Bab 43

Romance Series 8384

Irwana termenung.

"Wana minta maaf, bang. Sebab Wana abang menderita.",Gumamnya perlahan. Disebabkan rasa bersalah, dia membuat keputusan untuk balik menemui keluarganya. Dia mengetuk pintu, dia berharap abangnya masih tinggal di situ. Pintu terkuak.

"Wana?",teriak Ikhwan sambil memeluknya adiknya. Wana ketawa sambil memeluk erat abangnya. Sungguh dia rindukan abangnya.

"Wana",panggil Mak Melah. Air matanya menitis.
"Ibu maafkan Wana",pinta Wana sambil memeluk ibunya. Mak Melah tersenyum bahagia. Akhirnya rindunya terubat jua.

"Rania, Raykal, Qeena, Adam, ni Irwana. Adik aku.",Ikhwan memperkenalkan adikya. Irwana menyapa mereka satu persatu.

Irwana membawa abangnya ke taman. Dia hendak berbual dengan abangnya. Manakala, Mak Melah dan Rania sibuk memasak di dapur. Raykal pula menemani Adam dan Qeena.

"Abang, kenapa abang berkorban lagi?",tanya Irwana.

"Dia lebih layak. Takkan Wana tak gembira, abang akan menemani Wana di sana. Amzan macam mana?",Ikhwan cuba mengalih topik.

"Abang, antara Wana dan Amran sudah tamat bang. Abang tak perlu korbankan perasaan abang.", marah Irwana. Ikhwan hanya terdiam.

"Wana, abang cuma nak tunaikan janji. Abang dah janji abang akan tolong Amran mencari kebahagiaannya..."

"Tapi abang yang akan menderita".

"Yang penting Wana dan abang tak diburu rasa bersalah lagi,"kata Ikhwan. Irwana memeluk abangnya.

"Maafkan Wana bang. Semua itu salah Wana. Kalau Wani tak mendekatinya malam itu, peristiwa itu takkan berlaku".

"Abang yang salah, abang terlambat mengambil Wana."Kata Ikhwan meminta maaf. Kerana kelewatannya menjemput adiknya, Amran dan Wana takkan ditangkap basah. Dia harus bertanggungjawab.

Hani mengetap bibir. Dia berasa cemburu melihat Ikhwan sedang berpeluk dengan perempuan lain.

"Mummy",panggil Adam sambil memeluk Hani. Hani berpura-pura tersenyum.
Ikhwan dan Irwana terkejut. Mereka melepaskan pelukan. Ikhwan menggenggam tangan adiknya dan mendekati tetamu mereka.

"Nek, ni Daddy Adam. Yang ni....."

"Silakan masuk Tan Sri, Datin Sri, Hani. Adam tolong panggil Uncle Raykal", Ikhwan memotong kata-kata anaknya. Adam cepat-cepat berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience