Bab 30

Romance Series 8384

Telah seminggu Raykal meninggalkan keluarganya. Kehidupannya dengan Qeena sudah semakin baik. Tak seperti mula-mula mereka sampai. Nasib baik, sahabatnya, Ikhwan banyak membantunya. Malah, mereka juga menumpang rumah Ikhwan. Pada mulanya, dia tak mahu menyusahkan sahabatnya tapi Ikhwan memaksanya. Lagipun, ketika mereka berdua keluar bekerja, Ibu Ikhwan, Mak Melah ada untuk menjaga Qeena. Mak Melah juga amat gembira melayan Qeena. Raykal pernah menyuarakan hasrat untuk berpindah, tapi Mak Melah juga tak membenarkan.

"Sayang, di mana sayang berada. Aku betul-betul rindukan sayang",bisik hati kecil Raykal.

"Ehemmmmmm.......",

Fail di tangan Raykal terjatuh. Dia memandang Ikhwan dengan tajam.

"Sorila bro. Dah lenguh tangan aku ni nak ketuk bilik kau. Payah betul kau nak cakap masuk",perli Ikhwan. Raykal mengaru-garu kepalaya.

"Sory, Wan. Tak dengar",Raykal mengakui silapnya.

"Macam mana nak dengar, fikiran dah melayang entah ke mana. Kalau fikir pasal bini oklah. Tapi kalau perempuan tak cukup kain tu, aku beritahu kat Qeena nanti",usik Ikhwan. Dia kurang menyenangi sikap Wana. Tapi Raykal menyuruhnya bersikap profesional.Ikutkan hati dia mahu saja membatalkan urus niaga mereka. Nasib baik Raykal ada untuk membantunya, kalau tak memang syarikat mereka mengalami kerugian.

"Aku fikirkan Ranialah. Entah di mana dia berada. ",Keluh Raykal.

"Bersabarlah. mummy kau tahu kau dan Qeena ada di sini?",tanya Ikhwan. Raykal menggelengkan kepalanya.

"Adik aku beri amaran pada aku, agar tak menghubungi dia selagi aku tak jumpa Rania. Dia cakap lagi, kalau aku berani menggatal dengan perempuan lain. Dia seret aku balik sana. Dia lagi pentingkan kakak iparnya dari aku",omel Raykal. Ikhwan ketawa berdekah-dekah. Tak dapat dia bayangkan, Rafkal menyeret abangnya balik rumah.

"Relax la. Aku rasa, adik kau risau mummy kamu berdua dapat tahu", kata Ikhwan selepas ketawanya reda.

"Ya tak iya juga kan".Raykal bersetuju dengan pendapat sahabatnya.

"Jomlah kita keluar makan. Mak dan Qeena dah tempah meja untuk kita."Ajak Ikhwan sambil berdiri. Raykal mengangguk kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience