"apa yang kau bahasakan wan kau yang kau boleh dapat banyak tu, sampai semua pengeluaran perlu melalui kau"marah anjang
"mana zati ada cakap apa apa"dia cuba membela diri
"abis tu apasal kau dapat lebih dari kami anak anak dia"soal andak, wanita itu mercabut tudungnya dengan kasar. marah
"zati tak pernah minta apa apa pun dari wan, rumah ni pun zati tak minta"hatinya mula berduka
"rumah ni memang nak bagi dekat zati lama dah"ucu membela
"pasal duit dalam bank tu, itu hak mak nak bagi dekat sapa sapa, lagipun zati yang banyal habiskan masa dengan mak,kenapa mak bagi zati untuk uruskan semuanya maksudnya anak anak mak takde sorang pun yang mak percaya."jelas ude tenang. izzati diam
"rumah ni aku nak jual, duit tu kita berbagi"ujar encik halim
"kau gila long,mak bagi kat zati rumah ni"tempelak ucu
"takde hitam putih kan, aku setuju long"mak lang anjang dan yang setuju dengan keputusan encik halim tapi tidak ucu dan ude
"memang patut pun mak tak bagi anak anak uruskn harta dia"perli ude. izzati hanya diam. fikirannya hanya memikirkan nasibnya.andai benar ayahnya mahu menjualkan rumah itu, maka dia terpaksa kembali lagi ke rumah bak penjara baginya.
"nak makan apa"soal khairi.dia membawa izzati keluar.hampir seminggu izzati terperuk didalam bilik arwah, khairi agak risau
"tak pe, kita jalan jalan dulu"ajak izzati. mereka berjalan didalam mall melihat kedai kedai yang menarik perhatian mereka. tiba tiba izzati perasan akan satu pasangan dimana sosok tubuh lelaki itu amat dikenalinya.
"ayah"tempiknya.lelaki itu menoleh. sah itu encik halim, tapi siapa wanita disebelahnya.baru ia teringat dimana wanita itu pernah datang ke hospital ketika arwah nendanya di rawat.
"buat apa kat sini, tak bawa teksi ke"soalnya
"tak, petang kejap lagi baru bawa"balas encik halim
"ni siapa"soalnya lagi. khairi memegang pergelangan tangan izzati kerana dia melihat izzati menggenggam tangannya menahan marah.
"ni kawan ayah"balas encik halim
"kawan pegang tangan dari tadi lagi zati nampak,beli barang pun ayah keluarkan duit"ujarnya lagi.
"zati jangan sibuk hal ayah boleh"encik halim mula meninggi suara
"kenapa pula zati tak boleh sibuk hal ayah, ayah zati,zati ada hak untuk amik tahu,lagipun makcik selalu rungut ayah tak bagi duit, ayah pula selalu minta duit dekat zati, sekarang baru zati tahu kenapa ayah tak pernah cukup duit"nadanya sedikit tinggi
"sayang jom"bisik khairi yang cuba tidak mahu mengeruhkan keadaan. banyak mata memerhati.
"hal ayah zati jangan masuk campur, zati anak ayah, zati patutnya tak berkira dengan ayah"ujar encik halim
"oh patut la beria nak baca cepat wasiat wan, patut la kemaruk nak jual rumah tu sebab nak bela pompuan.. "tiba penampar hinggap ke pipi izzati.
"jangan biadap"marah encik halim dan berlalu pergi dengan berpegangan tangan dengan wanita itu.izzati tergamam. khairi juga.izzati mengambil langkah berdiam.andai dia berbicara dengan puan zila makin parah jadinya.
Barangnya di rumah arwah nendanya dikemas sedikit demi sedikit. berat rasanya dia mahu meninggalkan rumah tersebut.Rumah itu sudah ada pemilik baru.Dia rindu akan kenangan disitu.Tapi dia terpaksa akur,segala memori tidak akan terkubur tapi suasana itu sudah hilang bak kabus pagi.
"wan,maafkan zati"bisiknya sendiri. dia duduk memeluk tubuhnya. menangisi waktu yang sudah tidak dapat diputar semula.
"sayang, dah siap?"ujar khairi untuk menjemputnya.dia membawa bagasinya dan dua barang kepunyaan arwah nendanya, bantal dan bekas kristal kesayangan nendanya.pintu di kunci dan diserahkan pada mak lang, ibu saudaranya yang sedang menanti ditangga. dia masuk ke perut kereta dengan linangan airmata.
"hah balik dah tuan puteri,amacam sedap kena halau"perli tikah. izzati diam, dia masuk ke bilik dan mengemas bagasinya. khairi yang menantinya untuk bergandingan ke tempat kerja disapa puan zila
"tak kerja ke"soal puan zila
"kerja makcik, ni tunggu zati,kami shif sekali"ujar khairi.nadanya ada sedikit kurang selesa kerana tikah yang duduk disebelahnya menatapnya.urat urat yang timbul di lengan khairi di lurutnya. khairi mengalihkan tangannya. teh o yang dihidangkan dihirupnya.leganya rasa apabila kelihatan izzati yang sudah siap untuk ke tempat kerja muncul dimuka pintu bilik.
"sayang dah siap, jom, nanti lambat pula"izzati hanya menurut.
"ishhh"kedengaran rungut tikah. mereka terus keluar dan kereta itu meluncur laju.
"kita nak kemana ni"soal izzati apabila khairi mengubah laluannya
"ada lah"ujar khairi
"kata dah lambat"soal izzati lagi
"awal lagi, lagi sejam setengah.masih sempat"balas khairi. izzati hanya diam.dia masih banyak berdiam. mungkin dukanya masih belum berakhir.
"jom"ajak khairi apabila kereta itu berhenti disebuah deretan rumah kedai.izzati hanya mengikuti. mereka memasuki kedai menjual telefon. izzati hanya memerhati.dia pernah berhasrat untuk mempunyai sebuah telefon tapi hasrarnya terbatal apabila duit simpanannya habis digunakan puan zila.
"sayang jom"ajak khairi. izzati hanya menurut.mereka masuk keperut kereta, enjin dihidupkan.
"nah ini untuk zati"beg kertas berwarna putih itu diletakkan diribaan izzati
"apa ni"izzati membuka kotak,sebuah telefon bimbit didalamnya
"untuk zati ke"soalnya.sedikit ceria disitu.selalunya di pinjam telefon daud atau telefon bimbit arwah nendanya adakalanya telefon talian telekom yang berada didalam rumah nendanya digunanmya untuk menelefon khairi, tapi kini dia sudah punya telefon sendiri. khairi lega melihat tunangnya kini kembali senyum.izzati memeriksa dan mendengar cara menggunakannya oleh khairi.sepanjan perjalanan mereka izzati banyak tertawa dan senyum.
"zati... "tempik abil lalu memeluknya.
"maaf aku tak pergi masa wan meninggal"abil rasa bersalah
"eh tak pe, semua dah settle"nadanya bergetar, airmatanya ditahan.mereka berbual sepanjang jalan ke bilik persalinan. khairi hanya memerhati dari belakang.
"honeyyyy"tempik daud yang berada di kafetaria.izzati menoleh.dia berlari anak memdapatkan sahabatnya.
"kau keje pukul 9 ke"soalnya
"ha ah"balas daud pendek.mulutnya dipenuhi makanan.disua nasi yang berada ditangannya ke mulut izzati. izzati hanya membuka mulut dan mengunyah. manja kali dia sama daud.khairi yang duduk dihadapan daud hanya diam memerhati. dua sahabat ini saling bergantungan. entah apa akan jadi andai salah seorang dari mereka tiada.
"eh bak tepon kau"pinta izzati. daud hanya menurut. telefonnya dikeluarkan.ditekan tekan telefon itu akhirnya
ZATI COMEL.muka telefon itu ditunjuk
"ni nombor aku tau"tuturnya ceria
"kau dah ada tepon ke, mana tengok"daud teruja
"ooo.. iphone dhooo... wahh hebat hebat"usik daud.
"amik gambo aku lekas, wallpaper tau"pinta daud. berkali kali mereka berdua bergaya...
"khai, mari la"ajak izzati. kini mereka bergambar bertiga.. kemudian di sertai abil yang turut berada disitu.
"dah set"gambar mereka bertiga diset sebagai wallpaper.ditatap wallpaper itu lama.dia tersenyum sendiri.manik manik jernih luruh satu persatu mengenai skrin telefon
"kau kenapa, sakit ke"soal daud yang perasan tangisan sahabatnya.
"aku sayang kau dan khairi,sayang sesangat, korang je yang aku ada sekarang, aku tak tahu apa akan jadi dekat aku andainya satu hari nanti korang tinggal kan aku"izzati luahkan resahnya.daud memeluk bahu izzati erat.
"aku takkan tinggal kau, apapun jadi aku tetap ada dengan kau"ujar daud. sehaya itu khairi yang siap dengan uniform mendapatkan tunangnya
"zati kenapa ni"dia melutut dihadapan tunangnya yang tunduk menangis.tangannya mengesat airmata gadis kesayangannya itu. izzati hanya menggeleng.
"pergi bersiap ya, nanti lambat masuk station"ujar khairi lembut. izzati bangun dan menuju ke bilik persalinan.
"dia kenapa"soal khairi
"sedih tak abis lagi tu, kau..jaga dia baik baik, jangan kau sakit kan hati dia, dia sayang kau sangat sangat lagipun hidup dia tak seberuntung orang lain"bahu khairi ditepuk daud.
"ya.. aku tahu"ujar khairi. tapi hatinya gusar.
"mana saya tahu nak mix mix ni"ujar izzati kepada pengurusnya apabila di letakkan di pub hari ini
"takpe aman ada, dia akan bantu kamu"ujar pengurusnya lagi. izzati kembali ke restoran dengan muka mencuka.
"la dah kenapa muka ni"hidungnya ditarik syaz
"zati kena pub hari ni"jawabnya
"ooo.. so ni ot la,memang pub tak cukup orang, staff indon kena hantar balik lusa, kontrak abis"ujar syaz.
"tapi zati suka kat banquet"rengeknya
"suka kat banquet ke atau tak boleh renggang dengan supervisor banquet"usik syaz
"ish kak syaz ni,dia hari hari zati jumpa"balas izzati malu. mereka ketawa. ara yang ada disitu hanya diam.izzati melakukan tugasnya seperti biasa sementara menunggu aman datang untuk membuka pub.
"tubbies"tempik daud yang muncul dari pintu belakang. izzati yang sedang mengelap cutleries menoleh,.
"eh kenapa kau pakai baju f&b"soal izzati
"aku transfer sini,aku masuk pub"ujarnya.
"aku pun, wahhhh keje dengan kau yeayyyy"girang hatinya.
"korang permanent pub ke"soal ara. mereka mengangguk.bara dihati ara makin membuak buak.apatah lagi melihat keletah mereka yang akrab. sakit hatinya tidak terduga.
"wahhh"izzati melongo.bilik yang luas itu dengan susun atur yang ranggi,lampu lampu yang bergantungan pelbagai cahaya memukau izzati.
"hai aku wan, ini ruhil"ujar pemuda itu.
"saya zati"ujarnya
"kami kat sini tak guna saya awak, terlalu formal, kau aku je ye.. aku tahu,kau femes kat sini, belangkas dengan si daud tu tapi tunang si khai"ujar wan. izzati hanya tunduk malu.
"kita bertiga hanya serve dan pick up snack je.. drinks daud dengan aman yang buat"ujar ruhil.
"nah"topi hitam bertukar tangan.izzati memakai topi itu.daud kelihatan tenang mendengar penerangan dari aman tentang bancuhan.muzik dimainkan.kuatnya membingit telinga.berbicara pun perlu kuat kerana suara tenggelam dek bunyi muzik.khairi yang rehat masuk kedalam pub melihat tunangnya. izzati yang mengelap meja tidak perasan akan kehadiran tunangnya suasana juga agak malap.
"risau sangat la kat tunang dia"usik aman
"mau tak risau,dia bukannya kuat lagi,kejap kejap nangis, silap cakap nangis"ujar khairi
"takpe,aku kan ada.. guardian knight"daud menepuk dadanya bangga
"banyak la kau"tawa mereka berderai. izzati asyik dengan mejanya.izzati terbongkok bongkok untuk mendapatkan order. dia cuba serasi dengan dunia baru.daud juga kalut untuk menyiapkan pesanan.
"nah makan ni"aman membawa masuk makanan untul rehat mereka. mereka bergilir gilir untuk makan kerana pub mula dipenuhi pelanggan. suasana mula bertukar riuah dan bau mula bercampur.pelanggan yang hadir mula bertukar sikap. ada yang mamai akibat mabuk, ada yang mula menari mengikut irama lagu. bingar.
"aku tak leh blah la weh"adunya pada daud.
"sabar la baru sehari nanti lama lama ok la"ujar ruhil yang mendengar perbualan mereka
"aku ada"bisik daud. tamat kerja izzati cepat cepat ke bilik persalinan dan mandi. badannya berbau rokok dan arak.risau akan dimarahi ayahnya apatah lagi puan zila yang suka jadi nasi tambah.
"kau balik dengan apa,ke nak tumpang kami"soal izzati
"aku naik shuttle, aku duduk kuaters dah"jelas daud.
"weh kau dah permanent ke"izzati sedikit kaget
"ha ah, sebab tu aku kena transfer pegi pub"balas daud.
"aku belum lagi"sedikit duka di hujungnya
"zati belum lagi, sebab untuk f&b zati kena banyak belajar lagi, kena round semua station dulu, kalau cepat adapt cepat la confirm"jelas khairi.dia terpaksa menipu hakikat yang sebenar.terdapat aduan tentang tatacara kerja izzati yang diterimanya tapi disebabkan ramai yang menyokong izzati terus bekerja disitu tempoh kontraknya dipanjangkan.dia juga berharap agar selepas ini tiada lagi aduan untuk izzati kerana pekerja pub sukar untuk bergaul dengan staf bahagian lain.mungkin kerana waktu bekerja yang sudah hampir petang baru bermula dan dini malam baru tamat atau mungkin kekangan cara bekerja menyebabkan mereka tidak bergaul dengan yang lain.makan didalam station tidak perlu ke kafeteria,nak merokok dibolehkan didalam itu. tandas juga disitu. jadi tiada sebab untuk mereka keluar dari station.apa yang berlaku didalam hanya mereka yang tahu.dunia luar mereka hanya bisu tidak mengetahui apa apa.
"nak makan tak"soal khairi
"dah pukul 3.30 ni, esok khai kerja kan"soal izzati
"takpe khai balik rumah mummy, esok sempat gerak dari sana"ujarnya
"boleh la, zati lapar, tadi tak sempat makan, busy"adunya.khairi simpati akan nasib tunangnya.dia menatap wajah gadis itu sayu.
makanan yang dipesan sampai.izzati makan dengan selera,lapar benar dia. khairi hanya memerhati gelagat tunangnya.
"ayah"perkataan itu terpancul dari mulutya.khairi menoleh.kelihatan encik halim bergandingan dengan dengan wanita yang ditemuinya di mall hari itu. tapi kali ini pakaiannya lebih daring. izzati mengesat mulutnya lalu bangun mendapatkan encik halim yang duduk selang beberapa meja dari mereka
"assalamualaikum"ditariknya kerusi lalu duduk. encik halim terkejut. khairi yang mengikut izzati dari belakang hanya berdiri.
"ayah buat apa time time macam ni"soal izzati. encik halim direnungnya tajam
"kau buat apa tak balik lagi ni"soalan berbals soalan
"zati baru habis kerja ayah"jawab khairi sopan
"kerja apa yang waktu macam ni baru balik"soal encik halim lagi
"kerja kat hotel tu la, tak sekarang ni ayah buat apa dekat sini,tak balik lagi"soal izzati. nadanya sedikit meninggi
"kau keje menjalang ke dekat hotel tu yang waktu segini baru balik"soal encik halim lagi. kali ini mereka saling membara.
"maaf ayah, khai bawa zati balik ya,jom sayang"tangan izzati ditarik.khairi tidak mahu tunangnya dimalukan lagi.izzati bangun langkahnya terhenti
"biadapnya anak abang, setahu Su kalau hotel kerja time time macam ni escort girl, yang layan vip tu"berdesing telinga izzati mendengar kata kata itu. dia berpaling
"apa,escort girl, abis kau tu call girl, ke bitch slut yang kutip dekat lorong"dia mula membara.khairi merangkul pinggang izzati kerana amarah izzati semakin memuncak
"abang tengok dia biadap dengan su"tangan encik halim dipegangnya
"pegi balik zati sebelum ayah hilang sabar"ugut encik halim
"kalau ayah hilang sabar ayah nak buat apa, nak pukul zati macam selalu, hari tu ayah curang dengan mak sampai bercerai berai, ni makcik pun ayah nak buat benda yang sama ke, ayah tak sedar ke yang ayah ni dah tua"marahnya.pipinya perit akibat ditampar encik halim. ramai mata yang memandang
"sayang sudah, jom balik"tangan izzati ditarik
"kan dah mendapat"tawa dibibir wanita itu terukir. izzati merentap lengannya lalu rambut wanita itu digenggamnya dan disembam muka wanita itu ke meja dengsn kuat hingga segala benda yang berada diatas meja bertaburan ke tanah.
"orang macam kau ini makanan dia, aku bagi amaran dekat engkau ya, jangan cuba dekat dengan ayah aku lagi, lagi sekali aku nampak kau dengan ayah aku nahas kau aku kerjakan"izzati berlalu pergi. marahnya masih berbaki.
"sabar sayang,mengucap sayang"pujuk khairi. izzati diam. hanya menangis bagi melepaskan geram.sepanjang perjalanan mereka diam. izzati turun dari kereta dab terus melangkah masuk. kereta encik halim masih belum nampak.dia menukar pakaiannya.
"kau nak jadi kelawar ke,waktu macam ni baru balik, wan kau dah takde baru keluar perangai kau kan"leter puan zila.izzati hanya dia. dituang air masak lalu diminum.kedengaran enjin kereta encik halim memasuki garaj rumah teres itu. pintu rumah dikuak. dia dan encik halim bertentang mata.
"yang abang ni pegi mana baru balik, abang tahu tak anak abang ni pun baru balik, entah apa yang dibuat kat luat pun tak tahu"puan zila mula mereka suasana
"makcik jangan kalut hal zati boleh tak, kalut pasal tikah tu,dia baru tingkatan 2,banyak benda dia baru nak belajar"balasnya
"tikah tu bukan macam kau"puan zila mula meninggi suara. pantang baginya bila nama anaknya disebut sebut
"oh.. baik sangat kelakuannya ye"perli izzati
"kau tu, baru tunang bukan suami, jangan nak diusung kesana kemari, nanti kang busung,"puan zila tidak mahu mengalah
"dah la malam ni, malu jiran jiran dengar"encik halim cuba meleraikan. izzati masuk ke bilik dan mengunci pinti biliknya.tangisnya kembali untuk melepaskan geram.
"mana kau dapat telefon ni"soal puan zila
"khai bagi semalam"jawabnya.pinggan yang bertimbun disingki dibasuhnya.perkara biasa dalam rumah itu pinggang disusun hingga menjadi menara kL.
"makan pandai basuh pemalas"bisik hatinya
"cantik mak, nanti mak belikan tikah 1"rengek tikah
"tikah suka telefon ni, kau tukar dengan dia"pinta puan zila
"pasal apa pula, nak beli la sendiri, lagipun khai yang belikan untuk zati"dia cuba mengawal emosi
"kau suruh la khai beli lain"ujar wanita itu
"ok dah siap, zati kau amik yang aku punya ya, tenkiu ya"tikah mula memeriksa telefon itu.
"sapa suruh kau pandai pandai tukar,kau bagi balik tepon tu"izzati meluru kedepan apabila melihat telefonnya mula bertukar tuan.
"mak suruh kau bagi aku kan"bantah tikah
"bak la sini"mereka bergelut.
"zati, wei.. aku yang suruh tikah guna"puan zila menolak izzati kelantai kerana melihat anaknya dikeronyok izzati. kepalanya berdarah kerana terantuk pada bucu almari tidak di endahkannya. dia inginkan haknya
"aku kata bagi balik"muka tikah diterajangnya.bibir tikah berdarah.
"kurang ajar kau"puan zila menampar pipi izzati, kali ini bibirnya juga berdarah
"apa yang bising bising ni"encik halim baru keluar dari bilik mandi menyoal
"ni si zati ni, gila agaknya, ditendang muka tikah, abang tengok berdarah"adu puan zila
"dah dia amik barang orang,bak balik tepon tu"dia cuba membela
"tikah nak pinjam kejap je sebab tepon tikah skrin rosak, nk mesej kawan nak buat kerja sekolah tak boleh, tikah minta dia baiki, dah siap nant tikah bagi balik"tipu gadis itu
"kau jangan nak munafik sangat"marah izzati.
"dia nak pinjam je,bagi dia guna dulu, kau pun bukan guna sangat, pegi kerja khairi amik, balik kerja khairi hantar,jumpa hari hari juga kan, bagi la dia pinjam, dah siap tepon dia amik balik, takat skrin tu, seminggu pun tak sampai"balas encik halim. izzati mengambil telefon tikah dan mengeluarkan simkadnya dan dibaling telefon itu tepat kemuka tikah.
"abang tengok tu, biadap"tempim puan zila
"kau ni makin menjadi"didorong gadis itu ke dalam bilik, rotan yang berada di tepi dinding dicapainya lalu dilibas berkali kali. kali ini izzati tidak berdiam. dia melawan.
"ayah,marah zati sebab hari ni ke sebab semalam, kalau sebab semalam memang patut betina tu kena macam tu sebab dia.. "badannya didorong.izzati jatuh kekatil. encik halim merotannya lagi kali ini mereka bergelut sehingga pakaiannya terkoyak menampakkan dadanya yang gebu. encik halim terdiam. izzati menangis. ditarik pakaiannya. encik halim menuju ke pintu bukan dibuka pintunya tapi dikunci.
"kau jangan macam macam ya, kau cerita dekat makcik kau siap kau aku kerjakan"encik halim keluar. izzati menangis teresak esak. dia bersiap untuk ke tempat kerja tapi hari ini sedikit awal. dia mahu ke farmasi untuk mengubat luka.harinya hiba.
"sayang kenapa khai call tak dapat"soal khairi
"tepon lupa bawa, dah tu lupa cas"tipu izzati
"awal bersolek, lain pula solekkan hari ni"khairi perasan perubahan tunangnya
"kenapa tak ok ke"soalnya risau akan khairi perasan bengkak dipipi dan bibirnya.
"cantik, sayang khai memang cantik"pujinya
"walaweh... tubbies...cantik siot"usik daud.
"dah lah jom masuk prepare barang"izzati cuba menamatkan perbualan.
"aku tahu mesti ada yang tak kena"bisik daud
"aku pun"khairi juga berfikiran yang sama
"nanti aku siasat"daud cuba mengorek cerita.
Share this novel