Bab 14

Romance Series 8384

Rania masih tidak puas hati. Mulutnya masih membebel tanda walaupun sedang makan. Raykal memandang isterinya.

“Tak penat ke dia membebel dari tadi”,bisik hatinya. Puan Sri Aina dan Tan Sri Rosly hanya tersenyum melihat gelagat menantu mereka. Rasa lucu pula dia mengingatkan menantunya sudah meminta izin tapi tak tahu dia sudah dihalau terlebih dahulu. Melalui ibubapa Ain dan Zara dia mengetahui hubungan dingin Rania dengan keluarganya.Rafkal pula asal terpandang wajah Rania, dia ingin ketawa tapi ditahannya. Raykal yang sudah tak tahan mendengar bebelan Rania, menyumbat daging di mulut isterinya. Rania terdiam. Raykal berlagak selamba padahal dalam hati sudah menggelabah apalagi melihat empat makhluk memandangnya tajam.

“Mummy, mummy ke masak rendang daging ini?”,Tanya Rania. Dia terlupa sekejap rajuknya.

“Bukan. Mak Munah yang masak”,jawab Puan Sri Aina.

“Sedap.”,kata Rania. Wajahnya sudah gembira menikmati makanan tengah hari.
Raykal mengurut dada lega. Kalau Rania mengamuk tadi, confirm dia kena brainwash dengan mummynya. Selepas makan, Rania meminta diri untuk tidur sekejap. Dia terlalu penat.

“Abang ni. Kenapa buat kakak ipar Rafkal begitu tadi. Nasib baik dia tak tersedak.”,Tegur Rafkal.

“Raykal tak baik tau buat begitu”, Puan Sri Aina pula bersuara.

“Betul tu. Kalau ada apa-apa yang berlaku, Daddy tak jamin Raykal boleh jumpa dia lagi”,Kata Tan Sri Rosly. Raykal mengerutkan dahi.

“Alahai. Raykal kasihan dia tadi asyik membebel. Nasib baik dia berhenti juga. Ain dan Zara pun satu. Ni semua salah dorang la ni tak beritahu Rania dulu”,Raykal membela dirinya. Serentak mereka ketawa.

“Mummy harap. Raykal jaga Rania baik-baik. Kasihan dia.”,Kata Puan Sri Aina.
Raykal hanya mengangguk. Tiba-tiba telefon Raykal berdering.

“Hai Raykal. Sorry ganggu. Rania mana?Dia masih marah kat kita orang ke?”,tanya Ain pantas.

“Ya. Masa makan pun dia membebel. Ni gara-gara kamu la ni?”,Raykal pura-pura marah. Ain terkejut. Air matanya menitis.

“Ain, kau nangis ke?”,tanya Raykal panik. Dia lantas membuka loudspeaker telefonnya.

“Aku gembira. Akhirnya Rania yang kami kenal dah kembali semula?”, Luah Ain.

“Maksud?”,tanya Raykal.

“Rania tak mudah menunjukkan perasaannya dengan orang lain. Dia tak mudah membebel. Aku tahu, dia dah lega sekarang bebas dari keluarga. Janji dengan aku, jangan lukakan hatinya. Jika kau benar-benar tak dapat terima dia. Jujur saja. Dia akan terima walaupun terluka. Jangan tikam dia dari belakang sebab dia tak kuat menerima.”,Kata Ain tersekat-sekat. Semuanya yang mendengar terharu. Mereka tak sangka Rania mempunyai sahabat yang benar-benar menyayanginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience