Bab 27

Romance Series 8384

Rasa bersalah dalam diri Aizal memaksa dia bertemu dengan Raykal. Pada mulanya, Raykal terkejut namun dia tak mahu mencampurkan urusan peribadi dengan kerja.

"Aku nak minta maaf. Sebab aku keluarga kau porak peranda. Aku tahu aku tak layak meminta maaf tapi aku tak mahu mati tanpa meminta maaf pada orang yang aku sakiti.",Aizal bersuara perlahan.

"Aku...."

"Dengar dulu aku cakap.",Aizal memandang sayu wajah Rafkal dan Raykal. Raykal mengangguk.

"Rania seorang gadis yang baik. Kau beruntung dapat memilikinya. Saban hari, hati aku sakit apabila terpaksa melepaskannya. Aku tahu aku salah. Perkenalan aku dengan Raina bermula ketika aku hendak merisik Rania. Aku tak kuat menahan godaan Raina. Aku memilihnya. Tapi aku bukanlah pilihannya. Aku ingatkan dia sayangkan aku",luah Aizal. Raykal merasa pelik.
"Bukan pilihan?Maksud?",tanyanya.
"Depan mata aku, dia curang. Sebab itulah aku mulai menagih cinta dari Rania. Tapi hati Rania dah tertutup untuk aku. Melihat pandangan matanya, aku tahu dia sangat cintakan kau. Malah, cintanya melebihi cinta yang pernah diberikan pada aku dulu. Aku sedar aku tak layak meminta maaf. Tapi aku takut aku pergi tanpa meminta maaf. Aku risaukan dia. Cari dan pujuklah dia.",pinta Aizal.

"Aku rasa dia tak maafkan aku", keluh Raykal.
"Padan muka. Aku dah ingatkan abang, jangan bertindak melulu. Tapi apa abang buat? Sekarang, Qeena semakin kurus dan pendiam. Kalau abang masih dengan ego abang, sampai bila-bila abang takkan jumpa dia.",Perli Rafkal.
"Janganlah risau. Aku kenal dia. Dia memang terluka. Tapi, dia tetap akan maafkan kau.", Kata Aizal.
"Bukannya aku tak mahu cari dia. Tapi aku tak tahu dia pergi mana",bela Raykal.
"Aku tahu kau akan tahu dia pergi mana jika kau benar-benar cintakan dia",kata Aizal yakin.
"Kenapa kau yakin sangat, kau tahu ke dia pergi mana?",tanya Rafkal hairan.
"Yang sebenarnya, aku yang hantar dia ke airport."Aizal membocorkan rahsia.
Rafkal dan Raykal melongo.
"Tapi aku tak tahu dia ke mana."
"Macam mana kau tak tahu",tanya Raykal dengan suara tinggi.
"Sebab aku, aku dah janji dengan dia, aku takkan ambil tahu urusan dia. Aku berat hati, tapi aku terpaksa andai itu mampu melembutkan hatinya memaafkan aku.",Aizal memberi penjelasan.
"Tapi aku pasti, kau akan dapat bertemunya. Cuba ingat, apa yang dia selalu ceritakan pada kau."Sambung Aizal.
"Kau kan rapat dengan dia dulu, pasti kau tahukan?"duga Rafkal. Aizal tersenyum.
"Dia perahsia. Dia ada kembar pun aku tak tahu."mendengar jawapan Aizal, Raykal mengeluh.
"Dengan kau dia berahsia,apatah lagi aku." runggut Raykal.
"Tak. Sebab dia cintakan kau, aku tahu kau akan ingat. Aku minta diri dulu. Sebelum itu, sampaikan salam padanya.",Aizal meninggalkan Rafkal dan Raykal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience