"Tempat kau takde kosong ke"soal tikah
"kami tak hired staff lagi... siapa nak kerja"soal izzati
"aku la"ujar tikah
"kami tak hired partime lagi.. nanti kalau ada aku inform kau"ujar izzati
"aku bukan nak buat partime.. aku nak kerja terus"ujar tikah
"umur kau tak cukup lagi mana boleh permenant, casual worker boleh la"balas izzati. tikah menjuihkan bibir.diambil uwais dari buaian.
"kenapa dengan uwais ni, demam ke"soal izzati
"mana ada, tadi ok je"ujar tikah acuh tak acuh
"ni,tak bangun bangun ni, lemah je badan dia"risau izzati.
"dia batuk tadik, berkahak, aku bagi dia ubat batuk"ujar tikah. izzati mengemas barang uwais dan beredar dengan kereta daud.
"kita pergi klinik boleh.. aku tak sedap hati ni.. uwais nampak lemah"risau izzati
"ok... anak babah ok kan.. "daud juga risau.mereka pergi ke hospital yang berhampiran. uwais terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana mengambil ubat batuk berlebihan.izzati menangis teresak esak.apa dosa anak kecil ini hingga diperlakukan seperti ini.iskandar dan haiden tiba dihospital
"uwais macam mana"soal iskandar. risau tampak jelas diwajahnya.
"dia terpaksa dimasukkan ke icu"tangis izzati.iskandar cuba memujuk tapi daud lebih cepat memeluk izzati. izzati membalas pelukan daud.
"insyaAllah uwais ok, kita sama sama doakan ya"pujuk daud. iskandar kecewa. daud seolah lebih penting darinya.
"waris uwais mikail"ketiga tiga jejaka itu mengangkat tangan. jururawat itu terkejut.
"saya ibu dia.. dorang ni ayah angkat dia"ujar izzati
"puan perlua buat pendaftaran di kaunter hasil sebab kami akan pindah kan baby uwais ke icu sekarang"ujar jururawat tersebut.slip pendaftaran diambil haiden
"biar aku settlekan, korang tunggu sini"suruh haiden.
"thanks"ujar izzati.
"he's my son"ujar haiden. iskandar merenung haiden tajam.
"aku nak jumpa tikah aku nak tahu kenapa dia buat macam ni"ujar izzati
"aku teman kau"pinta daud. izzati mengangguk.dia mesej haiden akan tujuan mereka dan mereka menunggu haiden di parkir.izzati hanya berdiam. geramnya mula merebak.
"dia kecil lagi, apa salah dia dengan kau sampai kau buat dia macam tu"marah izzati.
"aku benci dia,aku tengok muka dia aku teringat jantan tu"tengking tikah
"tapi dia tak bersalah, korang yang bersalah, kau yang bangang pergi bagi puki kau kat jantan tu dah kenapa"lantang izzati.
"sedap mulut kau"marah tikah
"abis tu kau yang sedap sedap sampai lahir
budak tu, lepas tu aku nak bunuh dia...patutnya dari dalam kandungan lagi kau dah bunuh dia supaya dia tak payah tengok wajah orang yang membenci dia seumur hidup"marah izzati.tikah diam
"jadi apa aa dekat uwais, kami tak teragak agak untuk buat laporan polis"ugut daud. mereka beredar. puan zila yang baru pulang dari kuliah kaget melihat mereka yang keluar dari rumahnya dalam keadaan marah.
"tikah kenapa ni"soal pan zila. tikah membisu
izzati menatap uwais tingkap kaca. badan uwais penuh wayar.baginya teramat siksa bagi bayi berusia lapan bulan itu untuk berjuang untuk terus hidup.
"uwais bangun sayang, ibu rindu uwais"bisik hatinya.
"jom makan, aku belikan mee goreng penambang kegemaran kau"pujuk daud.izzati menggeleng
"kau dari semalam tak makan... kalau kau sakit macam mana nak jaga uwais"pujuk daud lagi. izzati akur.diluar wad haiden dan iskandar sedang menanti.fatiya dan jay baru tiba.izzati tidak menghiraukan sesiapa. difikirannya hanya uwais.daud menyuap izzati mee yang dibelinya.sudu ketiga izzati menolak. seleranya seakan mati.deraian airmata membasahi pipi
"sayang, jangan macam ni, insyaAllah uwais akan sihat macam biasa"pujuk iskandar. izzati memeluk erat daud. yang diperlukannya sekarang ialah sahabatnya.raut wajah fatiya sedikit berkerut.akhirnya izzati tertidur diribaan daud.
"awak balik dulu ya.. saya nak jaga zati"bisik daud
"is dengan haiden kan ada, takkan awak nak biar saya balik sorang sorang malam malam macam ni"bentak fatiya
"saya tahu malam, tapi i'm so sorry, awak drive kereta saya"kunci kereta diberikan daud.fatiya mengambil kunci kereta itu dengan kasar. gadis genit itu berlalu pergi.
Sudah empat hari uwais dimasukkan ke icu.puan zila dan encik halim langsung tidak melawatnya apatah lagi tikah. izzati seolah berputus harap. matanya bengkak dek kerana tangisan.badannya juga sedikit surut.
"awak kita nak exam lagi dua minggu tau"ujar fatiya
"ya saya tahu tapi zati perlukan saya sekarang"ujar daud.cutinya dipanjangkan kerana tidak sanggup meninggalkan sahabatnya dalam keadaan duka.
"tapi exam ni lagi penting, iskandar dengan haiden kan ada"ujar fatiya. dia cuba memujuk daud pulang ke kampus bersamanya
"ye saya tahu, dekat sini pun saya buat revision apa"balas daud
"tak sama, kat sini awak skip class"ujar fatiya
"uwais tu segalanya bagi izzati,saya pun sayangkan uwais macam anak sendiri"ujar daud. matanya beralih kearah izzati yang termenung lemah
"anak angkat ke kot, lagipun anak luar nikah, tak payah la nak beria sangat.,mak dia pun tak datang jenguk"herdik fatiya
"awak ni kam, kalau dengar dek izzati, kecik hati dia, lagipun saya tak suka awak cakap macam tu,mak dia tu lantak la, zati sayang kan uwais sepenuh hati tau"ujar daud
"kiranya saya ni tak penting la bagi awak"rungut fatiya
"awak penting bagi saya, tapi dalam keadaan macam ni,izzati lebih perlukan saya.. kalau nanti benda macam ni terjadi dekat awak, saya tetap buat benda yang sama"balas daud. fatiya diam.
"dah awak balik dulu, bagitahu atuk malam ni saya teman izzati"ujar daud dan berlalu pergi mendapatkan izzati.
Izzati bangun dari duduknya menuju ke bilik air. fatiya mengekorinya dari belakang.
"zati,awak tahu kan yang kami ada exam lagi dua minggu"ujar fatiya
"tak.. daud tak bagitahu pun"balas izzati
"oh ya ka, kami akan exam lagi dua minggu"fatiya berbasi basi
"so"izzati malas berbahas
"saya nak minta awak pujuk daud balik kampus"pinta fatiya
"awak ajak la dia"balas izzati
"saya dah ajak tapi dia nak stay sebab risaukan awak"ujar fatiya lagi
"iskandar dan haiden ada...dia tak perlu risau, study dia lagi penting"balas izzati. dia cuba untuk kuat walaupun hatinya teramat memerlukan sokongan dari sahabatnya.
"dia nak balil macam mana kalau hatinya risaukan awak.. tengok la awak macam janda kematian suami.. "perli fatiya
"eh ye ke.. maaf.. tak pe kejap lagi saya bagitahu dia"ujar izzati
"thanks, by the way saya nak nasihatkan...jangan terlalu meratapi.. mak kandung dia pun tak heran dekat dia...jangan gunakan alasan uwais untuk kawal lelaki"perli fatiya
"apa maksud awak"sehaya itu,fatiya beredar keluar dari tandas.izzati termangu didepan cermin. cuba dia fahami kata kata fatiya.
Daud membelek telefonnya.fatiya yang melintas dihadapannya tidak dihiraukannya.izzati melangkah lemah.kepalanya berat.matanya mula kelabu. akhirnya kelam.
"zati"tempik daud apabila melihat izzati rebah ke bumi.izzati dibawa ke bilik rawatan.daud risau. fatiya yang tadinya mahu beredar berpatah balik. izzati terbaring lemah.
"zati, bangun.. jangan buat aku risau"tangis daud. fatiya kaget.sebegitu sayangnya daud kepada gadis itu.hinggakan gugur airmata jantan lelaki itu.
"doktor.. kenapa dengan kawan saya"soal daud apabila melihat kehadiran doktor ke katil izzati
"badannya lemah,dia kurang rehat dan makan ke"soal doktor
"ya doktor.. dia risaukan anak dia yang ada dekat icu sekarang"cerita daud
"ohh.. selain tu dia ada alahan apa apa tak seperti ubat atau makanan"soal doktor
"kenapa ya doktor"soal daud
"kalau ikut pada tanda yang timbul pada badan dia, dia alahan ni"ujar doktor
"kalau ubat takde doktor tapi makanan dia alah ada bijan dan soya"terang daud
"dia ada makan apa apa yang berasaskan soya dan bijan? "soal doktor
"hari ni takde.. tapi.. kejap.. awak letak apa dalam bubur tadi"soal daud. fatiya gugup
"minyak bijan... tadi saya bagi dia minum susu soya perisa coklat"balas izzati
"kan saya dah bagitahu semalam dia alah pada dua benda ni"marah daud
"maafkan saya tapi lain kali saya harap agar lebih berhati hati sebab bila dua benda ni bergabung dengan keadaan dia yang perut kosong boleh mengancam nyawa cik izzati"ulas doktor.
"nasib baik dia ada dalam kawasan hospital, kalau di luar hospital bahaya juga.sebab alahan ni boleh menyebabkan sesak nafas dan oksigen dalam badan drop dengan cepat, saya harap lepas ni lebih berhati hati ya"doktor itu berlalu pergi
"awak hampir bunuh dia"tengking daud
"saya tak sengaja"fatiya gugup.dia tidak menyangka cemburunya boleh membunuh seseorang.
"saya dah pesankan semalam, them pagi tadi pun saya remind awak kan"marah daud
"saya cemburu, awak hanya beri tumpuan pada zati sejak kita balik, saya langsung awak tak hiraukan"nada fatiya tinggi seoktaf
"awak tengok la situasi dia macam mana, sama ke dengan awak"marah daud lagi
"sebelum kita ganggu orang dekat sini, baik awak balik, kemaskan barang awak dan balik kampus esok"suruh daud.tegas.daud duduk disebelah izzati.jari jemari gadis itu digenggam erat.
"sial kau zati, kau punya pasal aku kena marah"rengus hati fatiya dan dia berlalu pergi.iskandar mendaparkan izzati yang terbaring dikatil. wayar berselirat ditubuhnya.
"sayang"panggil iskandar.tapi tiada balas
"macam mana boleh jadi macam ni"soal iskandar.
"badan dia lemah sangat,silap aku juga tak periksa bubur tu pagi tadi,fatiya terbeli yang ada minyak bijan dan susu soya coklat"tipunya
"damn"marah iskandar
"dia tak tahu yang izzati alah pada dua benda ni"dalih daud lagi.iskandar diam.ditatap wajah gadis itu.pucat.daud bangun dan meninggalkan izzati bersama iskandar.dia pergi ke icu dan menanti perkembangan tentang uwais bersama haiden.
"uwais mana"soal izzati selepas dia sedar dari lenanya.
"masih di icu"jawab haiden.daud memberikan izzati segelas air masak lalu diminum gadis itu.
"iskandar mana"soal izzati
"dia balik office petang nanti lepas kerja dia datang"jelas haiden.
"aku pergi jenguk uwais dulu"daud cuba menyembunyikan rasa bersalahnya.
"daud aku ada benda nak cakap dengan kau"pinta izzati
"aku pergi tengok uwais"haiden mengundukan diri.daud menarik kerusi dan duduk disebelah izzati
"kau ada apa apa nak bagitahu aku"soal izzati
"aku minta maaf bagi pihal fatiya, dia tak tahu yang kau alah pada bijan dan soya" ujar daud
"eh itu tak pe"balas izzati
"kau balik la kampus kau,exam kau dah dekat kan, aku ok dekat sini, is ada haiden ada, zaiful ada.. ramai pahlawan ulung aku jaga aku"senyuman di ukir walaupun kelat.daud menatap wajah sahabatnya. digenggam erar jari jemari gadis itu
"tapi aku risau kau"ujarnya
"insyaAllah aku ok, jangan kau risau.. kalau ada apa apa nanti aku bagitahu kau... pelajaran kau lebih penting"pujuk izzati
"takkan kau nak biarkan fatiya sorang sorang kat sana"pujuk izzati lagi. daud hanya mengangguk walaupun berat hatinya untuk tinggalkan sahabatnya.
Sudah dua uwais dimasukkan ke icu.Izzati mengharapkan keajaiban dari Ilahi.kesihatan uwais semakin memburuk.izzati tawakkal dan redha akan setiap kemungkinan.rumahnya juga sudah lama tidak berpenghuni kerana dia sentiasa berada di hospital.pintu biliknya diketuk.
"ya linda ada apa"tanya izzati.seorang gadis muncul di depan pintu biliknya
"oh so ini lah izzati"ujar gadis itu
"ya saya,maaf bertanya, cik ni siapa ya"soal izzati
"this is syarina"ujar linda
"sorry tengku syarina binti tengku marzuki"balas wanita itu.dilabuhkan punggungnya ke sofa tanpa dipelawa. izzati hanya memerhati.
"thanks linda"ujar izzati dan linda berlalu pergi
"boleh saya bantu tengku"izzati cuba berinteraksi.
"dah lama you kenal iskandar.. correction, tengku asfan iskandar"izzati terkejut dengan penambahan nama iskandar.
"almost two years tengku"jawab izzati tenang
"you tahu dia dah bertunang"ujar gadis itu.izzati terdiam. iskandar...tunangan orang..
"dia tak mention apa apa pun pasal tunang dia"izzati cuba bertenang sedangkan hatinya berbolak balik.
"i tunang dia.kami dah bertunang 4tahun lalu"cerita gadis itu. izzati hanya mampu berdiam
"syarina, what are you doing here"tengking iskandar yang muncul tiba tiba. izzati kaget. syarina masih di sofa.iskandar menarik tangan syarina kuat dan membawa gadis itu keluar.syarina hampir terjatuh. kedengaran suara gadis itu membebel kecil.izzati masih tertanya tanya apakah sebenarnya yang berlaku. tengku?iskandar berketurunan tengku.. tunang?habis selama ini?semuanya bersarang dikepalanya.dia mengibas ngibas mukanya dengan tangannua. hangat dirasakan
Share this novel