Bab 23

Romance Series 8384

Qeena mengambil semua barang Rania di bilik daddynya. Dia menyimpan semua barang Rania di biliknya. Dia tahu dia salah tapi dia marahkan daddynya

Raykal merebahkan badannya di katilnya. Dia merasakan biliknya terasa kosong. Hanya tinggal barangnya di biliknya. Dia meluru keluar dari biliknya menuju ke bilik Qeena. Rafkal hampir terjatuh dilanggarnya. Rafkal hairan lalu mengekori abangnya.

"Qeena, kenapa Qeena ambil barang mama di bilik papa?",tanya Raykal.

"Daddy kan suruh mama pergi. Biarlah Qeena ambil barang mama",balas Qeena.

"Qeena bagilah papa barang mama.Nanti Qeena penat kemas bilik Qeena",pujuk Raykal.

"Tak nak. Lagipun Qeena di bilik ja. Qeena tak penat",kata Qeena.

"Okey. Bagilah papa satu barang mama, boleh kan. Kosong bilik papa",Raykal masih berusaha memujuk anaknya. Qeena menggelengkan kepala. Muka Raykal sudah cemberut. Macam mana dia nak tidur, kalau tiada barang Rania di biliknya. Rafkal sudah tergelak.

"Biarlah Qeena simpan barang mama dia",usik Rafkal. Wajah Raykal seperti ingin menangis. Rafkal merasa kasihan.

"Qeena, bagilah papa barang mama",pujuk Raykal.
Qeena menggelengkan kepala. Raykal mendekati anaknya. Dia terkejut.

"Qeena, badan Qeena panas. Kenapa Qeena tak beritahu papa",kata Raykal. Qeena menepis tangannya. Rafkal yang mendengarnya bergegas menghampiri anak buahnya.

"Abang ambilkan makanan dan ubat untuk Qeena dulu. Biar aku pujuk Qeena",kata Rafkal. Raykal hanya mengiakan.

"Qeena kenapa Qeena buat begitu pada papa Qeena. Nanti kalau mama tahu, mesti mama sedih. Mama kan dah pesan pada Qeena",pujuk Rafkal.

"Uncle akan bagi gelang ni pada Qeena. Uncle yakin papa Qeena takkan marah.",Rafkal memberikan gelang yang disimpannya.

"Qeena rindukan mama. Mama kata, kalau rindukan dia, mama suruh pandang langit. Tapi bintang tiada.", luah Qeena.

"Kan hujan,...",

"Qeena tau. Mama sedih sebab tu hujan. Qeena takut hujan. Qeena tak nak mama sedih",kata Qeena menangis.

"Maafkan papa.. Kita akan cari mama", kata Raykal yang baru sampai. Qeena terus memeluk papanya.

"Sekarang Qeena makan dan tidur, papa akan teman Qeena", kata Raykal. Qeena menganggukkan kepala. Setelah makan, Qeena tertidur. Sesekali dia memanggil mamanya. Raykal merasa bersalah. Tiba-tiba telefon Rafkal berdering. Rafkal menjawannya.

"Hello",
"Kak Rania?",Rafkal terkejut. Spontan Qeena terbangun.

"Sorrylah, kakak ganggu. Kakak cuma nak tahu khabar Qeena",kata Rania.

"Qeena demam. Kejap, Qeena nak cakap",kata Rafkal sambil memberi telefonnya pada Qeena. Qeena gembira. Dia bercerita dengan mamanya. Rafkal dan Raykal hanya diam membiarkan Qeena berbual dengan mamanya. Mungkin kerana ubat yang dimakan, Qeena tertidur, sedangkan Rania masih di talian.

Rafkal memberi isyarat pada Raykal agar mengambil peluang itu untuk bercakap dengan Rania. Raykal terus mengambil telefon adiknya dan beredar ke biliknya.

"Qeena..."
"Nia..." Rania terpempan. Dia sangat rindukan suara lelaki itu. Dia mahu mematikan panggilannya.
"Please.. Jangan tutup dulu. Aku minta maaf. Kamu di mana sekarang?", tanya Raykal.
"Kenapa?",tanya Rania.
"Aku akan jemput",tekad Raykal.
"Nadeena kan ada. Buat apa cari aku lagi. Selamat malam.",Rania menutup panggilannya. Dia menangis. Dia tak sanggup mendengar Raykal menceraikan dia. Sebab itulah, dia takut bercakap lebih lama dengan Raykal. Dia risau, Raykal menceraikannya. Raykal menangis. Dia rindukan isterinya. Dia rasakan hidupnya tak bererti tanpa Rania.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience