Bab 13

Romance Series 8384

Rania berdebar-debar. Raykal juga mengalami perasaan yang sama.
Berduaan di bilik Rania membuatkan dia gelisah.

“Err, Nia minta maaf pasal tadi. Nia dah cukup geram dengan mereka tadi”,Rania bersuara. Raykal tergelak.

“Takpelah. Kau memang rapat dengan dorang ke?”,tanya Raykal. Rania mengangguk.

“Ermm kau dengan family kau memang tak rapat ke?”,tanya Raykal perlahan. Dia risau juga kalau isterinya marah. Rania ketawa.

“Nampak sangat ke? Nia memang tak rapat pun dengan family Nia sendiri. Ohh ya. Esok Nia keluar dari rumah”, beritahu Nia. Raykal terdiam. Dia baru sahaja ingin mengajukan pertanyaan tapi isterinya sudah tertidur. Dia tersenyum. Dia tak sedar dia sudah jatuh cinta dengan isterinya.

“Seronok pengantin baru”,perli Raina yang sedang makan bersama yang lain. Rania hanya tersenyum. Malas melayan kembarnya. Dia menanyakan suaminya apa yang dia mahu makan.

"Mee goreng",kata Raykal. Rania pantas menyeduk mee goreng untuk suaminya. Aizal yang melihat merasa cemburu. Isterinya tak pernah menyeduk makanan untuk dirinya.

“Erm daddy, sebenarnya Raykal nak bawa Rania tinggal di rumah Raykal.”pinta Raykal. Kalau boleh, dia mahu menarik tangan isterinya segera beredar apabila melihat pandangan Aizal pada Rania.

“Daddy tak boleh halang. Lagipun dia dah jadi tanggungjawab kamu,”jawab Dato Mokthar. Rania lega.

“Terima kasih”,ucap Rania semasa dalam perjalanan ke rumah ibubapa Raykal.

“Sama-sama.”

“I nak minta izin tinggal bersama Zara dan Ain”,kata Rania. Raykal terkedu.

“Sebab rumah sewa kami dekat dengan kolej.”,Rania cepat-cepat memberi penjelasan.

“Tinggal berapa sem?”,tanya Raykal.

“Satu”kata Rania sambil ketawa.

“Degree?master?”,

“Degree”,jawab Rania.

“Bukan ke Zara dan Ain master?”,tanya Raykal hairan. Zara kata mereka sebaya.

“I extend”,Rania berkata selamba. Raykal mahu bertanya tapi risau Rania terasa.
Mereka sampai di rumah kediaman Puan Sri Aina.

“Mama”,kata Qeena sambil berlari memeluk Rania. Muka Raykal kelat. Rania mengangkat keningnya hairan. Raykal menunjuk Qeena. Rania ketawa.

“Qeena sayang. Pergi tempat papa. Papa dah merajuk”,arah Rania. Qeena cepat-cepat memeluk papanya. Barulah Raykal tersenyum.

“Mummy barang siapa ni?”,tanya Raykal hairan. Rania memandang barang-barang tersebut. Dia mengerutkan dahi. Belum sempat dia bersuara, telefon berdering.

“Hello pengantin baru”, kata Zara.

“Zara, kenapa .... “,
“Kami kesiankan kau. Jadi kami tolong kemaskan barang-barang kau dan hantar sana. Baikkan kami”,usik Zara.

“What!”,jerit Rania. Dia baru saja minta izin dengan suaminya untuk tinggal bersama mereka tapi sudah dihalau.

“Bye. Nanti kita jumpa”,kata Zara cepat-cepat memutuskan panggilan. Rania tersenyum pahit.

“Kau nak halau aku juga ke”,tanya Rania apabila suaminya memasukkan barang-barangnya ke dalam bonet kereta. Puan Sri Aina dan Tan Sri Rosly ketawa.

“Halau? Kita tinggal di rumah sendirilah. Kita balik ni pun singgah ambil Qeena ja.”kata Raykal.

“Jadi kau dah tahu lah Ain dan Zara halau aku?”,tanya Rania. Raykal menggelengkan kepala. Dia memandang mummynya. Masing-masing menahan senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience