Bab 22

Romance Series 8392

Telah seminggu berlaku, tapi tiada khabar dari Rania.
Raykal mulai risau. Dia sebenarnya menghantar orang agar mengekori Aizal tapi tiada sebarang petunjuk yang isterinya bersama Aizal.

Anaknya, Qeena juga menjauhkan diri darinya. Qeena gemar bersendirian. Dia hanya akan bercakap apabila bersama dengan Tan Sri Rosly dan Rafkal. Dia tahu anaknya rindukan Qeena tapi Qeena tak memohon dia untuk mencari Rania. Nadeena juga selalu ke rumah keluarganya untuk bertemu dengan Qeena. Qeena hanya melayannya dengan dingin. Bila diajak keluar, Qeena akan berikan alasan dan mengurung diri di biliknya.

"Rafkal, aku risaukan Qeena",luah Raykal. Rafkal mengeluh. Dia juga sebenarnya risaukan Qeena.

"Qeena rindukan Rania", kata Rafkal.
"Tapi kenapa dia tak suruh aku cari",tanya Raykal.
"Qeena kata, dia takkan suruh abang cari Rania, kalau abang nak buat Rania menangis. Qeena terlalu sayangkan Rania. Kalau abang nak rujuk semula dengan Nadeena, Qeena juga tak halang.",Beritahu Rafkal lagi. Raykal merasa pelik dengan reaksi anaknya .

"Qeena sembunyikan sesuatu ke",duga Raykal.
"ITulah yang aku fikirkan..Qeena seperti melindungi Rania. Dia rindukan Rania tapi tak mahu kita cari Rania. Abang betul-betul ke percaya dengan gambar yang Nadeena bagi? Aku tak percayakan dia.",luah Rafkal. Giliran Raykal pula mengeluh.

"Abang pun tak tahu. Abang keliru. Abang tak nak Qeena bencikan NadeenA", Kata Raykal.

"Tapi abang tak boleh buat Kak Rania begitu", tegur Rafkal.

"Abang tahu. Tapi dia masih cintakan Aizal." Kata Raykal. Rafkal tergelak.

"Abang cintakan dia?",
"Tak",jawab Raykal pantas.
"Abang jangan tipu akulah. Abang tu dah lama cintakan dia. Abang cemburukan. Abang, jangan sampai abang terlambat. Kata Ain, ramai juga orang minat dia."Usik Rafkal. Raykal tak senang duduk.

"Kau dengan Ain macam mana?",Dalih Raykal.
"Emm, aku sebenarnya kecewa. Aku tak sangka dia sanggup buat Kak Rania begitu. Aku dah tawar hati. Tengok sekarang, dia semakin berani burukkan Rania. Meskipun Kak Rania salah, sebagai kawan dia harus sedarkan Rania",kata Rafkal. Raykal tersentap kata-kata adiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience