BAB 41

Romance Series 8384

"Hani, Adam akan tinggal bersama kita?"tanya Datin Sri Haslina. Hani menggelengkan kepala. Dia melihat papanya bergurau dengan Adam.

"Sebelum kakak meninggal dunia, dia amanahkan Adam pada kawannya. Dia tak mahu menyusahkan kita.", beritahu Hani.

"Jadi, kau bawa Adam keluar? Mereka benarkan?".

"Hmm ya ma.. Tapi lecehlah Daddy angkat Adam tu. Hampir setiap jam chat Hani risaukan Adam", omel Hani. Puan Sri Haslina ketawa.

"Daddy Adam tu dah kahwin ke?", usik Datin Sri Haslina. Hani tersenyum malu sambil mengelengkan kepala. Mamanya ketawa kuat.

"Hani sukakan dia?",

"Ma, kalau Hani sukakan dia? mama dan papa sokong tak?dia tak macam kita",Hani serba salah.

"Hani, asalkan dia mencintai Hani dan Hani cintakan dia, kami akan restui hubungan kalian. Mama sangat berterima kasih pada dia sebab sudi jagakan Adam. Kalau ada masa, Hani bawalah kami jumpa kawan arwah kakak kamu tu.. Mama nak ucapkan terima kasih.. Mama juga minta maaf sebab mama...."

"Ma, janganlah mama fikirkan yang lepas. Kakak sudah lama memaafkan mama. Cuma Hani nak minta tolong agar papa dapat membuatkan ayah kandung Adam tak mengganggu Adam lagi. Mereka mahu mempergunakan Adam untuk kepentingan mereka",Hani menceritakan semuanya pada Mamanya.

"Mama tak akan pernah memaafkan orang yang membuat arwah menangis.Hani jangan risau, Papa dan Mama akan pastikan Adam jatuh di tangan mereka."Tekad Datin Sri Haslina sambil memeluk puterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience