Bab 42

Romance Series 8392

Ikhwan mengeluh. Mungkin ada baiknya dia meninggalkan tanah airnya. Raykal memandang sahabatnya.

"Apa pun keputusan kau, kami akan terima. Pasal ibu kau, jangan risau. Aku dan Rania akan menjaganya,"sokong Raykal. Rania hanya menganggukkan kepalanya.

"Terima kasih, bro. Mungkin ini yang terbaik",kata Ikhwan sambil meninggalkan mereka.

"Fiesya, aku minta maaf. Aku tak dapat jagakan Adam. Aku yakin Hani pasti menjaganya. Aku tak layak untuknya. Benar kata Amran kami berdua tak setaraf. Lagipun keluarga Amran dan keluarga papa kamu berkawan rapat. Aku yakin Amran dapat mencintainya. Biarlah aku pergi. Meskipun aku terluka, aku tak akan menyesal, asalkan Adam dan Hani gembira." Bisik hati Ikhwan sambil merenung pusara arwah Fiesya.

Amran rasa bersalah namun dia tak mahu Ikhwan lebih terluka. Ibu bapanya ingin meminang Hani, dia sebagai anak akur akan keinginan ibubapanya.
"Kenapa bang?", tanya Amri.

"Abang sebenarnya tak sanggup melukakan hati Ikhwan. Selama ini dia dah terlampau berkorban untuk abang. Tapi daddy dan mummy....." Luah Amran.

"Apa kata abang jumpa Hani dan jelaskan padanya. Atau Uncle Khai?", Zana memberikan cadangan pada abang iparnya. Amri menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.

"Tapi....".

"Yang penting abang mencuba dulu",potong Amri. Dia tahu kerana janji seseorang, Ikhwan sanggup mengorbankan perasaan demi kebahagiaan abangnya.

"Hingga sekarang, abang masih mencintai dia, Amri. Abang ingin mencarinya tapi Ikhwan tak pernah memberitahu keberadaan dia. Abang ingin minta maaf."Ucap Amran. Amri dan Zana terdiam. Mereka juga tertanya-tanya di mana Irwana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience