Bab 6

Romance Series 8384

“Abang dah tanya Rania ke?”,tanya Raihanna tak sabar. Datin Khaleeda, Raina dan Aizal memandang Ariff menunggu jawapan.

“Sudah. Abang hauslah. Sayang ambilkan air”,pinta Ariff. Raihanna mendengus. Dalam hatinya mengutuk suaminya. Sudah tahu mereka sudah tak sabar mendengar keputusan Rania, Ariff masih sempat meminta air.

“Nahh”, Raihanna menghulurkan segelas air kepada suaminya dengan kasar. Ariff menahan ketawa. Semua wajahnya di depannya masam.

“Nia cakap, dia akan balik masa pernikahan dia.”,kata Ariff. Raihanna tergamam. Raina dan Datin Khaleeda tersenyum gembira. Ariff memandang muka Aizal. Wajah Aizal seperti gelisah.

“Nanti, Raina ikut mummy ke rumah Puan Sri”,ajak Datin Khaleeda. Raina mengangguk.

“Buat apa mummy ke sana?”,tanya Raihanna.
“Alaa akak ni. Nak urus majlis Rania la. Empunya badan tak balik, padahal dia yang nak kahwin.”, kutuk Raina. Raihanna menjengilkan matanya.

“Nanti sayang ikut sekali. Boleh juga bantu mummy dan Raina. Kami minta diri dululah mummy”,ajak Ariff. Dia tak mahu isterinya terus bertengkar dengan Raina.
Sampai di bilik pun Raihanna masih mengomel. Ariff hanya membiarkan isterinya.

“Nia tak membantah ke?”,tanya Raihanna.

“Bolehkah Rania membuat keputusan sendiri?",Ariff membalas pertanyaan isteri dengan pertanyaan. Raihanna terdiam. Memang adiknya yang satu ini tak pernah diberi pilihan.

Rania mengeluh. Ain dan Zara memandangnya.
“Dari tadi lagi kau mengeluh.Kenapa?”,tanya Ain.

“Ada orang pinang aku.”,

“Hah!!”, Ain dan Zara menjerit serentak.

“Habis tu, kau terima?”,

“Aku nak tolak tapi family aku dah terima. Kata abang Ariff, bakal suami aku tu duda anak satu. Baguslah nanti tak susah aku bagi dia anak.”, Luah Rania. Ain dan Zara ketawa. Rania turut tergelak dengan kata-katanya sendiri.

“Aku tak fahamlah dengan family kau. Mereka pun tahu kan kau masih lagi sedih tapi mereka sudah menerima pinangan orang”,Ain memberikan pendapatnya.

“Nasib baik kali ni, tinggal aku yang belum kahwin.”, Rania berkata lagi. Ain dan Zara memandangnya.

“Kau suka ke ?”,

“Taklah. Kalau tiba-tiba pengantin perempun ditukarkan masa perkhawinan, apa aku nak buat?”,kata Rania cuak.

“Lagipun, aku harap kalau aku dah kahwin, keluarga aku tak kan kacau aku lagi terutamanya daddy dan Rania. Malaslah asyik nak ikut kata-kata mereka. And satu lagi aku dah bosan asyik extend pengajian”,sambung Rania.

“Jadi selama ni kau sengaja buat hal supaya kau kena extend?”,tanya Zara terkejut. Rania tersengih. Zara dan Ain dah sambung master. Sedangkan Rania masih belum menghabiskan pengajiannya peringkat degree.

“Aku tak minat pun kos aku ni. Lagipun kalau dah habis, tentu aku dipaksa kerja dengan daddy. Aku tak naklah.”,Kata Rania.

Senyumannya penuh misteri. Zara dan Ain mengelengkan kepala mereka. Mereka tak menyangka itu helah Rania agar tak terus dikongkong daddynya. Mereka juga tahu, selain ambil kos business and management di universiti, Rania juga mengikuti beberapa kursus yang dia sukai tanpa pengetahuan keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience