Bab 34

Romance Series 8384

Ikhwan mengeluh. Dia ingin menghubungi Raykal. Tapi dia tahu Raykal juga tak dapat membantu. Sebab kedua-dua mereka tak tahu bercakap bahasa Jepun. Dari tadi lagi, mereka menunggu penterjemah datang tapi tak sampai-sampai.

"Encik Ikhwan ada tetamu ke?"tanya Raykal.
Julia mengangguk.
"Tapi kalau encik tahu bercakap bahasa Jepun, lagi elok encik masuk. Dari tadi lagi kami tunggu Cik Nita datang tapi dia belum sampai lagi. Kalau dia tak datang juga, kontrak kita dengan syarikat itu akan terbatal",rungut Julia.

"Aku pun tak tahu bercakap Jepun",kata Raykal.
"Tak apa bang. Kita masuk saja dulu. Nanti Nia tolong",ajak Rania. Raykal hanya menuruti langkah isterinya.

"Kal baguslah awak datang, aku dah bingung ni",Ikhwan meluru mendekati Raykal tanpa mengambil peduli wanita di sebelah Raykal.

"Erm aku pun tahu sebenarnya.Tapi..."Raykal memandang isterinya. Rania tersenyum.

"Nia akan tolong abang. Jangan risau"ucap Rania. Ikhwan tergamam.

"Dia isteri aku, Rania",Raykal memperkenalkan Rania pada Ikhwan.

"Jomlah kita mulakan. Mereka dah merungut tu"kata Rania. Rania menyapa pelanggan tersebut. Ikhwan dan Raykal kagum kepetahan Rania bercakap bahasa Jepun. Tak sampai sejam, Rania dah menyakinkan pelanggan itu menandatangani kontrak.

"Terima kasih, Kal, Rania. Nasib ada kalian berdua",kata Ikhwan. Rania hanya tersenyum.

"Sebenarnya, kami berdua nak keluar lunch. Kau nak ikut?",tanya Raykal. Ikhwan tergelak besar.

"Tak naklah aku jadi pengacau. Lagipun nanti aku handle meeting dengan Hani
lagi. Kau tak payahlah masuk kerja lagi nanti. Aku bagi chance, kamu dah lama tak berjumpa kan",usik Ikhwan. Raykal ketawa. Dia benar-benar gembira. Rania hanya tersenyum malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience