Bab 37

Romance Series 8384

Setibanya di hospital, Fiesya dimasukkan ke wad kecemasan. Rania menangis sambil ditenangkan Raykal. Qeena pula di pelukan Mak Melah. Adam pula hanya diam didukung Ikhwan. Ikhwan jatuh kasihan dengan nasib Adam.

"Siapa keluarga pesakit?Pesakit nak jumpa.",Beritahu nurse yang keluar dari bilik Fiesya. Mereka terus masuk masuk.

"Mummy.",panggil Adam.

"Maafkan mummy sayang. Mummy terpaksa pergi. Nia maafkan aku. Aku nak kau jaga Adam",pinta Fiesya tersekat-sekat. Rania masih menangis.

"Fiesya, biarlah aku yang menjaga Adam. Aku janji akan jaga dan didik dia dengan baik",pinta Ikhwan. Fiesya menganggukkan kepalanya.

"Sya, kau tak jumpa keluarga kau ke?",tanya Rania sayu.

"Aku tengok dari jauh pun dah cukup. Aku takut bila berhadapan dengan mereka, aku menyebabkan keluarga baru papa aku porak peranda. Aku takut masih ada sisa benci dan dendam di dalam hatiku bila berhadapan dengan papa",jawab Fieya tenang.

"Maaflah susahkan kamu semua. Nia aku gembira berkenalan dengan kau. Aku juga gembira bila impian aku melihat kau dengan suami kau bersama semula. Ikhwan terima kasih sebab sudi jaga Adam. Adam, mummy dah nak pergi. Ingat pesan mummy...",Suara Fiesya semakin perlahan.

TITTTTTTTTTTTT.....

Air mata Adam mengalir deras. Dia memeluk tubuh mummynya. Semua yang melihat sayu. Ikhwan yang melihat Adam menangis merasa sakit hati. Fiesya pergi tanpa keluarganya di sisi. Dia tahu, betapa rindunya Fiesya akan papanya. Perlahan-lahan rasa benci timbul pada keluarga Fiesya.

Prang......

Hani terkejut bunyi kaca jatuh. Dia bergegas ke bilik mamanya.

"Ma,kenapa?",jawabnya cemas. Matanya terpaku dengan bingkai gambar yang jatuh.

"Ma, siapa wanita itu?kenapa dia dengan papa mesra?",tanya Hani bingung. Datin Sri Haslina mengeluh. Mungkin ada baiknya anaknya tahu. Dia menarik tangan Hani dan mereka duduk di tepi katilnya. Dia berdiri dan mengambil sebuah album di laci meja soleknya.

"Dia isteri pertama papa kamu. Sebelum mama berkahwin dengan papa kamu. Papa kamu dah menikah dengan pilihan orang tuanya....."

"Mama rampas suami orang.....?tanya Hani terketar-ketar. Datin Sri Haslina menangis.

"Itu kesilapan terbesar mama buat dalam hidup mama. Mama cintakan papa. Mama goda papa hingga papa lupa pada isterinya. Sampailah satu hari, atuk Hani dapat tahu. Tapi mama pujuk dan mama cakap pada atuk Hani, mama sanggup jadi isteri kedua. Hidup kami bahagia, tapi mama cemburukan isteri pertama papa kamu. Selepas 2 tahun berkahwin, mama lahirkan kamu. Perasaan cemburu itu semakin menjadi-jadi, mama selalu bandingkan kamu dengan anaknya bersama isteri pertama. Umur kakak tiri kamu pada masa itu 5 tahun. Mama paksa papa kamu ceraikan isi pertama. Pada mulanya,papa tak mahu. Mama merajuk dan bawa kamu ke London. Tak lama kemudian, papa menyusul. Mama gembira bila papa kamu pilih kita. Tapi mama tak tahu kisah di sebaliknya. Atuk Hani paksa papa kamu meninggalkan isteri pertama dan anaknya. Atuk Hani ugut akan cederakan mereka. Di hadapan isteri pertama papa kamu, Atuk Hani fitnah papa kamu, sehingga dia tertekan dan meninggal dunia. Anaknya pula diambil oleh kakaknya. Kami langsung tak tahu kematiannya. Setelah beberapa tahun menetap di London, kita pun balik. Mama takut papa kamu akan berjumpa dia, mama upah penyiasat mencari dia. Bila penyiasat itu cakap, mereka jumpa dia. Mama marah sebab dia masih ada di situ. Mama terus pergi jumpa dia. Mama terkejut bila dibawa ke kuburnya. Mama tak suka dia tapi mama tak berharap dia mati. Bila papa tahu, dia betul-betul marah dengan atuk Hani. Dia mahu tinggalkan kita tapi sebelum dia meninggal, dia menulis surat. Dia berharap apa yang berlaku tidak akan berlaku pada diri mama. Mama menyesal sayang. Mama cari anak dia di mana-mana tapi mama tak jumpa. Mama tahu papa juga sangat rindukan kakak kamu.",Datin Sri Haslina menjelaskan panjang lebar. Dia mengesat air matanya. Hani menangis.

"Mama, kenapa mama baru cerita sekarang?Hani boleh cari kakak Hani ma. Kenapa mama sanggup rampas kebahagian orang lain ma." Tanya Hani sambil menangis. Tanpa menunggu jawapan, Hani meninggalkan mamanya. Datin Sri Haslina hanya membiarkan. Hatinya juga turut sakit bila mengingati kesilapan lalunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience