Bab 11

Romance Series 8384

“Papa”,panggil Qeena.

“Qeena dari mana?Qeena buat papa risau ja”,kata Raykal. Qeena hanya ketawa.

“Qeena jumpa kakak.... Ehhh bukann..Mama”,beritahu Qeena. Rafkal dan Raykal terkejut.

“Papa,uncle nak tahu satu rahsia ?”,Tanya Qeena

“Tapi janji jangan beritahu orang. Nanti mama marah”,sambung Qeena. Rafkal dan Raykal hanya mengangguk.

“Papa ingat ke perempuan yang pujuk Qeena hari itu di kedai kek. Itulah mama Qeena.Papa dan uncle tak boleh tau buli mama Qeena”,Qeena sudah pun memberi amaran. Rafkal dan Raykal ternganga.

“Qeena”,panggil Ain.

“Ya,kak”,Qeena menyahut panggilan Ain.

“Kak Nia ajak bergambar”,kata Ain. Di belakangnya, Zara dan Rania ketawa.

“Aku suruh kau beritahu, photographer dah sedia. Yang kau cakap aku ajak bergambar?Aku tak payah ajak pun mahu bergambar, memang lepas ni wajib photoshoot”,Rania masih tergelak.

“Takkanlah menggelabah cik adik”,Zara menambah perisa. Ain hanya tersenyum menahan malu. Rafkal dan Raykal terkebil-kebil memandang mereka.

“Nia”.
Tawa Rania terhenti. Dia tak memandang pun dia tahu siapa yang memanggilnya.

“Tahniah”,ucap Aizal.

“Terima kasih”, balas Rania tanpa memandang Aizal.

“U bencikan i ke. I tahu I salah. But please, I still missing u”,Kata Aizal tanpa mengambil peduli keadaan sekeliling. Zara mahu melangkah tapi ditahan Rania.

“U nak tahu. I bencikan u sangat sampai i rasa nak cekik-cekik u. Dengar sini Encik Aizal, i mengaku i masih tak dapat terima perbuatan u tapi tak bermakna i masih cintakan u. U masih ingat lagi kan, i pernah cakap, .....”,

“Rania, dia dah jadi abang ipar kau. Kenapa masih tak dapat terima kenyataan.”,Tegur Raina. Diikut hatinya, dia mahu memaki adiknya namun mengingatkan ramai tetamu dia membatalkan niatnya. Rania memegangnya dadanya. Dia memejamkan mata. Bila-bila masa, air matanya boleh menitis. Zara dan Ain cemas. Raina yang melihat keadaan kembarnya merasa puas hati. Rafkal dan Raykal bingung melihat pertelingkahan dua adik beradik itu.

“Beritahu Dato Mokthar, lepas ni bukan saja kau tapi semua ahli keluarga Dato Mokthar tak boleh campur tangan urusan aku. Sebab, aku bukan tanggungjawab dia lagi”,kata
Rania tegas. Matanya penuh kebencian.

“Sampai hati u..”.

“Takkan sayang tak tahu sikap dia”,hasut Raina.
Rania memandang tajam Aizal.
“And kamu berdua sampai hati tikam i dari belakang?”Kata Rania. Raina dan Aizal terdiam. Raina menarik tangan Aizal untuk pergi.

“Nia,”Panggil Ain..
“Jangan risau, I okey. Qeena mari sini, jom kita selfie”,ajak Rania. Sekejap saja wajah Rania sudah ceria. Qeena menghampirinya.

“Mama, jangan sedih erk..”,kata Qeena.

“Qeena ada, mama takkan sedih.Jom pergi sana”,Qeena membawa Qeena pergi. Zara dan Ain mengeluh.

“Aku harap kau jaga baik-baik Rania. Kalau kau tak dapat cintakan dia, jangan paksa diri. And kalau kau jumpa orang yang kau sayang, lepaskan dia. Kami boleh jaga dia.”,Kata Ain. Zara termangu.

“Ain, apa kau cakap ini?”tanya Zara.

“Zara, aku dah tak tahan nampak Nia begitu. Ada family tapi tak sayang dia, buat apa.Lagipun, kalau dia dan suami dia nak bercerai, mummy and daddy dah bincang bawa Rania keluar negara. Your parent pun setuju”,Beritahu Ain sambil mengekori Rania. Zara mengerutkan dahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience