BAB EMPAT PULUH DUA.

Drama Completed 36633

izzati memulakan kerja seperti biasa.dirapikan semua pakaian dibutiknya.tangannya ditarik. iskandar. izzati terkejut.
"jom"pinta iskandar
"jom ke mana"soal izzati
"we need to talk"ujar iskandar.
"takde apa yang nak dibincangkan"ujar izzati
"apa pula takde pape, pasal kita.. "ujar iskandar.
"pasal kita.. kita.. kenapa dengan kita..antara kita dah takde apa yang nak dibincangkan..kita perlu tamatkan sampai sini"balas izzati. laila dan beberapa orang pekerja lagi hanya memerhati
"kenapa.. kenapa sampai bercerai"soal iskandar.
"sebab aku dah tak boleh hidup dengan kau.. hidup kau tertalu gah.. aku tak dapat terbang tinggi sama dengan kau"ujar izzati
"is baru dapat projek dekat aussie.. kita pindah duduk dekat sana.. kita bina hidup kita sendiri"ajaknya
"kau gila.. habis keluarga aku"marah izzati
"keluarga zati.. sejak bila dorang tu anggap zati keluarga"provok iskandar.
"syarina.. dia kan tengah mengandungkan anak kau"ingat izzati
"ah lantak la nenda nak sangat kan cicit dari dia.. biar la nenda tanggung"ujar iskandar
"wah senangnya kau cakap.. lepas apa yang kau buat dekat aku kau nak lepas tangan pula dekat dia"marah izzati
"apa yang is buat dekat zati.. apa salah is"iskandar mahukan kepastian
"kau heret ayah aku ke lokap..bila dia dah tenat baru kau nak tarik kes.. dah tu mana kau masa aku perlukan kau.. mana kau masa kita hilang anak kita"marah zati
"pasal kes tu semua tu kerja nenda... zati keguguran is dalam lokap.. nenda tarik balik kes lepas dapat tahu is dapat tender dekat aussie. masa ayah meninggal is tak tahu.. nenda kata ayah dah dapatkan rawatan. is ke aussie untuk meeting tentang projek tu.. bila is balik baru dapat tahu ayah meninggal"ceritanya
"kau explain sekarang pun tak guna tengku iskandar... kau lebih pentingkan projek dari aku.. saat aku betul betul perlukan kau.. mana kau.. hidup aku terumbang ambing mana kau.. aku hampir bunuh diri mana kau.. sibuk dengan projek kau.. "marah izzati
"sayang..is tak tahu.. sumpah is tak tahu yang hidup sayang seteruk itu.. is balik is cari sayang tapi rumah tu kosong"ujar iskandar
"ya kosong.. sebab bini kau dan nenek kau yang beli rumah tu dan halau aku.. pecat aku dari kerja.. aku takde arah tuju.. khairi yang banyak bantu aku.. dia ambil tempat kau saat aku perlukan kau"cerita izzati
"apa nenda pecat sayang.. yang is tahu sayang resign"iskandar kehairanan
"huh... aku diperbodohkan ke apa ni.. wayang apa yang korang lakonkan"izzati meninggalkan iskandar sendiri termangu.
"sayang"panggil iskandar.
"haiden.. nak beli baju ke"izzati menyapa haiden yang masuk ke butiknya.
"eh tak la.. nak ajak zati lunch"pelawa haiden
"sorry dia isteri aku.. aku ada urusan dengan dia"pintas iskandar
"aku isteri hanya atas kertas.. tapi hakikatnya aku tak ubah seperti perempuan simapanan yang kau beli dengan nilai sepuluh ribu.. maaf aku ada lunch date hari ni"izzati menarik haiden ke pejabatnya. diambil beg dan telefonnya
"laila akak lunch sekejap ya.. apa apa call ya"pesan izzati dan berlalu pergi dengan haiden. iskandar hanya memerhati.

"korang ni aku tak faham betul la.. complicated sangat"ujar haiden
"memang pun.. so tak payah faham"seloroh izzati
"kau tak nak bagi dia peluang ke"soal haiden
"dah beb.. aku dah bagi peluang dekat dia tapi aku still tak boleh hidup seiring dia.makin aku cuba makin perit hidup aku. makin parah."penyedut minuman dikepit kepit izzati. haiden hanya diam.
"kau buat apa sekarang"soal izzati
"aku macam ni la.. freelancer..tapi sekarang job fotografi aku masyuk dho.. kejap lagi aku ada fotshoot dekat paradigm.. untuk pakaian"cerita haiden.
"wow.. orang dah hebat sekarang"usik izzati
"mana ada.. hebat apanya biasa biasa je.. aku dok usha tempat nak buka studio.. aku nak collab dengan wedding butik"ujarnya
"sapa yang design baju"soal izzati
"kau jangan pandang aku lekeh ye.. aku pun boleh design la"tawa izzati berhambur
"kau...kau design baju pengantin"tawa izzati lagi
"wah.. sakit ni.. "haiden memegang dadanya.
"sorry sorry. "ujar izzati. ais ketul didalam gelasnya dibaling kearah izzati
"berani kau pandang rendah pada aku"haiden membuat gaya lelaki lembut.
"eii geli aku"haiden tertawa
"aku buka dengan jay...aku more to photography and event planner.. jay more to fashion design"ceritanya
"ok la tu.. kerja sebumbung dengan partner.. senang cerita"ujar izzati.haiden kehairanan.

"kau balik pukul berapa hari ni.. aku pick up"pelawa haiden
"pukul 9malam, eh takpe kamal pick up aku.. malam ni kami nak ke kelab baru buka"cerita izzati.
"nak ikut"rengek haiden.
"ok.. malam ni dekat sini ok"haiden pergi meninggalkan izzati yang masuk ke butik semula.
"cik zati, lelaki tadi tu ada tinggal pesanan"sekeping nota dihulurkan laila.
"ish dia ni buat hal betul la.. aduh macam mana ni"bisik hatinya. selesai tutup butik izzati kalut keluar dari mall.mujur khairi dan yang sudah menanti
"zati nak balik salin dulu ke.. "soal khairi
"jom kita pergi terus la"ajak izzati. dia tidak mahu bertemu iskandar yang mahu mengambilnya pulang dari kerja.

bingit kelab bergema. izzati memerhati sekeliling. dunia baru.khairi duduk disebelahnya. sofa lembut itu agak selesa. izzati melepaskan lelah seharian bekerja.zaiful dan louise tiba.semua memesan alkohol kecuali dia dan khairi. izzati semakin sebati dengan irama.baru sahaja dia mahu beraksi di dance floor kelibat iskandar kelihatan.niatnya terbantut.dia duduk kembali.
"aik selalunya kau hilang dari radar..kali ni.. bertelur je dekat sini"usik haiden
"tu..iskandar"tunjuk izzati.
"jom.. "ajak haiden
"pegi mana"soal izzati
"kau nak menari tak"soal haiden
"tak nak lah.. tak jadi aku"ujar izzati.
"ermmm.. ok"haiden duduk kembali.
"zati khai kena balik dulu sebab mummy nak ke johor ada hal urgent dekat restoran. khai nak kena bawa mummy pergi"ujar khairi
"oh ok ok.. "izzati mengiyakan
"so zati nak balik or nak stay nanti balik dengan dorang"soal khai
"tak pe aku hantar dia balik"haiden menawar diri.
"ermm zati balik dengan haiden"ujari izzati
"esok pergi kerja? "soal khairi
"aku hantar la bro"ujar haiden lagi. khairi lega.dan dia berlalu pergi. izzati merebahkan tubuhnya ke sofa.meregangkan ototnya yang kejang dek kerana menari dalam duduk.
"eh eh dia ni.. pasal"soal haiden.
"letih"ujar izzati.haiden memicit bahu izzati. iskandar memerhati geram.
"jay pinjam partner kau kejap"pinta izzati. jay hanya mengangguk. izzati duduk diribaan haiden.lenggoknya menggoda.haiden terdiam dengan tindakan izzati.
"iskandar tengah perhatikan kita"bisik izzati.
"so"soal haiden
"buat la apa yang patut janji dia blah"ujar izzati. haiden merangkul pinggang izzati merapatkan badan mereka. dibelai rambut gadis itu. izzati hanya membiarkan sahaja.bibir mereka bersatu.mereka bercumbu.terdengar sorakan dari pengunjung lain tapi tidak diendahkan mereka. iskandar yang geram berlalu pergi.
"sorry"pinta izzati
"it's ok"haiden meminum baki wiski yang ada.hangat.

haiden menghantar izzati pulang.sebaik saja kereta haiden bergerak,dia perasan akan iskandar yang keluar dari kereta. mereka diekori. haiden segera memarkir keretanya dan mengejar izzati
"ish.. terkejut aku"izzati terkejut pintu lif di sekat haiden
"iskandar ada dekat parking"ujar haiden. izzati cuak.izzati menarik tangan haiden agar cepat. pintu aparment segera dikunci.haiden duduk diruang tamu. diperhatikan sekitarnya.
"aku mandi kejap. kau nak makan kau masak lah ye"ujar izzati. haiden ke balkoni menghirup udara segar.perutnya berkeroncong. dia membuka peti mencari apa yang patut dimasak.
"wah... sedap sedap"izzati yang sudah siap mandi mengintai haiden yang sedang masak.terserlah ketampanan lelaki itu dari sisi berbeza. halkumnya yang turun naik itu menggetar jiwa izzati.
"weh kau isteri orang zati"ijar hatinya.
"hoi.. mengelamun apa.. "soal haiden. dihadapannya terhidang dua spageti bersama steak. izzati teruja. mereka menikmati hidangan bersama.
"kau nak mandi.. ada baju khairi dalam bilik dia.. kau guna lah"ujar izzati
"ok aku mandi dulu.. badan aku melekit masak untuk kau"haiden masuk kebilik iskandar dan mandi. izzati masih mengemas. pintu rumah diketuk.izzati membuka alangkah terkejutnya dia apa bila melihat iskandar dihadapan pintu rumahnya.iskandar masuk dan tercari cari disetiap genap sudut rumah.
"mana jantan tu.. mana"soal iskandar marah
"siapa"soal izatti
"haiden.. aku nampak dia naik dengan kau tadi"marah iskandar.
"dia mandi"ujar izzati.
"mandi apa kau buat dengan dia hah"marah iskandar
"kami tak buat apa apa lah"balas izzati. iskandar mengangkat izzati lalu dipikulnya dan dicampakkan izzati ke atas katil didalam biliknya. izzati cuak..
"kau nak buat ni... "soal izzati
"aku suami kau.. berhak atas setiap inci tubuh kau.. tapi kau boleh bagi orang lain rasa sedangkan aku dijadikan dayus"iskandar mula agresif
"kami tak buat apa apa pun.. kami makan je"ujar izzati terketar ketar.. rumahnya yang kalis bunyi itu menghalang haiden dari mendengar jeritan izzati ditambah pula dengan bunyi pancuran air hujan melenyapkan suaranya.
"kau ingat aku bodoh"pakaian izzati dicabit satu persatu..dan tubuh itu dimamah rakus.. izzati meronta dan mohon dilepaskan tapi tidak diendahkan.akhirnya dia dirogol suami sendiri. izzati menangis dalam keadaan tanpa seurat benang.
"kau masih belum kenal lagi aku iskandar... tapi di matakau aku perempuan murahan yang kau beli dengan nilai sepuluh ribu..kau pun tahu haiden gay.. mana mungkin dia bernafsu pada perempuan"tangisnya.dicapai selimut dan dibalut tubuhnya.
"kalau aku jenis perempuan takde maruah dah lama kau dapat tubuh aku.. kalau aku jenis perempuan murahan khairi lah orang pertama yang dapat tubuh aku."ujar izzati.esakkannya didengari haiden yang baru keluar dari bilik khairi. ditolak pintu bilik izzati. dia terkejut melihat izzati tidak berbaju.ditutup sebahagian tubuh izzati yang terdedah dengan selimut.dia tumbuk iskandar yang tidak berbaju yang termangu menyesal akan perbuatannya itu. tumbukan demi tumbukan di berikan namun tiada balasan dari iskandar.
"kau tak layak jadi suami apatah lagi manusia"marah haiden. iskandar berlumuran darah.dia terperenyuk di penjuru bilik.haiden mahu melepaskan tumbukan
"stop haiden stop"tempik izzati.haiden terdiam. iskandar lemah.
"tengku asfan iskandar.. aku minta kisah kita berakhir disini. aku mohon kau lepaskan aku"rayu izzati. iskandar bangun dan mencapai bajunya.
"maafkan aku zati.. aku tak dapat jadi suami yang baik buat kau.. izzati binti halim aku ceraikan kau dengan talak tiga"iskandar melangkah longlai keluar dari bilik dan rumah izzati.haiden mengambil baju izzati dan memberikannya pada gadis itu.
"aku tunggu kau dekat luar."ujar haiden. izzati berkurung didalam biliknya.haiden membiarkannya.dia terlena diruang tamu

"sewel la mamat tu.. "marah khairi.haiden hanya diam.khairi terkejut akan tindakan iskandar yang menggila itu dalam masa yang sama dia juga bersyukur bahawa izzati dapat keluar dari cengkaman keluarga itu.
"lambat la tunggu ratu ni bersiap"rungut khairi.
"amboi lambat sikit dah tak boleh dulu waktu khai ngorat zati sejam pun tak pe kan"seloroh izzati
"itu dulu.. sekarang boleh je tunggu lama lama itupun kalau sudi nak get back balik la"izzati mengangkat penumbuknya.
"jom la.. nanti kang habis masa melawat"ujar izzati. mereka yang mahu melawat iskandar di hospital akibat kemalangan jalan raya.seleps kejadian itu iskandar pergi ke sebuah pub dan minum sehingga mabuk.kereta yang dipandunya terbabas dan iskandar mengalami kecederaan parah menyebabkan dia koma.izzati sedikit terkesan dengan kejadian menimpa iskandar namun kehidupannya jugs harus dipertahankan. iskandar yang masih koma dihampiri izzati.tubuh itu dipenuhi wayar.
"is.. bangun ya.. is masih diperlukan disini.. zati tahu is kuat.. is bangun jangan tidur lama sangat ya"ujar izzati.sudah kering airmatanya.
"kau buat apa dekat sini"soal syarina
"aku datang hanya melawat.. kau jangan risau.. aku takkan boleh rujuk kembali"ujar izzati sebelum berlalu pergi.terasa beban yang ditanggungnya terlerai.

Izzati menyusun pakaian di rak agar teratur dan rapi.izzati tidak duduk diam. tangannya sentiasa gatal mengubah kedudukan dalam butik.
"kak zati, pening la buat inventori."rungut alia.
"buat pelan pelan.. masih awal baru pukul 3petang"gurau izzati
"akak dari pukul sepuluh tadi kot kira.rehat jap letih la"rengek laila.
"amboii...ok lah kita rehat dulu sejam.. pukul 4 masuk kerja balik tau"ujar izzati. mereka semua keluar hanya tinggal izzati yang menyiapkan inventori.
"sorry we're closed for today"izzati menoleh.
"aku bukan nak beli baju.. aku nak ajak kau lunch"ujarnya.
"owh.. aku ingat customer mana tadi.. aku makan dekat dalam office..budak budak rehat"ujarnya.
"nak aku orderkan"pelawa haiden
"boleh juga.. alang alang kau tanya aku tiba tiba aku craving beriani kambing"dikesat bibirnya yang kering.
"kau kan macam macam kan"ujar haiden. telefonnya dibelek.
"done"ujar haiden.
"kau nak aku tolong apa ni"soal haiden
"kau tak busy ke"soal izzati
"tak.. baru habis fotoshoot"ujar haiden
"kau tolong aku susun stok ya"ditunjuk timbunan baju yang berlonggok.haiden membuat raut kesal. izzati mengetuk kepala haiden dengan pensil kerana salah letak stok mengikut warna. adakalanya izzati menarik telinga haiden kerana tidak mendengar katanya.
"cepat lah siap macam ni kak zati ada assistant"perli anak buahnnya.dia dan haiden disorak pekerja disitu.izzati malu.
"akak makanan dah sampai"dua bungkusan makanan dihulurkan laila.
"thanks.. eh akak makan kejap ye"pinta izzati
"lama pun tak pe kak.. kalau dengam abang dragon kami sokong.. rawrrr"usik alia. muka izzati merah. malu.
"nah kau punya."izzati. haiden menikmati hidangan itu tanpa bicara. izzati sukar untuk makan dek kerana bersilang tangan dengan kerjanya.nasinya diambil haiden yang sudah siap makan.disuap makanan itu ke mulut izzati agar kerjanya tak terganggu.
"nah kak air.. ouch so suwiiiitt.. rawrr"usik laila.dibaling pemadam kearah gadis itu tapi sempat dielak gadis itu. izzati geram.

"maaf, aku betul betul tak tahu pakcik dah takde"ujar daud.
"aku minta maaf aku takde masa susah dan duka kau"ujar daud lagi.dipeluk erat gadis itu.
"aku tak salahkan kau pun.aku faham,kalau aku ditempat fatiya pun aku bengang"jelas izzati
"tapi dia dah melampau"marah daud.
"kau jangan salahkan dia.. kita yang salah.. sepatutnya kita kena ada gap"ujar izzati
"kenapa kita je yang nak kena ada gap.. aku dekat kampus mana ada kawan perempuan..mampus aku dia bising kalau rapat dengan mana mana perempuan.. tapi dia.. dengan cousin dia.. dengan headclass dia.. aku diam je wehh.. "luah daud.
"kau bincang la elok elok dengan dia"pujuk izzati
"aku dah bincang dengan dia.. kami dah break up.. aku memang tak boleh move dengan sikap authority defensive dia.. semak sangat sampai takde sikap prihatin langsung"geram daud
"kau... dah habis fikir ke.. kenapa nak kena terburu buru.. "marah izzati
"bagi aku biar aku hilang dia bukan hilang sahabat.. dia nak aku dia kena terima sahabat aku"kata daud
"sampai bila kau nak kepit dengan aku"marah izzati lagi
"sampai kau temui bahagia kau.. aku taknak kau derita lagi.. "izzati mati kata. sebak rasa di dadanya. daud memeluk izzati erat. haiden dan khairi hanya memerhati kisah dua sahabat itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience