Bab 25

Romance Series 8384

Zara dan Ain mundar-mandir. Mereka saling menyalahkan diri sendiri. Apatah lagi ibubapa mereka marah besar bila mengetahui Rania hilang.

"Kata sahabat sejati, sedikit salah faham terus percaya",perli Datin Zarina, iaitu ibu Zara.

"Ermm, nama ja belajar tinggi, tapi pintarnya entah ke mana",sambung Dato Aiden, suami Datin Zarina.

"Bukan itu ja Aid, sebab ingin jaga nama baik depan crush sanggup biar ja Rania itu dihina", Datin Alya menambah lagi perisa. Ain tergamam kata-kata mamanya. Dia tak mampu membela diri sebab kata-kata mamanya ada benarnya.

"Aku tak tahulah nak cakap apa lagi. Orang-orang aku pun tak tahu dia ke mana. Lagi satu aku nak nasihatkan kamu berdua, kamu berdua tak sedar ke tindakan kamu itu boleh menyebabkan rumahtangga Rania dan Raykal hancur? Kalian tahu kan berdosa memusnahkan rumah tangga orang",tegur Dato Arrifin. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya, tanda tak percaya anaknya menjadi salah satu penyebab pemergian Rania. Ain mendekati Dato Arrifin dan memeluknya.

"Maafkaan Ain, daddy",pinta Ain teresak-esak menangis. Dato Arrifin menepuk bahu anaknya.

"Daddy sangat kecewa. Rania itu sakit. Daddy takut dia tak dapat bertahun.",bongkar Dato Arrifin. Mungkin sudah tiba masanya Ain dan Zara tahu rahsia yang mereka pegang selama ini. Ain dan Zara tercengang.

"Uncle, Rania sakit?", tanya Zara tak percaya.

"Deppression.",beritahu Datin Zarina.
"Mummy tahu?", Zara ternganga.
"Kami semua tahu. Rania hampir bunuh diri. Masa itu kamu berdua bercuti di Langkawi. Rania minta kami rahsiakan. Dia cakap dia malu. Kami setuju asalkan dia berjanji dia akan menerima rawatan. Tapi apa yang kamu berdua lakukan?",Datin Zarina cuba mengawal suaranya. Dia masih ingat keadaan Rania dulu. Datin Aiden memujuk isterinya.

"Aunt tak tipu kan",Air mata Ain menitis.
"Sebab itulah, Aunt nak bawa dia keluar negara. Beberapa hari ja Aunt tinggalkan Rania, Rania dah terluka lagi", Jawab Datin Zarina. Ain dan Zara terduduk. Mereka menangis. Ibu bapa mereka hanya membiarkan. Dalam hati masing-masing ada perasaan kesal dan marah. Apalagi anak mereka turut serta melukai perasaan Rania.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience