mentari menjengah ke bilik.izzati membuka mata. iskandar dihadapannya. diamati lelaki itu didalam lenanya.kacak.dilurut hidung lelaki itu.disentuh bibir yang lembut itu. iskandar membuka mata.izzati malu. iskandar merangkul pinggang izzati lalu direbahkan gadis itu didalam dakapannya.pagi izzati terasa berbeza. iskandar mengucup dahi gadis kesayangannya.mereka kembali lelap.pintu bilik diketuk.izzati membukanya.khairi dihadapan pintunya.
"nak apa"soal izzati yang memijat mijat matanya
"sayang"khairi terkejut melihat iskandar terbaring dikatil izzati tanpa baju.
"apa zati buat dengan dia dalam bilik ni"soal khairi
"ini hal aku, kau tak payah sibuk,pergi sana"dia mahu menutup pintu tapi ditahan khairi yang meluru masuk mendapatkan iskandar yang masih ketiduran.
"apa kau buat dengan dia dalam bilim barua"marah khairi. ditumbuk muka iskandar berkali kali.mereka berantam
"wei apa kau ni... "izzati menolak khairi bagi meleraikan pergaduhan.diperiksa wajah iskandar lalu diambil tisu dan di lap bibir iskandar yang berdarah.daud yang bersiap untuk pulang terkejut dengan kejadian itu.
"eh korang kenapa ni"soal daud
"kau tanya kawan kau, apa dia buat dengan jantan ni dekat dalam bilik ni"iskandar bangun dari katil dan menyarungkan bajunya.
"aku balik bilik dulu, kejap lagi aku datang lain"ujar iskandar.
"apa kau buat dalam bilik ni"soal daud marah.
"daud"izzati menggeleng. disuruh lepaskan iskandar pergi. daud mengikut sahaja.
'korang boleh keluar aku nak mandi"suruh izzati
"you owe me explaination izzati"khairi menahannya. izzati cuba mencabut pakaiannya dihadapan khairi
"eh kau jangan buat kerja gila... "ujar daud.tangan khairi di tariknya keluar.izzati masuk ke bilik air.selesai bersiap dia keluar. daud dan khairi masih menanti.izzati tidak mengendahkan khairi
"kau nak balik sana dah ke"soal izzati
"ha ah, apa yang jadi"soal daud perlahan. izzati menarik daud jauh sedikit dari khairi agar perbualan mereka tidak didengari.
"kami tak buat apa apa pun, sumpah, kami tidur je"jujur izzati
"bohong, takkan dia boleh tidur dalam bilik kau tak berbaju, ni merah kat leher ni, leher dia pun ada juga"bisik khairi
"aku saja nak bagi khairi marah, aku nak dia tinggalkan aku dan lupakan aku sepenuhnya"ujar izzati
"tapi nanti jadi fitnah, nama kau juga yang tak elok"daud mengingatkan
"nama aku dari dulu lagi dah tak elok, biar lah dia nak fikir apa, kami berpisah pun sebab dia memang fikir aku bukan perempuan yang tak baik"ujar izzati
"aku nak dia tunaikan janji dia pada nisya"izzati menunduk. sebaknya. daud memeluk izzati apabila mendengar nada sahabatnya itu bergetar.
"kau betul tak buat apa apa dengan dia"soal daud
"sumpah demi Allah.. aku still virgin la.. kami tak buat pape pun. ke kau nak cek aku dara ke tak dara"usik izzati
"taik kau"marah daud.kelihatan dua wanita menghampiri mereka. nisya dan puan maimun sampai di resort itu.
"bala dah sampai"dijuih mulutnya kearah dua beranak itu. khairi juga menoleh. dia meraup wajahnya melepaskan keluhan.
"woi betina"nisya mahu melepaskan penamparnya tapi sempat dihalang khairi
"kau buat apa dekat sini"soal khairi
"sayang i datang cari u"rengek nisya
"kau pegi balik, aku dah takde urusan dengan kau"tempik khairi.puan maimun dengan geramnya menarik rambut izzati dan ditamparnya berkali kali.badan izzati dihenyak henyak.
"makcik sudah lah"daud menolak kuat wanita itu. wanita itu terdorong ke belakang sedikit.khairi juga membantu tapi khairi ditolak iskandar yang baru tiba ditempat itu
"beb, ok ke"ditepuk tepuk pasir pada badan izzati
"sayang.."rengek izzati.dipeluk iskandar erat. iskandar terpana.izzati mencubit iskandar bagi memulakan lakonan
"ye,baby sakit dekat mana"diperiksa tubuh izzati. rambut izzati dirapikan lalu diikat kemas. daud hanya menggeleng.
"aduh"izzati mencubit daud agar tidak membongkarkan rahsia mereka.daud kembali diam
"korang kalau datang nak sakitkan sayang aku ni baik korang blah"izzati dipeluknya dari belakang.pipi izzati dicium lembut
"is, apa u buat dekat sini"soal nisya
"kami bercuti la"balas iskandar
"u dengan dia.. "nisya terpana apabila aksi ciuman bibir antara izzati dan iskandar berlaku secara spontan.leher iskandar dirangkut izzati lalu dikucup bibir lelaki itu. daud mengalihkan pandangannya malu.khairi menggenggam tangannya geram
"kenapa kau nak caras iskandar pula"perli izzati.
"sial kau zati"marah nisya
"ada apa apa lagi urusan, kami nak pergi snorkeling dulu ya, daud jom aku hantar kau ke pengkalan"ajak izzati.mereka bertiga berlalu pergi.mereka jalan bergandingan tangan.khairi memerhati geram.
"gila la korang ni.. kalau aku tak tahu mati mati aku ingatkan korang bercinta dho"ujar daud
"kau rahsiakan tau.hanya kau je yang tahu hal sebenar"ujar izzati. daud mengangguk.
"aku balik dulu ya, apa apa kau rojer aku"ujar daud. dipeluk sahabatnya erat.
"kau jaga diri"pesan izzati
"aku ok, kau tu, dah stop buat kerja gila"pesan daud. izzati menggangguk.mereka terpisah untuk kali kedua untuk tempoh waktu yang lama.sebak di hati mula bercambah.bot yang dinaiki daud mula hilang ditelan kabus
"aku lapar, jom makan"ajak iskandar.izzati hanya mengikut.genggaman tangannya dilepaskan.
"kita breakfast dekat luar resort la"akak izzati
"kau kata nak pergi snorkeling"kepalanya yang tidak gatal digarunya.
"malas la, aku nak pusing pulau"ujarnya
"kau nak pegi naik apa"soal iskandar.
"kejap"izzati mencari seseorang. iskandar hanya mengikuti izzati
"zaiful"panggil izzati
"eh awak, ada apa"zaiful yang baru sudah merokok bangun dari tempat duduknya dan membersihkan habuk rokok yang melekat diseluarnya
"nak pinjam girlfriend awak"pinta izzati
"awak nak pergi mana"soal zaiful
"nak pergi kedai seman, sedap pula mee goreng asap dia"ujat izzati. kunci moto itu bertukar tangan.izzati keriangan.
"ada apa apa call saya ya"pesan zaiful. izzati mengangguk.iskandar menarik tangan izzati. cemburu dihatinya melihat kemesraan itu.izzati melambaikan tangan kepada zaiful.kepala izzati ditoleh semula kedepan oleh iskandar. langkahnya laju.
"kau tahu bawa moto"soal izzati.
"bak kunci,ini iskandarlah"bangganya.kunci motor diberikan kepada iskandar.motor itu dihidupkan. mereka beredar dan menuju ke gerai yang dimaksudkan izzati.di pesannya makanan dan minuman.
"kau habis ke makan semua ni"tanya iskandar yang terkejut melihat makanan penuh meja.
"habis.. kau tengok la nanti, jom makan tumpang panas"suruh izzati. seleranya besar semenjak bercuti disini.selesai bersarapan mereka bergerak ke seluruh pulau.menikmati udara segar. beberapa keping foto diambilnya.iskandar kelihatan sibuk kerana dari tadi telefonnya tidak berhenti berdering.izzati membiarkan saja iskandar dengan urusannya.dia berjalan seorang diri. meninggalkan iskandar yang sedang berbual ditalian.lirik lagu sumpah meniti dibibirnya.
"sini kau ya, cepat naik"tempik iskandar. izzati terkejut.
"kalau jatuh aku dekat dalam longkang ni macam mana"marah izzati
"kalau kau dah jatuh busuk bau longkang la"tawa iskandar.izzati geram. moto dibonceng pulang ke hotel.kunci motor di kembalikan kepada tuannya.
"malam ni kita jumpa dekat bar ya"ajak izzati.
"ok"balas zaiful.izzati pulang ke biliknya. iskandar sudah lesap hilang entah ke mana, ada urusan kerja katanya.dihadapan biliknya kelihatan puan maimun dan nisya sedang menanti.izzati tidak mengendahkan mereka. izzati masuk ke biliknya.puan maimun dan nisya turut ikut masuk kebilik itu
"ada apa cari zati"soal izzati
"kami bukan cari kau tapi khairi"balas puan maimun. diperiksa seluruh bilik izzati.
"ada.. "perli izzati
"mana kau sorok dia"tengking nisya
"aku, sorok dia... silap banyak kalau aku nak sorok dia...aku bukan jenis amik bekas bekas ni, aku skali grab ikan segar bukan ikan baja"tawa izzati.dicapainya tuala lalu masuk ke bilik air.
"mana nak cari mak, kat bilik takde, dekat sini takde, call tak angkat"rungut nisya
"tak pe kita tunggu kat sini, mak tahu nak buat apa"suruh puan maimun.
"nak apa lagi, dia takde dekat sini"ujar izzati yang baru keluar dari bilik air
"mana telefon kau"pinta puan maimun
"nak buat apa"soal izzati
"kau call dia"suruh puan maimun lagi
"ah malas la"ingkarnya
"aku kata call,call la"marah puan maimun.izzati membungkam.tidak diendahkan arahan puan maimun. telefonnya dirampas.nombor khairi dicari
"kau set nama apa"tanya nisya keras
"kau cari la sampai dapat"provok izzati
"ish sial la kau ni"marah nisya.nombor kontak di leret leret nisya.izzati duduk di kerusi dibalkoninya.dua beranak iti masih mengurus telefon izzati
"kau set nama apa"tengking nisya. airmatanya sudah mahu menitis.
"nombor laki kau,takkan kau tak tahu, aku takde masa nak simpan nombor laki orang"ujar izzati. dinyalakan sebatang rokok.
"macam jalang"bisik puan maimun didengari izzati. dia hanya tersenyum.
"nah kau cakap"telefonnya dihulur nisya,nombor khairi ditalian
"ada dekat mana,datang bilik kejap"suruh izzati
"hah ok"talian di matikan.
"kejap lagi dia datang.. dah settle kan, tepi sikit aku nak masuk"dia bangun lalu masuk kebiliknya. pintunya dihempas kuat. dua beranak itu tersentak.
"kurang ajar"marah puan maimun. izzati merebahkan dirinya ke katil.dipejamkan matanya.
kedengaran kecoh diluar biliknya.dia membuka pintu. kelihatan nisya menangis teresak esak.riak wajah khairi marah.izzati hanya menonton drama sebenarya dihadapannya.
"haihh...rugi pula tak beli kuaci"perlinya lalu duduk dikerusi di balkoninya. semua mata tertumpu padanya.air tin ditangannya dibuka. diminumnya. rokok juga dinyalakan. khairi dengan pantas merampas rokok dimulut dan tangannya lalu dikeronyok dan di buang.
"wowwooooo, rileks bro, chill.. chill"ujarnya
"stop protes izzati"marah khairi
"protes.. siapa protes"soal izzati
"abis ni apa, izzati yang khai kenal bukan macam ni"tengkingnya
"abis tu macam mana"izzati bangun. mata mereka bertatapan
"izzati yang macam mana.. yang dungu, bodoh, senang ditipu, senang dipermainkan dan senang difitnah macam tu"tengkingnya.khairi diam
"itu dulu khairi, sekarang aku bukan lagi manusia yang korang mudah sakitkan."tempiknya.penampar nisya melekat dipipinya.
"kau kenapa, sakit hati,ke kau malu dengan tindakan kau, oh lupa pula kau memang tak pernah ada rasa malukan,padan sangat korang berdua.dua dua bekas orang"khairi tergamam. nisya mahu menamparnya tapi ditahannya
"kau jangan buat buat lupa ya, hubungan kau dengan ex kau.. memang patut pun dia tinggalkan kau,kau rasa khairi...teruna ke.. eh dia pun macam kau lah pernah tidur dengan ex dia.. elok la, sorang tukang tebuk sorang lagi kena tebuk"izzati menepuk tangan. puan maimun yang terkejut dengan kata kata nisya menyinga. dikeronyoknya izzati.khairi hanya membatu.dia juga terkejut dengan kata kata izzati.
"puas dah puan maimun,puas dah"tempik izzati
"buat la apa mak nak buat tapi itu kebenarannya. izzati tutup banyak rahsia dalam keluarga kita tapi mak dengan akak tak habis habis sakitkan hati zati,mak dorang ni pernah tidur sekali dekat melaka.. dua dua mabuk mak tau tak.. kalau kata khairi tak batalkan wedding kami zati sendiri akan batalkan sebab dia harus bertanggungjawab dengan apa yang dorang buat"ujar izzati. kali ini khairi dan nisya terkejut.mereka seolah olah terpukul
"kenapa diam, terkejut macam mana aku boleh tahu.. kau rasa semua kawan kau tu suka ke dekat kau"soal izzati pada nisya.
"gambar korang semua aku ada, cuma aku diam.. Alhamdulillah kau fitnah aku untuk dapatkan dia, tak payah aku susah susah nak batalkan wedding kami"izzati menyapu pasir pantai yang melekat ditubuhnya.dia mengunci pintu biliknya dan turun dari biliknya.
"dah la korang pergi balik, proceed wedding kau,jangan ganggu aku"ujar izzati. khairi hanya menatap wajah izzati dengan penuh rasa bersalah
"kau bertanggungjawab dengan apa yang kau dah buat dekat kakak aku,bahagiakan dia itu je aku minta"izzati bicara sebaik mungkin.
"mak zati minta maaf dengan mak sebab bersikap kurang ajar,zati tak bermaksud nak biadap, mak balik la dengan kakak.. uruskan pernikahan ni secepatnya.. zati takkan ganggu wedding dorang"pinta izzati.dia berlalu pergi meninggalkan mereka yang termangu.air mata yang ditahannya mula berderai. tangisannya dilepaskan sepanjang langkahnya.buih buih kecil di pantai di pijaknya.terasa bersalahnya dia pada insan bernama maimun.
"awak"tegur zaiful
"habis kerja dah"soal izzati. zaiful mengangguk.
"kalau saya tanya sikit boleh"soal zaiful
"apa dia"soal izzati
"siang tadi saya tak sengaja ternampak awak bergaduh dengan seseorang depan bilik awak.. dorang tu siapa, kenapa"soal zaiful
"hurrrmmm"izzati menghela nafas panjang
"sorry saya tanya tapi kalau taknak cerita takpe saya tak paksa"ujar zaiful
"sorry bukan taknak share tapi ini aib orangkan so saya nak.. "jarinya di leretkan kemulutnya seolah mahu mendiamkan diri.zaiful mengangguk
"oh ya.. esok saya last kerja tau, lusa keluar pulau"ceritanya
"hah.. nak pergi mana"soal izzati
"dapat kerja dekat luar"ujarnya
"owh ye ke.. dekat mana"soal izzati teruja
"renaissance resort"ujar zaiful.
"eh dekat la dengan hotel zati"izzati teruja.
"ye ke.. "zaiful tersenyum
"ha ah.. kuaters satu taman cuma dorm lain lain.. kami dorm utara, korang selatan"cerita izzati.
"seronok la nanti boleh jumpa zati hari hari"zaiful teruja
"zati tengah urus untuk kemasukan quaters..bila keluar pulau"soal izzati
"lusa"jawab zaiful
"cun kita boleh keluar sekali, zati check out lusa"ujarnya.martini with olive yang dipesan mereka diminum. mereka berbual panjang hingga tidak menyedari kehadiran iskandar. pipi itu dikucup iskandar.
"la hidup lagi.. ingat dah kiok"perli izatti
"amboi mulut"balas iskandar.
"dari tadi aku tak nampak kau, kau ke mana"soal izzati
"aku ada kerja sikit tadi"balas iskandar. izzati hanya mengangguk
"zaiful dapat kerja dekat renaissance "cerita izzati
"oh.. ya ka.. department mana"soal iskandar
"maintenance juga,senior technician"ujarnya
"naik pangkat rupanya"canda izzati.mereka tertawa.
iskandar dan izzati berjalan di pantai. zaiful sudah pulang untuk mula mengemas.
"kau seksi sangat malam ni"ujar iskandar.izzati memerikasa pakaiannya. biasa saja baginya.siglet tali halus pinknya di sarung cardigan putih paras paha dan seluar pendek jeans paras pahanya. pakaian biasa disarungnya dikatakan seksi. tidak masuk akal.
"mengarut la kau ni"izzati megesat hidungnya yang kesejukkan dek kerana angin pantai yang menderu.tubuh izzati dipeluk dari belakang. jaket benang kait yang disarungnya ditarik ketubuh izzati.terasa hangat.izzati seakan selesa.
"aku balik esok, ada urusan"ujar iskandar
"ok"balas izzati.
"tu je.. "soal iskandar
"dah tu kau nak aku cakap apa"soal izzati
"bagitahu lah, balik elok elok.. nanti rindu kau"usiknya
"ish... geli aku"ujar izzati.pelukan iskandar dikemaskan.dia bersandar pada dada bidang lelaki itu.izzati yang tingginya paras siku lelaki itu membuatkan lelaki itu sedikit membongkok. dugunya diletakkan keatas rambutnya yang diikat ban.
"wangi pakai syampu apa"soal iskandar.
"tresemme"ujar izzati
"wangi... "izzati mendongak.
"jangan macam macam ye.."amaran izzati. iskandar tersenyum. pelukan iskandar di lepaskan. dia berdiri disebelah iskandar. dinyalakan sebatang rokok.
"bak satu"pinta iskandar.
"aku lupa nak tanya kau, kau kerja apa ya.. aku dah lama nak tanya tapi aku lupa"soal izzati
"biasa biasa je"jawab iskandar acuh tak acuh
"kau asal mana, rumah kau kat mana"soal izzati lagi
"aku asal melaka"jawab iskandar ringkas
"so dekat kuantan tu.. kau kerja ke"soal izzati
"ha ah"jawab iskandar
"parents kau stay kat melaka lah"soal izzati
"dorang dah meninggal waktu aku umur 16tahun, flight crash"jawab iskandar
"sorry aku tak tahu"dia serba salah
"eh takpe aku dah besar kot nak sedih macam bebudak buat apa"jawabnya tenang
"adik beradik"soalnya lagi
"kau siasat macam polis pula dah"seloroh iskandar
"saja aku nak tahu.. sebab kau macam misteri sangat... dah tu macam kejap ada kejap takde"balas izzati
"aku dua beradik, twin.. "ceritanya
"owh.. lelaki perempuan"soal izzati
"lelaki,arfan ibtisam, aku arfan iskandar."terukir senyuman dibibirnya.izzati mengangguk.pasir pantai itu dikuis kuisnya
"dia stay dengan nenek aku..nenek aku lumpuh"cerita iskandar.izzati diam.mereka berjalan ke bar untuk minum sebelum pulang ke bilik.
"kau dah banyar minum alkohol tadi, nah minum oren ni.. "suruh iskandar.izzati akur.
"zati"bahunya dipegang dari belakang. izzati menoleh
"kau nak apa"khairi.dia kelihatan serabai, serabut.. bau arak juga kuat
"kau buat apa dekat sini, nisya mana"soal izzati.
"khai nak cakap dengan zati, please."pinta iskandar.
"aku nak balik bilik dah ni, kau nak cakap dekat sini or dekat bilik aku"soal izzati.
"kat mana mana pun boleh.janji kita berdua"pinta khairi. mereka beriringan ke bilik izzati dan iskandar mengekori dari belakang.di balkoni,izzati melabuhkan punggungnya di kerusi disitu, khairi bersandar pada pagar balkoni.iskandar hanya menanti dibawah pokok kelapa bersebelahan bilik izzati.dia mehu memastikan keselamatan izzati kerana kejadian tengahari tadi didengarinya.
"khai minta maaf, khai tahu khai salah"ujar khairi. izzati hanya diam. ini membuatkan khairi lebih rasa bersalah.
"jangan diam macam ni.. khai risau"ujarnya
"takde apa yang patut kau risau. aku ok, aku terima apa yang Allah tulis pada takdir aku,pasal kau dengan nisya sebenarnya banyak aku nak tanya tapi aku amik pendekatan yang aku perlu percayakan kau tapi lepas gambar kau dengan nisya dekat club, gambar korang bercium dapat tahu pula malam tu korang tidur sekali aku dah cuak.. kat mana harus aku percaya.. percaya yang kau dah tidur dengan kakak aku.. "ujar izzati
"kami mabuk malam tu, khai tak tahu apa terjadi dalam bilik tu"terang khairi
"memang kau boleh cakap tapi sapa nak percaya, macam pagi tadi la, kau tangok iskandar dalam bilik aku, kau mesti syak aku jadi penyedap dia semalam kan,kalau aku kata takde apa yang jadi kau percaya.. mesti kau tak percaya.. sedangkan aku cakap benda betul sedangkan aku yang waras ni orang tak nak percaya apatah lagi kau yang mabuk"ujar izzati. kerusi itu digenggam kemas.
"aku tak nak sakit kepala fikir pasal benda benda ni.. aku nak kau bertanggungjawab dengan apa yang kau dah buat pada kakak aku, full stop.. antara kita dah habis... dah ending... "ujar izzati. khairi meraup mukanya. kesal.
"ada apa apa lagi,aku mengantuk aku nak masuk tidur"ujar izzati. khairi diam. izzati masuk ke biliknya lalu ditutup pintu rapat.tiada lagi airmata walaupun hatinya meraung sakit dikhianati.
Share this novel