Bab 33

Romance Series 8384

Rania masih mencari peluang untuk menemui Raykal. Dia risau penerimaan Raykal. Tapi, dia lagi risau Raykal tergoda dengan perempun lain. Dia nengeluh lagi.

"Boleh gila aku dibuatnya",omel Rania. Dia mengambil kunci keretanya dan memandu ke pejabatnya Raykal.

"Kalau dia tolak aku lagi, aku reda",Rania pasrah.

"Cik nak jumpa siapa?",tegur penyambut tetamu. Rania memandang orang yang menegurnya. Cantik. Hati Rania semakin cemburu.

"Erm aku nak jumpa Encik Raykal. Dia ada?",tanya Rania.

"Kejap ya, Cik",kata penyambut tetamu itu. Dia kemudian memaklumkan pada setiausaha Raykal.

"Maaf Cik, Encik Raykal tak nak diganggu".

"Biliknya di mana?", gadis itu serba salah.

"Aku nak jumpa dia.Urgent.",Tegas Rania.

"Encik naik tingkat 2. Sebelah kanan.",Jawab gadis itu.

"Terima kasih",kata Rania. Dia melangkah mncari pejabatnya suaminya.

"Cik....Encik Raykal tak nak diganggu",halang Emiliana. Rania memandang tajam. Dia tak peduli. Dia terus membuka pintu bilik pejabat Raykal. Emiliani cepat-cepat mengekori langkah Rania.

"Emiliani, aku dah cakap kan. Ketuk pintu sebelum masuk",tegur Raykal tanpa memandang orang yang masuk.

"Cik ni yang masuk.. Cik mari keluar....",Emiliani terketar-ketar menjawab. Dia berusaha menarik tangan Rania agar mengikut langkahnya.

"Sampai sekarang, awak masih bencikan saya ke",Rania menahan tangis. Dia tersentap Raykal langsung tak memandangnya. Raykal yang mendengar suara itu mendongak. Dia terkejut. Rania ingin keluar. Dia tak mahu menangis di depan Raykal. Raykal terus berdiri dan berlari mendapatkan Rania. Dia memegang tangan Rania.

"Emiliani, awak keluar dulu. Lepas tu kalau Ikhwan datang or call . Cakap dengan dia, aku dengan wife aku.",Arah Raykal sambil mengunci pintu biliknya.

"Lepaslah. Kan tadi suruh saya keluar",marah Rania. Raykal tak ambil peduli. Dia memeluk isterinya.

"Abang minta maaf",Ujar Raykal. Dia tak membahasakan dirinya "aku" pada Rania. Rania terdiam. Raykal merasakan perut isterinya sedikit membesar. Dia hairan. Tiba-tiba...

"Aduh...".

Raykal terkejut. Dia cuba mengangkat Rania.

"Awak nak buat apa",halang Rania.

"Nak hantar awak ke hospital",Jawab Raykal cemas.

"Tak payah. Saya nak duduk",kata Rania. Dia menolak tubuh Raykal dan duduk di sofa. Dia memegang perutnya. Dia menarik tangan Raykal menyentuh perutnya. Mata Raykal terbeliak. Dia merasakan ada pergerakan di dalam perut Rania.

Dia melutut di depan Rania. Air matanya bergenang.

"Abang minta maaf. Abang takkan tinggalkan sayang lagi",janji Raykal. Rania hanya terdiam.
"Abang tahu, abang salah. Abang benar-benar minta maaf",pinta Raykal lagi.
"Tapi abang masih cintakan Nadeanna..."
"Tak sayang. Abang cintakan sayang. Abang sedar bila sayang pergi, abang seperti kehilangan separuh nyawa abang.",Luah Raykal. Dia menggenggam tangan isterinya erat. Rania mengeluh. Mudah benar hatinya memaafkan Raykal.
"Macam mana abang boleh di sini?",tanya Rania.
"Abang cari Sayanglah.",Kata Raykal. Dia lega.Akhirnya dia bertemu juga dengan isterinya.Dia menceritakan semua yang berlaku pada Rania.
"Sayang, Ain dan Zara minta maaf. Mereka banyak tolong abang bila abang ambil keputusan cari sayang. Sayang tak nak call dorang ke?tanya Raykal. Rania diam. Dia rindu tapi dia belum kuat.

"Nantilah."Jawab Rania perlahan. Raykal hanya mengangguk.

"Sekarang abang dan Qeena tinggal dengan siapa?",tanya Rania.

"Rumah Ikhwan. Pada mulanya abang nak bawa Qeena menyewa rumah tapi mak Ikhwan tak benarkan. Lagipun tiada orang jaga Qeena. Lepas ini, abang akan cari rumah untuk kita. Tak elok pula nak tinggal sana. Tapi abang minta maaf, abang hanya mampu cari rumah kecil. Syarikat kami masih belum berapa stabil",Raykal merasa bersalah.

"Buat apa nak cari rumah. Pindah sajalah rumah Nia."kata Rania selamba.

"Rumah?Sayang dah beli rumah?",tanya Raykal hairan. Rania ketawa.

"Mestilah. Abang patut bangga dengan Nia tau."Balas Nia.

"Maafkan abang, Nia bersusah payah mencari wang...", Belum sempat Raykal menghabiskan kata-katanya Rania mencubitnya.

"Abang, dari dulu lagi Nia bekerja. Banyak kerja Nia buat.",Rania memberitahu suaminya tentang pekerjaannya.

"Kalau abang nak, Nia boleh bantu abang",tawar Rania. Raykal hanya tersenyum.

"Sayang di sisi abang pun dah cukup."ujar Raykal.

"Jomlah sayang, kita jumpa Ikhwan. Kemudian baru kita jemput Qeena.",Raykal mengajak isterinya. Rania hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience