Bab 5

Romance Series 8384

“Mummy, Raykal masih mampu jaga Qeena. Raykal tak nak kahwin”,bantah Raykal. Puan Sri Aina mencebik.

“Dato Mokthar sudah pun terima.”,Kata Puan Sri Aina.

“Raykal tak bolehkah kamu bersetuju dengan permintaan mummy kamu?Tak kasihan dengan Qeena. Kata mampu jaga tapi kenapa selalu tinggalkan Qeena sendirian dengan Mak Melah?”,perli Tan Sri Rosly. Raykal terdiam. Memang benar kata-kata ayahnya. Dia mengeluh.

“Baiklah, Raykal setuju. Rafkal hanya memandang abangnya dengan simpati. Wajah kedua ibubapa mereka bertukar bahagia.

“Apa?”,jerit Rania. Ariff terkejut dengan jeritan adik iparnya. Nasib baik, dia tak tersembur air yang diminumnya.

“Nia perlahanlah sikit. Terkejut abang”,tegur Ariff. Rania tersengih.

“Sorrylah abang. Nia terkejut, tiba-tiba dipinang. Betul ke kali ini Nia yang dipinang?”,Rania bertanya selamba. Ariff memandang wajah adik iparnya, hatinya mendongkol geram.
“Takkanlah kakak kamu pula yang dipinang. Kan dua-duanya sudah kahwin.”Balas Ariff geram. Rania mengaru kepalanya.

“Iyakan.”

Serentak mereka ketawa.

“Nia, dalam kesedihan pun masih boleh tersenyum.”,bisik hati Ariff.

“Jadi, apa keputusan Nia?”,tanya Ariff. Rania mengambil sudu dan mengetuk kepala abang iparnya.

“Ouchhh”,

“Abang dah ingat ke?”,

“Ingat apa?”.

“Yang Nia tak boleh katakan tidak pada daddy?”,tanya Rania. Giliran Ariff pula yang mengaru kepala.

“Sorrylah Nia. Abang...”

“Takpelah abang. Nia faham.”,kata Rania.

“Kalau tak silap, Puan Sri mahu kamu berkahwin secepat mungkin. Daddy suruh balik.”,Beritahu Ariff.

“Cepatnya. Malaslah nak balik”,

“Majlis kamu?”,tanya Ariff.

“Biarlah mereka yang urus.Mereka yang nak sangat kan Nia kahwin”,jelas Nia. Ariff tergelak mendengar jawapan Rania. Ada betulnya kata-kata adik iparnya.

“Tak takut ke kalau Raina yang uruskan majlis kau?”,duga Ariff. Rania ketawa.

“Takut tu taklah. Cuma tak sabar tengok hasil tangannya.”,

“Buatnya, dia pilih warna hitam tema majlis kamu macam mana?”,Kebimbangan Ariff jelas terlihat di wajahnya. Rania ketawa.

“Hitam pun cantik”.

“Biar betul Nia? Itu macam dah berkabung”. kata Ariff.

“Abang ni. Takkan abang tak faham kembar Rania tu. Dia takkan beranilah buat begitu. Kalau dia pilih hitam, mahukah dia pakai nanti?”,jelas Rania yaKin Ariff tersenyum. Kata-kata Rania betul. Tapi dia tetap bimbangkan majlis Rania.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience