BAB DUA PULUH LAPAN

Drama Completed 36688

izzati sentiasa mengikuti perkembangan semasa adiknya. ada apa apa yang terjadi kepada adiknya segera dilaporkan kepada ayahnya dan puan zila. izzati juga membeli barang kelengkapan buat menyambut kehadiran anak saudaranya.izzati melilau sekitar mall mencari kelengkapan bayi juga adiknya yang akan berpantang.
"haiden"panggilnya
"eh sorang je ke"jawab jejaka itu.
"ha ah"balasnya.haiden melihat ditangan izzati banyak barangan bayi.dahinya sedikit berkerut
"eh, bukan untuk aku la, untuk adik aku nak bersalin"seloroh izzati
"kau umur berapa"soal haiden
"22"balas izzati
"adik kau?"soal haiden ingin kepastian
"15..but it a long story and its privacy and family matters"ujar izzati. haiden hanya mengangguk faham.
"ok lah aku gerak dulu.. "pinta izzati
"kau keluar tak malam ni"soal jejaka itu lagi
"tak, takde program"matanya masih melirik kearah kedai kedai yang ada. mana tahu ada yang menarik untuk dia belanja
"hari ni birthday aku, kami nak celebrate atas coach, wanna join us"pelawa haiden
"boleh juga.. tapi aku nak ajak iskandar boleh"pintanya
"ok, petang ni dekat pantai nanti aku share location"ujar lelaki itu. mereka berpisah.

dia merebahkan badannya dikatilnya. perutnya berkeroncong.dicapai sebungkus mi segera. telefonnya berdering
"aku ada dekat quaters la, kenapa"soalnya
"kau nak ajak kau makan"balas iskandar
"tak nak ah.. aku baru balik dari shopping barang baby..lagipun aku dah masak megi"patahnya
"ok cun masak dekat aku sama"pinta iskandar
"takde hari aku.. nal tunggu ku dan kembang dulu megi"dalihnya
"aku depan rumah kau la ngok"balas iskandar. izzati berlari ke tingkap ruang tamunya. kelihatan kereta iskandar dihadapan parkir rumahnya.dia keluar dengan dua mangkuk mi segera ditangan lalu di bawa ke kereta.
"buka la pintu,panas ni"tempiknya.
"ish la, buka je la"bentak iskandar lalu pintu dibuka dari dalam
"hotak kau, tangan aku dua dua ada barang.. macam mana nak buka"marahnya
"pakai la kaki"tawa iskandar berderai. mi segera yang dihulur izzati diambilnya.hujan renyai mula membasahi bumi. mereka menikmati mi segera didalam kereta
"alhamdulillah,kenyang"izzati bersandar kekenyangan.
"buruk perangai,ni kalau mak aku confirm reject"usik iskandar
"sapa nak kawin dengan kau"ujar izzati seloroh.ditepuk tepuk perutnya yang kenyang.iskandar merenung izzati tajam namun pandangan itu tidak diendahkan izzati.dia melelapkan mata hingga ketiduran didalam kereta.iskandar menyiapkan kerja yang terbengkalai agar dapat menani izzati yang tertidur.izzati menguap.
"arrgghhhh... "badannya diregangkan. iskandar hanya melirik dihujung mata.
"macam badak"usik iskandar
"biar la..hish.."dikutip mangkuk mi segera yang diletakkan diatas tanah. lalu dia masuk ke rumahnya.
"eh.. malam ni"bisik hatinya. dia bingkas keluar semula menuju ke kereta iskandar.
"kau tak balik lagi ke"soalnya
"kejap aku nak siapkan kerja sikit,kenapa,tak boleh? "soal iskndar
"boleh je.duduk la berapa lama yang kau nak duduk"izzati berdiri diluar kereta iskandar.
"kau kenapa.. garaj ni nak runtuh ke.."soal iskandar.
"hihihi... aku nak ajak ku pergi birthday party haiden. dia buat dekat atas coach"ujar izzati
"kau nak pergi ke"soal iskandar. izzati mengangguk sambil membuat riak comel. matanya dikerdip manja.
"ok"mendengar jawapan iskandar izzati menjerit gembira.
"pukul 5.30 kau pick up aku"suruh izzati
"kepala hotak kau pukul 5.30 kau nak suruh lau pick up.. sekarang dah 4.52 dah pun.. "leter iskandar.izzati menarik tangan iskandar lalu melihat jam tangan lelaki itu.
"eh.. sorry.. lamanya aku tido.. tunggu aku siap dulu.."izzati berlari anak lalu masuk kedalam rumah. dia bersiap dengan pantas dan berpakaian sebaik mungkin.
"ok jom... kau balik bersiap pula"suruh izzati. kereta itu menderu laju.

"saya ingat awak tak datang"sapa faizul
"harus datang..rugi ooo"tawa izzati berderai.suasana riuh diatas bot persiaran itu.izzati sedikit kaget.ini dunia baru baginya. pertama kali dia berpesta seperti ini.bot mula bergerak ke tengah.parti sedang bermula. alunan muzik r&b memecah suasana.
"kau ok tak"soal iskandar
"kalau kau tak selesa kita balik dulu"ujar iskandar
"aku ok,cuma saja nak nikmati pemandangan gelap ditengah lautan. kali pertama aku naik bot dan sampai ke tengah laut"ujarnya.iskandar menemaninya.izzati hanya memerhati yang lain sedang asyik menari dan minum.
"aku dah semakin jauh"kola ditangannya di renungnya.hatinya tiba tiba terdetik.terasa dirinya sudah jauh dari redha Ilahi.airmatanya menitis satu persatu.
"kau kenapa"soal iskandar lembut.dia perasan akan tangisan gadis itu.
"ntah la.. aku rasa aku dah terlalu jauh dengan Allah"tangisannya cuba ditahan agar tidak mengeruhkan keadaan.iskandar hanya diam.
"aku nak ke tandas"ujar izzati. dia yang tercari tandas kaget melihat faizul dan louise sedang bercumbu.pasangan itu yang perasan akan kehadiran izzati tidak mengendahkan gadis itu. mereka bercumbu asyik. muka izzati terasa hangat. izzati berjalan keatas semula. dia mendapatkan iskandar.izzati mengibas ngibas mukanya.hangat.dia masih terkejut dengan kejadian tadi
"kau kenapa.. pelik pelik betul"sampuk iskandar
"kau tahu apa yang aku nampak tadi time aku nak pegi toilet tadi"soal izzati
"kau nampak apa"soal iskandar
"aku nampak faizul dengan louise chup chup"ujarnya
"biasa la tu.. "ujar iskandar seolah keadaan seperti itu sudah sebati dengan dirinya
"kau.. gila weh.. geli pun ada"ujar izzati
"gay tu perkara biasa.. ko ingat pondan je ke yang suka sejenis.. yang macho, sado pun ada yang gay tau"ujar iskandar. izzati diam.di kepalanya masih ligat memikirkan hal tadi.

"tenkiu zati datang party aku"ujar haiden. izzati hanya tersenyum. difikirannya adakah lelaki ini juga seorang gay
"kami blah dulu la"ujar iskandar yang mahu mengundurkan diri.
"ok, by the way thanks for coming"ujar haiden lagi.izzati hanya tersenyum.dia meninggalkan bot tersebut dengan tanda tanya.
"zati"tempik haiden. izzati menoleh. lelaki itu berlari ke arahnya. iskandar berdiri dibelakangnya yang berdiri diam
"boleh aku nak amik nombor tepon kau"pinta lelaki itu. izzati terkejut. iskandar maju beberapa langkah.
"nak buat apa"soal izzati
"aku nak bagi jerung makan"balas iskandar.izzati terkejut. dahinya berkerut. tawa haiden kedengaran
"naif sangat la kau ni,aku nak save dalam fon la, mana la tahu kot kot aku nak buat apa apa aktiviti, boleh ajak kau"jujurnya.izzati terdiam.iskandar memghampiri mereka. tangan izzati dipegangnya.izzati mendongakkan wajah nya untuk melihat reaksi iskandar.wajah lelaki itu tenang.
"bak sini fon kau"pinta izzati. iskandar menoleh melihat izzati.geram.laju saja jari gadis itu menaip nombor telefonnya.tangan izzati dilepaskan. iskandar beredar meninggalkan izzati dan haiden.
"aku dah lama nak tanya kau dua soalan"ujar izzati
"apa dia"haiden menatap telefonnya.
"kau asal memang malaysia ke"soalnya.
"tak aku dari copenhagen,denmark"ukar lelaki itu. ditatap wajah genit itu.
"owh..melayu kau fasih gila.. parent kau ada yang melayu ke"soalnya lagi
"takde la.. mak aku swedish ayah aku danish"
"ooo.. viking la ni.."ujar izzati
"lebih kurang la"haiden tertawa kerana digelar viking.
"aku ingat kau muslim sebab sebutan basmalah kau lancar gila weh... bahasa melayu kau pun cun gila"ujar izzati lagi. dia seakan teruja
"aku dulu kristian tapi sekarang atheist"ujar haiden. izzati mengangguk faham.
"aku dah stay sini lama kot.. ayah aku dulu kedutaan 5 tahun duduk sini.. lepas tu pindah balik copenhagen..then aku sambung study dekat sini"ceritanya lagi
"kau pelarian suaka ke apa ni"usik izzati
"hotak kau suaka.. apak aku kedutaan suaka apa ke bendanya"seloroh haiden. tawa mereka berderai
"tapi tahun depan aku kena balik sana semula.. aku dah grad.. so aku kena wajib military"ujar pemuda itu lagi
"ohhh... korang memang ada wajib military ke.. kalau tak pergi tak boleh ke"soal izzati lagi
"wajib.. macam korang la, plkn..tapi kami memang join army.. 2 tahun"ujarnya lagi. izzati hanya menggangguk.

Dalam perjalanan pulang iskandar diam. tiada sepatah kata darinya.izzati merenung wajah lelaki itu.wajah tegang itu ditenungnya. izzati menelan airliur.takut akan raut wajah itu.
"eh stimbot cucuk la.. sedapnya.."ujarnya.namun tiada balasan.
"comelnya baby tu kan"izzati mencuba lagi. kali ini dipuji bayi yang didukung ibunya yang berada di atas motor yang berhenti disebelahnya ketika mereka berhenti di lampu isyarat.iskandar diam.izzati mula risau.tiada satu helahnya yang dapat mencuri perhatian iskandar.sampai saja mereka di kuatersnya, izzati diam tidak keluar. enjin kereta tidak dimatikan dan kereta tidak masuk ke garaj.izzati membelek telefonnya yang tidak berdering.hanya bunyi cengkerik memecah kesunyian.sebatang rokok dinyalakan iskandar. izzati hanya memerhati.
"dari tadi diam.. ada emas ke dalam mulut"soa izzati. iskandar diam
"bisu dah agaknya"perli izzati.iskandar asyik dengan rokoknya
"kalau nak menyebal tak ketahuan punca lepas ni tak payah keluar dah"provoknya.rokok dimatikan. iskandar hanya membatu. izzati bengang lalu dia keluar dari kereta. iskandar tanpa sepatah kata berlalu pergi begitu sahaja. izzati kaget.
"nak menopous dah agaknya"gumam hatinya.

dia bersiap untuk ke tempat kerja.harapannya agar khairi tidak mengganggunya hari ini.namun harapannya tidak tertunai. khairi masuk ke pub dan duduk di hujung kaunter memerhatinya dalam samar samar cahaya lampu.izzati semakin kurang senang.izzati tidak mengendahkan khairi, dia bekerja seperti biasa. satu persatu wiski di minum khairi.
"apa masalah pula mamat ni"bisik hatinya.khairi kelihatan kusut.telefonnya yang berdering tidak dihiraukan.
"jawab la call tu.."ujarnya.
"malas"balas khairi.izzati menjuihkan bibirnya
"tak nak tanya sapa call"soal khairi
"tak penting"ujarnya
"milia"ujar khairi. izzati tersentak nama itu disebut.difikirannya nisya.
"kenapa dia call"izzati cuba mengorek cerita
"she's pregnant"izzati tersentak.segera ditarik tangan lelaki itu dan keluar dari pub.
"apa maksud kau dia mengandung"ujar izzati
"dia mengandungkan anak aku"ujar lelaki itu.izzati geram
"anak kau.. kau dengan dia... "izzati merenung lelaki itu dengan amarah
"ya.. khai dengan dia..tapi khai mabuk waktu tu"ujar khairi.
"mabuk ke tidak itu bukan alasannya.. betul ke dia mengandungkan anak kau.. kalau betul.. kau nak buat apa.. habis nisya macam mana"nadanya tinggi seoktaf
"nisya juga pregnant.. 3 minggu"ujar khairi. izzati tersandar ke dinding.bala apakah yang menimpa.
"memang confirm dia mengandung"izzati ingin kepastian
"ya.. kami pergi check dekat klinik"ujar khairi. izzati merasakan nafasnya tersekat sekat. sukar untuknya bernafas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience