Bab 21

Romance Series 8384

Aizal melihat wajah Rania. Dia rasa bersalah.

"Nia, I minta maaf",
"U tak salah pun. I tahu lambat laun, I harus pergi juga. Dia tak sayangkan I. Dia cintakan Nadeena. Sekarang Nadeena dah kembali",luah Rania.

"Mungkin itu prasangka u je..",Pujuk Aizal.

"Dia cakap sendiri, Zal. Hati I sangat sakit", Rania mencuba menahan tangis. Aizal mengeluh.

"Lepas ni , U nak ke mana?", tanya Aizal.

"Hantar i ke airpot. I tak nak balik rumah. I dah tinggal sebatang kara.",Kata Rania.

"Nia, U kan masih ada keluarga..."

"Mereka bukan keluarga I lagi, Zal. Mereka paksa I kahwin supaya I pergi dari hidup mereka. I takkan cari mereka, Zal. I bencikan mereka semua, Zal. I...

"Nia, sabar Nia.. I tau u kuat. I akan selalu ada untuk U sebagai abang.", Kata Aizal.

"Terima kasih, Zal. I takkan lupakan budi U. Suatu hari I akan balas. I harap U rahsiakan pemergian I. I minta maaf, I tak boleh hubungi U. I tak nak Raina tambah bencikan I. I harap u janji dengan I, Zal." Rayu Rania. Aizal mengangguk. Dia setuju andai itu jalan terbaik untuk Rania mencari kebahagiaannya sendiri.

Setibanya di Airport, Rania terus menggesa Aizal agar balik. Aizal hanya menuruti. Dia faham Rania sangat terluka.

"Maafkan mama sayang, kita harus pergi ",bisik Rania dalam hatinya sambil mengusap perutnya.

Tan Sri Rosly mengamuk apabila mengetahui pertelingkahan isterinya dan menantunya.

"Dulu awak juga yang beria-ia nak Rania jadi menantu u. Sekarang, u halau dia begitu ja. Kalau betul nak halau dia, hantar dia balik rumah. Kembalikan pada keluarga dia...",Marah Tan Sri Rosly.

"Silap-silap keluarga dia pun tak nak",sampuk Nadeena. Dari tadi lagi dia berada di situ. Dia puas apabila rancangannya berjaya. Tan Sri Rosly mendengus.

"Selepas ini, hal berkaitan dengan Rania aku takkan campur tangan..",

"Aku tahu abang akan sokong aku",kata Puan Sri Aina gembira. Tan sri Rosly mengelengkan kepala.

"I tetap baik dengan dia. Aku tak campur tangan jika suatu hari nanti kamu akan cari dia. And kau Raykal, lepas ni kau nak kahwin dengan Nadeena? Daddy takkan halang dengan syarat jangan pernah berfikit menceraikan Rania. Kalau Raykal ceraikan, seluruh harta daddy, I akan salurkan pada Jabatan Kebajikan.
Semua yang mendengar terkejut terutamanya Nadeena.

"Sekarang Daddy nak cari Rania.",kata Tan Sri Rosly.

"Kakak dah pergi". jawab Rafkal.

"Dia...", Qeena mencuit tangan unclenya. Rafkal faham dengan tindakan anak buahnya.

"Dia naik teksi. Dia tak beritahu dia di mana dia akan pergi.",Kata Rafkal perlahan. Tan Sri Rosly mengurut dadanya. Dia memandang tajam wajah isterinya dan Raykal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience