Bab 28

Romance Series 8384

"Mama, Qeena rindu mama. Papa, kenapa mama pergi?Dia tak sayangkan Qeena ke?",Qeena meracau dalam tidurnya. Hampir menitis air mata yang mendengar kata-kata Qeena kecuali Puan Sri Aina.

"Raykal, mama nak Raykal kahwin dengan Nadeena secepatnya. Lagi cepat, kamu berkahwin lagi cepat Qeena lupakan Rania",marah Puan Sri Aina. Nadeena tersenyum gembira. Rafkal memandang tajam mamanya dan bekas kakak iparnya.

"Tapi mummy...."
"Pilih mummy atau Raina",ugut Puan Sri Aina. Rafkal dan Raykal terkedu.

"Bagi aku masa",pinta Raykal tenang. Puan Sri Aina tersenyum, dia yakin anaknya akan bersetuju. Dia meninggalkan anaknya. Nadeena cepat-cepat mengekori Puan Sri Aina keluar.

"Abang betul-betul nak kahwin ke dengan Nadeena?",Tanya Rafkal risau. Raykal tergelak.

"Abang cakap iya ke tadi",tanya Raykal. Rafkal mengelengkan kepala.

"Lepas tu, kenapa abang cakap, bagi aku masa?",Rafkal hairan.

"Yala..Mummy suruh pilih kan, aku perlu masa lah nak kemaskan pakaian aku dan Qeena. Aku bawa sikit ja. Nanti tolong aku pindahkan baju aku, Qeena dan Rania ke rumah aku.",Pinta Raykal.

"Jadi abang...",

"Abang pun tak tahu, tapi selagi abang di sini, Mummy akan berterusan paksa abang. Abang tahu dia akan gunakan Qeena. So, abang rasa ada baiknya, abang pergi. Cuma abang minta maaf, abang akan bebankan kamu dalam hal syarikat."

"Maksud abang?",tanya Rafkal hairan.

"Abang dah buat keputusan. Abang terima pelawaan kawan abang di Sabah untuk membantunya. Lagipun, abang perlu cari Rania.",Tekad Raykal.

"Aku bangga dengan abang. Aku harap abang akan jumpa Kak Rania", Rafkal menyokong tindakan abangnya. Dia membantu Raykal mengemaskan barangnya.

Selepas siap, Raykal mendukung Qeena dan melangkah keluar. Puan Sri Aina terkejut.

"Kamu nak ke mana?",tanyanya.
"Cari Rania..."

Pangg....
Satu tamparan hinggap di wajah Raykal. Qeena terbangun. Dia terpinga-pinga. Raykal sudah menduga reaksi mummnya.

"Kamu nak cari dia, carilah. Tapi jangan bawa satu sen pun duit. Semua itu milik Daddy dan Mummy.",Puan Sri menghulurkan tangannya meminta kad-kad kredit anaknya. Rafkal dan Raykal terkejut. Raykal menyerahkan semuanya. Puan Sri Aina tersenyun puas. Dia yakin anaknya tak dapat pergi tanpa wang.

"Kalau mummy tahu, Rafkal bantu abang kamu, Mummy akan pastikan Rafkal tidak mendapat satu sen pun dari Mummy", ugut Puan Sri Aina sambil menarik tangan Nadeena pergi. Rafkal ingin membalas tapi ditahan abangnya.

"Cukuplah, abang saja yang bertengkar dengan mummy. Beri ini pada mummy",kata Raykal sambil menyerahkan telefon bimbitnya. Sim card telah dia patahkan. Cuma memori telefon saja yang diambilnya.
Rafkal ragu-ragu tapi dia tetap menyambutnya.

"Abang pergi dulu. Qeena mari pergi. Kita cari mama."Ajak Raykal. Wajah Qeena bersinar gembira.

"Abang masih ada duit ke",tanya Rafkal. Dia menyeluk poket seluarnya. Raykal keberatan. Dia tak mahu adiknya dimarahi.

"Abang, bagi aku, harta tak penting.Aku tak kisah ..."

"Pak cik, jangan risau, Qeena kan ada duit.",
"Qeena, kan nenek.."Tegur Raykal. Dia tak mahu puterinya menggunakan duit dari Puan Sri Aina.

"Tapi ini duit yang mama beri. Mama selalu suruh Qeena simpan dalam tabung",kata Qeena sambil menghulurkan patungnya dan menyuruh papanya membuka zip patung. Raykal terkejut. Rafkal tersenyum.

"Pergilah bang. Nanti mummy datang, entah apa lagi yang dia ugut pada kita",Rafkal menyuruh mereka beredar. Dia yakin, duit dari Qeena mampu menampung hidup mereka berdua hingga ke Sabah. Raykal dan Qeena cepat-cepat pergi. Rafkal sengaja membuka dan menutup bilik abangnya dengan kuat. Puan Sri Aina yang mendengar bunyi bilik ditutup tersenyum gembira.Dia tak sedar dia dia telah ditipu. Begitu juga dengan Nadeena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience