bab 15

Romance Series 8384

"Nia",

Rania menoleh. Dia terkaku.

"Apa kau buat di sini?",tanya Rania kasar.
"I rindukan u, I tak dapat lupakan u",kata Aizal perlahan. Sungguh dia menyesal melepaskan Rania. Dia tak bahagia bersama Raina. Raina selalu mencari pasal dengannya.

"I bencikan u, Zal. U sanggup lukakan i demi Raina, orang yang baru u kenal.", Rania berkata marah.

"I minta maaf, Nia. I bukan manusia sempurna yang tak pernah melakukan kesilapan. I tahu u masih sayangkan I. Bagilah peluang kat I. I janji I akan bawa U dari sini",pujuk Aizal.

Rania terkelu. Air matanya menitis. Jauh di dasar hatinya, dia masih menyayangi Aizal. Tapi dia sedar, dia sudah berkahwin.

"U pergilah, Zal", pinta Rania. Air matanya
mengalir.

"I takkan pergi, selagi u tak berikan I jawapan."

"Jawapan apa lagi u nak, Zal?. U dah lukakan hati I. Hati I dah mati untuk u Zal.",Balas Rania dengan suara tinggi.

"U tipu!".Kata Aizal dengan suara yang tinggi.

"Ya. I masih cintakan U. I rasa diri I wanita bodoh kerana masih cintakan u tapi..

Raykal tersentak. Dari tadi dia mendengar pertengkaran isterinya dengan Aizal. Hatinya sedikit sakit bila mengetahui isterinya masih mencintai Aizal. Tanpa menunggu lama, dia meninggalkan mereka.

"Sekarang I sayangkan suami I. I takkan tinggalkan dia.",kata Rania tegas. Namun, sayangnya, si suami telah pergi tanpa mendengar sambungan ayatnya.

"I..."

"Zal, kisah kita dah habis. U yang putuskan. Sekarang, I harap U tak ganggu I lagi."Rania berlalu pergi tanpa menunggu jawapan Aizal.

"I tak boleh lupakan U, Nia. I akan pastikan u tetap jadi milik I seorang.",Tekad Aizal.

Sampai di pejabatnya, Raykal mengunci biliknya. Dia benar-benar kusut.
Dia takut Rania meninggalkannya.

"Apa yang aku fikirkan ini. Aku tak mencintai dia. Aku cuma tak mahu Qeena sedih.",Desis hatinya.

Beep.......

Dia mencapai telefonnya. Dia terkejut.

"I harap u lepaskan Rania. Rania milik I".

Mesej yang diterimanya hampir membuatkan dia pitam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience