Bab 44

Romance Series 8384

Di meja makan, Ikhwan melayan adiknya dengan mesra. Hani berusaha menahan sabar. Irwana hanya melayan kerenah abangnya. Seusai makan, Tan Sri Khai dan Dato sri Haslina tak terus balik.

"Kami sebenarnya ingin mengucapkan terima kasih sebab dah jaga Adam",kata Tan Sri Khai. Dia menjeling anaknya dari tadi diam.

"Dah amanah arwah",kata Ikhwan. Datin Sri Haslina merenung gadis di sebelah Ikhwan. Dia rasa pernah terjumpa dengan gadis itu. Dia ingin menanyakan namun tak mahu dikatakan penyibuk.

"Hani, kenapa muka tu dari tadi masam mencuka?",tanya Datin Sri Haslina. Hani merengus.

"Ohh ya, Hani kenal ke perempuan dekat Ikhwan tadi, mama rasa..... "

"Mereka sepadan?", Hani merengus sambil masuk ke biliknya. Datin Sri Haslina tersentak. Tan Sri Khai ketawa.

"Awak ni, dah anak tengah cemburu, ada pula ditanyakan pasal Wana tu."Kata Tan Sri Khai tergelak.

"Rasanya aku kenal perempuan tu, aku....",

"Sudahlah. Sekarang ni, kita harus pujuk Hani. Aku berkenaan juga dengan Ikhwan. Tapi kalau Ikhwan dah tak suka, apa lagi boleh kita buat. Lagipuan Mazlan dan Nuri tu asyik tanya pasal anak kita, mungkin ada baiknya kita terima ja lamaran dia",kata Tan Sri Khai.

"Tapi bang, kan Amar tu dah pernah berkahwin. Dia halau isterinya...",

"Entahlah. Abang pun serba salah.", kata Tan Sri Khai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience