bab 8

Romance Series 8384

Muka Qeena sedih apabila kek kesukaannya sudah habis.
Raykal cuba memujuk anaknya tapi tak berjaya. Rania yang melihat keadaan itu merasa kasihan.

“Ada yang saya boleh bantu?”,tanya Rania sopan. Raykal menjeling sekilas pandang wajah Rania.
Rania mengerutkan dahinya. Dia cuma mahu membantu tapi sepertinya lelaki itu tak suka. Dia kemudiannya berlalu pergi dan duduk di kaunter. Qeena mula menangis. Rafkal dan Raykal sudah gelisah. Rania yang melihat pura-pura tak peduli.

“Tadi aku tanya tak nak jawab. Tulaa sombong betul”,omelnya dalam hati.
Para pekerja dan pelanggan mula memandang mereka. Qeena menangis. Rafkal dan Raykal berusaha memujuknya. Ain yang baru masuk ke kedai itu hairan. Dia pun menghampiri mereka.

“Kenapa?”,tanyanya.

“Maaflah. Anak saudara saya merajuk. Dia hendak makan kek red velvet tapi dah habis.”,beritahu Rafkal. Ain memandang Rania. Rafkal turut memandang Rania. Rania buat-buat tak peduli.
Ain tiada pilihan lain. Dia cuba memujuk Qeena. Tangisan Qeena bertambah kuat. Ain menggelabah. Rafkal yang melihat wajah Ain hendak ketawa. Mata Ain sudah merah.

“Nia, tolong aku”,kata Ain kuat. Hatinya sensitif apabila melihat kanak-kanak menangis. Rania menoleh. Dia nampak wajah sedih Ain. Kalau dibiarkan lama, confirm air mata Ain menitis. Raykal yang melihat Ain juga merungut dalam hati. Rania ketawa kuat. Wajah Ain bertambah kelat. Rania cepat-cepat menghampiri Ain.

“Kau ni lawaklah Ain. Silap-silap budak ni yang pujuk kau nanti”,perli Rania.
Ain mendengus.

“Dia mahu makan kek red velvet tapi dah habis. Kalau dah senang je aku pujuk”,dalih Ain malu. Rania terdiam.

“Bukan habis tapi resepi tu dah diharamkan di sini”,kata Rania perlahan. Ain memandang Rania. Baru dia tersedar.

“Nia, aku.....”
Raykal dan Rafkal sudah mengerutkan dahi. Melihat wajah kedua-dua gadis itu dalan keadaan sedih, mereka yakin kedua-duanya akan menangis.

“Kamu berdua pun nak menangis ke?Budak kecil pun kami tak berjaya pujuk,nikan budak besar”,perli Raykal. Air mata Ain akhirnya menitis jua. Rania yang melihat keadaan Ain dan Qeena rasa bersalah. Dia cepat-cepat bertindak memujuk Qeena.

“Nama adik siapa?”,tanya Qeena sambil mendukung Qeena. Qeena hanya membiarkan dirinya didukung. Raykal dan Rafkal hanya memandang.

“Qeena.”

“Qeena, nak makan kek red velvet?”,tanya Rania. Raykal mendengus. Qeena menggangguk.

“Qeena nak dengar cerita ke?”, kata Rania. Qeena terdiam.

“Cik, Qeena nak makan kek bukan nak dengar cerita”,perli Rafkal. Rania hanya diam.

“Qeena anak yang bijak kan. Qeena pernah dengar satu cerita tak?Cerita ni kisah benar tau. Kalau Qeena dengar, pasti Qeena gembira”,pujuk Rania.Qeena mula tertarik.

“Cerita apa kak?”, Rania tersenyum umpannya mengena.

“Di luar sana, masih banyak lagi yang orang yang tak beruntung dengan Qeena. Contohnya, Qeena menangis tapi masih ada orang nak pujuk. Tapi di luar sana, mereka pujuk diri sendiri. Qeena sedih bila tak dapat makan kek red velvet tapi di luar sana, bukan saja kek red velvet mereka tak dapat makan tapi semua jenis kek. Mereka hanya mampu memandang. Qeena tahu kenapa?”,tanya Rania. Qeena mengangguk.

“Mereka tak mampu.”,Katanya perlahan.

“Ya, sayang. Mereka tak mampu tapi mereka tak menangis. Mereka sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka dapat. Kalau Qeena nak, kakak boleh belanja makan kek coklat. Sedap tau, rugi kalau tak makan.”,kata Rania. Rafkal dan Raykal ingin mencelah. Mereka tahu Qeena tak suka makan kek coklat.

“Boleh juga. Terima kasih kakak”,kata Qeena gembira. Ain cepat-cepat mengambil kek yang dimaksudkan dan memberikannya pada Rania.

“Sekarang Qeena duduk, kakak suapkan Qeena”,kata Rania gembira. Qeena hanya menurut.
Rania menyuapkan kek dalam mulut Qeena. Rafkal dan Raykal gelisah menanti reaksi Qeena.

“Betullah cakap kakak. Kek ni pun sedap. Rugilah kalau Qeena asyik makan kek jenis yang sama”,luah Qeena sambil membuka mulutnya meminta disuap. Rania hanya tergelak. Rafkal dan Raykal memandang tak percaya.

“Okey Qeena makan dengan papa Qeena. Kakak nak buat kerja sikit.”,Kata Rania. Qeena hanya mengangguk. Kebetulan Zara sampai dan menghampiri mereka, Ain memberi isyarat agar mengekori Rania. Raykal dan Rafkal kembali sibuk melayan Qeena.
Tiba-tiba kedengaran bunyi piano. Ain mengeluh.

“Kenapa?”,tanya Rafkal. Raykal turut memandang Ain.

“Dengar tak alunan bunyi piano?”, Rafkal dan Raykal mengangguk.

“She’s strong. Walaupun hati sedih dia masih mampu memggembirakan orang lain”,kata Ain sambil berlalu pergi. Raykal dan Rafkal hairan. Siapa yang gadis itu maksudkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience