Bab 36

Romance Series 8392

Semenjak kehadiran Rania, syarikat Ikhwan dan Raykal semakin stabil. Pada mulanya, Ikhwan dan ibunya kekok tinggal di rumah Rania, tapi Rania jenis yang peramah membuatkan mereka tak merasa kekok. Ikhwan juga merasa kagum dengan kehebatan Rania.

"Aunt...".
Satu jeritan mengejutkan Ikhwan daripada terus termenung. Dia baru teringat Rania ada mengatakan ada tetamu akan datang. Dia mencari kelibat Rania dan Raykal tapi tak kelihatan. Dia pun membuka pintu.

"Pak Cik....",

"Err masuklahh, Rania ada di dalam",kata Ikhwan. Adam memandang hairan lelaki di hadapannya. Fiesya tersenyum.

"Adam, salam pak cik dulu.",Arah Fiesya. Adam menuruti perintah mummynya.

"Adam",panggil Rania gembira. Adam terus berlari memeluk Rania. Fiesya mencebik.

"Kau jelous ke Sya?" usik Rania. Fiesya mengelengkan kepalanya.

"Sya masuklah. Macam tak besa. tu kawan husband aku, Ikhwan. Adam jom Aunt kenalkan Adam dengan anak aunt",ajak Rania. Mata Adam bersinar.

"Fiesya, terima kasih sebab banyak membantu Rania",kata Raykal ketika berada di ruang tamu. Fiesya tersenyum. Dia terbatuk kecil. Rania merenung tepat wajah Fiesya. Dia mendekati Fiesya. Raykal dan Ikhwan hanya memandang. Mak Melah pula sibuk melayan Adam dan Qeena di taman belakang rumah mereka.

"Sya, aku rasakan kau sembunyikan sesuatu dariku. Kau ada masalah ke?",tanya Rania cemas.

"Aku yang sepatutnya berterima kasih pada kau Nia. Selepas ini, aku mungkin menyusahkan kau. Aku.....nak kau jaga Adam",air mata Fiesya menitis.

"Sya, kau nak ke mana?".

"Aku akan mati tak lama lagi, Nia. Aku ada kanser Nia..."

"Aku akan tanggung kos perubatan kau Sya. Bagi aku harta tak penting.",Rania menangis di pelukan Fiesya.

"Dah terlambat Nia. Kanser aku dah tahap kritikal. Aku reda. Cuma aku risaukan Adam. Suami aku dah tau kewujudan dia. Hanya keluarga tiri aku dapat bantu aku, tapi aku tak bebankan mereka."

"Sya kau tipu aku. Kau bilang kau tak tau di mana mereka",ujar Rania.

"Aku dah lama tahu. Aku nampak papa gembira di samping keluarga dia. Aku juga ada adik perempuan. Aku ingin peluk dia tapi aku......",Tiba-tiba Fiesya terbatuk kuat.Dia menekup tangannya.

"Sya....."Jerit Rania. Apabila melihat darah di telapak tangan Fiesya. Raykal dan Ikhwan terkejut.

"Kal, aku bawa Fiesya ke hospital dulu. Kau bawa Rania, ibu dan anak-anak menyusul aku", Ikhwan pantas menghulurkan bantuan. Dia mencempung tubuh Fiesya untuk dihantar ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience