bab 4

Romance Series 8384

Telah seminggu berlalu, Dato Mokthar dan Datin Khaleeda masih belum memberi jawapan pada Tan Sri Rosly.

“Daddy macam mana dengan permintaan Puan Sri Aina? Daddy terima ke?”,tanya Raina.

“Daddy, biarlah Rania tu fokus dengan dirinya dulu”,kata Raihanna.

“Raina risaulah dia masih mengharap dengan suami Raina. Selagi Rania tak kahwin Rania tak senang hati”, Raina cuba menghasut daddynya. Raihanna sudah menjengilkan matanya.

“Yang kau kahwin dengan kekasihnya, apa
hal?”,perli Raihanna. Nasib baik, masa itu Aizal belum balik lagi.

“Kenapa kakak bela dia?”,Raina menjeling kakaknya geram.

“Betullah Raina cakap, bang. Eda risau juga kalau dia masih mengharap dengan Aizal”, Datin Khaleeda pula melontarkan pandangannya.
Ariff tergamam.

“Tapi mummy, mummy kenal ke anak Tan Sri tu. Lagipun dia dah pernah kahwin dan bercerai?Macam mana nanti kalau dia ceraikan Rania?”,Ariff memberanikan diri bersuara.

“Yang abang risau kenapa? Kalau mereka bercerai, jelaslah Rania tak tahu menjaga suaminya.”,bidas Raina.

“Raina, Nia adik kita. Takkan kau mahu hidup dia menderita.”,Raihanna berkata geram.
Raina mendengus.

“Sudahlah. Daddy dah buat keputusan. Daddy terima permintaan mereka”,Dato Mokthar membuat keputusan.

“Daddy”,Raihanna dan Ariff bersuara serentak.

“Suruh dia balik rumah. Lepas kahwin, daddy tak kisah dia nak ke mana.”,Kata Dato Mokthar sambil meninggalkan mereka. Raina dan Datin Khaleeda juga berdiri meninggalkan Ariff dan Raihanna.

“Sejak bila pula daddy pernah peduli dengan Rania? Buat apa daddy peduli dia nak ke mana kalau sudah kahwin. Jelas-jelas dia perlu ikut suaminya”,omel Raihanna. Ariff ketawa kuat.

“Betullah Raihanna cakap. Kadang-kadang Rai terfikir, entah-entah Nia bukan adik kandung aku.Tapi wajah kami bertiga seiras”,omelnya lagi.

“Sudahlah sayang. Kita doakan agar Rania mendapat kebahagiannya.”,Pujuk Ariff. Dia memang setuju 100% dengan kata-kata isterinya.

“Macam mana kita nak beritahu Rania?”,tanya Raihanna.

“Nanti abang tanya Sarah.”,

“Boleh abang saja yang jumpa Nia. Nanti tak pasal-pasal, aku sakitkan hati dia lagi”,kata Raihanna perlahan. Dia tak tahu dia sukar nak bercakap baik dengan adiknya. Ariff hanya mengangguk. Dia faham keadaan isterinya. Dia tahu, Raihanna lebih sayangkan Rania berbanding Raina. Cuma cara Raihanna salah dalam menegur Rania.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience