Bab 32

Romance Series 8384

"Cik, ada seorang wanita dan budak kecil nak jumpa Cik",beritahu Anita, setiausaha Hani. Hani mengerutkan dahi. Setahunya, kalau kawan-kawannya nak datang, mereka akan beritahu dulu. Dia menganggukkan kepalanya tanda membenarkan tetamu itu masuk ke pejabatnya.

"Cik?",tegur Fiesya.
"Siapa kamu?",tanya Hani dingin.
"Aku.....",Fiesya berhenti bercakap. Sebenarnya, dia dah lama kenal Hani. Tapi Hani tak kenal dia. Kalau boleh, dia langsung tak nak jumpa Hani tapi apa pilihannya? Semalam dia ternampak Hani bersama suami Rania. Dia tak ingin Hani merampas Raykal dari Rania. Dia sudah merasakan betapa peritnya kehilangan suami. Kini, dia tak mahu Rania merasakan hal yang sama. Pada masa yang sama, dia tak mahu Hani menjadi perampas. Kerana, Hani adalah adiknya, adik tiri.

"Aku cuma ingin meminta bantuan",pinta Fiesya setelah lama berdiam diri.

"Bantuan apa?",tanya Hani masih dingin. Dia meneliti wajah wanita di hadapannya. Dia merasakan ada sesuatu yang membuatkan dia terus membiarkan wanita itu berbicara.Lazimnya, dia akan menghalau orang yang datang meminta bantuan. Anak kecil di sebelah wanita itu memandang tepat mukanya.

"Adam, boleh Adam tunggu umi di luar. Umi ada hal nak bincang sikit dengan Cik ni",pinta Fiesya lembut. Hani terpegun dengan kelembutan Fiesya bercakap dengan anaknya. Ada maximum mengangguk dan melangkah keluar.

"Aku tahu, aku bukan sesiapa dalam hidup kau. Cuma, aku harap kau lepaskanlah Raykal. Dia masih mempunyai isteri. Dan isteri dia mengandung."..

"Jangan nak ajar aku",marah Hani.

"Semasa aku kecil, aku mempunyai keluarga bahagia. Tapi tiba-tiba semuanya hilang.
seorang lelaki. Dia melayan aku dengan baik, dia membuatkan aku jatuh cinta padanya. Mak Long memberi keizinan untuk kami berkahwin. Aku gembira. Aku sangat sayangkan dan percayakan suami aku, aku bodoh, aku serahkan semua harta peninggalan arwah mummy aku pada suami. Dia mulai berubah dan curang di belakangku. Aku diceraikan dengan alasan aku tak dapat mengandung. Tapi Allah Yang Maha Mengetahui, Aku mengandung. Aku akhirnya pergi dan mulakan hidup baru",Fiesya menarik nafas.

"Jadi, kenapa kau beritahu aku semua ini?",tanya Hani hairan. Hatinya tersentuh dengan apa yang diceritakan Fiesya. Hatinya turut sesal apabila mengingatkan dia cuba menggoda Raykal. Kalau saja Raykal tergoda, dia sudah menjadi pemusnah rumahtangga orang lain. Bagaimana pula, jika dia mempunyai anak dan rumahtangga anaknya musnah sebab orang ketiga.

"Lambat laun kau akan tahu. Cuma aku nak kau janji, jangan ganggu Raykal lagi. And jika ditakdirkan aku pergi, aku minta kau tolong jaga Adam.",pinta Fiesya. Mata Hani terbeliak.

"Pasal Raykal aku boleh terima. Tapi apa kaitannya aku harus jaga Adam",Hani bertanya marah.

Fiesya mulai terbatuk-batuk.

"Anggap ini permintaan terakhir aku. Aku akan melutut kalau kau nak",Fiesya berdiri dan melutut. Hani tergamam.

"Apa kau buat? Bangun",jerit Hani terkejut.

"Aku tahu kau mampu jaga Adam. Aku takut keluarga bekas suami aku akan ambil dia.",Fiesya tak berganjak.

"Dia lagi berhak. Macam mana aku nak tolong?"tanya Hani.

"Kalau kau setuju, dia takkan dapat Adam. Sebab ini wasiat aku",tipu Fiesya.

"Ok. Aku janji. Sekarang bangun",desak Hani.Fiesya tersenyum. Dia berdiri dan memeluk Hani. Hani hanya membiarkan. Lantas Fiesya melangkah keluar. Hani tak menahan kerana masih terkejut.

"Adam mari balik.",Ajak Fiesya sambil memimpin tangan anaknya. Kini dia lega.

"Adam, bila umi dah tak ada. Adam ikut cik yang tadi.",Beritahu Fiesya.
"Umi nak ke mana?",tanya Adam.
"Adam akan tahu nanti".
"Kenapa Adam tak boleh ikut aunt Rania?",tanya Adam.
"Sebab hanya Cik tadi mampu selamatkan Adam dari papa Adam. Dia nak Adam."Beritahu Fiesya. Meskipun Adam masih kecil tapi Fiesya sudah memberitahunya semua. Adam diam. Dia masih ingat, papanya menengking uminya di depan umum. Dia pula disuruh untuk bersembunyi oleh uminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience