Bab 38

Romance Series 8392

Hani menanggis. Tiba-tiba dia teringatkan perbualannya dengan Fiesya.

"Jangan-jangan dia kakak aku. Dia bercakap seperti sudah lama mengenaliku. Tapi kalau dia, kenapa dia tak berterus terang",tanya Hani dalam hati. Telah seminggu berlalu tapi Hani belum menjumpai Fiesya. Fikirannya runsing.

"Kalau Fiesya tahu pasal aku suka dengan Raykal, tentu dia kenal dengan isteri Raykal. Lebih baik aku jumpa Raykal, tanyakan dia. Tapi Ikhwan mesti marah aku lagi. Aku jumpa Ikhwan sajalah",putus Hani.

Tokkkkk......

"Adam?",Hani terkejut. Adam terus memeluk Hani.
"Adam kenapa peluk perempuan tu? Mari sini dekat daddy",kata Ikhwan.

"Sini Adam, kami datang ambil Adam",pujuk seorang wanita tua.

Ikhwan mencuba mengambil Adam.

"Hani?",tanyanya terkejut.

"Aku tak nak bergaduh dengan kau. Aku cuma nak jumpa Fiesya. Ada hal aku nak tanya",Hani pantas menjawab. Dia tak mahu Ikhwan salah faham. Ikhwan hairan.

"Aunt, tolong Adam. Adam tak nak mereka. Mereka jahat. Mereka benci mummy.",Adu Adam.

"Mummy Adam mana?",tanya Hani lembut.

"Allah lebih sayangkan dia",Jawab Adam pendek. Hani terkejut. Dia memegang dadanya dan pengsan. Nasib baik Ikhwan sempat menyambut tubuhnya. Tangisan Adam makin kuat.

"Kalian berfikirlah apa yang baik",ugut tetamu tersebut. Rania dan Raykal hanya terdiam. Mak Melah mengeluh sambil membantu anaknya memapah Hani.

Tidak lama kemudian, Hani sedar. Adam setia di sisinya.

"Adam tipu kan?",tanya Hani. Semua di situ terdiam.

"Apa hubungan kau dengan arwah?",tanya Rania. Hani merenung wajah Rania. Dia hampir merampas suami orang. Hatinya sedikit sakit mengingatkan cerita mamanya.

"Ermm Raykal aku nak minta maaf pasal dulu. Rania, aku datang bukan nak jumpa suami kau. Aku cuma nak cari seseorang",Hani berterus terang. Adam menghulurkan sepucuk surat pada Hani. Hani membacanya.

"Hani, maafkan kakak. Kakak akan susahkan kamu jaga Adam. Kakak tak nak dia jatuh di tangan bekas suami kakak. Tapi kalau kamu tak mahu tak apalah, kakak sedar kakak bukan sesiapa pada kamu. Cuma kakak mohon, biarkanlah Rania bahagia dengan Raykal. Dan bantu mereka dapatkan Adam. Cuma kamu yang mampu tolong kakak. Kakak sudah lama maafkan papa dan Mummy Lina. Kakak pegang janji pada mummy agar tak cari papa. Mummy dah lama tau papa diugut. Kakak sayangkan Adik.

Hani menanggis kuat.

"Kenapa kakak tak berterus terang. Kakak sudah lama tahu aku adik kakak kan? Kalau bukan pasal Raykal, kakak takkan cari aku. Kakak tak nak aku jadi macam mummy, rampas suami orang. Kakak, kenapa buat begitu pada aku. Aku baru tahu aku ada kakak, tapi semuanya sudah terlambat. Aku benci Mummy. Aku benci papa."Raung Hani.Tiba-tiba dia terkulai layu. Adam menanggis melihat keadaan Hani. Ikhwan merasa simpati melihat keadaan Hani. Pada masa yang sama, terbit juga rasa bencinya pada Hani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience