Bab 31

Romance Series 8392

Mak Melah dan Qeena tertunggu-tunggu Ikhwan dan Raykal.

"Maaf kami lambat...", kata Raykal. Mak Melah mengurut dadanya lega.

"Yang penting kalian berdua",jawab Mak Melah.

"Hai, boleh saya join?",kata Hani sambil menarik kerusi menyertai mereka. Ikhwan dan Raykal memandang tajam gadis yang selamba menyertai mereka. Mak Melah mengeluh. Qeena membulatkan mata memandang gadis itu.

"Kami cakap tak boleh pun, tetap juga kau join",gumam Ikhwan.

"Apa wan?",Tanya Hani selamba. Matanya masih tak berganjak memandang Raykal.

"Aunty, jaga mata tu. Papa Qeena tu suami orang tau. Kalau mama tau, habislah aunty",tegur Qeena. Ikhwan seperti ingin menepuk tangan melihat muka Hani yang bertukar kemarahan.

"Alar.. Lelaki kan boleh kahwin empat",balas Hani tak mahu mengalah. Meskipun jauh di dasar hatinya seram juga mendengar teguran Qeena.

"Ya Aunty. Tapi lelaki tu bukan papa Qeena. Aunty cari lain sajalah",Qeena masih tak mengalah.

"Raykal, macam ni ke isteri kau ajar anak?Tak hormat orang betul",kutuk Hani.

"Hmmm, sebelum aku mengamuk, lebih baik kau blahlah.",Marah Ikhwan. Dia tak menyenangi kata-kata Hani.

"Well. Tapi ingatlah kontrak kita....",
"Wan, biarlah dia itu. Jom mari makan..Makanan dah pun sampai. Hani, orderlah makanan kau kalau nak makan",celah Raykal. Ikhwan tak puas hati.

Di sebelah meja mereka, Rania menahan geram.

"Dia panggil perempuan tu Honey? Raykal, kau memang nak kena.",Omel Rania geram. Pada mulanya dia nak sapa Qeena tapi melihat kelibat Raykal, dia lantas menyembunyikan diri.
Fiesya di depannya hairan.

Dia memandang di sebelah mereka. Dia terkejut.
"Rania, bukan.... ",belum sempat Fiesya menghabiskan ayatnya, Rania memberi isyarat agar diam. Fiesya menekup mulutnya. Dia mengusap-gusap kepala anaknya. Adam hanya diam sambil makan.

Qeena berusaha sabar. Dia cemburu melihat perempuan itu. Fiesya tergelak kecil.

"Habislah kau. Kalau kau tetap tak nak jumpa dia, silap-silap kau dapat madu",Fiesya cuba menakutkan Rania. Rania menjegilkan matanya.Tiba-tibanya, perutnya sakit. Dia memegang perutnya. Fiesya yang melihatnya panik.

"Nia? kau tak apa-apa ke?",tanyanya.
"Mungkin baby aku nak jumpa kakak dan papanya",ujarnya perlahan.

"Sabarlah Nia, cari jalan jumpa dengan Raykal. Bincang dengan dia. Jangan seksa diri dan bayi kau. And jangan sampai kau terlambat.Aku sayangkan kau meskipun kita baru kenal. Aku tak mahu kau jadi seperti aku",nasihat Fiesya.

"Aku faham, Sya. Aku akan cari jalan jumpa dia.",Tekad Rania.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience