Bab 39

Romance Series 8384

"Kakak, jangan pergi.....",Hani tersedar.

"Hani",kata Rania sambil menghampiri Hani. Hani menanggis.

"Hani tak baik menangisi orang yang dah tak ada. Doakanlah arwah. Arwah tak nak kerana dia, keluarga papanya porak peranda. Tapi dia sayangkan kamu. ",Pujuk Rania.

"Tapi, Hani nak jumpa dia",

"Adam masih ada. Dia perlukan sokongan. Dan hanya kamu yang mampu tolong dia",kata Rania. Dia menceritakan semua yang dia tahu tentang Fiesya.

"Jadi apa keputusan kamu?",tanya Bakrul, bekas suami Fiesya.

"Arwah amanahkan aku jaga dia",tegas Ikhwan.
"Kau tak berhak",perli Bakrul. Dia yakin dia akan menang.

"Kalau dia tak berhak, aku?",tanya Hani.
"Berhak, kalau kau jadi isteri aku",kata Bakrul.
"Betul?"tanya Hani. Ikhwan menarik tangan Hani ke belakang.

"Kau ni dah kenapa? Masih banyak cara lain lagi",marah Ikhwan.

"Sekurang-kurangnya aku dapat jaga Adam.",Tegas Hani. Ikhwan mendesis geram.

"Daripada kau nak kahwin dia, bagus kau kahwin dengan aku...."Ikhwan menutup mulutnya. Dia lantas meninggalkan Hani. Hani masih ternganga. Raykal yang mendengar omelan Ikhwan tergelak.

"Hani, kalau arwah tahu kau nak kahwin dengan bekas suami dia, dia mesti sedih. Ikhwan betul masih banyak cara yang boleh dilakukan. Kalau kau nak tahu, dia dah lama sukakan kau. Jadi kau fikir-fikirlah",bisik Raykal. Hani menghampiri Rania, cuba meminta kekuatan.

"Arwah tahu apa yang terbaik untuk adiknya",kata Rania. Perlahan-lahan Hani tersenyum.

"Aku akan kahwin dengan daddy Adam",putus Hani.
Bakrul serta ibubapanya tersenyum gembira.

"Bila kita nak kahwin",tanya Bakrul teruja. Hani tergelak.

"Kau daddy Adam ke? Aku tak dengar pun Adam panggil kau daddy. Ohh ya, kau tak tahu siapa aku kan. Aku anak Tan Sri Faisal. "ujar Hani tenang. Wajah Bakrul dan ibu bapanya pucat. Mereka tahu benar perangai anak Tan Sri Faisal. Tanpa menunggu lama mereka terus keluar. Hani tersenyum puas dan memeluk Adam. Ikhwan mengurut dadanya lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience