BAB EMPAT PULUH

Drama Completed 36633

"zati macam mana.. apa cerita"soal haiden ditalian
"she's pregnant"ujar zaiful
"what.. anak siapa, bila dia kawin"haiden terkejut akan berita itu
"iskandar but dorang dah divorce"ujar zaiful
"shitt... but why dorang divorce"soal haiden. zaiful menceritakan satu persatu dan semuanya bukan rahsia lagi.
"sial la.. satu satu jadi dekat dia.."simpati haiden
"insyaAllah she'll be strong"ujar zaiful yang kebuntuan kata.
"i hope..hah aku lupa nak tanya uwais mana.. korang pegi campfire tak bawa uwais ke"soal haiden. zaiful serba salah
"wei.. dengar tak.. uwais mana.. aku rindu dia"tempik haiden ditalian
"uwais dah takde"ujar zaiful.kesal
"apa maksud kau dia takde"haiden masih keliru
"uwais dah meninggal setahun yang lepas"ujar zaiful sebak
"damn... kenapa takde sorang pun bagitahu aku.. "terdengar teriakan dihujung kata. haiden meraung semahunya
"zati tak bagi kitaorang bagitahu kau. dia taknak ganggu kau.dia kata dia akan bagitahu kau sendiri nanti"zaiful mula rasa serba salah.izzati keluar dari bilik pemeriksaan dibantu daud.
"zati dah keluar"ujar zaiful
"bagi aku cakap dengan dia"pinta haiden
"hello"nada izzati lemah dan bergetar
"kau macam mana.. apa kau nak buat sekarang"soal haiden
"apa maksud kau"soal izzati keliru
"kau pregnantkan.. tapi kau dah divorce.. "soal haiden
"ya.. tapi aku masih dalam iddah.. selagi aku tak bersalin selagi tu iskandar harus bertanggungjawab"ujar izzati. ya iskandar harus bertanggungjawab. tiada siapa yang boleh menidakkan kandungannya.
"ok.. aku nak tahu kenapa kau tak bagitahu aku pasal uwais.. kenapa kau rahsiakan dari aku"marah haiden.izzati tergamam. langkahnya terhenti.jantungnya berdegup laju.
"sorry"itu sahaja kata yang mampu diungkapkannya
"sorry.. it so easy mean by that.. aku tak berhak tahu ke.. aku daddy dia"tempik haiden seakan hilang kewarasan
"sorry beb.. I'm so sorry"tangis izzati mula menderu
"haiden sekarang bukan masa untuk bercakap pasal ni.. izzati perlu rehat.. dia perlukan rehat"daud matikan talian dan telefon itu dipulangkan kepada tuannya.izzati pulang ke rumah.rancangan untuk bermalam ditepi pantai terpaksa dibatalkan.izzati mahu bersendirian. dia berfikiran bagaimana mahu memberitahu iskandar tentang kandungannya.apakah dan bagaimanakah penerimaan iskandar. puan tengku dan syarina.. bagaimana reaksi mereka.izzati serabut.

"congrats awak"ucap linda. dipeluk gadis yang bakal menjadi ibu tidak lama lagi.
"thanks.. tapi patut tak saya bagitahu iskandar"risau izzati
"he should know"nasihat linda
"tapi saya takut dia nafikan kandungan ni.. kami dah bercerai hampir sebulan"soal izzati
"korang bercerai baru sebulan, baby dah 7 minggu so.. apa masalahnya.. kalau dia nafikan.. bagitahu saya biar saya luku kepala dia"seloroh linda
"cik izzati pregnant"tempik sue teruja. gadis itu berdiri dihadapan pintu biliknya tanpa mereka sedari perbualan mereka didengari gadis itu.linda dengan pantas menarik tangan sue dan menekup mulutnya agar kata katanya tidak didengari pekerja lain malangnya sudah terlambat.berita gembira itu tersebar cepat.
"kenapa nak takut.. berita baik kot.. lagipun bukannya takde bapa.. bapa dia hidup lagi pun"ujar sue. rata rata pekerjanya memberi kata semangat buatnya. izzati terasa lapang dada.seolah olah sumber kekuatannya sudah ada.

"no.. tak mungkin..perempuan tu saja nak rujuk semula dengan iskandar.. nenda.."fail yang berada diatas mejanya berselerak kerana dilemparnya. syarina mengamuk apabila mendengar berita akan kehamilan izzati
"nenda.. please do something.."tempik syarina
"calm down syarina.. stop tantarum and shouting.. kalau macam ni tak akan selesaikan masalah"ujar puan tengku
"linda awak pasti ke dia mengandung"soal puan tengku
"ya puan tengku.. saya tengok scan dia.. kandungan around seven weeks.. tahniah puan tengku dah nak dapat cicit"linda teruja tapi diberi renungan tajam oleh puan tengku. linda terdiam. risau mula bersarang dihatinya. dari reaksi puan tengku dia seakan tidak mahu kandungan itu dilahirkan.
"kesian kau izzati"bisik hatinya.

izzati membeli barang dapur ditemani zaiful dan jay.izzati yang mengandung mereka pula yang teruja.ada makanan yang dibeli mereka dan ada yang ditegah mereka. izzati hanya mengikut kata.
"zati tak makan sayur... "rengeknya
"dari sekarang awak kena belajar la makan.. untuk anak buah saya"ditepuk perut izzati lembut. izzati tersenyum kelat. usai membeli barangan dapur mereka pulang. kereta iskandar berada dilaman rumahnya
"oo.. oooo.. iskandar is here"ujar jay. izzati menelan airliurnya kesat.
"bala apa yang datang ni"bisik zaiful kepada izzati
"ish awak ni.. apapun dia tetap ayah baby ni"positif izzati.izzati turun dari kereta dengan perasaan bercampur baur. iskandar yang berada dilaman merenungnya seperti singa lapar.jantung izzati berdegup kencang. renungan itu seolah merentap jiwanya.
"dari mana"soal lelaki itu apabila dia melintas dihadapan lelaki itu. langkahnya terhenti
"beli grocery"jawab izzati gugup. langkahnya dilajukan.pintu gril yang ditutupnya ditahan iskandar.izzati menuju ke dapur meletakkan barang barang yang dibelinya di meja.
"ada apa datang sini"soal izzati gugup.tubuh tegap itu berdiri dihadapannya. mata mereka bertentang.
"cik iskandar.. ada apa hajat tuan hamba ke sini"soal izzati lagi.dengan harapan renungan ketat lelaki iti longgar dengan candanya.izzati sudah berputus asa. dia melangkah tapi langkahnya dihalang iskandar.
"nak apa datang sini"marah izzati.
"hubby rindu sayang"tubuh genit itu dipeluk erat. airmata jantan lelaki itu berguguran.izzati kaku.
"kenapa tak bagitahu hubby sayang pregnant"soal iskandar lagi.
"sayang memang nak bagitahu tapi sayang takut hubby nafikan kandungan ni"sebak izzati
"mana mungkin hubby nak buang zuriat sendiri"dahi izzati dikucup lelaki itu.dibelai rambut gadis itu lembut.
"sayang kita get back semula ya.. please for our baby sake"pujuk iskandar.izzati terdiam.
"please.. hubby merayu.. hubby tak boleh hidup tanpa sayang"rayunya
"tapi nenda, syarina"soal izzati
"kita lari dari sini.. kita bina hidup kita sendiri.. hubby sanggup hilang semua tapi bukan sayang"balasnya
"hubby.... "izzati serba salah.pelukan iskandar makin erat. esakannya makin jelas.

"no.. nenda tak setuju"bantah wanita itu apabila niat mereka untuk rujuk kembali dikhabarkan padanya.
"is ada hak tentu kan hidup is sendiri."tegas iskandar.
"but you have syarina..dia juga boleh beri zuriat untuk is"tengking wanita itu
"is nak zuriat dari izzati bukan syarina"balas iskandar.izzati melurut belakang badan iskandar agar amarahnya reda.tangan izzati digenggam erat iskandar.
"izzati.. aku rasa kau ingat perjanjian kita"ugut puan tengku. izzati terdiam
"itu antara nenda dengan dorang tak ada kena mengena dengan izzati dan selama ini izzati dah dibuang dari keluarganya sendiri."balas iskandar.
"what about ten thousand"ugut puan tengku lagi.
"is sanggup dibicarakan asalkan is dapat hidup dengan izzati"puan tengku yang sedang marah tidak semena menampar iskandar. pipinya merah.
"kalau dengan pukul is buat nenda puas silakan.. kalau dengan dengan pukul is...is dapat bersama izzati.. silakan.. nenda pukul la sampai nenda puas"provok iskandar.
"hubby"bisik izzati.iskandar menoleh.
"biarkan asal kita dapat bersama"iskandar mengukir senyuman. puan tengku keluar dari bilik iskandar dengan amarah. iskandar menarik nafas lega tapi tidak izzati.dia gusar. ugutan puan tengku bukan perkara yang boleh dipandang enteng.ayahnya masih di memerlukan rawatan di IJN.

mereka kembali bersama menjadi perkhabaran gembira buat para pekerja.iskandar kembali ceria. tiada lagi singa jadian.
"kau jangan rasa kau dah menang izzati"ugut syarina. izzati hanya diam.izzati mula mengalami alahan.iskandar tidak senang duduk. bilik izzati diberi nafas baru. diubah mengikut keselesaannya.
"sayang ok tak ni.. kalau tak ok naik bilik.. "suruh iskandar.
"takpe.. cuma pening sikit"kepalanya diurut iskandar. bau lavender yang tersebar seluruh biliknya membuatkan dia berasa sedikit tenang.iskandar menyiapkan kerjanya di bilik izzati.mudah untuk dia memantau isterinya.
"lapar la"rengek izzati
"nak makan apa"soal iskandar
"nak kerabu mangga..sedapnya"ujar izzati.mengidamnya terasa sehingga ke anak tekak.
"ok, hubby suruh dapur siapkan"iskandar memesan kerabu mangga untuk izzati.hidangan itu tiba dibiliknya.seronok izzati bukan kepalang.dia menghabiskan kerabu tanpa sepatah kata. iskandar hanya tersenyum melihat karenah izzati.
"aku jeles tangok love birds ni.. cik bad cepatkan majlis saya nak manja manja juga"rungut linda.
"awak sabar ya.. tak lama dah.. sabar"pujuk izzati.
"kau kalau kawin pun PJJ"tawa iskandar
"tu lah... sedih"rajuk linda. mana tidaknya bakal suaminya bekerja di utara tanah air dan dia dipantai timur. tiga atau empat bulan sekali baru boleh berjumpa.

perut izzati tampak sedikit besar. usia kandungannya sudah masuk lima bulan.langkahnya juga tidak seaktif dulu.
"ala mak buyung hubby ni.. meh sini meh"ditepuk sofa disebelahnya. izzati melabuhkan punggungnya disebelah iskandarnya. ditanggannya sepiring buah yang sudah dipotong.satu persatu buah disuap ke mulutnya.
"dekat hubby takde ke"rajuk iskandar.izzati menggeleng
"sayang punya semua"usik izzati.sepotong kiwi dimasukkan kemulutnya dan tidak semena kiwi yang berada dibibirnya disambar bibir iskandar.izzati terkejut.
"manisnya"usik iskandar. izzati mengelap bibirnya geram. lantas bibir mereka bertemu.iskandar membelai lembut bibir izzati. mereka bercumbu.
"hubby jangan nak goda sayang ya.. mengah tau"pesan izzati.
"ala.... puasa lagi"rajuk iskandar memeluk tubuh. manja. izzati tertawa.dalam pada mereka sedang bergembira, ada mata yang memerhati dari luar. geram.

"cik izzati,dewan dah siap"ujar sue
"ok.. saya pergi periksa kejap lagi"balas izzati. dia mengemas mejanya dan keluar untuk memeriksa dewan.
"ala lif rosak pula"rungutnya.lif tetamu penuh kerana cuti sekolah sudah bermula. tempahan bilik penuh. izzati menggagahi dirinya untuk menggunakan tangga
"dua tingkat je.. kau boleh zati, kau boleh"positifnya.dia menapak satu persatu anak tangga.bila terasa keletihan dia berhenti sebentar dan menapak kembali apa bila sudah ada kekuatan.
"kesiannya kau"perli syarina yang ditemunya di tangga. izzati tidak mengendahkan gadis itu.
"kau jangan nak sombong sangat"ujar gadis itu
"maaf cik syarina, saya takde masa nak layan cik syarina. saya nak cepat"ujar izzati.telefon izzati berdering.
"ayah kau kena tahan polis.. apa kau dah buat"tengking puan zila ditalian
"apa.. "izzati terkejut. syarina tersenyum sinis. dia menelefon iskandar tapi tidak dapat dihubungi.masih dalam mesyuarat barangkali.izzati melangkah kalut menuruni anak tangga.dia perlu ke balai polis. tiba kakinya tersadung. dia jatuh tergolek ke bawah. syarina juga terkejut dengan kejadian itu.terasa hangat dipahanya
"darah"tempik syarina. izzati meraba. cecair merah ditelapak tangannya. perutnya memulas.
"tolonggg"jerit syarina. dibuka pintu kecemasan lalu mendapatkan bantuan.

izzati tersedar. dia berada di hospital. diraba perutnya.kosong.zaiful,khairi,kamal,fatiya dan linda berada disitu tapi kelibat iskandar tidak kelihatan.dia mencari lelaki itu.
"awak nak ke mana"soal linda
"linda iskandar mana.. baby.. macam mana baby saya"risaunya.linda serba salah.daud memeluk sahabatnya
"zati, tenang..tenang.. kau dengar apa yang aku nak cakap"ujar daud lembut
"laki aku mana.. baby aku macam mana."tempik zati.
"kau tenang dulu..kalau kau macam ni.. macam mana aku nak cakap"pujuk daud. dia cuba menenangkan sahabatnya itu.
"iskandar ditahan polis atas pertuduhan pemerdagangan manusia"ujar daud. izzati terdiam.jari izzati digenggam erat.
"anak aku"soal izzati
"anak kau... tak dapat diselamatkan.. kau keguguran"ujar daud. sehaya itu izzati meraung bagaikan orang gila. daud memeluk erat sahabatnya. begitu juga linda cuba menenangkan izzati.airmatanya bercucuran.
"sabar zati, sabar.. aku ada dengan kau.. aku tahu kau kuat.. tenang zati tenang"pujuk daud. dalam suasana yang suram itu pintu bilik izzari ditolak. syarina masuk dengan amarah. dihentak beg tangannya ke wajah izzati berkali kali.
"sial kau kan... puas hati kau iskandar dalam lokap.. semua punca dari kau.. sial"marah syarina.izzati hanya menangis.syarina ditenangkan linda.
"kita bincang perkara ni dengan tenang"ujar linda
"you nak i bincang macam mana bagitahu i,kalau dia tak rujuk semula dengan is..benda ni takkan jadi"marah syarina
"dia baru kehilangan anak, kau takkan ada rasa simpati"marah daud
"nak simpati buat apa..habis i sapa nak simpati.. sebab dia i hilang suami"marah syarina
"suami kau suami dia juga atleast suami kau masih hidup.. dia..anak dia dah takde"marah daud.
"diam.. keluar semua.. keluarrr"tempik izzati
"daud i need my space"pinta izzati. daud dan yang lain keluar. syarina bengang.izzati masih menangisi kehilangannya.

izzati cuba menerima takdir yang telah tertulis buatnya.walaupun sukar tapi ini yang harus dilaluinya.
"aku balik kampus dulu ya, kau jaga diri, apa apa call aku"pesan daud.izzati yang sudah pulang ke rumah hanya termangu di sofa.
"kau dengar tak.. jangan di ikutkan perasaan kau tu.. istighfar banyak banyak.. jaga makan.. kau kena pantang juga"pesan daud. izzati mengangguk.daud ke dapur mengambil air buat izzati
"stop gunakan daud untuk hidup kau yang huru hara...kau ganggu pembelajaran dia kau tahu tak.. let him get his life by his own.. kau stop jadi parasit dalam hidup dia.. "bisik fatiya. izzati diam. kata kata itu menikam hatinya.
"nah air.. aku balik dulu.. apa apa call tau"pesan daud. izzati hanya tersenyum. kereta yang dipandu daud berlalu pergi. gelas yang dipegangnya di baling ke dinding. dirasakan dirinya tidak berguna.dia meraung semahunya.sesak nafasnya seakan menjerut lehernya. dia lemas dalam tangisan sendiri.

Hidup izzati seakan mati.tidak terurus.linda yang datang menjengah memberi kata kata semangat begitu juga zaiful.surat diberhentikan kerja dibacanya dengan teliti.dikeronyok kertas itu lalu dibaling ke lantai.
"iskandar...."tempiknya. linda memeluk rakannya itu.
"maaf zati saya hanya ikut arahan"linda serba salah.telefon izzati berdering.puan zila. izzati membiarkan sahaja.telefonnya berdering lagi kali ini linda menjawab.
"zati... "wajah linda pucat. izzati menoleh.
"ayah awak"ujar linda.diragut telefon itu dari linda
"kenapa dengan ayah makcik"soal izzati
"ayah kau dah takde"ujar wanita itu.izzati terduduk.kali ini jantungnya bagai direntap.izzati hilang akal.linda yang tergamam hanya menangis melihat izzati yang meraung bagaikan orang gila.linda menemani izzati ke rumah encik halim. izzati lesu.dia yang lemah duduk di sebelah jenazah ayahnya.ditatap tubuh yang kaku itu. dilurut dada lelaki itu namun tiada balasan.
"ayah, zati ni.. zati balik tengok ayah.. ayah bangun ayah.. zati balik, kita pergi hospital ya"ujarnya.lelaki itu kaku disitu.
"ayah dengar tak zati panggil.. ayah... ayah... ayahhhh"tempiknya.digoncang tubuh yang tidak bernyawa itu.tetamu yang hadir turut merasai kesedihan itu. mereka cuba menenangkannya tapi raungan izzati tidak dapat dikawal.
"ayah.... kenapa tidur lama sangat zati balik ni... zati nak ajak ayah pergi hospital.. ayah bangun jangan tidur lagi... dah asar ni.. ayah bangunnn"pintanya.suasana hiba menyelubungi rumah itu.

izzati termenung dijendela.cawan khas yang selalu digunakan encik halim untuk minum dipegang izzati. airmatanya menitis satu persatu.
"kau menangis pun tak guna.. ayah kau dah dalam kubur dah pun"herdik puan zila
"memang ini yang kau nak kan... ayah kau kena tahan dalam lokap.. tak bawa ubat apa pun dah tiba ayah kau sakit dah tenat baru laki kau nak tarik kes.. hebat permainan kau kan"fitnah puan zila
"lepas tu datang meraung macam orang gila, konon suci"herdik puan zila lagi.
"ayah tenat..kes ditarik balik.. kenapa takde sorang pun inform aku"bisik hatinya
"iskandar... kenapa tak datang jumpa aku kalau dia dah tarik semula kes..kenapa kenapa"serabutnya.puan zila masih membebel. izzati hanya pekakkan telinga. diperhatikan telefonnya. mahu saja dia menelefon daud untuk berkongsi cerita tapi tidak mampu dilakukannya.dia tidak mahu menjadi parasit dalam hubungan daud dan fatiya. iskandar... lelaki itu telah menyebabkan luka dalam hatinya malah luka itu menjadi makin parah.terpalit persaan benci pada lelaki bernama iskandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience