak try kawan aku"soal daud lagi
"tu bukan awek aku.. kawan je.. tapi dia yang melebih lebih"jelas iskandar
"aku bagi amaran dekat kau ya... izzati sahabat aku paling aku sayang dalam dunia ni.. jadi pape dekat dia disebabkan kau.. nahas kau aku kerjakan...lagi pun dia dah nak kawin lagi 4bulan.. kalau betul kau niat nak tolong dia aku harap kau takkan cuba cuba untuk batalkan majlis dia. aku hanya nak dia gembira"pesan daud. iskandar terdiam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience