Bab 18

Romance Series 8392

"Hai sayang",
Sergahan dari belakang membuatkan Raina terkejut. Dia hampir terkejut. Aizal yang melihatnya cepat-cepat menyambut tubuh Rania. Rania memejamkan matanya.

"Nia, kami tak sangka kau berdua masih menjalinkan hubungan", marah Zara.

Aizal dan Rania terkelu.

"Aku...."

"Cukuplah Nia. Patutlah hubungan kau dan Raykal dingin. Rupa-rupanya kau masih cintakan lelaki tak guna ini.", Giliran Ain pula yang memarahi Rania. Air mata Rania menitis. Terasa dirinya begitu hina di mata bestfriendnya. Aizal yang melihat keadaan Rania serba salah.

"Dengarlah penjelasan kami dulu",kata Aizal.

"Cukup. Mulai sekarang, kau bukan kawan kami lagi",putus Zara sambil menarik tangan Ain untuk meninggalkan mereka. Rania terkejut. Dia cuba mengejar mereka tapi pandangannya kabur. Nasib baik Aizal sempat menarik tubuhnya agar tidak jatuh.

"Nia...."
Perlahan-lahan mata Rania terbuka. Dia memandang kosong wajah Aizal. Aizal serba salah.
"I dah call husband u tapi tak dapat",beritahu Aizal. Sungguh di dalam hatinya penuh penyesalan.
"I minta maaf Nia. I janji lepas ni i tak ganggu u lagi",sambung Aizal. Demi kebahagian Rania, dia sanggup melepaskan Rania dari hatinya. Lagipun dia sedar, semua yang berlaku itu adalah salahnya.
"Semua dah berlalu, Zal. I maafkan u. U dah selamatkan I dan anak I.",ucap Rania dengan payah. Ya, dia masih membenci Aizal tapi lelaki itulah yang menyelamatkan dia daripada jatuh.

"Kalau u nak, i boleh jelaskan pada suami u, Zara dan Ain.", kata Aizal. Muka Rania berubah bila Aizal menyebut suaminya.

"Zal, biarlah mereka. Mungkin ini lebih baik.",Celah Rania. Aizal memandang wanita yang masih dia cintai tajam.

"U dengan Raykal ada masalah ke? Sebab I?",Aizal rasa bersalah. Air mata Rania menitis.

"U janganlah risau, Zal. Masalah kami bukan kerana U. Sudahlah, I nak balik. I dah boleh balik kan", Rania menafikan kata-kata Aizal.

"Biar I hantar. Lagipun u kan mengandung",
Rania terkedu. Baru dia sedar, Aizal sudah tahu dia mengandung.

"Zal, I harap u tak beritahu orang lain. Janji dengan I", rayu Rania. Aizal tak sanggup melihat Rania merayunya, dia hanya menganggukkan kepalanya tanda dia bersetuju.

"Terima kasih, Zal. I rasa I boleh balik sendiri. I minta diri dulu." Rania memb

"Terima kasih, Zal. I rasa I boleh balik sendiri. I minta diri dulu." Rania meminta diri. Aizal hanya membiarkan.
"

Share this novel

Guest User
 
NovelPlus Premium

The best ads free experience