BAB SEMBILAN

Drama Completed 36633

Kemunculan khairi setiap hari disekolah menjadi bualan gadis gadis. ada juga yang mula menjejak khairi apabila mengetahui khairi adalah model terkenal.cuma hubungan izzati dan khairi masih menjadi rahsia. yang hanya diketahui khairi dan daud berkawan rapat dan aku kenal kerana bekerja di bawahnya.daud juga setiap hari pergi dan balik dengan kami bagi mengaburi mata semua.minggu ini khairi tidak dapat membantu izzati membuat ulang kaji kerana dia bekerja sebelah petang. hanya video call jadi pengubat rindu.
"zati masuk bilik wan kejap"panggil wanita itu. izzati mendapatkan neneknya.wanita itu duduk diatas katil disisinya ada beberapa sampul dan buku bank.tangan izzati ditarik lembut. izzati duduk disisinya
"dalam sampul ni ada geran rumah, rumah ni wan bagi dekat zati"sampul bewarna coklat di letak diribaannya.
"yang ini wasiat dan pembahagian harta wan buat untuk semua termasuk ayah kau"sampul itu juga diletakkan diribaannya. dia hanya diam, memerhati kehairanan.
"buku ni wan dah tukar nama zati,zati amik gunakan sebaiknya, wan nak bagi banyak wan takde tapi sekurang kurangnya dapat bantu zati nanti, yang ini simpanan wan dan duit pencen arwah atok, yang ini bila wasiat nak dibaca wan nak zati keluarkan semua duit ni, bagi mengikut wasiat. yang ini bila wan dah takde zati keluarkan semua dah sedekahkan kepada rumah anak yatim, masjid dan pertubuhan kebajikan"semuanya diserahkan pada izzati
"tapi kenapa zati"izzati masih lagi kaget
"sebab wan percaya zati, wan tahu zati boleh buat macam mana wan nak"sekuntum senyuman terukir dibibir wanita itu.manik manik jernih mula pecah dan membasahi pipinya. sebak
"tapi kenapa"soalnya.tangan izzati digenggam erat
"wan kerap mimpi arwah tok,dia tunggu wan,wan pun rindu dia"ujar hajah halimah, sebak
"wan pun tak lama lagi akan pergi jumpa dia, sebelum terlambat, wan nak amanahkan semua ni pada zati, bolehkan"ujar wanita itu
"wan... "airmatanya makin laju
"andai wan dah takde nanti, zati jaga diri, jaga maruah,ingat Allah sentiasa ada dengan zati"cucunya dipeluk erat. izzati teresak esak
"zati tak tahu macam mana zati nak hidup kalau wan takde"nangisnya lagi.
"zati kena kuat, wan tahu zati kuat.. zati budak baik, insyaAllah semuanya akan membaik"pujuk wanita itu.airmatanya makin laju. izzati teresak esak.

Spm.Izzati persiapkan diri sehabis mungkin.kali ini dia terpaksa pulang kerumah ayahnya agar tidak terlewat menghadiri peperiksaan.setiap hari khairi mengambilnya dan pulang kadang sendiri kerana khairi bekerja.
"elok sangat la orang jemput amik hari hari, jadi buah mulut orang,mana aku nak letak muka"bebel puan zila bermula. izzati yang menyarung baju sekolah tidak mengendahkannya. dibaiki tudungnya agar kemas, diperiksa semua peralatan.dia melangkah keluar tanpa menghiraukan kata kata puan zila.khairi hanya menanti dalam kereta.hati puan zila makin membara apabila izzati berkelakuan seperti tiada apa apa.
"Assalamualaikum"izzati memberi salam.khairi membalas salam dan memberi secawan latte dan sebekas sandwich yang dibelinya di kedai 24jam.
"hari ni paper apa"soal khairi
"sejarah,risau takut blur"runsing hatinya diluahkan
"insyaAllah zati boleh buat"khairi cuba motivate
"zati bab fakta ni bangang tu tak boleh bawa bincang dah"dia tertawa sendiri. khairi menoleh sehaya itu tangannya mengusap kepala tunangnya itu.mereka tiba di pintu pagar sekolah, tangan khairi di salamnya. khairi menghulurkan wang saku buat izzati.daud yang sedang menanti di temani izzati masuk ke dewan peperiksaan.
"weh aku tak gerenti la sejarah, mati la mak"rungut izzati.
"aku pun, soklan ermmm,yang aku target satu pun tak lekat"daud turut meluahkan.mereka beriringan ke perhentian bas menunggu bas untuk pulang.tiba sebuah kereta membunyikan hon. encik halim
"zati ada duit tak, ayah nak minta sikit, ayah nak guna, ayah belum makan lagi ni"pinta encik halim.daud hanya memandang izzati.raut wajah izzati tidak dapat dibaca.lain benar riaknya. izzati dalam diamnya menghulurkan wang bernot 50 yang diberi khairi pagi tadi kepada encik halim.kereta itu berlalu pergi izzati mendiam. daud juga.
"kita jalan kaki nak, aku nak singgah pantai"ajak izzati. daud hanya menurut. dalam perjalanan izzati hanya terdiam. daud tidak berani bertanya kenapa.apa yang dia tahu izzati tidak senang dengan situasi tadi.itu bukan kali pertama encik halim meminta wang dari izzati.dari izzati bekerja timbang beras hinggalah dia bertunang dengan khairi, makin melampau apabila encik halim dapat tahu bahawa khairi ada memberikan wang saku untuk izzati. boleh dikatakan hampir setiap hari encim halim meminta wang dari izzati tidak kira dimana dan orang sekeliling.
"derhaka ke aku?"terpancul soalan itu dari mulut izzati. pandangannya dilepaskan ke laut yang tenang.
"kenapa kau tanya"soal daud
"tadi,aku betul betul tak ikhlas bagi ayah aku duit tu"pipinya mula dibasahi airmata.daud hanya diam.dia tidak tahu mahu berkata apa.
"ayah aku makin melampau.aku tak tahu duit dia habis ke mana"luahnya
"aku tak tahu nak kata la zati,cuma apa yang aku boleh cakap, kau bukan anak derhaka tapi keluarga kau yang bodoh sebab tak hargai anak yang macam kau"daud cuba berinteraksi sebaiknya.mereka diam.daud membiarkan sahabatnya meluahkan tangisan sehabisnya.tangan izzati digenggam erat.

Suasana bingar dibilik memecah kesunyian.Hakah halimah dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas ketika sedang mengaji disurau.izzati menangis ketika mendapat berita itu bergegas ke hospital dengan menaiki moto yang ditunggang daud.tangisannya tidak henti waima mereka sudah tiba dihospital. kelibat ayahnya tidak kelihatan.khairi dalam perjalanan ke hospital setelah mendapat panggilan dari izzati.
"wan,jangan buat zati takut"ujarnya dalam tangisan.daud memeluk bahu izzati bagi menenangkannya.
"wan macam mana"soal lelaki yang termengah mengah
"wan masih dekat dalam ude"bapa saudaranya yang baru tiba turut gundah.
"ayah kau mana"soal lelaki itu lagi
"tak tahu, tapi zati dah bagitahu dia tadi"ujarnya.daud menyantuni lelaki yang dipanggil ude itu dengan bersalaman.izzati tal berhenti menangis. terasa lama nendanya didalam.
"sayang"khairi mendapatkan tunangnya. dipeluk tunangnya seeratnya.
"insyaAllah wan takde apa apa, sabar ya"dikesat airmata gadis itu.duka turut dirasainya.
"kau kenapa lambat long,kau kemana"soal lelaki tadi usai kelibat encik halim kelihatan
"aku hantar orang tadi,kau baru sampai ke hassan"soal ayah nya
"tadi lagi aku sampai,aku memang nak balik rumah mak tadi, dekat nak sampai dah tiba maksu telefon kata mak masuk spital aku pederas la datang, ada zati dengan maksu je tadi"cerita lelaku itu.encik halim hanya diam.disebelahnya ada seorang wanita yang tidak dikenali izzati. wanita itu bersalaman dengannya.bukan masanya untuk berbicara siapa wanita itu.yang penting baginya sekarang ialah nendanya.bilik kecemasan makin dipenuhi dengan adik beradik encik halim seramai 8 orang. daud dan khairi sabar menanti.hampir 3 hajah halimah didalam,akhirnya doktor muncul.
"maaf, dukacita saya terpaksa maklumkan,puan halimah tidak dapat kami selamatkan kerana kanser telah merebak ke semua hatinya dan sebahagian paru paru puan halimah telah rosak"izzati kaku setelah mendapat perkhabaran itu.jantungnya seolah direntap.dia terduduk. khairi dan daud yang terkejut dengan keadaan izzati cuba menenangkannya.hanya airmata yang dapat diluah.sedih hatinya tiada pengakhiran.
"macam mana boleh tak tahu mak ada kanser, kau tahu zati, wan ada cerita"soal hassan
"zati pun tak tahu ude"jawabnya dalam tangisan
"tak pernah nampak pun wan makan ubat,wan tak pernah cerita apa apa pun"jawabnya lagi
"kau tahu habiskan duit wan kau adalah"herdik ibu saudaranya
"zati betul betul tak tahu mak lang"dia cuba membela nasib
"dah sekarang bukan masanya untuk bertengkar, sekarang ni jom uruskan jenazah mak"udenya bersuara. izzati pulang ke rumah nendanya. dipersiapkan tempat untuk nendanya seindah mungkin, kerana itulah kali terakhir dia melihat wajah nendanya sebelum nendanya pulang ke rumah abadi.sebelum jenazah di letakkan kedalam keranda, izzati memeluk erat nendanya, berat hatinya untuk melepaskan wanita itu pergi.khairi menarik tunangnya agar tidak mengganggu proses pengkebumian. izzati tidak ikut ke tanah perkuburan kerana dalam keadaannya yang lemah dan uzur.khairi dan daud ke tanah perkuburan. izzati terperuk didalam bilik nendanya.tangisnya tidak berhenti.dipeluk bantal tidur nendanya. rindu mula menggamit.
"kau nak nangis lagi buat apa"puan zila bersuara
"kau yang selalu dengan wan, macam mana boleh tak tahu"ujar wanita yang di panggil mak lang itu. izzati hanya diam.
"dia tahu perabis duit je"fitnah puan zila
"dalam banyak banyak cucu dia, kau la yang paling sayang, tapi kau lah yang paling tak berguna"ujar mak langnya.izzati masih berair mata.segala urusan pengkebumian selesai dan lancar.ketika tahlil, izzati tidak sertai,dia masih terperuk dibilik arwah nendanya.hiba masih terasa.khairi dan daud sesekali menjengah melihat akan keadaanya.risau.malamnya disitu, tidak mahu ditinggalkan bilik itu.
"esok paper last,kalau tak pergi sayang sangat"pujuk daud
"sayang jangan macam ni, kalau wan ada, wan pun tak nak tengok sayang macam ni"pujuk khairi
"kalau wan ada, zati takkan macam ni"balasnya.suaranya serak kerana tangis.
"macam ni,khai amik baju dengan beg sayang bawa sini, esok khai datang amik ya"cadang khairi
"macam tu pun ok, kau kena pergi esok last paper, lepas tu aku teman kau kat sini ok"balas daud. izzati hanya mengagguk. khairi ke rumah encik halim untuk mengambil pakaian izzati
"kenapa dia tak balik amik sendiri,dah jadi mem besar ke, baru je nenek tu kena tanam dah nak tunjuk perangai sebenar"bebel puan zila
"dia tengah bersedih makcil, saya yang volunteer datang sini nak amik baju dia."jawab khairi tenang sedangkan dalam hatinya terkejut dengan kata kata puan zila

"merdeka"jerit semua pelajar tingkatan 5.ada yang berduka kerana itu lah hari terakhir mereka bersama dan ada yang bergembira kerana tamatnya persekolahan.bagi izzati ia tidak mengubah apa apa kerana insan yang menjadi penguat semangatnya telah tiada.daud menghantar izzati pulang kerumah nendanya.seperti yang dijangka, izzati berkurung dalam bilik nendanya.tangisnya mula membanjiri.
"zati, tak baik macam ni,kita tak boleh menangisi orang yang dah pergi macam ni."ujar daud.
"setiap yang hidup pasti pegi, kita yang hidup ni doakan dia agar tenang dekat sana. doa adalah yang terbaik dari menangisi"pujuk daud lagi.
"zati, ada call"tempik sesorang dari ruang tamu. izzati bangun dengan langkah malas.
"hello"dia berbicara
"sayang... sayang ok? "soal pemanggil
"emmm"balasnya malas
"khai abis keje jap lagi khai singgah ya, sayang dah makan?"soalnya
"belum"balas izzati
"kenapa tak makan, nak makan apa apa tak, khai belikan kejap lagi"ujarnya
"tak nak, zati nak wan"tangisannya mula berderai.
"zati.. "daud yang berdiri disebelahnya mengusap lembut bahunya agar dia tenang.
"weh,jap lagi kau datang kan, aku letak dulu la, kalau ada pape aku call kau"daud menyambung panggilan dan memutuskannya sejurus izzati kelihatan tidak dapat mengawal emosi. di letakkan izzati disofa.izzati masih menangis tapi kali ini hanya linangan airmata dan tiada lagi ratapan.
"kau kena kuat.. kehidupan kau masih jauh"ujar daud.
"aku tahu kau kuat,aku ada, khairi ada, kami sentiasa ada untuk kau"pujuk daud lagi. dikesat airmata izzati. dipeluk sahabatnya itu.
"aku harap ku kembali senyum sahabat"bisik hati daud.puan maimun dan nisya tiba di rumah itu.mereka seperti tidak punya rasa duka kerana masih boleh tertawa riang.
"kau dah kenapa,mati laki ke"sindir nisya. daud yang membelek akhbar hanya memerhati. izzati diam.
"dah jadi patung cendana ke kawan kau ni daud"soal nisya apabila soalannya tidak berbalas.
"khairi tak datang tengok kau ke"soal nisya
"abis keje dia datang katanya"daud menjawab bagi pihaknya.nisya tersenyum. dia kembali ke dapur mendapatkan puan maimun. daud setia menemani sahanatnya.resah hatinya kerana sahabatnya sering di toca semenjak semalam. tetamu makin memenuhi ruang tamu. izzati tampak ada perubahan. sudah mahu keluar dari bilik arwah.tapi banyak dia didapur. hanya termenung.sesekali dikesat manik manik jernih yang memenuhi pinggir mata.
"jangan ikut kan perasaan sangat,ucu tahu zati sayang wan, kami pun sayang wan, tapi kita kena redha dengan ketentuan Tuhan.Dia bagi pinjam dan Dia berhak amik balik"pujuk wanita itu. belakang izzati ditepuk tepuk perlahan
"nah makan, ucu tengok dari balik sekolah tadi zati tak makan pun.. kesian daud dengan khairi, berlapar sebab zati"matanya berpaling pada dua lelaki yang turut serta dalam tahlil itu. khairi yang perasan akan renungan duka itu melemparkan senyuman.izzati mengukir senyuman walaupin kelat.
"zati makan ya, ucu tinggal lauk ni untuk zati, kesian ucu tau masak penat penat"pujuk wanita itu lagi
"semua ni salah zati kan, kalau zati beri perhatian dekat wan tentu zati tahu yang dia sakit, dan tentu sekarang ni wan ada dengan kita"izzati berbicara, menyalahkan diri sendiri
"apa cakap macam tu, takde siap pun salahkan zati,wan memang nak rahsiakan dari kita semua,sebab tu dia tak tunjuk ubat dia, dia tak bagitahu dia ke klinik semua"pujuk wanita itu lagi.anak saudaranya dipeluk erat
"semua orang sedih,ucu pun sedih, mak ucu kot, tapi ingat semua ni pinjaman je, Allah boleh amik bila bila masa dia suka, kita hanya perlu bersiap dan redha"pujuknya lagi
"dah makan taknak nangis nangis, ucu dah lama tak menggila dengan zati"airmata izzati dikesat. nasi didalam pinggan itu di suap ke mulut izzati. izzati mula makan. tapi hanya 4 suapan. seleranya patah.
"ah mengadanya kau nak bersuap bagai"tempelak nisya
"dia tengah berduka kot"wanita itu berpihak pada izzati. nisya diam. kerusi dihadapan nisya ditarik lalu dilabuhkan punggungnya.
"zati ayah kau tak sampai lagi ke"soal mak lang
"belum"jawabnya lemah
"yang tu laki bini dah tahu orang nak kenduri tak reti datang awal, datang time nak makan je, geram betul"mak lang merungut.
"mak tiri kesayangan izzati"perli nisya dalam tawa. izzati merenung tajam.marah barangkali. usai tahlil, tetamu mula pulang.
"esok baca wasiat, ucu kau tahu kat mana mak letak geran, buku bank semua"soal encik halim
"kejap ucu cari"balas wanita itu. izzati yang berada didapur bersama khairi dan nisya bangun dari tempat duduknya. daud sudah pulang kerana hari sudah lewat malam.khairi yang cuti esoknya mahu pulang lewat bagi menemani tunangnya.
"ada dengan zati, wan pesan kat zati suruh simpan"ujarnya.
"oh..takpelah kalau macam tu"ujar ucu.izzati duduk kembali
"dah tu pergi la amik"ujar mak lang
"kubur wan masih merah dan basah, baru semalam wan meninggal hari ni dah kalut pasal harta?"izzati mula bicara.sedikit tinggi nadanya.
"kau amik je lah tak payah banyak bunyi"ujar puan zila.
"tak yang susah hati sangat pasal harta tu kenapa, wan dah bahagi bahagi dah harta dia, zati cuma pegang amanah je"ujar izzati terkejut dengan perilaku suadara maranya
"kau yang taknak bagi sebab kau nak kaut kat kau, sebab kau sorang je tahu setiap orang dapat berapa"ujar lelaki yang dipanggil anjang. izzati malas memanjangkan pergaduhan, diambil semuanya amanah nendanya dan dibawa keluar lalu diletakkan diatas meja.
"ni gera rumah, ni buku bank,buku bank yang ini wan suruh zati keluarkan semuanya dan sedekahkan pada masjid dan badan amal,yang ni surat barang kemas wan yang disimpan dekat bank"diletakkan semuanya.
"rumah ni mak ada bagitahu ucu mak nak bagi zati"jelas ucu
"ha ah,kat ude pun mak ada cakap macam tu"
"ada hitam putih? "soal mak langnya
"tak payah nak kira kalau main cakap mulut, bak sini semua, esok kita pegi urus pembahagian"ujar anjang. izzati hanya diam. bahagiannya dia hanya diamkan. tidak mahu dituduh perebut harta.dia kembali ke dapur mendapatkan khairi.
"sabar ya, biarlah dorang, itu hak dorang, zati nanti khai buat harta untuk zati ya"dia cuba bercanda. tangan khairi digenggam erat. nisya hanya memerhati geram.
"khai balik dulu ya, sayang pergi tidur, basuh kaki, baca doa tau"pesan khairi
"khai nak balik ke, boleh tumpang kan nisya dengan mak, sebab dah malam sangat ni, payah nak cari teksi"rayu nisya. izzati yang berdiri ditangga hanya memerhati.khairi menoleh ke arah izzati.
"zati tak marahnya,zati kau marah ke mak tumpang khairi balik"soal puan maimun
"tolong hantar mak balik ya, dah malam sangat ni, risau pula zati nak biar mak dengan kakak balik berdua"pujuk izzati walaupun hatinya kurang senang dengan kelakuan nisya yang menggetis dari tadi. khairi hanya menurut. nisya yang duduk di tempat duduk hadapan seronok seolah kera dapat bunga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience