Bab 29

Romance Series 8392

Raykal memandang sayu rumah ibubapanya. Qeena pula gembira apabila tahu mereka ingin mencari Rania.

Pinnnnnn........

Ain dan Zara keluar dari kereta. Mereka hairan melihat Raykal dan Qeena.

"Kamu berdua ke mana?",tanya Zara.

"Cari mama",jawab Qeena pantas. Raykal hanya menganggukan kepala.

"Raykal, kau nak cari Rania macam mana? Kereta kau mana?"tanya Ain hairan. Raykal mengeluh.

"Aku nak bawa Qeena ke airport sebelum mummy aku sedar kami dah keluar rumah. Mummy suruh aku pilih Rania atau Mummy. Aku pilih Rania. Jadi aku dah kehilangan semuanya."Raykal tergelak kecil di hujung ayatnya. Ain dan Zara terdiam.

"Erm tak apalah.. Kami boleh hantar kamu berdua, lagipun dalam hal ini kami pun salah juga",pinta Ain.

"Tapi...."

"Kau janganlah bimbang. Kami takkan beritahu mummy kau",janji Zara.

"Cepatlah. Nanti mummy kau datang, habis plan kau.Qeena, cepat masuk kereta kak",Ajak Ain sambil menarik Qeena masuk ke kereta. Qeena hanya diam. Hanya apabila Raykal menganggukkan kepala, barulah Qeena mengikut langkah Ain. Raykal juga masuk ke dalam kereta yang dipandu Zara.

"Raykal, kami minta maaf. Kalau kami.."
"Dalam hal ini, aku yang bersalah, aku sepatutnya percayakan dia. Aku tak tahu, Nadeena dah pernah jumpa Rania sebelum ini",luah Raykal. Dia tak menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku. Ain dan Zara terkejut. Rania tak pernah memberitahu mereka.

"My mummy tak mahu jumpa aku selagi mereka tak jumpa Rania",kata Ain pula. Zara menarik nafas. Nasib baik, ibu bapanya masih bercakap dengannya.

Raykal tergelak.

"Biar betul?",tanyanya. Ain tersenyum pahit.
"Ini mesti ur mummy marah kau sebab kau marah Rania kerana ingin jaga air muka kau depan adik aku kan?",teka Raykal. Ain melongo.

"Macam mana....",

"Itu tak penting. Rania betul-betul beruntung ada sahabat macam kamu",puji Raykal.

"Aku sebenarnya malu. Aku dan Zara tak pernah bercinta. Yang kami tahu, kami hanya arah Rania melupakan Aizal. Kami ingatkan dia masih sayangkan Aizal. Apabila kami nampak dia dengan Aizal, spontan kami curiga dengannya. Lebih-lebih lagi kami nampak hubungan kau dengan Rania dingin",beritahu Ain.

"Maafkanlah adik aku tu.",kata Raykal. Dia tahu Rafkal ada mengatakan sesuatu pada Ain.

"Apa yang dia cakap betul."Ain cuba tersenyum.

"Kau nak pergi mana sebenarnya?Kau dah tahu di mana Rania berada?",tanya Ain cuba megubah topik.

"Yang aku tahu, bila adik aku mula sayangkan seseorang, dia susah nak padamkan perasaan macam abangnya",Raykal tak menjawab soalan Ain. Mereka ketawa serentak. Kata-kata Raykal seperti memuji diri sendiri. Qeena turut ketawa bila melihat papanya ketawa.

"Aku sebenarnya terima pelawaan kawan aku di sabah untuk bekerja di sana. Lagipun, selagi aku tak keluar dari rumah family aku, aku tak dapat cari Rania.Aku harap kamu rahsiakan yang kamu berdua pernah jumpa aku dan Qeena.",pinta Raykal.

"Itu kau jangan risau. Kalau ada berita Rania, tolong beritahu mereka",celah Zara yang dari tadi diam.

"Boleh. Tapi bagilah nombor kamu berdua. Aku keluar dari rumah tanpa bawa harta mummy.Handphone pun aku dah bagi mummy",Raykal tergelak kecil. Ain dan Zara terkejut. Mereka saling memandang antara satu sama lain. Ain mengambil kertas dan menulis no telefon dia dan Zara.

Akhirnya, mereka tiba di airport. Raykal dan Qeena mengucapkan terima kasih dan melangkah keluar dari kereta. Tiba-tiba Zara teringatkan hadiah mereka untuk Rania.

"Ain, kita kan beli handphone untuk Rania?why not kita bagi Raykal ja? Lagipun, sim card dah ada. Raykal tak payah beli baru. Mungkin kewangan mereka tak berapa stabil, aku kesiankan Qeena."Zara meminta pendapat daripada Ain. Ain menggangguk. Dia mengambil dompetnya dan mengeluarkan sesuatu. Zara memandang hairan.

"Ni kad bank Rania. Kau ingatkan mummy pernah bank in duit dalam sini, tapi Rania tak nak. Dia paksa aku simpan. Lebih baik, bagi dengan Raykal",tekad Ain. Zara setuju. Mereka berdua keluar dan memanggil Raykal.

Raykal memandang hairan apabila Zara dan Ain berlari mendapatkannya.

"Aku harap kau terima. Ni hadiah untuk Rania, tapi kami tak sempat bagi. Dan kad ini our parents selalu bank in untuk Rania, tapi Rania tak nak.Dia paksa aku simpan. Itulah sebab, mummy marah besar dengan aku. Ambillah. Aku nak Qeena hidup selesa. Tentu Rania sedih kalau dia tahu Qeena tak hidup selesa.",Lambat-lambat Raykal mengambil barang di tangan Ain.

"Terima kasihh..."Kata Raykal terharu.
"Kami yang sepatutnya berterima kasih sebab sanggup hilang harta demi Rania."Kata Zara pula. Sekali lagi Raykal mengucapkan terima kasih sebelum menuju ke balai pelepasan. Qeena memeluk dan mencium pipi Zara dan Ain.
Hanya lambaian tangan mengiringi langkah Raykal dan Qeena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience